….jom g kelantan…..

setelah sepagian aku melayan kerenah BRO kat M*F tu…siap dpt kunjungan hormat lagi dlm kol 12.30 tadi..aku dengan bangganya cakap kat kwn2 aku..”malas la nak keje ptg ni..letih otak”..hehehee bleh ke encik bosku? (bos baca blog saya ke boss…)

oh ye..mungkin jgk kemalasan aku ni disebabkan aku over exited psl next week aku cuti for the whole week..isnin sampai jumaat tuh..campur weekend..wuiooo lama tuh…tak nak tanya aku nak ke mana@buat pe lama2 cuti tuh?…shhtttt..aku nak gi….KELANTAN…hahahaa gila kan aku dan papa ni…

actually mcm ni..kitorg dah book hotel kat Langkawi for tomorrow til next wednesday..nak cuti2 sambil g umah kakak aku kat Sungai Petani..sambil lawat2 sekolah lamaku..UItm Merbok…tapi tup2…kena cancel sbb ada problem teknikal yg tak dpt dielakkan…aku ngan papa tension sbb cuti dah release (aku dah lama tak cuti panjang…so bos terpaksala kasi aku cuti kali ni..tq bosss..)

last2..papa cadangkan aku call mek lin, besfren aku akt Uitm Merbok dulu…dia keje kat satu hotel kat Kota BHaru…aku tanya ‘buat pe tepon mek lin plak..takkan papa nak bwk we all g KB kot..dah tak plan apa ni pa…’..dia kata ‘ye la..nak gi KB la..papa suka la Kelantan..best..byk tmpt menarik..(kitorg penah g dlm bln 3 thn lepas..byk tmpt menarik tak sempat lawat)…aduih……ni la dia perangai husband aku yg agak pelik skit…suka2 je nak g mana..on the spot plak tu…

aku pun tepon la mek lin…syukur..dpt gak bilik utk kitorg..so subuh2 buta esok kitorg gerak ke Kelantan le….baju tak packing lagi ni…(tapi tak pe..papaku rajin kan pa…)

utk echah…tengokla kalau sempat dan ada rezeki aku akan singgah umah kau kat Kuala Krai tu yea….

Advertisements

….tag (yg dah berabuk)…

1. Copy Badge ‘2008 Cute’s Blogger Award’ untuk diletakkan di blog anda:

untitled

(tengkiu Encik SVL)

2. Link atau ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda:

Oh bab ni yg best…nak tau sapa yg tag saya..encik bos yang cute..Encik SVL (yg amat suka bau wangi-wangian..yg busyuk confirm tak suka..)

3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya:

a. aku suka berkawan..dan sangat take care kat kawan2 aku..tapi jenis tak pandai tunjukkan kasih sayang (typical malay ler ni). tapi sebenarnya aku take care kat korang kawan2 ok..

b. hobi utama aku suka membaca tapi suka lompat2 buku/mags..i mean tak habis lagi satu buku..dah baca buku lain..tak tau kenapa

c. my superhero: SUperman (dah sah2 American ni…sorry..aku cuma suka karakter dia yg ala2 baik tu jer)

d. my favourite cartoon: Tigger and Pooh (sama mcm papa wafiy..) tapi si piglet tu aku tak suka sgt..

e. my favourite color: biru, putih, hitam, silver dan sudah semestinya PURPLE..

f. aku ni susah nak meluahkan perasaan samada benci/suka/sayang dsb…..tak tau kenapa

g. aku juga susah nak menangis..nak2 kalau semua org keliling aku menangis..lagi la aku tak jadi nak nangis…nak kata control tak jugak..tapi mmg itu la aku

h. satu lagi hobi aku..aku suka melukis jugak mcm encik SVL..tapi suka lukisan hitam putih..objek pilihan: pokok kering, rumah di tepi sawah dan orang lidi..hahahahha

i. kalau cuti prefer duduk umah je…since bujang sampai skrg…tapi since papa wafiy suka travel…dan suka berjalan tanpa plan..aku pun dah terikut perangai dia la ni..

j. selalu beli barang tapi selalu jugak dibiarkan barang tu berhabuk tidak berguna….membazir betul kan…

Seterusnya..aku nak mengenakan kawan-kawan aku spt berikut:
1. liya haris

2. khas lisha

3. echah (mungkin ko dah buat…jadi nak buat tag ni bila2 pon bleh)

4. faruqy (update blog tu weii)

tu je la yea..sekian kawan2…terima la award ni sbg penghargaan utk korang

….KHAS BUAT MY LOVE…..

SAMPAI SYURGA – FAIZAL TAHIR

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

…alhamdulillah….

akhirnya..setelah menjadi pengulang exam PTK..(berapa kali tu biarlah rahsia..malu la nak cerita)..

aku LULUS ptk………

yeyeeeeee….sungguh gembira…tetiba je mood ok ptg ni….dah la lunch tadi dah over makan chicken chop..dato’ tan belanja…ptg ni plak Encik PSU (PJ) 1 call aku, suruh aku tengok kat web JPA…tegok2 aku lulus jugak..

tahniah aku ucapkan buat diriku sendiri..dan juga kawan2 yg sama2 berjuang utk ptk yng menyusahkan ni…congrats u all….

selamat hari lahir, wafiy…..

