Fikir lagi….

tiga perkara yang ada dalam fikiran aku akhir-akhir ini:

1. tentang kesihatan = rezeki

sejak wafiy didiagnosis menghidap asma oleh doktor 10 bulan yang lalu, aku asyik berfikir di mana salah aku dalam menjaga wafiy sampaikan baby pun bleh kena asma. Adakah aku yg bersalah tak breastfeeding dia dan bagi dia minum susu formula, which is proven as one of the main reasons why baby can get asthma in the early stage (sbb minum susu daripada botol susu lebih banyak risiko tersedak dan tercekik ketika menyusu berbanding breastfeeding-ni doktor jugak cakap). Dan lebih menarik lagi, aku akan cuba apa saja ubat2 yg dikatakan dapat menyembuhkan dan mengawal astma..dari berjenis2 madu ke berjenis2 supplement food dan juga berjenis2 lagi susu formula yang agak mahal2 jugak…dan minggu lepas masa duduk2 tgk tv aku terfikir…bertuahla parents yg dapat anak sihat (mcm parents aku dulu hahaha)..dapat berjimat duit dari melabur ke hospital pakar (sekali pergi terbang RM180-minimum treatment tu) dan juga dapat berjimat masa daripada menginap di hospital..dan aku rasa kesihatan juga adalah rezeki yang telah ditentukan oleh Allah, yang mana tak dapat kita manusia biasa ni nak jangka2 atau atur2kan sendiri…jadi aku pun pasrah la dengan ketentuan yg ALlah dah berikan utk aku dan wafiy ni..rezeki masing2 kan..skrg aku cuba jaga kesihatan keluarga sebaik mungkin sbb bagi aku KESIHATAN ITU ADALAH REZEKI YANG PALING AGUNG…

2. tentang kesilapan, good vs bad

Setiap orang ada persepsi mereka yang tersendiri apabila menyentuh bab ‘kesilapan’ ni..kalau ikut buku management, kesilapan adalah bagus sebab dapat menjadikan seseorang tu lebih berhati2 dan lebih berfikir sebelum melakukakan apa2 jua tindakan. Kesilapan juga dikatakan satu proses dalam mencapai kejayaan. Aku pun setuju, tapi aku agak terkilan dengan orang2 yang suka mengkritik secara melulu jika seseorang yang lain buat silap (biasanya boss la yg marah anak buah kalau buat silap), patutnya bagilah ruang dan peluang untuk berkembang melalui kesilapan yang telah dilakukakan (pastinya tak sengaja dilakukan)…bukannya sempitkan jalan perkembangan melalui kesilapan, sebab manusia kadang2 perlukan sesuatu yang pahit sebagai ubat…..

3. tentang ‘the power of knowledge’

it’s really good to have knowledge in our fingertips. It’s such a great honour when we know something when the others no nothing. Memang pemilikan ilmu tak nampak dari mata kasar sebab itu amat susah untuk menjaga ilmu yang kita ada (ilmu yang berguna laa..). Dan jangan kedekut dengan ilmu yang kita ada sebab ilmu yang tak dipanjangkan dan tak diamalkan macam pohon durian yg tak ada buah (apadah durian plak..contoh je tau). Dan tak ada sebarang limit untuk menuntut ilmu selagi niat kita betul. Aku betul2 tabik dengan orang2 lama kat ministry ni..diorang memang bagus..ilmu banyak tetapi tak kedekut nak share dengan orang2 baru mcm aku ni…dan aku bersyukur sangat2…ilmu yang aku ada dapat dimanfaatkan dalam working environment aku skrg ni…

ok la tu je…sebenarnya banyak lagi benda2 yg aku fikirkan…tu sebab otak aku jem selalu hahahahaaa….

Teori Tentang Berfikir……….

