Hari ini saya marah…

Macamana nak mula cerita ye?

Perlu ke cerita kat orang? Perlu la..kalau tak nanti kena sakit jantung pendam perasaan sendiri.

Tarik nafas panjangggggggggggggggggg…..

Hmmmm…Tulis , edit, padam, tambah, buang…

At last..

Tak jadi cerita la..bimbang di salah tafsir.

Kesimpulannya, there are people that really stupid and coward. Amik tindakan membuta tuli tanpa usul periksa. Dah buta hati nak melihat kebenaran. Lagi nak menegakkan benang basah walau hakikat dah tertulis, tersurat di depan mata. Lepas tu agak bodoh juga amik tindakan membabi buta menyerang seseorang tanpa fikirkan akibat perbuatan tersebut.

Biarlah…walau sakit hati ini, malas nak layan orang tak guna otak ni. nanti kita pula jangkit sakit otak. Dia perlu fikir, sebelum buat macam tu, apa yang pihak lain boleh buat terhadap dia. Saya tak akan takut, sebab saya tak bersalah…Yang pasti, identiti anda sudah dikenalpasti dan just watch out, something will come into your way….

SEKIAN ———————————-

Damia dan Chicken Pox (CP)

Salam Selasa

Lamanya tak mencatit cerita di sini. Biasanya sempat jenguk dan BW saja. Tak sempat mencatit… dan tak ada cerita pun sebenarnya.

(Ni pun 4 kali terperuk dalam draft box…huhu..takpe tunggu bulan September, blog ini bakal berupdate hari-hari….)

Ni nak share pasal Damia kena CP minggu lepas. Disyaki infected by friends kat tadika. Sebab teacher kata ada 7 orang students kena CP berturut-turut for the past 3 weeks. Memang tempoh incubation virus CP tu 4-7 days kata doktor. After dah kering kesan CP tu, masa tu la dia aktif nak mengeram kat another human body. Start nampak bintik-bintik merah hari Rabu 12 Februari tu masa amik dia balik sekolah.Pagi Khamis tu dah jelas dah tanda gelembung tu.

nampak kan bintik tu

nampak kan bintik tu

ouchhhh

ouchhhh

kesiannn

kesiannn

So mama dah siap-siap nak ke office, terpaksa la bawak dia ke office sebab ada beberapa kerja urgent kena buat. So pendek cerita (senang kan..nak pendek kan je) 2 hari tu Khamis Jumaat, Damia jadi PA mama kat office.

Adoii..susah rupanya nak buat kerja sambil menjaga budak sakit ni ye kawan-kawan..sekejap-sekejap dia menconteng. Sekejap dia mintak susu. Sekejap nak buang air. Sekejap nak makan. Sekejap nak main gunting kertas. Adoiii tarik rambut mak kamu Damia oii..

sedang bertugas.. curi-curi snap

sedang bertugas.. curi-curi snap

menconteng

menconteng

Nasib baik ada la budak opis yang baik hati boleh minta tolong tengok-tengokkan kalau mama pergi keluar kejap. Terima kasih la semua ye. Ada yang tolong buatkan susu, ada yang tolong bawa ke toilet la. Ada yang belikan jajan la. Terima kasih banyak-banyak.

Dah penat, dia senyap-senyap amik selimut dan susu..dan berlayar..zzzzzzzzz

kroh..krohhh

kroh..krohhh

Masa lunch hour pulak dia macam tau-tau je Alamanda ni dekat sebelah opis mama. Sibuk la nak ke Alamanda. Memang lah dekat tapi kena buat 1 pusingan roundabout yang terrrrbesarrrr tu..pastu parking memang susah la nak dapat kan. Tapi, mama kan selalu kalah dengan anak-anaknya. So, dua hari tu jadi macam princess la Damia gamaknya. Jelajah Alamanda katanya….

sesi merenung toys

sesi merenung toys

sesi mengkopi and meng Famous Amous

sesi mengkopi and meng Famous Amous

 

Beli set DIY kat Toys R US ni ha..dia memang minat benda-benda art macam ni. Layan kan jer la..tak mahal pun…

20140214_160805

 

leka...

