::happy belated father’s day, papa::

...this cake must be yummy...

...this cake must be yummy...

...happy for papa...

...happy for papa...

...yummy yummy...

...yummy yummy...

...forgot to put on the date here lah...

...forgot to put on the date here lah...

..can't wait papa anymore..

..can't wait papa anymore..

....my love...

....my love...

....a father, and father-to-be....

....a father, and father-to-be....

..nak share this one dgn kawan2 semua….

Kisah Benar : Wasiat Buat Isteri Tersayang

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah. Buatsemua, pada yang dah berkahwin, baru nak kawin ataupun akan kawinnanti, kisah nie biarlah tersemat di dalam jiwa.

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah , telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah. Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai.
Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.

Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).
Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah :
1. 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan>20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
2. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.
3. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.
4. Wang tunainya di bank persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.
5. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.
6. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima, manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

“Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga. Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat. Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu).”
Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada di sisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.

She should be thankful…she got the forgiveness from her husband.
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”
Wallahua’lam

…peringatan utk diri yg lupa II…

Perbalahan sentiasa berlaku. Tidak semua di antara kita sebagai manusia akan bersetuju dengan pendapat orang lain setiap masa. Orang lain juga pun takkan sentiasa setuju dengan pendapat kita. Namun demikian, dalam percintaan/perhubungan, perbalahan boleh menjadi terlalu mengikut emosi, sampai ke tahap boleh melukakan hati pasangan.

1) Jangan Bersyarah

Dalam perhubungan yang matang,anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu `kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

2) Jangan Balas Dendam

Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindak balas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya “sedar” bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu, tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus, sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda Betul dan dia Salah–hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!

3) Jangan Tinggikan Suara

Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.

4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif

Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat “terasa”, jangan terlalu sensitif atau “take it too personal”. Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas cakap. Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu, kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.

5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil

Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya la, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah…3-4 bulan lepas contohnya–jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.

6) Mendengar Dengan Teliti

Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira, malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.

7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa

Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar…fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!

8) Jangan Serang!

Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun “naik angin”…bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.

9) Mesti Hormat

Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat “eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.

10) Jangan Tinggalkan

Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan, marah sangat, terus tinggalkan
pasangan, bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je. Pasangan pun dia tinggalkan sorang. Okay, walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, “tension” ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke…kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.

..peringatan utk diri yang lupa….

Assalamu’alaikum wr wb ..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta Baginda SAW memberi ucapan khusus
untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di
Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil
Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah
seperti berikut:

“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.

Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab,
“Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di
bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba,
akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus
agaknya.”
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas
rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis.. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas.
Masa ni jugak nak habis.”
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti
tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang
suami yang kurang faham suami’. Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang
isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata ,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan
awak”
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan
dengan perkataan seperti berikut:
“Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?”.][Tak guna sesen
pun’]

Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak
ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya
ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia
dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke
dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a) Sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70
x sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).”
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah
SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda
sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk
mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b) Sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar,
akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan
bererti berdukacita”

c) Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya
dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina
Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati
baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau.
Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari
Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlah
satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya” .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah
bersabda, “Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.” Terdapat juga suatu
syair

Arab yang berbunyi :
“Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.”
Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat
sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
Peringatan Terakhir – Melatah:
Bagi wanita yang suka melatah seperti “O pocot”, “O nenek kebayan”, “O sayang” – jangan biarkan diri anda
Melazimkan sebutan-sebutan sepertinya kerana sebutan itu tidak membawa sebarang makna & kebaikan.
Kelaziman sebegitu dari waktu muda akan terbawa ke hari tua. Ubahlah sebutan anda ketika melatah dengan
Menyebut “Subhanallah” – Maha Suci Allah. Sebutan sebegini memberikan pahala dan makna kepada yang menyebut & mendengarnya.
Moga-moga dengan membiasakan diri berzikir, latah anda juga akan turut “berzikir”.

