‘ Graduation Day’ Tadika Perintis Wawasan 30 November 2013

Salam semua…

Dah bulan Disember..penghujung tahun. Ni nak cerita pasal kisah perjalanan hidup anak-anak saya Wafiy dan Damia bulan November hari tu..tertangguh saje…sebab rasa banyak nak cerita pasal kisah ni. Ambil masa yang lama nanti (perghhh..ni pun dah masuk 5 kali save draft..adoyai)

Perisitiwa tahunan ini terjadi pada 30 November 2013 hari Sabtu. Tempat kejadian adalah tempat biasa iaitu Kelab Komuniti Cyberjaya, sebelah Majlis Perbandaran Sepang dekat Tasik Cyberjaya tu. Jauh dihujung tanjung tuu..sampai agak lambat jugak. Kalau ikutkan program, pukul 7.45 pagi dah kena ada kat dewan sebab kanak-kanak nak kena mekap bagai. Sekali tu kami sampai jam 8 lebih..biasalah anak dah 3 kan. Sorang nak kencing sorang nak berak sorang nak makan..tu kira cepat jugak la tu. Wafiy tu sepanjang perjalanan dok membebel “habisla abang kena marah dengan Kak Husna (koreografer K-Pop dia merangkap anak Pengetua)”..arghhhh stress la jugak mak ko ni..nampak je kereta parents kawan-kawan depa sepanjang perjalanan tu teruslah lambai-lambai macam kan dah lama tak jumpa jer budak-budak ni…layan je la.

Camera 360

tetamu...

tetamu yang garang hahaha

Sampai je, lepas daftar dan ambil goodies bag Wafiy dan Damia dah kena ‘kuarantin’. Ohya tahun-tahun lepasa ada breakfast ala buffet tapi tahun ni tak de sebab kalau ada buffet lagi lambaaattt la parents nak setel makan..ye lah masa tu la nak mingle around dengan parents yang kadang-kadang tak pernah jumpa pun. Kali ni breakfast segera je..semua bubuh dalam goodies bag tu. Ada 4 jenis kuih dan 1 air kota, 1 mineral water. Dan ada buku program juga.

buku program cover

Damia masuk bilik mekap, Wafiy kena berlatih baca doa dan Alfatihah. Sebab dia jadi tukang buka majlis. Nampak la nervousnya. Kesian juga anak saya ni, kecik-kecik dah kena buat benda ni. Masa saya seumur dia, hmmm baca doa tu yang tahu doa makan jer la agaknya. Teacher Ainun yang ajar Al-Hira’ (mengaji) guide dia. Terharu sangat tengok dia boleh hafal doa. Thanks Teacher Ainun!!!

Camera 360

Camera 360 mia n fren pentas Camera 360 Camera 360

Parents masuk dewan dengan tetamu yang lain lebih kurang pukul 8.30 gitu. Saya ni biasalah, paparazi la konon. Dok mengambik gambar aksi Wafiy dengan Damia kat luar. Ziyyad..saya serah kat papa uruskan. Tak sampai 15 minit dalam dewan, papa kata Ziyyad dah tertidur..alololo good boy sangat. Masa tu ada tayangan video pasal pencapaian budak-budak dan ada la carta pai bagai. Rasa sedikit bangga masa Ustaz Zulfan mention nama Wafiy sebagai seorang budak yang pandai baca quran dan solat. Siap tanya mana mak bapak Wafiy…Malu pun ada sebab ustaz kata beruntung mak bapak wafiy dapat anak mcm wafiy. Padahal..mak bapak dia ni tak la perfect bab-bab keibubapaan ni. Pastu berderet-deret wassap dalam grup Mums TPW cakap congrats dan usik nak jadikan Wafiy menantu..alolololo…serammmmm tetiba.

buku 3

Sebelum acara bermula, masa budak-budak tu bersiap-siap, juga ada tayangan video tentang child early education. Memang banyak fakta menarik yang saya sendiri tak tahu. Tema tayangan video adalah Dysleksia, satu penyakit kanak-kanak berkaitan perkembangan mental (lebih kurang). Rupanya kebanyakan orang-orang ternama di dunia, orang Barat kebanyakannya adalah pengidap penyakit Dysleksia. Contohnya Alexander Graham Bell, JFK dan banyak lagi. Mari kita cari fakta kat google bagi memudahkan pemahaman.

