pictures can speak 1001 words…

Premiere Hotel, Klang 24th March 2012

Premiere Hotel, Klang 24th March 2012

peace!!!

Advertisements

cerita basi tapi tak masam…

Salam Khamis..

rasanya laaamaaaaa sangat tak update blog ni…

jadi, hari ni entry adalah cerita laaamaaaaaaa sangat hehehehe

bukanlah cerita sangat pun, hanya gambar-gambar kot…

gambar kat A Famosa awal bulan hari tu (2 Mac- 4 Mac). Penginapan ditaja Kerajaan. Lain-lain kos, tajaan hubby hehehe. Terima kasih lah semuanya

seronok tau pergi A Famosa ni..sebab selain daripada duduk kat hotel tu kan, kita boleh pergi bercuti yang feeling ala-ala taman tema tau. Dalam A Famosa Resort tu, ada banyak tempat menarik untuk errr…kanak-kanak sebenarnya, tapii mak bapak kanak-kanak adalah over..hehehe..contohnya ada Water World (tempat mandi-manda), Animals Safari (fuh..mmg ‘safari’ lah animals dia), Cowboy Town (ada fireworks show every night tau), macam-macam lagilah….sapa yang suka main golf pun memang bestlah sebab cun sangat padang golf dia.

Yang kami pergi adalah Water World, Animals Safari dan Cowboy Town. Sebab tak cukup masa. Faham-faham je lah anak-anak saya kalau dah bertemu air, memang sampai kena halau baru mau keluar. Kelakar sangat, kami berendam kat kolam ombak tiruan tu selama 6 jam lebih..semata-mata nak tunggu ombak tiruan tu. Mesti orang lain bengang sebab apsal lah kami ni tak keluar-keluar dari kolam tu…balik-balik langgar pelampung kami jer..maaflah ye semua. Damia sampai tertidur dlm pelukan saya atas pelampung tu…sampai ada sorang aunty tu kata “amboi best sgt dia main ombak sampai tertidur…senang maknyer” hahahahaha iyelah senangnyer aunty oii..cramp kejap badan maknyer tau.

Next day, ke Animals Safari pulak. sebenarnya ada offer pakej Water World sekali Animals Safari tapi kami tak sempat book pakej, so pegi asing-asing la. Lagipun mana sempat nak pergi 2 tempat dalam 1 hari dengan anak-anak yg hyper camni kan. Animals Safari dia sangat best. Binatang buas kasi lepa camtu aje tau. Dunia mcm terbalik. Binatang buas dibiar lepas, manusia yang baik-baik comel-comel ni dikurung dalam truck jalur rimau tu..hehehehe..memang rasa adventureous sangat lah…truck tu mmg naik turun bukit jer kerjanya so boleh bayangkanlah macamana ‘wild’nya kan. Ada poney ride dan juga elephant ride. Macam biasa, Wafiy yang ‘lebih lembut’ dan ‘berjiwa penyayang’ mesti lah pilih poney instead of elephant kan. Damia yang memang ‘ganas’ dan ‘adventureous’ pilih naik gajah, adoiiii sungguh tak padan. Berani mengalahkan makbapak dia..hehehee..tapi naik gajah tu kan kenalah ada parental guide. Terpaksa lah mama ni naik sekali. Oh my, sangat takut tau duduk atas gajah yang besar gedabak tu..serius cakap. Rasa macam eh gunungnya gajah ni…padahal tak lah jauh mana pun gajah nama Lily tu jalan. Siap nak harung kolam air pulak Lily..takutttt sangat masa dia buat aksi macam nak sembur air dari belalai dia tu..papanya pulak dok gelak-gelak dari jauh..chittttttttttttt….nasib baik tak boleh snap gambar masa naik gajah tu, kalau tidak ada kena frame gambar muka pucat lesi tu. Tapi, saya ada beli gambar yang OP dia amikkan, RM18 pulak tu (mahalnya..mahalnya…). Wafiy naik poney memanglah rileks je kan….pastu tengok birds show, elephant show, Wild Wild West Show…best semuanya. Wafiy siap tutup telinga masa diorang tembak-tembak (guna peluru kapur je pun). Tapi kena ikut timing dia la..bukan sepanjang masa ada show tu. Sebab tu, dek kerana nak tengok semua shows, sampai tutup pagar safari barulah 4 orang ni chaloo…nasibla bayar mahal-mahal apa barang balik separuh hari kan.

dalam boat nak ke Monkey Island

birds show

Wild Wild West....

