buntu mau masak apa

Salam Rabu

*buat-buat lupa hari ni konsep WW

suami dah masuk 5 hari puasa

yang isteri ni tak pernah sekali pun masak untuk suami dia berbuka *aduhhhaiiiiii kesian suami dia*

buntu…..tak tau mau masak apa..malas lagi la memang sedia ada…

pic googled

(ala lalalala comelnya anak dara niiii….)

ok ok petang ni nak balik awal singgah pasar beli lauk basah..mau masak sikit..masak lemak taugeh dengan tauhu dan udang kecik, ayam masak kicap suhun…harap2 kuat lah keazaman nanti…..kepada yang berpuasa tu, semoga Allah berkati ibadah anda dan diberi ganjaran yang sewajarnya..selamat berbuka puasa nanti!!!!!

p/s: setelah dengan tak malunya menjaja kemengidaman nak kan kopok losong, alhamdulillah ada opismate baru balik mencandat sotong kat Pulau Kapas nak bawakkan esok..yahuuuu…ada gak 2-3 orang kawan nak beri minggu depan lepas depa balik kampung..alhamdulillah!!..i am blessed with you all nice people!!!

Advertisements

Black Canyon Alamanda dah buka

Salam Khamis

cerita dah lama, baru nak update

makan-makan bersama kawanku Echah kat tempat yang hampir 4 bulan tak jengah sebab under renovation…

Black Canyon..

suka makan sini sebab suasana cosy dan nyaman. plus makanan semua sedap-sedap belaka sesuai dengan harganya.

Feveret saya: Stir Fry Seafood apa ntah..memang fail la nak mengingat menu ni..senang cakap seafood telur hahahahaa mampus kena gelak dengan echah ni kang…sangaaaaattt sedappp.. Hen Hao Chi!!!

ni echah punya, green curry apa ntah..sedap jugak…camna saya tau..hehehehe mengepow la pa lagi..

ni minuman saya…sedappp..ice mocha ….

ha tengok tu sampai licin la kena bedal…..

lain kali nak repeat visit….

p/s: semua set lunch dia dapat tomyam power, complimentary…sedap sangat tomyam tu…cisss dah meleleh dah ni……gambar tak snap sebab dah habis dilahap 🙂

macam-macam..

Salam Rabu

teringin makan macam-macam..

dah print resepi macam-macam..

dah beli bahan macam-macam..

tapiiii…

with the M letter in my head…memang apa pun tak jadi…………..

p/s: sedapnya bubur cha-cha dan puding roti mcm wahida letak gambar kat blog dia…huwaaaaaaa

bulan Rejab tiba lagi..alhamdulillah

Assalamualaikum..

Sempena Bulan Rejab yang akan bermula esok, nak share artikel di ambil dari sini: dakwah.org

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

p/s: mari niat untuk beribadah spt di atas, kalau dapat laksanakan syukur alhamdulillah..kalau tak dapat, insyaallah tahun depan cuba lagi

semenjak dua menjak ni

 

pic from FB

Salam Isnin kawan-kawan..

semenjak dua menjak ni, badan rasa mcm lemah semacam..makan itu tak kena, makan ini tak kena..tak makan lagi lah tak kena kan (dasarrr buruk lantaks hohohoho)

malam, kalau boleh nak dinner seawal mungkin. sebab proses ‘pemuntahan’ akan berlaku dalam jam 9 ke atas masa dah cun2 dah basuh kaki muka bagai nak tidur…adoii laaa sangat..kdg2 saje je tak dinner kalau ptg tu dah baham macam-macam kat office. alih-alih nanti tgh malam perut pedih pulak..muntah laaa jugak tapi keluar bendalir kuning je la…..nak tak nak kena lah makan dinner jugak…

sebenarnya, memang kena jaga makan..jgn skip makan every meal times..barulah tak masuk angin (kata buku doktor)…

baiklah, saya berjanji akan jaga waktu makan selagi terdaya dan berselera..insyaallah….

p/s: baru sekali je jumpa gynae…malas nak gi selalu-selalu..tapi next week dah mula appoinment kat Az Zahra Bangi..moga-moga dipermudahkan

Happy Teacher’s Day

 

 

pics are gooogled….

thank You teachers out there!! You are just like candles, lighting up your life for the others…

May Allah bless you…

just a little patient…

 

Dear Allah, please give me a little patient…..

whenever i am feeling angry- please give me a little patient

whenever i am sad- please give me a little patient

whenever someone/ something hurts me- please give me a little patient

whenever, whatever- please give me a little patient

Thanks in advance, Allah

pic : google

Previous Older Entries