…cerita cameron highlands..

rasanya ada kawan-kawan dah tau kami pergi Cameron Highlands pada 17 Feb 2010 hingga 20 Feb 2010 kan..
kali ini percutian dirancang dengan detail dan dijayakan dengan cemerlang sekali….
anak-anak pun alhamdulillah tak meragam walaupun maid tak ada (dia balik kampung- abg dia nikah)

4 hari tu, habis lah rasanya satu cameron kami jejak..
yang paling mengujakan, pengalaman naik ke Ladang Teh BOH Sg Palas yang kat atas Gunung Brinchang tu.
Seram woo..lain kali sumpah taknak naik lagi {dengan kereta papa yg gedabak tu lah, dengan my car yg chumil maybe boleh lah :-)}
malu pun ada, sebab kan kami, punyalah panjang jammed kat atas bukit tu…..
tapi, worth la the sebab, best kat atas tu
kawan-kawan yg nak pergi cameron, saya sarankan pergilah Ladang Teh BOH ni..memang berbaloi-baloi…..
lain-lain tempat, biasa je la. ada strawberi, bunga-bungaan, dan hasil tanaman spt sayur-sayuran……

gambar, saya dah upload dalam Facebook..
nanti kalau saya rajin, saya bubuh kat sini sekeping dua
takut orang boring tengok gambar yang sama berulang kali…

Advertisements

…bila perlu memilih…

wallaweh
macam tajuk lagu Siti Nurhaliza la pulak
..
..
macam ni, saya dalam dilema
nak memilih handphone yg sesuai untuk saya
samada Blackberry (BB) atau Nokia E72
atau Sony ericcson yang canggih tu..
dalam hati, dah ada ruang untuk BB
(sebab boleh dapat pakej gomen hahahaa)
tapi, nak jgk try Nokia E72 tu..

so,
kawan-kawan yg pernah ada pengalaman dengan telefon-telefon ni (bukan pengalaman bercinta ke apa ke ye)
silalah tinggalkan komen anda..
your comments are highly appreciated, and evaluated, hehehe 🙂
tqvm…………..

…in the holiday mood lah…

next week i’ll be away for the WHOLE week
what a nice holiday, i hope
dah lama saya tak cuti panjang macam ni
saja ambik kesempatan masa big boss(1), big boss(2), big boss (3) dan boss sederhana cuti panjang..diorang cuti panjang sebab raya diorang..seminggu diorang cuti, seminggu jugak saya cuti..
bukan senang nak cuti kalau diorang-diorang tu ada..
tak larat jawab phone call while berjimba jimba 🙂

macam fiza mama damia cakap
saya perlu terapi minda (wallaweh……)
so, we’ve decided to berjimba kat cameron Highlands (lagi..)
this saturday we all hantar kakak wafiy kat Port Klang balik kampung dia..we all offer dia ikut pergi cameron tapi dia nak balik kampung. so, that’s it. kau nak balik kampung aku hantar je lah..

rasa-rasa boleh ke handle budak dua orang ni tanpa kakak diorang ni?
belasah je lah. bila lagi nak jadi ibu sejati hihihi…harap-harap kitorang enjoy dan boleh bare with these two hyperactive kids lah…and hope that they all would behave well…

oklah…berdoa semoga percutian kali ini best lah…

…tiba-tiba saya jadi rindu…

psttt…
mood holiday dah menjebak diri ini…
dengan Lokam King oranges bergolek-golekan di mana-mana di dalam opis ni..
dan dengan dekorasi pejabat (yang berboskan orang yang akan menyambut CNY itu) yang amat menarik..hanya membuat mood saya untuk bekerja merudum serta merta..

tiba-tiba jadi rindu dengan dua orang budak ini:

abang tak habis habis dgn susu dia...

mia yang tak boleh duduk diam...

baaa chaakkkkkkk

oh my, how i miss my heart my soul yg dua orang ni right now..
apalah depa dok buat kat rumah tu?

…this is life…

setelah mengalami beberapa fasa dalam hidup saya
saya percaya..
hidup ini adalah nasib yang telah tertulis sejak azali lagi
kita kena terima dengan redha atas apa yang dianugerahkan kepada kita
memang Allah akan berikan apa yang kita kadang-kadang tak suka
sebabnya, Allah nak tengok sejauh mana ketabahan seseorang itu menempuh hidupnya.

and after all,
life is all about reconciling all the resources together
into a perfect piece in our own way and perception
that is the reason why our life is different between each other..
Allah wants to test us, whether we are willing to share the best with each other or not..

..leganya bila weekend datang lagi…

hush..
hari ini betul -betul jadi superwoman lah saya….
penat sangat rasanya..
tak payah sebutlah saya buat apa hari ni yang sampai penat sangat tu
biasalah, kerja pejabat..
nak komplen karang, rasa macam tak ikhlas je
tapikan, kadang-kadang saya rasa life is not fair to women
macam rasa ada double standard lah
macam tadi, dalam msyuarat saya sorang ke pompuan
pastu, kalau ada break 5 minutes, diorang yg lelaki akan lepak hisap rokok ramai-ramai
tapi saya ni..
nak ke tandas pun sorang-sorang
tapi, bila fikir-fikirkan, tak de hal lah itu semua
itu belum kira kalau mesyuarat dengan mat saleh yang agak cranky dan gatal..
boleh dia make fun of us (women lah)..
hey, tak boleh diingat-ingat….

tapi, i’m just fine with that
tak payah emo sangat la ye
petang tadi hati saya dah berbunga-bunga..
sebab, esok lusa CUTIIIIIIIII
YAHOOOOOOOOOOOOOOOO…..

…bertapa kat FOMEMA…

tengok lah tu..berapa punya banyak queue nak kena tunggu....

kenapa bertapa pulak?
huh..sebabnya service adalah sangat lembab..
pastu tak mesra pelanggan
sorrylah Fomema..i bagi bad review, but to be true.memang tak bagus langsung. nasib baiklah company ni je yg buat service health screening utk maid. kalau ada service provider yg lain, memang tak pegi dah fomema ni.

ohya..
saya pegi fomema hari cuti wilayah hari tu
sebab?
saya malas nak amik cuti hari kerja, saya pergilah fomema yang ada kat negeri terdekat yang tak cuti masa hari wilayah..which is kat shah alam lah.

sambil tu, dah janji nak jumpa dengan lia dan anak dara chumil dia, nuha…
ada la snap 2 ketul gambar wafiy nak ngorat nuha..

alalala..abg wafiy nak usha kak wa...

bercanda di lamex PAS

pastu, liya belanja makan kat satu kedai laksa tu..sumpah tak sedap dan service lembab. tapi kan, tenkiu liya sebab belanja ye. makanan tak sedap tek pe, janji….liya belanja hahahaha 🙂

Previous Older Entries