leka…

 

in the process

in the process

 

hasilnyaa

hasilnyaa

Sebenarnya, papa tak berapa setuju saya bawak anak-anak ke pejabat kalau tak sihat atau ada hal kat sekolah. Sebab dia kata tak proper la kalau orang tengok nanti. Saya dah kata my bosses are sporting, tapi still dia kata, orang lain tu nanti perati jer perlakuan mama. Nanti-nanti, semua orang nak bawak anak ke pejabat. Katanya kepimpinan melalui teladan..ye laahhhh tuan besar…tapiii kali ni dah terpaksa. Dah dia pun tak boleh nak cuti kan. Bawak ke pejabat memang takkan lah kan. Itu prinsip dia. (Eleh..sebenornya takmau anak-anak kacau dia latuuuu)

Bagi saya, saya tak kisah subordinates saya atau opismate saya bawak anak-anak ke opis, asalkan tak mengganggu kerja. Saya betul-betul tak kisah. Sebab tahu dan faham macamana dilema ibu bekerja. Tapiiiii kalau anak bangsa menjerit dan berlari doplohpat jam memanglah saya tak selesa. Harap mak bapaknya faham la kalau anaknya dah buat perangai cenggitu kan.

Itulah kisahnya. Sekarang Damia dah sihat. Bekas pun tak berapa jelas, maybe kulit kanak-kanak cepat tumbuh baru kot. Thanks pada yang mendoakan kesihatan Damia ye…

gambar ulang tayang :)

gambar ulang tayang 🙂

sedang bertugas

Kembali Lagi Di Sini..

Salam Khamis…

image

Hari ni datang ke office setelah 3 hari cuti jaga anak-anak sakit..

Hari ni meeting board A jam 830 pagi. Meeting Board B 230 petang. Mau tak gelabah hari ni selepas subuh terus siap ke office.

Jam 7 hantar Wafiy ke sekolah. Biasanya papa hantar. Hari ni papa kena cuti pulak sampai esok jaga anak-anak. Gilir-gilir. Jam 720 dah terpacak kat parking. Nasib baik hari ni lampu basement hidup. Kalau tak…scaryyyyy…

Okla…ada a few LO to be processed urgently…till then…tata..

Posted from WordPress for Android

Random Act Of Kind

…. is something you do that can brighten up other person’s day…

Most of the time, it involves small thing you do to others such as a smile to unknown people, a little help ie open up a door for incoming customer in a restaurant or simply a word ‘hi’ to anonymous.

I am such a big fan of this. I mean I really believe that you can do just anything…unexpected..to help the others.

Happen at The Chicken Rice Shop, Alamanda. We know this one gentle waiter from Nepal named Shat for almost 7 years. And he is really kind and gentle. That is why he never quit from this restaurant I think. He saw Damia sat there waiting for our fave Nasi Ayam with unhappy face (due to itchiness of chicken pox) and he just did the right thing to cherish the girl. Tadaaaa…a bar of Crispy Choc!!!

image

image

image

Of course, Damia is happier than the very first moment she entered the restaurant!!! We were touched by the act, and kindness and will always dine in here for sure!!!

Posted from WordPress for Android

Macam-macam ragam manusia

Salam Khamis

Itulah realiti dunia ini.. nak-nak di zaman canggih serba serbi ni..zaman IT katanya..semua benda hujung jari sampai dah tak boleh nak fikir dengan waras kalau nak buat sesuatu tu..saya tak la kata saya ni perfect sangat sampai tak pernah ada perasaan nak up post yang akan menjentik hati-hati insan lain yang tak berkenan..tapiiii…ni nak kasi nasihat untuk diri sendiri juga ni..lain kali tak nak cakap benda yang boleh mengundang kemarahan orang lain lah kan..memang betul lain orang lain ragam lain penerimaan tentang sesuatu benda, tapi tak nak la menjadi pencetus perbalahan kan…

Jangan salah faham, ini bukan nak kata kat sapa-sapa..ni hanya untuk peringatan kepada saya juga. Saya belajar dan dewasa dengan pengalaman…insyaallah…

Ok gotta go now…

**** Damia ada kat office sekarang ni, dia kena chicken pox. Kesian dia tergaru-garu. Harap tak berjangkit kepada Ziyyad…Kalau Ziyyad pun infected alamatnya mama kena cuti la. tak sanggup bawak Ziyyad ke office. 1 lagi option hantar Ziyyad ke rumah abah. minta mak jagakan..uhhhhhhh

