Bajet 2013 dan lunch hour therapy

Salam lagi…

nervous ni..tgh dengar live streaming Bajet 2013 kat http://www.tv3.com.my

jom dengar ramai-ramai sambil buat kerja…

tadi lunch hour ke Alamanda saje-saje nak cuci mata…

sambil tercuci ‘wallet’..

alah berapa hinggit je pun barang semua ni..Watson je pun..tapi tu lah typical woman like me..sukakan benda-benda yang berpenampilan cantik..nak-nak hand and body lotion u..cantik sgt packaging dia kan? Olay tu, memang kena beli sebab stok dah habis…

ok..jom dengar Bajet 2013..

checkup dan hadiah…

Salam Jumaat semua…

Semalam ada checkup 28 weeks, tetiba dapat result MGTT hari tu, yang tak disangka, saya ada GDM (Diebetis Meliatus) atau bahasa senangnya kencing manis. i was like..what? tak de sejarah tetiba ada pulak kencing manis? paras gula yang normal adalah from 4.4 til 7.8 tapi saya punya reading 8.0..huhu lebih sikit je pun. sudahnya kena buat BSP (amik darah 2 jam sekali, 4 kali sehari every 2 weeks) mulai Ahad ni…dan Hb pun dah drop..yg ni memang dah jangka sebab saya dah stop Iberet dalam 2 minggu jugak sebab asik muntah je lepas makan pil tu…hadoila..malas nak stress kan fikiran yang dah sedia stress ni, kira belasah je la..jaga makan, makan Iberet balik every day dan kena minum susu..anything la for you my dear baby A.

Semalam jugak buka hadiah dari my PSU yang pergi DPA tu…eh eh i dapat hadiah jugak la..bestnya…

Terharu jugak la baca kata-kata dalam kotak tu…thanks so much my dear PSU. Saya pun berharap kita dapat bekerjasama lagi selepas 6 bulan ini……sobsobsob..

Dia memang tau je saya suka warna purple..so tudung ni akan saya pakai selalu la nampaknya…thanks so much, again….

p/s: petang ni pembentangan Bajet 2013, macam-macam rumours ada, macam biasalah kan. Kita tunggu dan dengar sahajapukul 3 nanti, okay. Doakan yang terbaik sahaja untuk negara….

p/s: apsal worpress saya ni tak bole upload gambar kalau pakai IE..pakai Google Chrome ok la pulak..almaklumlah i kan buta IT hehehe

Selamat Maju Jaya…

Kejadian lunch tadi…

Nak meraikan kepergian my officer yang akan berkursus DPA selama 6 bulan..walaupun hati saya tak merelakan kepergian beliau..sebab beliau adalah tulang belakang Unit saya di samping officer lain. Kepergiannya akan memberikan kesan besar kepada jadual tugas kami nanti. Nampaknya kena susun jadual balik. Saya kena buat kerja dia jugak la nanti…takpe la. Bukan senang nak dapat pergi kursus tu..almost 3 years, she’s been waiting for this course. Selama 3 tahun tu jugak la dia tak sah dalam jawatan, kesian kan. Risau jugak nak melepas dia pergi kursus ni, it is a very TOUGH course, sesiapa pernah pergi kursus tu akan bersetuju dengan saya. Baru-baru ni ingat tak ada seorang PTD meninggal semasa kursus? ini lah kursus yang dimaksudkan…so saya fahamlah macam mana perasaan dia, parents dan hubby dia nak melepaskan dia pergi kursus ni..saya harap dia akan tabah, berdisplin, sabar dan cekal menghadapi ujian ini. Hanya 4 benda tu je yang boleh tolong dia mengharungi kursus ni..eh eh ni nak membebel ke nak cerita ni?

okla..dipendekkan cerita, untuk kasi semangat beliau up sikit, saya bawak dia lunch bersama-sama kawan lain kat PADi HOUSE kat Galeria PJH Putrajaya ni je. Baru bukak kot. Dulu biasa makan kat Cyberjaya je. Sekarang dah dekat. Suasana yang nyaman, dapatlah kami sembang-sembang sambil bagi nasihat sikit-sikit untuk buat bekalan. Dia masuk kursus 1 Oktober tapi dia dah start cuti esok sebab nak kena kemas-kemas barang. Lagipun, kasi can la nak manja-manja dengan family dia kan..saya pun manusia biasa yang punya hati dan perasaan dan pernah melalui fasa yang dia akan lalui ni. cuma beza saya dan dia, masa saya pergi kursus ni, baru kawin sebulan lebih. Tak ada anak. Dia dah ada anak dah. Dan family jauh, di JB sana tu..

