makan sorang-sorang

Salam Jumaat

Sekarang ni kerja saya makan makan dan makan selagi tak tutup mata

jadi kawan-kawan maafkan saya ye, kalau my posts lately semua cakap pasal makan atau gambar makanan..

kali ni, gambar makanan tradisional, pemanis mulut yang sangat-sangat mengancam..

iaitu, LOMPAT TIKAM….

sebelum dicurah kuahnya

..dan selepas berkuah

 

beli kat cafe ‘busuk’ kat sini..busuk-busuk pun tetap pergi kan..gagahkan je la

RM3 je sebekas tu..kenyang makan (sorang-sorang hahahahaha)

oklah..esok weekend bermula kan..so, enjoy your weekend!!!

 

WW: Es Krim Rasa Vanila Dengan Lelehan Saus Kopi Dilapisi Coklat dan Butiran Gula Karamel

 

 

layan

entry kedua utk hari ni..

stress ni..kena makan asam boi…sedapppppppppppp sangatttttttttttttttt

pasni eskrem Magnum pulak..oyeahhhhh (jenuh nak snap gambar makanan je hari ni…gasak..layan jer)

penat

salam selasa semua..

penatnya badan dan minda

macam nak bercuti aje….

nak pergi duduk hotel 5 stars, boleh gitu?

weekend all around the world…

Salam Isnin..

dah breakfast? kalau belum pegilah ambik masa kejap minum/ makan..breakfast kan penting..saya baru sudah. brppppp sedapnya lontong plus rendang kerang (amboi sejak pregnant ni makan tuuu main sedaaappp je ngalahkan raya haji erkkk.no wonder badan mcm guni dah ni)

tajuk tu mcm berjalan ke Australia ajer kan..kemain around the world..padahalnya cuma dalam Malaysia je, in fact tak boleh solat jamak pun hehehe..ahh dulik apa kan janji tajuk gempak hahahaha..

okey, hari Sabtu pergi Genting..iye Genting Highlands tu la. Sebelum tu pergi kedai mamak, gagah bangun pagi-pagi buta nak makan Roti Arab dengan kari sekali tak ada daa…takpe, layan roti telur dengan nasi lemak singgit je la. rekod paling awal ke mamak: jam 8.36 pagi..tak tahu lah laki saya tu asal bininya mengandung je, ke tempat sejuk-sejuk je diajaknya..suprise konon. tabiat betul..dah la tak plan pun, bukak mata terus cakap dgn anak sulung dia :oke jom bangun semua, kita pegi Genting:. Huwaaa nak nangis jap sebab ingatkan plan makan roti arab tak jadi..sebab itu plan asal malam tadi kan. (amboi makan jer yg penting kan). Budak dua orang apa lagi, masa tu jugak punggah lemari cari glove saki baki Cameron hari tu…dengan sweater mengalahkan sejuk beno la Genting tu kan…

sekali tu, sampai Genting:

hujan..

dan kabus tebal..nyaris tak nampak jalan…

nak turun kete pun tak boleh sebab hujan..sejukkkkkkk…

setengah jam kat atas, turun bawah balik. Budak-budak tu kalau dibiarkan memang tak nak turun.

Singgah Gohtong Garden, pegi melawat tumbuh-tumbuhan hehehe

makan kat situ. tetapi seriusly tak sedap..sesapa pegi, tak disyorkan makan ye. nak beli souvenir okla sebab ada byk pilihan, FM, berlambak-lambak..