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu “DYN” bermakna susah, dan “LEXIA” bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.

Ciri-ciri penghidapnya:

  1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘d’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.
  5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca-punca Disleksia

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Rawatan

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.

Sumber: wikipedia

Okay, jom layan cerita graduation and concert pulak….sorry lah korang panjang pulak ‘ilmu’ kali ini.

Lepas tayangan video, Wafiy naik pentas baca doa. Tak sempat nak ambik gambar ke video ke sebab tengah pegang Ziyyad yang tidur tu. Papa sempat ambil gambar guna DSLR gedabak dia tu plus video kat videocam..amboii gigih laki saya angkut gajet ye…hahaha..so gambar dengan video tu saya syak akan upload berkurun lagi kot 🙂

Lepas baca doa, Wafiy join persembahan nasyid Demi Matahari a.k.a terjemahan Surah As-Syam (alaa..surah untuk solat Dhuha tu). Iman bff Wafiy sangat cerdik, baca Ayat As-Syam sekali terjemahan…adoiiii cair aunty tengok iman dengan lesung pipit tu nak oiiii..Damia pun join nasyid tapi jadi prop, pakai costume bunga matahari…jadilahhhh kan Damia…opening tuuu

wafiy matahari2

wafiy matahari

Then, penyampaian sijil untuk 6 years old students. Kena pakai jubah dan mortar board bagai. Masa tu ada rasa terharu la sikit kenangkan alahaiii dah besar anak aku..makna kita pun dah tua la tu..tsk tsk…besarnya tanggungjawab dan amanah nak besarkan dia nanti…lepas bagi sijil tu ada nyanyian We Are Graduate. Sangat cute tengok budak-budak tu menyanyi sambil menari, macam penguin pun ada si Wafiy bila buat aksi…

with best fren Shahmi

with best fren Shahmi

Wafiy dan Firdaus

Wafiy, Firdaus, Ilhan

Wafiy, Shahmi, Iman the 3 stooges

Wafiy, Shahmi, Iman the 3 stooges

Wafiy, Firdaus dan Ilhan

Wafiy, Firdaus dan Ilhan

Camera 360

wafiy pentas 3

wafiy amik scroll

Camera 360

Pastu, adalah masa bergembira kanak-kanak. kira yang tensi tadi adalah sesi untuk bagi sijil dan baca doalah bagi Wafiy n the geng. Ada beberapa persembahan, ikut kelas 3 years old, 4 years old, 5 years old dan 6 years old. Ada 1001 macam karenah la..budak-budak kan..cikgu cakap camtu, dia buat camni. aduhai..kalau lah saya jadi cikgu diorang, mau menyinga je lah sepanjang masa. Memang salute sungguh-sungguh kat semua cikgu kat TPW. Termasuk anak-anak Pengetua, Husna dan Nabila yang jadi koreografer tarian K-Pop diorang. Salute sebab boleh handle perangai anal-anak semua. Bukan senang kan nak bagi anak-anak behave, yang kita ada anak 3 ni pun dah tahap jerit-jerit tarzan, apatah lagi dah berpuluh orang tu.aduhai memang saya surrender lah.

K-Pop Group..bff

K-Pop Group..bff

mia matahari

Persembahan semua memang best belaka, kagum pulak sebab tak percaya budak-budak tu boleh buat. Kat rumah ada la practice tapi tu pun rahsia katanya…sorok-sorok dalam bilik especially persembahan K-pop Wafiy tu memang sangat dirahsiakan. Kakak Husna kata nak suprise kan mama papa, katanya laaa..