…rindu padanya………

Pie1206Pie12061Pie12062Pie12063Pie12064Pie12065

…..spiderweb…..

uhuk…uhukk…dah bersawang rupanya blog aku neh…
byk benda nak citer..tapi MALAS…dan tak de masa…
sibuk sgt ker??sibuk la jugak…
bdn penat, minda pun penat..tapi masih lagi mampu melayan rakan2 seopis dan bergelak ketawa..
kenapa aku penat?sbb aku kurang darah..atau bahasa scientificnya..ANEmiA…sbnrnya since pregnen kan Damia lagi dah dapat penyakit ni..dah lepas bersalin lagi la teruk..before deliver..Hb aku 9.8 jer..(org yg pnh pregnen tau la ukuran2 Hb ni..)
lepas deliver Damia, turun gila2 jadi 7.4 jer..aku pitam lepas deliver tu dan dr tak lepas aku utk discharge dari wad..sbb rendah sgt Hb tu..
dipendekkan citer..masalah kelesuan dan penat aku skrg mmg berpunca dari ANEMIA tu la..ngantuk tak usah cakap la…saban hari ‘menongkat’ mata…
bila la masalah ni akan berakhir..
aku mmg makan supplement namanya Sangobion…sungguh tidak sedap kapsul itu…tapi demi kesihatan ku gagahkan jugak telan ubat tu…
hopefully aku ok la lepas ni…
sebab masalah ANEMIA ni mmg serius..(ini seriyus..kata wonderpet….)
harap2 aku ok semula….(tapi papa still tak puas hati..dia kata keadaan aku masa shopping mmg tak nmpk mcm org ada masalah ANEMIA pun…laju jer keluar masuk kedai..tak pulak LESU..katanya…..hehehehe :-))
apa pun……..moga aku diberikan kesihatan yg baik..
begitu jugak doaku utk rakan2ku di luar sana…..

updates…

lately byk pulak benda datang dan pergi..setiap satu ada hikmahnya yg tersendiri…

sbnrnya banyak cerita yg possible utk diceritakan disini tapi ini pun dah curi masa kerja…jadi cerita sikit sudah la…nanti takdela org kata over pulak..

1. last weekend mmg amat busy..ada 3 kenduri kawin yg mana kesemuanya adalah jemputan daripada saudara dekat juga..jadi nak menjaga hubungan kena lah hadirkan diri..tapi tanpa Damia semestinya..sbb kesian nanti panas..most of the relatives sibuk bertanya baby baru but nak buat cemana..keselesaan anak2 tetap my priority…

2. last weekend juga kami sibuk kemas rumah baru dan mengangkut barang sedikit sebanyak..renovation rumah almost completed..cuma lighting belum siap..maybe dalam next week dah boleh pindah…

3. hari ini jam 3 ada appoinment klinik utk Damia dan wafiy..rasa2nya huru hara lah jugak klinik tu nanti dgn ragam anak2 ku terutamanya si abg wafiy tu la..semua mainan pun dia nak cuba..bila doktor panggil mesti buat hal…tak mau turun dari mainan la..mcm2 dia tu..nanti aku update lagi pasal latest growth damia kat sini…insyaallah…

4. semalam adalah last day utk my Dato’ SUB (K)..terharu dgn persaraan beliau..sepanjang perkhidmatan beliau adalah boss yg paling best (sebagai leader)..banyak mengajar aku ttg sepak terajang menjadi seorang PTD yg baik..bukan mudah nak menghabiskan 30 tahun service dlm government ni..ada saja rintangan yg melanda..yg penting keikhlasan utk menyumbang yg terbaik utk negara dan juga bagaimana kita menjaga pembawakan diri untuk menjadikan environment office kita nyaman dan menyenangkan semua pihak..
jujurnya..beliau adalah role model yg baik sebagai leader w’pun beliau bukan islam…doakan yg terbaik utk beliau dan harap kegembiraan sentiasa menanti di hadapan….

itu aje lah update utk kali ini….

Previous Older Entries