…cerita sesudah raya…

hai kawan2..
dah lama tak membebel kat sini, cuti raya kan.
Semalam baru masuk keje, maid baru balik.
Seminggu jaga budak berdua tu (sendiri), OMG memang pusing kepala.
Tangan pun lenguh2 sebab asik dukung Mia je.(tak pe la sakit dulu senang kemudian..)
Raya tahun ni biasa jer..meriah sikit sebab dah ada baby girl, boleh decorate dia sesuka hati dgn bermacam2 aksesori muahahahaaa…
Tapi yang tak bestnya, tak dapat tangkap gambar raya in my own family..bila Mia ok, Wafiy tak ready. Bila adik meragam, abang pulak bawak diri..hei pusing kepala (lagi). Ada la sekeping gambar kami berempat, itupun my SIL amikkan. Dahla tak ready, muka pun berminyak2..tak pe la, aku dah cakap dengan papa, next week lepas balik Langkawi aku nak pergi kedai foto yang ada studio best, nak pakai baju raya, snap gambar sefamily..kira gambar raya la tu..hehehe aci tak..(jeles sikit dengan member2 yang tayang gambar raya sefamily..sedondon gittew..)
tapi, takpe..saya ada snap beberapa keping gambar semasa raya. Itu pun tak pakai baju raya sangat la.

…saja suka-suka…

nampak sangat saya tengah boring kan kawan-kawan..

nah tengoklah foto2 anak2 saya yg dua orang tu…tetiba jadi rindu dgn mereka…

waify tak habis2 dgn 'peace' dia

waify tak habis2 dgn 'peace' dia

sayang adik dan abang

sayang adik dan abang

masa ni nak ke klinik bawa Damia cucuk 6 bulan

masa ni nak ke klinik bawa Damia cucuk 6 bulan

ishh Mia nak tgk papa la abang...jgn tarik kepala Mia

ishh Mia nak tgk papa la abang...jgn tarik kepala Mia

Image016

…post raya in advance…

Hari ni Putrajaya dah sunyi sepi..mana mereka pergi pun saya taktau. Saya rasa ramai dah mula bercuti raya. Sakan gitu.

Lagu raya dah start berkumandang since last week lagi. Jiran bilik sebelah saya ni hah mmg superb..buka lagu raya kuat2 pastu siap mengikut lagi..sama macam kalau dia tengah tension keje pastu bukak lagu hindustan kuat2..sambil bergelek sakan hahaha lawakla jiranku ini (tapi beliau sangat baik hati ok). Semalam beliau tolong saya jumper kan kereta saya, semalam bateri kereta saya ‘kong’ pulak..jenuh nak tunggu papa datang..saya usha la encik ni..mintak tolong. nasib baik dia tak balik lagi kalau tidak, berbuka di MOT la nampaknya saya semalam.

Saya mula bercuti pada Khamis (iaitu lagi sehari dari sekarang..). Sukanya hati. Dapat rehat lama2 pastu boleh bermanjaan dengan Damia dan Wafiy kat rumah (yg bersepah itu). Masuk kerja balik pada 28 September 2009. Lama la jugak. Tahun ini turn raya pertama kat Sungai Besar. Tak kisah mana2 janji raya kan. Meraikan kemenangan. (Eh..jap..kenapa mix.fm ni ada lagu raya Puan Sri Saloma pulak ni..owh..muhibbah).

Since last week jugak mak2 orang kat office ni dah mula mengangkut biskut raya yang ditempah. Masa menempah kita tak ingat, masa nak membayar dan bawa balik tu memang la siksa. Nak patah tangan (dan nak rabak wallet juga..)

Malam ni nak ke Alamanda, nak cari kasut untuk maid saya ni. Dan beli barang2 dapur sikit. Mintak2 Damia ok la, tak meragam. (bolehla saya melantak Kenny Roger’s dengan jayanya, mudah2an..)

ok lah kawan2 semua..sebelum saya melalut lalut lebih panjang lagi..eloklah saya berundur. Sebelum tu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. SAYA POHON MAAF DENGAN SERENDAH-RENDAH HATI DI ATAS KETERLANJURAN PERKATAAN DAN PERBUATAN SAYA (yes i know saya ini memang laser dan cakap lepas ok). KIRA 0-0 LA YE…

SELAMAT BALIK KAMPUNG..JANGAN LUPA JAGA DIRI DAN FAMILY..
PANDU, TUNGGANG DAN JALAN DENGAN SELAMAT
(Pesanan tidak berbayar..supaya tak memakan bajet MOT..)