Lepas persembahan ada acara penyampaian anugerah. Tahun ni wafiy tak dapat apa-apa anugerah. Takpe lah, maybe sebab past 2 years dah dapat 2 tahun berturut-turut. Takkan balik-balik Wafiy sorang jer yang nak dapat anugerah kan. Nak-nak anugerah Kaizen dan determination tu, takkan lah every year nak kaizen kan..bagi peluang budak lain yang semuanya bagus-bagus jugak. Itu lagi bagus.

wafiy scroll

frame1

frame all

kenangan itu..

kenangan itu..

cilok from insta Husna

cilok from insta Husna

Penghujung acara, semua budak dan teachers naik pentas, nyanyi lagu Terima Kasih Cikgu Upin-Ipin Najwa Latiff tu. Masa ni saya rasa terharu sangat sebab tengok anak-anak membesar dan berubah dari tak pandai membaca jadi pandai membaca. Dari tak pandai mengaji dan pandai mengaji. Dari tak pandai solat jadi pandai solat. Wafiy dah naik AL-Quran pun.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua cikgu, tak tahu nak cakap apa lagi. Semoga Allah membalas jasa anda semua wahai cikgu-cikgu yang baik hati. Semua semua kebaikan yang dicurahkan menjadi amal ibadat dan dapat pahala melimpah kali ganda. Tambah sedih sebab tahun ni tahun akhir Wafiy kat TPW. Dah 3 tahun dia kat TPW. Macam-macam kenangan ada. Tapi takpelah, Wafiy will still keep intouch with the school and teachers sebab dia mengaji Al-Hira’ setiap malam Khamis dan Jumaat. So, selagi tak khatam AL-Quran, dia akan ke TPW juga 2 kali seminggu kan.

Okay tu je lah (panjangnyaaaaaa) cerita saya…sekian.. <penatt jariiii>

Alhamdulillah… 8 tahun sudah

ALHAMDULILLAH

 

Salam Isnin..

Syukur di atas kurniaan ini..

Hari ini genap 8 tahun usia ikatan perkahwinan kami…

Life has treated me well, and keep on giving the best to us, so i could not ask for more, Ya Allah..

Harapan ini agar ikatan ini diberkati sentiasa, seiring dengan redha dan berkat Ilahi. Kekal dalam landasan yang sepatutnya.

Ya Allah, jadikanlah kami dan keluarga kami insan yang soleh!!!

AMIN…

 

Raya 2013

Raya 2013

Jadual Aktiviti Cuti Sekolah Wafiy

Salam Khamis berbatik-batik hahaha…

Tajuk memang kemainnnnn kan. Macamlah anak kita ada cuti sekolah. Padahal anak kita memang tak ada cuti sebab duduk daycare tadika kan..mana ada cuti. Tapi disebabkan tadika wafiy dan damia ada juga budak sekolah rendah yang transit waktu petang, so pengurusan tadika memang akan adakan aktiviti masa cuti sekolah untuk isi masa lapang kanak-kanak transit tu..takla bosan sangat makan tido je waktu cuti sekolah tu sebab waktu cuti sekolah budak transit akan duduk daycare whole day.

So memandangkan wafiy pun dah besar dan dah boleh join aktiviti cuti sekolah budak transit tahun ni, mama dan papa decided to enrol him to those activities:

1. Kem Solat Anak Cemerlang, 3 hingga 6 Disember

image

2. Little Scientiest, 9 hingga 12 Disember

image

image

image

Selain daripada program tu, 21 Dis ada hari sukan untuk tadika pulak. Fuh..bizinya anak mama 🙂

Bestnya tadika wafiy dan damia ni, adalah pengurusan yang sentiasa peka dengan keperluan dan perubahan anak-anak. Selain daripada keupayaan teachers untuk bagi anak- anak pandai hahahaha perasan la sangat mama ni anaknye dah pandai.

Kedua-dua program tu ada bayaran, macam biasa la nothing free in this world kan. Tapi affordable lah utk parents. Untuk anak-anak kan…apa salahnya kan.

Mudah-mudahan anak saya akan dapat manfaat dari program-program ni. Untuk kehidupan dan masa hadapan dia. Hanya ini yang boleh saya buat, nak ajar memang tak berbakat. Harap kat teachers ajelah.

Okla gotta go now..take care!!

Dah lepas ujian..legaaa

Salam Selasa….