Berfikir adalah bagus untuk menjana minda dan menjaga tahap kebolehannya untuk berfungsi dengan baik. Aku ada banyak teori berkenaan berfikir ni, seperti berikut:

Jenis-jenis manusia yg berfikir; ada 3 jenis:

Type 1: Ada orang tak suka berfikir banyak2, dia rasa setiap perkara dalam hidup ni akan ada jalan penyelesaiannya sendiri..lambat laun akan settle jugak so takyah pikir banyak2 sgt..just go with the flow bak kata org putih…(aku punya lawak: orang jenis ni takut space dalam otak tak muat dan tetiba burst, macam hard disk komputer la plak)

Type 2:  Ada juga orang yang suka sgt berfikir sampai benda2 kecik dan tak patut difikirkan pun dia nak korek sampai ke ulu hati (serius beno berfikir, hahaha…..)

Type 3: Separuh-separuh. Maksud aku, ada ketikanya perlukan ‘hard thinking’ utk benda2 yg wajib difikirkan dgn teliti mcm keje ke…masalah2 hidup ke…dan ada ketikanya tak perlu banyak2 sangat fikir..nanti jadi biol plak….

Aku dah jumpa ketiga-tiga jenis orang kat atas sepanjang 29 tahun hidup ni (eh..tolak masa umur aku tak pandai fikir lagi…mungkin tinggal 20 tahun la kot). Dan bagi aku ketiga-tiga ada advantages dan disadvantages masing2. Dan kesannya pada lifestyle orang2 mengikut jenis mengikut teori aku adalah seperti berikut:

Type 1: hidup lebih easy going…happy je..sbb tak byk sangat fikir benda2 mengarut ni…gaya pembawakan diri pun santai je..muka tak berkerut dan tak nampak depress…tapi masalahnya org jenis ni suka pilih benda senang je..atau benda rutin sbb dia taknak pikir benda baru…dan apabila datang masalah yg lebih kritikal, dia akan kelamkabut…(ye la otak dah karat sbb dah lama tak exercise..hehehe);

Type 2: Orang jenis ni serius je…ada je benda yg nak dipikirkan..dalam kata lain suka sangat memperbesarkan perkara yang pada pandangan orang lain kecik je…hidup tak berapa happy dan dia rasa setiap benda yg ada kat dunia ni kena difikirkan…gaya jalan tu asik menunduk je la..ye la tgh berfikir la katakan….tapi kelebihan orang jenis ni dia lebih bersedia utk apa aje yg akan dtg dlm hidup dia..sbb dia dah fikir semua tu…dah bleh expect…dan org jenis ni boleh jadi mcm Einstein atau Alexander Graham Bell (hahaha….inventor always think kan….);

Type 3: Orang jenis ni life dia balance…dan pembawakan dia pun balance la..kalau betul2 ada masalah kritikal..dia akan thinking hard…dan bila tak ada problem kritikal dia happy go lucky je la.(best orang jenis ni…)

Seterusnya, contoh2 orang yg paling dekat dengan aku bagi ketiga2 type di atas?

Type 1: Aku…

Type 2: AKu jugak…

Type 3: Aku la jugakk….

HAHAHAHAHAAaa..kawan-kawan…sila komen……..

malam rabu di langkawi ini…

kursus baru bermula hari ini..tapi bosannya dah tahap agung…shopping baru habis seratus,,hahahaa serius papa akan bebel kalau tahu ni…

malam ni patut ada kelas tapi siang tadi we all dah berjaya habiskan satu topik jadi malam ni rest la..nak shopping, bdn agak letih…jadi lepak je la kat bilik sejuk ni..

yg pasti aku amat rindu kat wafiy dan papa…tadi ‘terserempak’ dgn kartun Barney kat tv,,tetiba ingat kat wafiy..

