…just membebel…

Hari ni dah hari ke 7 kita berpuasa kan. Macam2 makanan best dah masuk dalam perut ni. Damia behaves well all the time kitorang bangun bersahur..wafiy pun sama. Nasib baik 🙂

emm…semalam banyak sangat benda nak tulis kat sini..tetiba hari ni dah hilang. Ye lah hari JUmaat..tak elok marah2..(sebab benda aku nak merepekkan tu adalah sebab marah). Nak tulis hari ni macam dah tak relevan pulak, sebab dah hilang marah. Patutnya tengah marah2 tu terus memaki hamun %^$#*(#( je supaya lega. Opss bulan posa tak baik marah2 >ah..tak kira..tak bulan posa pun tak baik marah2 aper>>

ok..stop melalut ye. Ye, semalam aku sangat busy..plus bengang dengan internet opis yang bedebah ni..aku nak byr hutang online pun susah… semalam keje banyak..pastu gangguan pun banyak..sabar je la. Nak je hempuk2 tepon tu. Macamana saya nak buat keje kalau tepon tu asik berdering jer…semua pun SAYA..semua pun URGENT…apa hal…pastu balik keje pulak jem start dari basement lagi..nak kuarkan kete sendiri pun susah. Nyesal balik awal..lain kali balik jam 6 lebih baru ok

hem..isnin depan cuti Merdeka..rehat skit. Tapi bulan posa kurang best kalau cuti. Nak shopping, tak yah la..mesti ramai sangat umat manusia kat shopping complex tu..paling kuat pun shopping kat param jer la ye.

Okey la..nak rehat jap…babai..

…ramadhan dah esok…

Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru jer sambut raya tahun lepas, tiba2 (boleh ke tiba2) dah nak puasa tahun ni. Itulah masa, kalau kita tak gunakan dia dengan elok, rasa macam lama jer. Kalau guna sungguh2, sekejap je rasanya.

Tahun ni saya dah ada Damia…tak dapat nak bayangkan macam mana nak bangun sahur nanti. Sebab Damia ni memang senang terjaga kalau orang bising2..(nak turun dari katil pun kena slow motion..kalau tak nak beliau terjaga lah). Mintak2 dia okay la..kalau tak nampaknya tak dapat tido la saya lepas bangun sahur. Atau yang paling selamat (dan paling pemalas), saya tak payah bangun sahur langsung..hehehe 🙂 boleh gitu, papa?

Habis bab Damia, masuk bab makan memakan masa sahur dan buka posa pulak. Saya agak, saya akan recycle lauk buka posa untuk makan sahur esoknya..as usual. Kalau nak masak2 pun, maybe goreng telur dadar atau ikan bilis jer la..paling kuat masak nasi goreng jer. Ada maid pun saya tak bagi dia masak untuk we all makan. Bukan apa, kesian kat dia. Penat tau jaga hero heroin saya tu seharian. Dan kitorang pun bukan jenis pemakan sangat.

Pagi esok kami akan balik umah mak abah kat Banting..buka puasa sama family saya. Kakak saya dari Sungai Petani ada balik sebab cuti sekolah seminggu ni. Tak sabar nak jumpa hero2 dia yg 4 orang tu..kiut2 belaka. (habislah Damia saya kena gomol…huhuhu). Nak balik Sg Besar jauh. Tak larat, dengan Damia lagi. Tunggu Nuzul Quran baru kitorang plan balik Sg Besar (jgn marah papaku). Bukan tak sudi, keadaaan kita tak mengizinkan.

Hah..this part is very ‘delicious’. Last Monday kitorang ada buat makan2 before posa..biasa lah kami ni..potluck jer. Saya masak Asam Pedas Ikan Pari..ada mcm2 makanan yg best2….semuanya sedap2..nak share dengan u all, mustahil. Jadi, kita share gambar jer la ye. (mintak mahap kalau u all terliur..sapa suruh tengok gambar makanan masa tengah posa hahahahaa :-))

Jadi..enjoy the moment with these pics…

Buat semua yang mengenali saya..saya ucapkan:

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1430H..
SEMOGA AMALAN KITA MENDAPAT KEBERKATAN-NYA..
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA….