For those yang berminat nak berehat-rehat dengan family tapi tak nak drive jauh-jauh atau naik kapal terbang mahal-mahal, sinilah tempat yang harus anda kunjungi tau. Berbaloi-baloi. Kalau nak balik hari pun masih berbaloi lagi, tak payah stay hotel dia. Sebab kat Melaka je kan…gerenti best!!!!!!!

okla tu je la cerita basi saya untuk kali ini….chowww

jengah kejap..later kita cerita

hi people!!

busy…a lot to story, a little time for me..it’s just me and my time management…

rindu nak membebel..

but, later lah okay!!!

janji 2012

Sedang berseminar pelan strategik..
Ini janji utk tahun in
Ewahhhh jgn sedap mulut berjanji ye cik kak 🙂
Mudah-mudahan janji dapat ditepati..
Insyaallah..walau tak dijanjikan bonus atau komisen sekian-sekian, niatkan demi negara sahaja…
Okeh babaiiiii

Posted with WordPress for BlackBerry.

monolog

Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pengampun

Ampunilah perbuatanku yang lalu

Sesungguhnya aku benar-benar insaf Ya Allah

Apa yang terjadi, sesungguhnya hambaMu ini amat menyesal Ya Allah

Kau tabahkanlah hatiku

Untuk menempuhi ujian dan cabaran dunia ini

Amin Ya Rabbal Alamin

nasty

and finally i burst that nasty word out of my mouth

right in front of the person…

i know it’s not right to do that..

but i am totally MAD MAD MAD at them..and the Division too..( so-called HeBat Division lahhh)

do i care? no i do not, really…

coz i am tired of how they work..really tired

what gonna happen tomorrow? we’ll wait and see

nak cari gaduh sangat kan dengan kami…okehla serve you right

p/s: sebenarnya saya malas cari gaduh dengan you, tapi since you dah tinggikan suara dan muka tu rasa macam nak kena pelempang kuat..so that’s it la

alkisahnya….

Salam Khamis

dah petang pun..esok dah Jumaat. tengah pening kepala fikir apa jenis hadiah nak beli untuk my officer yang dah tamat kontrak. Esok majlis farewell. Sungguhlah saya ni tak berbakat bab-bab pilih hadiah ni…

sementara tu, nak ceritakan alkisahnya si wafiy anak bujang saya yang sedang kemaruk makan laksa semenjak seminggu dua ni..mula masa makan laksa kat rumah mak ngah dia kat Ipoh raya hari tu, saya tak percaya dia suka. Sebab dia memang sangat sangat pemilih bab-bab makan ni. Sapa yang tahu cerita ni tahu la kan bahawasanya anak saya tak makan nasi sejak kecik lagi…hebat betolllllll anak mat saleh celup ni rupanya…

so, bila dah dia kata dia suka laksa, plus kemaruk nak makan laksa di pagi-pagi buta, mama dia mulalah tak senang duduk. sebabnya bagi mama dia, masak laksa sangat susah..nak perisi isi ikan, nak rebus laksa, nak masak kuah laksa, itu-ini…mana ada masa nak buat benda tu semua. Papa dia senang je kaedahnya, mama singgah la kedai makan beli laksa untuk wafiy hari-hari..huwahh senangnya papa ko bercakap. Mama nak singgah kedai pun bajet-bajet masa (elehhhhhh yela tu….bajet-bajet masa sebab takut terlepas Asar kan). Tetiba masa beli nasi masa lunch kat ‘kafe serba busuk’ kat opis ni ha (serba busuk sebab kafe terkepap kat level basement. apa kehal lah JPM boleh approve kafe tak strategik camtu)..nampak ada satu gerai jual laksa…tetiba timbul simbol lampu bernyala di kepala..ok lah rembat sebungkus..brilliant lah!!!!

dalam hati bersyukur banyak-banyak…alhamdulillah selesai isu masak-memasak laksa ni….tak penat, tak leceh malah….sedaaappppppppppppp….tak caya, cuba tengok ekspresi muka wafiy

* sila abaikan keadaan rumah yang mcm tongkang pecah. sekarang ni guna tikar dogol ni ganti karpet. Karpet kat dobi, Mia tumpahkan susu kat karpet…

Ohya, Mia selaku follower kepada Leader, terpaksa suka makan laksa juga. I follow you, katanya hehehehe

Yang atas tu, Leader punya, pedas-pedas sedap

Yang bawah tu, seserabai Follower kepada Leader, kepunyaan Follower…telur rebus tak tinggal okay

ada orang tanya (kat FB) kenapa tak masak sendiri je? dia tak la tanya direct. tapi mama kan sensitif lebih. mestilah sentap sikit.

alahaiiiiiiiii kawan…saya takde masa la nak masak laksa yang sememangnya diketahui leceh dan remeh nak membuatnya. Tak pandai dan tak de masa nak belajar okay. saya tau la masakan yang dimasak sendiri lagi bagus, tapi saya memang tak mampu…

arghhhh…alasan semua tu..okay sila gugel resepi sekarang……………..okaylah chowwwwwwwwww

Previous Older Entries