‘ i love u..u love me..we are happy family..with the great big hugs and a kiss from me to u…’ – lagu tema Barney yg jadi fevret wafiy…ishhhhhh…takpe sabtu ni aku fly balik….

ok la nak tido la….chow…

khas untuk ‘pentag’ saya kali ini…

dah lama aku tak kena tag nih…kalau name tag hari2 pakai la…hahahaha…sementara ada masa ni aku dgn rasa besar hatinya nak menjawab soklan2 tersebut seperti berikut:

LIST OUT THE TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR:
1. Set meja makan yg berharga rm15k spt yg terdpt dlm majalah Impiana keluaran Mei…
 

 

 2. ubat yg paling mujarab, cepat berkesan dan tak perlu dos yg tetap utk sembuhkan asthma wafiy…ada ke?

3. percutian sekeluarga ke jEPUN…dengan semua belanja ditanggung beres…

4. set penjagaan muka SKII yg amat mahal itu

5. sebiji kete Vios hitam….yg baru tau

LIST OUT THE REASONS FOR YOUR CHOICES:

1. sbb set meja mkn tu sanggattttt canteekkk..dan ianya kayu jati solid….dan aku rasa ianya adalah set yg worth buying..atau worth giving to me…ianya tahan lama dan senang utk dijaga..(mcm salesgirl Jatimas plk). lagipun aku suka set perabut yg natural dan bukannya kontemporari mcm meja mkn kaca ke..meja ala2 futuristik ke..eiii tak suka

 

2. aku sgt risau akan tahap kesihatan wafiy..asthma dia agak teruk sampai kena amik gas 4 jam sekali..dos inhaler pun dah bertambah..aku dah cuba bagi madu tapi tak constant sbb dia refuse to eat..takkan aku nak paksa sampai dia meronta2..kesian..azhani kata cuba bg mkn hati unta..yg tu aku tk cuba lagi..aku tgh berusaha tny sapa2 yg nak g umrah..mintak berjaya..aku dah boring nak kasi inhaler 2 kali sehari sbb dia akan melalak..

3. aku sanagt suka negara matahari terbit ni..mmg dah lama bercita2 nak ke sana tapi takdak duit. so aku amat menghargai kalau ada kwn2 yg sanggup sponsor aku hahaha

4. aku bukannya ‘ratu’ kecantikan sgt..aku cuma tertanya2 apala yg buat SKII ni mhal sgt…satu set rm2k tau..tgk dia punya kesan mmg cantik..penah nak cuba beli dulu..tapi bukan satu set la..satu produk je…tu pun makan 3ratus jgk..tapi tak jadi sbb mahal beno..takut kalau tak pakai rugi jer. jadi kalau ada org hadiahkan aku tak le ralat sgt kalau x pakai hahahaha…..

5. aku dah jadi minat dgn Vios hitam ala Taufik tu…nak beli tak boleh..so dapat hadiah canteek la tu

THE PERSON WHO TAGGED YOU IS

faruqy

5 IMPRESSIONS OF HIM/HER:

 alahai malu nak cakap..takdelah..poyo je…well,sepanjang hampir 3 thn berkawan dgn mamat ni, bagi aku dia ni:

1. blur mcm aku jgk..masa mula2 dia ‘tunjukkan’ kebluran dia aku tetiba jd hapi sbb aku rasa aku dgn dia sama..

2. jujur dan menghormati org lain
3. penguasaan bahasa inggerisnya sangat baik malah slalu cakap jargon2 yg aku tak tau..

4. suka liverpool sangat2..which is same with me
5. kami ada byk persamaan..betul tak faruq?

MOST MEMORABLE THING HE/SHE HAS DONE FOR YOU:

dia hadiahkan saya satu kek kecil yg sgt comel pd harijadi sy yg ke28 secara spontan..masa tu kami ada kursus di Hotel Residence UNITEN…..masa tu sy sedih sbb papa lupa nak wish saya happy besday..but dgn adanya kek hadiah beliau yg diberikan dgn ekspresi wajahnya yg ceria..saya jadi sangaaaaat HAPPY at that time…tqvm faruq…

MOST LOVED INVENTION (doesn’t have to be technically advanced)

poems…..