…kami balik kampung (papa) dan Damia demam buat first time…

Akhirnya, setelah lama papa memendam rasa nak balik kampungnya..maka last friday night kitorang balik kampung jugak..lepas berbuka ala kadar (sebab nak cepat punya pasal). Wilayah (termasuk Putrajaya) memang tak cuti pada Isnin lepas ni, tapi demi papa, saya amik la cuti sehari. Papa memang cuti. Lagipun, cuti saya banyak lagi..(sebab dah cuti 2 bulan masa bersalin tuh..hahaha).

Kampung kat sg besar, selangor. Memanglah my PIL dah tak ada, tapi still ada adik beradik papa yang lain, most of them keje kat kampung je, usahakan sawah padi. Cuma abang ipar kat Ipoh dan kakak ipar kat Semenyih. Itu je yang tinggal jauh dari kampung. Sekarang ni bendang dah kosong, maksudnya padi dah kena tuai. Rata2 bendang dah tak hijau..jadi hitam legam sebab dah kena bakar untuk tanaman padi seterusnya. Saya paling suka tengok view bendang tengah masak..hijau keemasan dan saujana mata memandang. Tapi, takpela lain kali kami balik mungkin dapat jumpa view macam tu lagi.

bendang1bendang2

Kepulangan kami kali ni sebab ada acara keluarga..kenduri makan2 buka puasa pada Saturday tu. Memang menjadi kebiasaan family papa akan buat kenduri masa buka puasa..lebih berkat katanya menjamu orang makan buka puasa. Wafiy suka sangat sebab dapat jumpa cousins dia yang 23 orang tu..haha meriah giler. Cuma saya je cuak sikit sebab Damia tak pernah berjalan jauh macam kali ni, malam pulak tu. Dia okey je dlm kereta, tak meragam.

Tapi, sesampai je kat kampung, badan Damia dah start panas. Saya panik..sebab Damia tak pernah demam sebelum ni. ALhamdulillah kesihatan dia baik sejak lahir walaupun tak breastfeed. Maybe sebab dia jarang keluar rumah, (compared to Wafiy dulu every month ada je penyakit. Biasalah duduk taska kan). Kali ni, Damia demam la pulak. Memang saya panik, lepas je kenduri tu saya terus bawa dia ke klinik. Doktor check, dia kata Damia demam skit, suhu 37.5 je. Cuma perut dia ada bunyi banyak angin, (masuk angin sebab duduk dalam aircond kereta lama sangat agaknya). Paru-paru dia ok, tekak ok..cuma demam skit. Doktor kata don’t worry, budak nak pandai ‘buat keje’ memang mcm tu katanya. Saya memang sangat panik, sebabnya dia tak pernah macam ni…hehehe bila saya tau Damia okay..saya rasa lega sangat. Kesian kalau dia demam teruk. Nasib baik Allah sayangkan dia. Hari Ahad tu, Damia dah okay. Dah terkekeh-kekeh gelak bila diagah. Rupanya dia dah nak merangkak, dah pandai angkat badan. Bila penat dia menangis. Patutlah demam. Betul kata doktor. Tapi, saya doa kat Allah, kalau boleh janganlah buat Damia sakit lagi. Saya kesian kat dia sangat2. Cukuplah sekali ini..

kesian anak mama, demam ye

kesian anak mama, demam ye

Balik kampung kali ini memang best sebab saya dah ada 2 orang anak (dan dah ada maid untuk bantu juga). Puasa pun okay sebab cuaca tak panas sangat kat kampung. Wafiy memang seronok sangat main dengan kakak2nya….main cikgu2 macam mama dia dulu..main macam2. main bendang jer saya tak bagi. Itupun semua orang claim kulit dia gelap sikit masa nak balik Dengkil. Takpelah Wafiy, gelap2 pun anak mamapapa, dan mamapapa memang tak putih pun..hahahaa. Saya seronok sangat tengok Wafiy enjoy balik kampung. Satu hot spot yang dia suka sangat nak main, dekat tangga. Main cekgu2 kat situ..konon2 ada komputer kat anak tangga tu. Lawakla. Pastu menulis ala2 kerani dengan tangan kiri dia tu…hemm memang heaven jadi kanak2 kan.

wafiymaintangga1wafiymaintangga2

Kami bertolak dari kampung pukul 4 petang hari Isnin (semalam). Tiba di Dengkil jam 6.30 petang. Memang tak sempat nak masaklah. Singgah kejap kat PARAM..beli apa yang patut. Tiba kat rumah, dah nak azan. Elok2 siap angkat barang (termasuk biskut raya yang saya order dengan SIL) dah boleh makan.

Apapun, saya sangat bersyukur Damia tak demam teruk. Mintak2 lepas ni dia tak demam lagi. Jadi, keseluruhannya, balik kampung kali ni memang BEST ho!!!!!!