Ni sebenarnya nak update pasal Ujian Diagnostik Wafiy sabtu lepas. Sebab mamanya over nervous kan..padahal anaknya rileks je kan. Malam sebelum hari kejadian mmg mama tak lena tidur. Ntah apa-apa ntah. Tapi…itu pengalaman seorang ibu yang tak dapat dibeli di mana-mana.

Sabtu, 6.30 pagi wafiy dah gerakkan mama (mama dah bangun sebenarnya..kata tak lena kan) terus dia mandi kat bilik bawah sebab mama solat kat bilik bawah. Habis mama solat, nampak wafiy solat juga kat belakang mama…alhamdulillah. Wafiy pilih baju sendiri, siap nak pakai kemeja kotak-kotak. Layankan jer. Pastu request nak breakfast roti canai. Lepas mandi dan siapkan ziyyad dan damia, dalam pukul 7.30 keluar rumah.

Lepas breakfast kat kedai depan sekolah, dalam pukul 8 dah terpacak kat sekolah. Ramai kawan-kawan wafiy dah ada dengan parents masing-masing. Muka masing-masing cuak (makbapak yang over okay)..

image

image

image

Dalam pukul 8.15 nama pelajar dipanggil untuk masuk kat kelas ujian. Masa ni memang rasa nervous sebab tunggu nama tak panggil-panggil. Akhirnyaaaaaa….muncul jugak. Masing-masing masuk kelas tertentu ikut cikgu yang bertugas. Wafiy memang confident je jalan tanpa toleh kat kami. mm adoyaiii anakkk…

Sambil anak-anak ambil ujian, ada taklimat untuk parents. Penerangan tentang KSSR la..PBS la…dengar memang dengar tapi masuk telinga kiri, sangkut jap je kat otak sebelum keluar kat telinga kanan. Mana nak konsentrate, dok ingat kat anak je kan. (Padahal anak tu okay je pun).

Tak sampai 15 minit dengar taklimat Damia dah bosan. Dia ajak ke keluar dari dewan dan jalan-jalan. Tup tup nampak satu pondok comel..dalam ada tempat duduk dan rak buku cerita..so dia nak lepak situ…elok jugak kan sambil tu boleh dia baca buku..jumpa pulak kawan dia kanm..eloklah duduk diam kat situ. NILAM Corner nama tempat tu..kira macam tempat aktiviti baca buku mcm zaman kita sekolah rendah dulu tu..

image

Dalam pukul 10.30 tu ujian baru habis. Berduyun-duyun budak keluar macam dah habis exam SPM je gaya masing-masing. Makbapak yang cuak ni tadi tak sabo- sabo terpa anak masing-masing dengan 1 pertanyaan sama: senang tak? Wafiy selamba je jawab…alaaaa senang je mama..1+1 la…5+5 laa..ok la tu..penat je mama cuak tau..

Itu je la kisahnya…(ni pun amik masa 2 hari nak karang hihihi)

Jalan-jalan yang tak dirancang

Salam Jumaat…hujan lagi petang ni..siap petir dan guruh..November Rain katanya 🙂

Sejuk-sejuk ni kan, otak saya ni jadi bengap sikit. Dah la lunch hour tadi miting tak sudah-sudah. Last-last tak ke mana..duk bayar bil kat Anjung sebelah ni jap sambil beli toiletteries kat Watson tempat shopping kegemaran 🙂

Ohya..nak share gambar-gambar  masa jalan-jalan kat A Famosa last weekend. Saja nak buat kenangan utk Ziyyad sempena 11 bulan hehehe. Sebenarnya since hari Rabu lepas papa dah tanya saya weekend ni nak gi mana? Suami saya ni memang kaki jalan. Alhamdulillah. Cakapla nak gi mana memang 99% akan dia bawak. Jauh ke dekat ke..insyaallah laa..nak nak kalau jalan-jalan sambil makan..mmg la dia suka sangat. Saya tak tau nak gi mana sebab memang tak ada plan nak ke mana pun. Tapi memang dah lama berniat nak bwk anak-anak ke Legoland. Tapi kalau nak ke Legoland on the spot terjah je camtu memang tak berbaloilah. Kena plan elok-elok ( chittt sebenonya kami ni mana ada plan-plan pun kalau nak berjalan!)