 

beria-ria budak-budak tu menggunting strawberry sana-sini. sudahnya 3 bakul ko..bayo jgn tak bayo….

pastu dalam pukul 3 gerak balik ke Banting. Mak dah masakkan bubur pulut hitam untuk saya sebab semalam akak tanya nak makan apa..so, since bubur tu paling susah nak masak..(malas sebenonya)..minta mak masak hihihi…

sampai umah mak, tengok-tengok ada 2 biji jengkaut (eh ke tracktor)…kat depan umah. sekarang abah ada operasi besar-besaran tanam semula kelapa sawit kat belakang rumah (kebun)…so si jakun baju merah belang-belang tu apa lagi….aksi aksi aksi..dahla umah abah cucunya majoriti lelaki..pompuan ada la 4 ketul out of 13…so, adiknya dok tepi sebab takut..adoiii boleh pulak..

balik umah dah tengah malam. selepas berlerai dengan budak baju merah belang tu, taknak balik sebab nak tido atas jengkaut tu…fuh…kalau owner tu dengar mau dia reka pakej penginapan 3 hari 2 malam atas jengkaut…hahahhaa anak saya pelanggan pertama la tu…

ahad tu duduk rumah jer la…penat dah semua…

hari ni..macam biasa la..kerja selagi diperlukan. selagi kuat dan sihat. selagi dunia tak berhenti berputar. Ya Allah, panjangkanlah umur kami supaya kami dapat terus beribadat kepadaMU, supaya dapat terus merasai nikmat kurniaanMU dan terus dapat berbakti dengan kudrat berkat belas ehsanMU..amin…

kaki putih malam buta

Salam semua..
Dah nak tido jpun sibuk nak membebel kan..
Geli hati bila damia sibuk nak snap gambar kaki berstokin dalam gelap ni ha..glemer you tidur mlm pakai stokin ropol2 lagi tu..mcm nak berjalan je..maknya malas nak cari stokin lain kat bilik bawah nuu..sarung je laaa apa yg ada..
Owhh yg atas tu kaki maknya..tgkla besor gedabak. Kaki mia yg cute tu la hihihi…
Okla..mata sudah kelat daaa..gudnite..sweet dreams (wafiy smpt wish sblm berdengkur sat tadi)

Posted with WordPress for BlackBerry.

tak tahu masalah..kena muhasabah diri sendiri

Salam Jumaat

saya tak tahu apa masalah saya

nak beli Al-Quran yang ada terjemahan, bersaiz kecik agak-agak boleh masuk dalam handbag. Niat dah lama sangat. tujuan nak baca Al-Quran bila-bila masa terluang dengan mudah. Al-Quran besar standard tu memang ada 2 naskhah kat rumah.

tahu banyak kedai-kedai buku jual. Merata-rata. Apatah lagi kalau kat Alamanda atau KLCC yang selalu dikunjungi tu. 

tahu harganya tidaklah mahal sangat semahal sebiji handbag buatan luar negara yang sentiasa diidam-idamkan tu.

tahu banyak kelebihan kalau sentiasa baca dan amalkan benda yang disebut dalam Al-Quran.

tahu bahawa Allah sangat sayang kat orang yang selalu baca Al-Quran, sehingga setiap satu huruf yang dibaca dihitung pahalanya.

tahu bahawa Al-Quran banyak mukjizat, banyak kelebihan bagi sesiapa yang beramal.

tahu sekian-sekian hari, kita dianjurkan baca sekian-sekian surah tertentu untuk tujuan tertentu..

 

TAPI…

kenapa saya selalu melupakan niat untuk beli Al-Quran tersebut setiap kali saya pergi shopping

padahal dah tahu memang niat nak beli dah lama

tahu ada Al-Quran yang saya nak tu mesti ada kat MPH atau kedai majalah kat shopping complex

dan tahu harganya sangat murah kalau nak banding dengan handbag yang saya bawak hari-hari…

JADI,

apa masalah saya disini?

Ya Allah, tolong lah ringankan urusan hambaMU ini untuk membeli senaskah Al-Quran idaman hati itu…terasa ‘sesuatu’ alamat di atas ketidakupayaan saya ini..Ya Allah ampunkan hambaMu ini dalam apa jua keadaan…sesunggunya yang baik itu datang dari Mu, yang buruk pula semestinya dari diriku sendiri…..permudahkanlah urusanku kali ini….bantulah hambaMu ini untuk mendekatkan diriku pada Mu Ya Allah…

Previous Older Entries