WHAT DO YOU DESPISE THE MOST

My honesty and my all-good assumptions of people around me…which always turn to be a threat to me…but i think i manage to change myself day by day….

6 PEOPLE YOU WANNA TAG

ecah  (saya berminat nak tau jwpn awak start from ‘impression of her/him…)

faruqy  (pun sma mcm ecah)

liya haris

joyz

uun

g-ha khairi

 

 

 

 

 

 

saya di sini…

bilik 1224, city bayview hotel langkawi

aku tiba di langkawi international airport jam 12 tghari tadi…ada kursus 4 hari..aku berat hati nak pegi sbnrnya sbb kesian kat wafiy dan papa..tapi nak buat camne..it’s all for our future..jadi tahankan saja la..

sempat bershopping sikit tadi…beli benda2 menarik yg aku pasti papa akan tak setuju dgn kelogikan aku membeli brg2 tersebut..biasa la suami aku mmg pantang kalau aku beli benda tak penting..tapi bagi aku memang penting…takpe la..sbb aku dah brief dia bahawasanya aku akan berbelanja secara membabi buta kali ni…dia pun tak larat nak marah..heheheheeeee

sabtu ni akan ke kuala kedah sebab my best fren kawin..aku siap beli hadiah kat sini utk dia..i’m sure she’ll discover from where her gift is come from coz she’s working here in langkawi.lantaklah janji aku ikhlas dan haapy for her…rattna dan syam akan dtg jgk…lin tak tau confirm ke dtg….sudah kaya minah itu…mustahil tak dapat dtg….

skrg aku sedang rindu kat wafiy….mlm ni sure dia akan cari2 mama dia..tapi since wafiy agak rapat dgn papa..aku tak risau sgt…hopefully everything will be okay…

gotta go now..nak upload gambar tapi asik fail je…nantila yea…..

bye….

Luka di lutut sapa la yg tau…

hahaha…tak tau nak mula di mana..banyak sgt benda buruk berlaku kat aku hari ini..hari JUMAAT yg indah dan permai ini. Berikut adalah summary perkara2 tersebut:

1. lesen memandu aku dah mati semalam..tanpa disedari..

biasanya papa akan ingatkan aku duedate lesen memandu aku ni tapi since papa terlalu bz dgn projek ‘PLAZAHRAH’ dia…dia dah lupa beb. Tetiba masa tgh miting tadi aku tingat lesen aku mati semalam..apalagi menggelupur la aku, takut beb. In fact smlm ada abg traffik dok buat operasi kat bwh jambatan P16 tapi aku dgn selambanya berhenti slpls ditahan..tak ingat pon lesen dah mati. sib baik abg traffi tak tanya lesen..dipendekkan cite, aku pon g la post office kat Kompleks B..dgn kak as dan mazrini…on the way berjalan kaki ke sana, aku telah TERJATUH…..dan tersembam..dpn org ramai..ya ALlah malu giler..pas jatuh tu aku gelak..hahaha..kas as pun gelak…

2. pos office offline so takbleh renew lesen

apakejadah la jpj ni..asal lunch je dia offline…dahla kaki aku sakit sbb jatuh tadi…tup2 takdapa renew lesen plak…ni nak kena sound JPJ ni…

3. nak withdraw duit kat ATM takbleh

ini bukan kes takde duit dlm bank okay…tapi CIMB ni sengal…tak link plak dgn Bank Islam hari ini..heiiiii…geram betul…at last pinjam duit kat as 100 nak soping kat pasar tani MOF….malu gua….

tu la dia senarai ‘hari malang’ aku…tapi takpela…mungkin ini adalah kifarah di atas kesalahan dan dosa aku yg lalu ekekekeee………..

dan yg bestnya dlm sakit2 lutut aku bleh soping sakan tu..hahaha…..memang shopaholic betui aku ni……

ok la..nak balik…chow….