…mari koyakkan magazine mama…

huh…Damia dah makin cerdik sekarang. Apa benda saya pegang semua pun dia nak gigit. Kalau tangan dia sendiri jgn ckp lah..satu tangan sekali masuk dlm mulut..Ingatkan dia lapar ke, tapi according to paed, mmg nature baby sebaya dia mcm tu..kira motor skill la ni. Hem..apa-apa ajalah Damia…pastu kalau dia gelak, satu rumah dari tingkat bawah ke tingkat atas boleh dengar. Comel jer. Papa kata: Ikut sapa suka cakap kuat2…~mama la tu~ 🙂

Malam semalam, tengah saya rehat2 sambil baca magazine hadiah kakak saya (yg saya sendiri tak mampu beli…), sambil dukung Damia. Memang menarik isu kali ini. Mag pasal renovate rumah (lagi). sebab skrg saya sdg sibuk nak hias rumah. Memula baca 2-3 pages tu ok lagi, Damia behaved well. Tapi, masuk page 4..dia dah mengeliat2 nak ikut pegang mag tu. Hah…siap menjerit2 lagi. Saya apalagi, terus bagi mag kat dia..nak tau apa jadi?…

aduh….pening kepala saya..tapi tengokkan muka Damia yang beriya2 ‘mengerjakan’ mag tu..buat saya happy pulak. Sebab anak saya dah pandai (saya rasalah).

hemm…anything for u Mia..mama tak marah..(huahua..mag tu mahal tau tak Mia..)…

PEACE mama…

…ini yang dinamakan aDIL….

Ada satu keluarga yang bahagia, dengan 2 orang anak kecil yang comel. Si bapa dan ibu kedua-duanya bekerja, maklumlah zaman sekarang nak buat apa semuanya kena pakai duit. Jadi, ibu kena sama bekerja untuk bantu bapa menampung hidup sekeluarga (di samping si ibu adalah ‘shopaholic’..jadi adalah lebih elok dia bekerja, tak menyusahkan bapa bila dia meminta-minta).

Satu petang, selepas lelah bekerja, bapa dan ibu duduk berehat dalam bilik. Tiba-tiba bapa teringatkan duit syiling yang banyak dalam poket seluarnya. (Iyalah, orang lelaki mana nak guna sangat duit syiling, bila dah berbelanja dan dapat duit baki, tak lah digunakan balik duit syiling baki tu. Berbanding wanita, sampai ke syiling terakhir akan digunakan). Lantas, bapa keluarkan syiling2 tersebut dan beri kepada ibu. “Nah yang, masukkan dalam tabung anak2”. Ibu pun ambil syiling2 tersebut dan buka almari yang terdapat 2 tabung di dalamnya – satu utk abang, satu utk adik. Memang kecik2 lagi dah ada tabung dua2 budak tu. Ibu terus je masukkan semua syiling tu dalah tabung si abang. Bapa perhatikan saja tindakan ibu tu. Ada sesuatu yang bapa fikirkan, sedang dalam masa yang sama ibu dah tak fikir apa2 sebab tak perlu nak fikir apa pun. just masukkan duit dalam tabung anak, nak fikir apa. Bapa mula merancang sesuatu utk tindakan selanjutnya.

Hari berikutnya, bapa buat hal yg sama. Maksudnya, dia beri syiling lebihan belanja dekat ibu utk disimpan di dalam tabung anak2. Macam biasa juga, ibu akan ambik duit, bukak lemari dan simpan duit berkenaan dalam tabung..si abang lagi. Bapa perhatikan juga tindakan ibu sambil berfikir lagi. Ibu? Macam biasa, nothing to ponder about lah.

Dalam masa seminggu, bapa buat begitu dan ibi juga buat begini. Masuk hari ke 8, bapa dah tak sabar. Penat dah berfikir barangkali. Lantas dia terus ajukan soalan yang dah lama dia fikirkan selama 7 hari ini. “Yang, saya tgk, each time i give u the coins kan, u asik masukkan kat tabung abang jer…never masuk kat tabung adik..why? Nampak sangat u sayang lebih kat abang compare to adik…” Macam tak puas hati pulak bunyinya. Ibu tersentak, macam baru tersedar pulak. Jawapan dah ada dalam otak ibu, tapi macamana yer nak explain kat bapa. Akhirnya, ibu dapat idea. “Yang, i bukan macam tu. I sayang both adik dan abang…dua2 permata hati. Tapi…ye la paham2 jer la, abang dah lama dengan kita…adik baru jer. Biasa dah kalau apa2 abang yang dapat dulu…nanti lama2 adik pun mcm tu lah.”