Makanan PADI biasalah kan..balik-balik makan Seafood Fried Rice..hehehe. pastu tambah Japanese Cheese Cake, Pavlova, Oreo Cheesecake dan Nachos in Salsa…balik-balik tu je kan. Japanese Cheesecake tu tak sedap sgt, mcm kek span ditambah secubit cheese je rasanya. Rupa paras mmg menarik dah. Pavlova tu perghhhh memang sedap…kat tekak kami la…Oreo Cheesecake tu sedap gak..mcm Secret Recipe punya je. Nachos tu keras skit, tak mcm Manhattan..

Seafood Fried Rice

Tapi terkilan sebab tak sempat belikan hadiah sebagai tanda ingatan. Walaupun lepas kursus ni, dia akan balik semula ke Unit saya, tapi tak confirm 100% lah. Takut ada aral melintang, dia kena pergi Ministry lain je..minta jauhkan laaaa….

*yang diraikan: budak baju pink tudung pink pakai spek sebelah saya (gambar kiri bawah)

Kepada dia, saya ucapkan Selamat Maju Jaya..kuatkan hati dan semangat. Jangan mengalah selagi belum mencuba. Redah selagi belum parah..kita boleh lakukan apa saja asalkan kita mau…ingat motto kita: Sentiasa Selangkah Ke hadapan… sentiasa bersedia walau apa keadaannya…

okeiss nak kesat airmata kejap…*ini bukan propa*….

kadang-kadang…

Salam Rabu semua

hmm sambil-sambil update KPI boss, sambil-sambil tu tertengok update FB kawan-kawan..hehehe tapi kat tepon usang ni je la..sebab kat harta benda opis ni (laptop) semua bentuk social media dah diblock kan..nice kan? tak de la saya mengular aje *iyolah tuuu*

pastu kan, mula la berangan-angan..seperti:

1. nak pakai henbeg LV Neverfull yang beribu-ribu tu sebijik beg sahaja;

2. nak pakai henfon baru yang canggih-canggih macam you all semua ada;

aikkk..2 je wishlist awak? ye..itu je la setakat ni..

dalam 2 tu pun, memang payah nak dipertimbangkan..

sebab, banyak benda kadang-kadang kita tak perlu sangat pun. cuma nafsu mengatasi akal pemikiran.

contohnya, henbeg LV tu, perlu ke orang keje gomen cabuk macam saya ni nak usung ke sana sini? sampai hati ke nak ‘melukakan’ dan ‘mengusangkan’ henbeg ekslusif tu? Nanti orang ingat saya ni pakai LV fake pulak, iyelah takat keje gomen……..

tu la..kadang-kadang, setiap benda yang kita nak kan atau wishlist kan, pada pendapat saya, kena kita muhasabah dulu betul-betul, perlu ke tidak perlu..memang kadang-kadang mampu nak dapatkan, tapi berbaloikah dan sesuaikah dengan hidup kita?

tepuk dada, tanyalah diri masing-masing………………………………..

p/s: sekadar renungan sahaja…tak ada kena mengena dengan orang lain, kecuali diri saya sendiri….

last weekend…

Salam semua..

sekejap je dah nak masuk bulan Oktober kan. jap lagi November, pastu Disember. Baby keluar insyaallah bulan Disember. Minggu ni saya dah masuk 7 bulan. Perut cam tu gak, kejap mengecil kejap membesar, bergantung kepada kegelojohan melantak hehehehe..berat dah naik berkilo-kilo. Tu yang malu nak upload gambar terkini. Malu sendiri bila tengok gambar sendiri.