Ziyyad oh Ziyyad

Salam Selasa

It’s been a while since last update of my lil son, Ziyyad. Coz dah lama tak pergi checkup kat klinik. Pergi klinik due to selesema demam tu ada la…

Sekarang Ziyyad dah 1 tahun 2 bulan lebih sikit. Gigi masih 7, 5 atas 2 bawah. Yang atas macam Usop Sontorian kata adik bongsu saya Kaka. Jarang bebeno gamaknya. Masih belum berjalan hanya boleh berdiri sambil dibantu atau pegang benda. Which is quite lambat dari wafiy dan damia. Takpela I dont give a damn about that. Elok gak…tak berjalan tak la panjang langkahnya. Kita ni, budak tak berjalan risau, budak berjalan pun risau. Macam-macam. Normal kot budak usia dia tak berjalan lagi. Coz keturunan dia pun ada gak yang lambat berjalan. Sampai 1 tahun setengah pun ada. Kalau dh nak masuk 2 tahun tak berjalan memangla kena risau kan.

image

image

image

image

Panjat tangga masuk bilik air adalah kegemaran dia sekarang. Bertatih pusing keliling kabinet dapur pun dia suka. Teman mama masak katanya….

image

image

image

image

image

image

image

Makan…semua benda nak telan. Cuma bubur blend dia dah tak suka. Maybe sebab dah ada gigi kot. Tak layan dah makanan lembik-lembik hihihi..

image

image

Perangai sama mcm wafiy. Kalau marah nanti tundukkan muka gaya ala Ju On tu sambil tajamkan mata. Sebijik wafiy!!! Pastu semua toys wafiy dan turun kat dia. Kereta kecik-kecik tu fave dia lah. Nanti dia pegang kete kecik tu pastu sambil tolak atas lantai, dia buat bunyi kereta. Alahaiiiii anakkk…

Next appoinment checkup bulan Mac nanti. Genap 1 tahun 3 bulan….so till then tunggu je la.

Posted from WordPress for Android

Mari layan teka-teki teka-tekuk

Salam Jumaat…apart from kisah tertinggal purse di hari yang best untuk berjimba ni..ada story buat penawar duka..

Alkisahnya, anak saya nama Wafiy tu kan..ada beli 3 buah buku kecik-kecik comel macam bentuk majalah mangga tu. Beli dari kedai buku sekolah dia. Semalam lepas buat kerja rumah saya kemaskan beg sekolah dia ternampak buku tu. Terus tanya dia sapa punya. Dia kata dia beli. Saya tanya lagi, berapa RM satu buku ni? Dia jawab alaaa murah je RM1 je ma..murah laa sangattt anak oiiii… Ni sampai tiga kiranya RM3 la kan. Saya heran la mana dia dapat duit beli buku tu sebab sehari belanja sekolah dia RM2 sekolah pagi (walaupun bawa bekal, memang standby kan duit belanja in case nak beli stationery ke apa ke). Dengan bangga dia kata dia simpan duit belanja untuk beli buku…Tskkkkkk terharunya dengar…sekali dia tunjuk ‘tempat persembunyian’ duit belanja dia…nahhhh ada RM13 semuanya… *bagus bagus*

 

??????????

Camera 360

 

Camera 360

Nak tau apa yang tak bagusnya?

Hmm….semalaman saya dengan papa dia dengan adik dia Damia kena layan teka-teki dia yang dok ada dalam buku tu laa…adoii…bukan tak suka, bukan tak nak layan…tapiiiii dah tutup lampu pun masih nak berteka-teki..adoiii…

Camera 360

 

Sampai dah boleh hafal dah beberapa teka-teki tu..

Contoh:

Orang apa yang tak boleh kawin?

Kalau KATAK diterbalikkan jadi KATAK, AIR diterbalikkan jadi apa?

Gurun apa yang paling subur?

Banyak-banyak Mi, Mi apa yang tak boleh dimakan?

Kalau Jambatan Pulau Pinang runtuh, apa yang timbul?

>>>>>>>> and the list goes on……aduhaiii anak…..

So, malam ni. 

Kena bersedia lah nak menjawab lagi tekak-teki dia tu dengan penuh perasaan teruja dan terkejut buat muka tak tahu tak ingat whatsoever….

Layan jer la……

Previous Older Entries