Walaupun jwpn ibu tu agak konkrit, tapi dalah hati ibu terbit juga rasa bersalah..asyik mendahulukan abang compare to si adik. Tapi, itulah kenyataannya. Mana yang datang dulu, akan dapat keutamaan dalam apa pun keadaan. Dan ia akan mengambil masa bagi yang baru untuk mendapat tempat dalam sesuatu…..jadi, peranan kita sebagai manusia, letakkan sesuatu tepat pada tempatnya. Itu yang dikatakan ADIL. Walaupun agak sukar untuk berlaku adil, namun cuba dulu. Tak ada salah kalau mencuba, selagi terdaya………….

…wafiy nak ikut solat jugak…

malam semalam, masa saya siap2 nak solat maghrib, si wafiy sibuk jer nak ikut sekali..’awok..awok” katanya (awok tu dia maksudkan gmbr masjid kat sejadah tu, ntah ke hapa word dia dapat..ada ke masjid=awok)

saya pun malas nak memanjangkan adegan pujuk memujuk..terus papa tarik sejadah tu dan letak memanjang (mcm nak share 1 sejadah utk 2 orang solat). Suka dia. Saya dah nak cepat, tak toleh kiri kanan terus solat (waktu dah sampai penghujung).

Yang saya geli hati, papa ajar Wafiy solat siap terbaring2 budak tu dibuatnya. Yelah, dia tak nampak apa yg tangan saya sdg buat dlm telekung tu..siap dia nak mengintai telekung saya lagi. Nak sujud, jadi terduduk terus. Tiap kali nak duduk antara 2 sujud, dia tadah tgn. ingatnya kena baca doa ke hapa?? Siap dia raba2 tgn saya kat dlm telekung tu..Jadi tak khusyuk saya solat…..nak gelak punya pasal.

Habis jer solat, terus dia pandang muka saya..bangga la tu dah ‘pandai’ solat..saya mengomel2 skit kat papa..sebab dia macam kacau saya solat jer, tapi papa kata eloklah anak tu nak belajar solat…mudahan senang sikit nak ajar dia bila dah besar nanti…yelah yelah…

tapi yg pasti, mama bangga dengan wafiy….

..doakan mama papa ye nak..

..doakan mama papa ye nak..

…ikan bawal masak sweet sour…

petang semalam kan saya ke klinik, bawa Damia utk cucuk dan check-up. Jadi bila dah balik awal (sbb urusan kat klinik dah habis jam 4.30 ptg, dan tak masuk opis sbb rasa mcm dah lambat sgt), saya pun berusaha utk masak ikan bawal yang dah 4 hari dalam fridge. Senang je masak sweet sour ni..30 minit dah siap…taddaaa..inilah hasilnya….

Image(819)

(update on Damia – Damia dah 6kg, dan dah panjang sikit – 62cm. Saya malas nak tulis panjang2 kat sini, nantilah insyaallah saya update more about Damia)

…seribu satu macam Wafiy…

ptg semalam, saya jadi macam puteri raja..balik keje di ambil oleh papa. Siap ada pembantu driver lagi (sapa lagi, Wafiy la). Terlonjak-lonjak dia dapat ikut papa berjalan.

Sebab papa lapar, kami singgah foodcourt Presint 9. Sudah order makanan dan minuman, Wafiy dapat habuan mee sup kegemarannya. Sambil suapkan dia makan, dia sempat buat mcm-mcm aksi (yg ada saya tak tau dia dah pandai buat, contohnya: aksi tangan ketam dsb)..saya takjub jugak..jadi saya snap jer gambar dia. At first, amik satu snap jer..sudah tu dia cakap ‘lagi lagi..”. Sudah tak mahu stop pulak. jadi layankan jer la, kalau tidak menjerit tak ingat dunia. itulah anak…
(lebam kat dahi Wafiy tu adalah sebab kenakalan dia sendiri, jatuh katil dan pastu terhantuk kat kerusi tepi katil..tak menangis pun. Mama yang panic lebih2. Yang gambar mulut dia senget tu..kelakarlah..ntah sapa ajar dia buat mcm tu…)

Previous Older Entries