last weekend kami ikut papa ber’team building’ kat PD pulak..Hotel Corus Paradise sahaja. Kalau ikutkan saya memang malas nak bergerak jauh-jauh sekarang ni. Nak-nak abah tak sihat start hari Jumaat tu. Kesian nak tinggal dia. Tapi budak-budak tu memang pantang dengan perkataan ‘Hotel’, ‘Resort’ dan seumpamanya. Sebab dah tau kat tempat-tempat tu sure ada swimming pool..haish….memang membebel je la mak buyong ni setiap pagi dan petang nak mengangkut diorang ke swimming pool..tak senang nak makan..hehehehe..kalau korang (anak-anak) tak jadi Nurul Huda Abdullah ke, Pandelela ke siap korang ye….

gambar kat swimming pool tu kan, mama diaorang sendiri tengok pun dah muak..asik-asik adegan tu aje diulang tayang. Sut yang sama pun. Pelampung je bertukar-tukar..hehehe

Corus ni best jugak sebab boleh mandi dan jalan-jalan kat pantai sebelah tu…bersih jugak. Pastu ada cage besar dalamnya ada rabbit dan burung merpati dan nuri…boleh bagi makan jugak tapi kena beli la makanan tu RM2 sepeket. Wafiy dan Damia memang suka rabbit dan birds, so setiap pagi dan petang lepas swimming kena la menapak tengok haiwan pulak..layan je la…

Kami balik hari Ahad pukul 11 lebih camtu. Singgah kedai mamak kat Pekan PD sebab Wafiy sibuk nak makan roti canai….pastu terus ke rumah mak tengok abah lagi. Alhamdulillah abah dah sihat sikit masa tu. Dah boleh berjalan-jalan dan naik motor. (ke dia buat-buat gagah supaya kitaorang tak paksa di ke klinik? ntahla..orang tua mmg susah nak dipujuk ke klinik)

Next weekend pulak, ada lagi agenda. Ke Sg Besar, balik kampung dan ada kenduri kawin sepupu Tuan Beso pulak..setiap weekend memang tak lekat kat rumah la….

ok la..gotta go now..babai…..

Abang dan Adik (sebenarnya Kakak)

Abang Hensem (tapi tak ada GIGI)

DIALOG PETANG ITU:

Mama: Anak sulung mama ni hensem la mama rasa (mama suka puji-puji dia macam ni..saje nak tgk reaksi dia yang pelbagai tu)

Wafiy: Iye ke ma, Along ni hensem (muka confius)

Mama: Iyelah, memang betul (apsal lak muka dia confius ni)

Wafiy: oklah, Along hensem, tapiiiiiiiiiiiiii Along tak ada gigi (malu-malu sambil rasa-rasa gigi belah atas dgn jari)

Mama: alamak kesiannya anak mama (maybe dia rasa rendah diri sebab tak ada gigi, belah atas semua dah reput)

*** nak gelak gak sebenarnya, barulah tahu kenapa most pics dia pose tutup mulut…

Mama: takpela Along, mama rasa nanti masa umur Along 7 tahun gigi tu semua akan tumbuh balik..macam anak Tok Teh tuuu…(sepupu mama)

Wafiy: eh mama..ye ke..hehehehe okay Along dah 7 tahun nanti, mesti dah ada gigi (muka ceria secerianya..kesiannnn)

Mama: orait..Along kena rajin brush teeth ye..(mati la kalau 7 tahun nanti tak tumbuh gigi lagiiiiiiiiiiiiiii..kena beli gigi pelesu gamaknya HAHAHAHAHAHAHAA)

***** kesimpulannya: Mama menyesal tak ajar Wafiy jaga gigi elok-elok sejak kecik lagi..padahal masa dia baby, gigi dia punyalah cantik…sobsobsob…dah la kos pergi jumpa dentist tersangat la mahal..nasib baik UKM bayar hehehehe

Previous Older Entries