image5493 image5482 image5462 image5452

image5443

image5442

18 Januari 2009

genap 2 tahun Muhammad Amirul Wafiy bin Zulfitri dilahirkan…rasa mcm dah lama jer aku lahirkan dia..tapi baru 2 tahun rupanya…badan wafiy pun cikenit jer..mcm bukan umur 2 tahun pun…tahun lepas tak celebrate birthday dia sbb dia tak sihat. so tahun ni mama dia yg over excited nak buat party utk dia..since 18 hb tu ahad, aku buat party kat umah mak je la..ingatkan hari tu nak lawat baby baru lia yang comel…adik angkat aku kat Uitm dulu..tapi kena tangguh la nampaknya..sori lia…nanti one fine day akak dtg yea…

dipendekkan cerita, dlm sakit2 pinggang dan kaki aku sempat jgk shopping barang2 nak masak skit2..tempah kek..sebut pasal kek..harap maklumla anak aku ni suka sgt dgn si ultraman merah ni ha..so kek dia pun awal2 dah dia cakap nak ‘kek cish cish’ (sound effect ultraman tu tgh menfire reksasa la tu)…hahahaha lawak betul wafiy ni. aku ikutkan je..setahun sekali kan.

makanan sampingan lain- pulut kuning dengan kari ayam, nasi impit kuah kacang, buah tembikai, snek2 biasa2 jer..tetamunya…adik beradik aku dgn anak2 masing2..serta sedara mara dekat2…tu pun dah penuh umah…
wafiy pun excitedla tgk ramai org datang pastu nyanyi lagu hepi besday kat dia…sambil senyum2 simpul dia potong kek…lepas potong terus buat aksi fire ultraman hahaaaa…
pasal hadiah pulak (aku tak mintak ok..org bagi aku terima je la) majoritinya baju2 yg kiut..tengkiu to angah, kak lang, along, kak ema, uda..dan yg lain2…tapi dlm byk2 hadiah tu ada satu yg dia betul2 minat..patung ultraman warna hitam…dia bagi nama ‘anim’..hahaha boleh ke tu? puas aku dan papa dia cakap..anim tu nama girl..tapi dah itu nama yg lekat..panggil je la anim…

19 Januari 2009

ni party kat taska plak…aku buat party pack dan tempah kek kat kawan ptd aku, zuliana..kek gambar ultraman LAGI…kali ni warna coklat plak

100_1390

100_1393

100_1395

kat taska lagi la havoc..semua budak2 dah tak sabar nak nyanyi lagu hepi besday kat wafiy..wafiy plak selamba je la..sbb smlmya dah potong kek…aku dtg bwk kek dia senyum jer…bab nak balik yg tak tahan tu..aku dtg taska dlm pkl 11…lepas potong kek tu aku kenala balik office kan..tapi tragedi telah berlaku..wafiy nangis nak ikut aku balik..meraung2 sampai muntah2 (cikgu dia kata)..aku serba salah..takkan nak bwk dia ke opis..baru pkl 11..kalau pkl 4 ptg blh lagi aku tahan feel dia kat opis tu..ni kang tak jadi keje aku nak menjaga dia plak…aku terus masuk kete time dia tgh nangis2 tu..dia intai kat cermin taska tu sambil meraung2 dlm dukung cikgu dia..aku start kete, terus pegi office..sedih memang sedih tapi nak wat mcmana….takkan nak cuti..keje banyak tuuu..

hadiah utk wafiy aku dan papa tak belikan lagi..tak tau nak belikan apa..walau apa pun..aku happy tgk dia happy dan aku harap bila umur dah 2 tahun ni dia akan bertambah sihat..tambah2 dah nak dpt adik bulan 4 ni…dia pun nmpknya dan pandai bawak diri dan suka berdikari skrg ni..semua benda nak buat sendiri..mudah2an dia akan jadi anak yg soleh..yg baik dan sentiasa sihat…itu doa aku dan papa utk anak kesayangan kami, wafiy….

..a short update today…

got a mail from my dear sis…about how our characters being influenced by the sibling sequential number…and i think it’s so interesting so i wud like to share with u all (only for women..):

Tajul Muluk Dan Rahsia Manusia

a) TANAH – anak pertama, kelima, kesembilan.
b) AIR – kedua, keenam, kesepuluh
c) API – ketiga, ketujuh, kesebelas
d) ANGIN- keempat, ke-8,ke-12

WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.

WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.

WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.

mine? is the ‘air’ one….haha guess it’s a little bit true..so..how about u all my dear frens..

alahai Dominos Pizza..

ni tgh bengang dgn Dominos Pizza nih….aku tinggal 2 org je dgn wafiy mlm ni psl papa ada final exam..jam 8.30 mlm..ptg tadi aku dah mkn biskut..tetiba mlm ni lapar plak..so aku dpt idea nak order pizza dari Dominos yg baru bukak kat Presint 8 ni ha..aku prefer Dominos dari Pizza Hut sbb pizza dia sdp sgt..dah meleleh2 air liur aku…aku pun dgn gigihnya surf the net cari no toll free Dominos (coz aku tak ingt no.nye)….

ok..no. dh dpt 1300888333…dgn confidentnya aku dial..ada sorg pompuan angkat..call centre katanya..dia mtk no.phone..alamat…tetiba dia kata “area umah u tak termasuk delivery area”…heii gerammmmm..dia siap tanya “u penah nmpk outlet Dominos nearby ur house ke?”…hei…pastu aku ckp..”ada cik…sbb tu i call..i nmpk Dominos baru bukak kat P8 ni ha..bukan jauh sgt umah saya dgn P8 tu…”..and the PAUSe…dia senyap…(ntah2 dia pun tak tau ada outlet baru bukak…hahahaa)…
last2 dia jawab..”sori la kak, we can’t make it tonite”…AHAHAA..APA…tak bleh…..aku pun apalagi..dah la lapar…sorg2 plak tu (wafiy dh tido)…terus aku letak phone..

HEI…gerammmmmmmmmm…..papa..cepatla balik……

Previous Older Entries