Fikir punya fikir..yang paling dekat dan senang adalah Melaka. Wafiy pulak dok sebut nak naik gajah. So..ke A Famosa lagi la nampaknya. Perjalanan tak lama pun. Sejam je kalau highway tak jammed. Sabtu tu jammed sikit coz ada eksiden. Tapi okla kami bertolak pukul 10 sampai A Famosa pukul 12 lebih.

image

image

Sampai tu terus makan dulu kat kedai Rimbun Corner kira-kira 1 km dari A Famosa Resort. Keluar tol Alor Gajah tu lepas roundabout dan traffic light nampak kedai ni sebelah kanan. Dulu pernah makan sini. Memanh sedap lauk-lauk dia esp asam pedas dan lauk kampung. Roti canai dia mmg faveret wafiy dan damia. Gerak ke A Famosa Resort..sampai Safari Wonderland pukul 2 camtu. Ramainya manusia.maklumlah raya deepavali kan hihihi..beli tiket pun kejar-kejar sebab nak tgk Wild Wild West Show pukul 2.15. Tiket tu siap pakej lunch sekali tau. Kanak-kanak 3 tahub ke atas kena RM35. Dewasa RM49. Berbaloi la sebab ada 5 shows termasuk Tiger Feeding dan Elephant Show dan pengembaraan safari naik trak yang mmg mencabar betul sebab kita dapat tgk haiwan liar secara bebas dalam habitatnya..serammmm tgk lion dan tiger mengaum dan menghampiri trak kita naik tu…wafiy dan damia suka jem Ziyyad hmm takde perasaan cuma suka panggil gajah tu ‘dik..dik..’…hahaha lawak..

image

Ni masa Wild Wild West Show..alaaa…drama sebabak cowboy and cowgirl..tembak tembak laa naik kuda laa..

image

Nampak tak kami sayup-sayup di celah daun tu..gajah tu sangat besar tau. Seram gak. Kami naik dalam 5 minit je tapi dada debuk debak jugak padahal kali kedua naik ni. Dulu naik dgn damia je. Ziyyad tak ada lagi masa tu. Kali ni naik dgn damia, wafiy dan ziyyad. Kesian gajah tu, minta nyawa dia kot..sebenarnya tak bole snap gambar tapi degil kan. Tu yg halus bebeno. Staff ada snap pic kita. Sekeping gambar RM18. Naik gajah RM10. Layan jer la.

image

Pastu..damia nak naik pony pulak..wafiy pun sekali..sorang RM6. Gambar sendiri amik sebab kejap je pun. Naik tak sampai 5 minit..

image

image

image

Masing-masing adalah cuak hahaha..layannnn

image

image

Yang paling cuak adalah ziyyad…saja je saya dekatkan dia dengan pony tu. Jinak je pun..tapiii mamat tu nangessss hahaahha…mama jahattt

image

Lepas naik pony dengan gajah tu, kitorang naik bot ke Monkey Island. Banyak monyet comel-comel tapi seram sebab jinak sangat….

image

image

Beli kacang tanah sepeket RM5 utk bagi monkey..mak aiiii mahal beno tuuu..tapi layan jer la..sambil masuk mulut sendiri sikit hahaha..rgk wafiy tu..takut takut berani tuu…

image

image

image

Tetiba ada sheeps gemuks pulak kat monkey island ni…confuse jap..sheeps ni kejar orang tau..takottttt. habis sepeket kacang dicampak dek damia gara-gara sheeps tu kejar dia..sabo je la

image

Pastu naik safari trak pulak. Dah pukul 5 masa tu…ingatkan dah tak boleh naik tapi staff tu kata boleh lagi so kitorg naik je la. Dengan 1 family cina. Kira tak penuh la trak tu. Memang adventure betul naik trak tu..sakit badan habis..main redah je hutan bukit bukau segala..nampaklah haiwan liar berkeliaran..seramm tgk harimau memanjat pokok…gambar tak ada sebab sibuk tahan mulut yang menjerit tak henti-henti hahahahaaa..

Dalan 540 ty dah habis safari trak..kitorang gerak balik sebab memang dah tutup pun safari wonderland tu..tutup pukul 5. Badan dah penat tapi macam lapar. Keluar tu nampak gerai durian tepi jalan..apalagii minah hantu durian tu suruh papa berhenti…nak makan durian katanya…layan la jugak…amik sebiji musang king..habis dalam masa 15 minit hihihi..

image

Sedapnyaaa duriannn…macam tak cukup sebiji tapi kenangkan cuaca dah gelap dan macam nak ujan..batalkan niat nak menambah lagi..gerak terus balik dengkil. Masuk je highway, 3 kanak-kanak tido. Amannnn je mama nak tido gak hihi tapi tidur ayam je sebab kesian papa nak drive sorang. Dah la hujan pulak. Nasib baik tak jammed. Sampai dengkil dah maghrib…alhamdulillah selamat..

Malam tu semua tidur tak bergerak-gerak. Penat mengembala haiwan katanya :). Mama sakit tangan dan bahu sebab dukung ziyyad lama sangat kot. Tapi takpelah..sikit je..apa sangat nk dibandingkan dengan kegembiraan anak-anak kan. Memang priceless tgk diorang enjoy the moment growing with the nature!!!!!

WW: KL Bird’s Park 15092013

image

image

image

image

image

image

image

image

image

BEST!!!!

Kenangan….

Salam Selasa…
Alhamdulillah ziyyad dah recover. Not fully but progressively..biasalah budak nak besar. Patutnya pergi klinik check up 6 months hari ni tapi terpaksa tangguh ke esok sebab petang ni Menteri baru nak jumpa..layannnn
image

image

Alkisahnya hari ni.nak share gambar family saya 41 tahun dahulu. Ini kakak saya no 2 share kat FB dia..sangat memori sebab gambar ni tergantung selama ni kat living hall umah abah

image

Ohya masa tu ada 2 org je anak mak abah kita…Along yg berdiri tu. Which is mcm wafiy saya tengok. Dan Angah adalah budak pompuan atas riba wanita tercantik tu (mak saya). Saya tengok macam Damia lah Angah ni..biasalah anak sedara mmg ada iras sikit kan..Muka saya macam abah, kan..biasalah anak abah hehehe..

Terus saya terfikir…nanti raya tahun ni nak kumpul adik beradik semua (yg sekarang dah jadi 11 orang) amik gambar macam ni sama-sama…sebab selalunya tak dapat amik gambar full semua adik beradik ada. Tahun ni mesti amik supaya dapat gantung gambar tu nanti kat rumah masing-masing..insyaallah.

Because i love my family so much…and i’m sure you all do so…

Okla gotta go now…take care ye semua…

Posted from WordPress for Android

Budak bertiga.

Salam Jumaat..

Ni la rupa budak bertiga saya every morning

image

Sebenarnya tiga budak tu tak tidur sekali dgn saya. Damia dgn wafiy tido dgn papa. Ziyyad dengan mama. Tak boleh cmpur nnti penyek ziyyad..Damia dgn Wafiy tu lasak betul masa tidur…biasanya pukul 6 everyday wafiy akan bangun pastu jenguk adik kesayangan dia. Kalau adik (Ziyyad) dah bangun, dia akan ajak Ziyyad main atau sembang bahasa diorang. Tak pun ajak adik tgk youtube. Skrg tgh gila tgk Sofia The First. Siap bole ulang tayang sampai bole hafal dialog….

Wafiy mmg sgt sayang dan rajin jaga Ziyyad compared to Damia. Damia suka buat hal sendiri…tak pndai jaga adik. Kalau adik nangis dia yg first lari dulu..sabo je kan..agaknya masih tak boleh terima fact dia dah ada adik. Padahal kalau mama nak amik gambo adik dia lah org first yg dtg dekat…hopefully nnt berubahlah perangai dia.

Esok ziyyad genap 6 bulan…dah setengah tahun dah. Time flies so fast lah. Rasa baru semalam dia lahir. So esok akan ada menu solid food baru utk ziyyad…bukan redvelvet cake ye..skrg mama tgh kemaruk RV ni.hehehhehe…

Oklah…selamat berhujung minggu dgn aktiviti masing2. Take care!!

Posted from WordPress for Android

3 hari kat umah abah yg best…

image

Salam selasa
Tu kat atas tu gmbr pengantin kecik..hahah beria sakan pakai inai..
Maknya dgn makcik makciknya serta sepupu sepapatnya pon join kaki tangan..maknya siap kaki tangan 2 belah lagi tu…
Tah le rasa teruja nak meraikan musim pengantin baru yg dah mencanak canak mula hujung minggu hari tu…

…rumah pertama..adoii panassssss…

 

image

image

…rumah kedua…pon tambah panassss..tang umah ketiga saya dah takmo amik gambo dah..tobat..hihi

Lepas hantar mak abah gi kenduri 3 rumah sekaligus..rsa mcm eh nak pakai inai lah..jpm kita..cakap kat kak lang. Terus call kak uda yg tgh keje masa tu..suh dia bwk balik inai tube yg mmg standby je kat umah dia kat nilai sana.
Malam sabtu projek bermula…seronok berinai ramai ramai mcm ada kenduri kawin pulak kat umah abah tu…

image

image

I tell u…siap kakitangan berinai…gmbr tu ulang tayang dari insta…biasalah saya…kecoh je…sana sini mau tayang gambar

image

Tu gmbr ziyyad dgn sepupu yg muda sebulan dari dia..anak adik saya yg duduk Seremban..hafiz namanya.erkkkk ni bkn pengantin yer.selingan jap..eh jap..sama pulak stail posing tu..ke baby memang nature suka posing camtu?

image

Ni otw ke umah abah sebelum pergi kenduri tu..nmpk ziyyad dah besar dlm gmbr ni.padahal kenyataannya ziyyad biasa biasa jer..tak bams sgt pon….

image

…ni gambar malam tadi…

Balik umah abah kali ni spesel sikit sbb kakak saya yg duduk qatar ada balik bercuti..mmg meriah sgt umah abah..riuh rendah. Sampai wafiy n mia tak nak tido siang semata mata nk main dgn sepupu sepupu jauh tu..dahla anak kakndak 4 org semua boys..fuhhh meletup..mia sorg je girl so apalagi…melasak jugalah mia tu. Tu gmbr ziyyad kat atas tu saja nk tunjuk selimut kakndak belikan.. So comfy sampai mia kata mama mia nak pakai *gentel* ni bole..uhuksss…gentel tu selimut la bagi mia tu…tapi sedih jgk sbb kakndak sefamily nak balik qatar semula khamis ni..anak anak dia tak bole cuti lama…tak tau bila dia boleh balik lagi…

Eh terpanjang pulak membebel kali ni…itulah saya sebenarnya hehehe….okla chow dulu….

Posted from WordPress for Android

It is not too late…

image

Salam Sabtu semua…

Bersiaran dari rumah abah… Masih lagi dalam mood Hari Ibu rupanya…dan memang betullah..hari-hari adalah Hari Ibu untuk kita semua sebenarnya. Sebab hari-hari kita sayang mak kita. Hari -hari kita mesti ingat mak kita. Dan kalau nak appreciate mak memang bila-bila pun boleh saja… Dan…kad kat atas tu (alamak…boleh masuk kategori kad ke tu ha..) wafiy baru je buat kejap tadi kat umah abah ni..sempena rasmikan warna baru yg damia pow mama kat kedai tadi..kat sekolah mmg ada dia buat tp lupa nak bwk balik katanya..kesian mama dia ni dok tertunggu kad macam tahun lepas tp tak timbul timbul..dapat kad hari ni pun jadilah… So masih belum terlewat nak ucap HAPPY MOTHER’S DAY kepada para ibu sekalian…semoga jasa dan bakti dirahmati Allah…

p/s: abaikan huruf Z terbalik kat atas kad tu..wafiy memang selalu confius huruf Z dengan S..katanyaaaaaa

Previous Older Entries