Jerebu..dan…lupa macam mak nenek

Salam Selasa uolss..

    • fuh..punyalah berkurun tak update blog kan…alasannya tipikal juga..bizi memanjang

    • dan update pun thru phone je..sebab laptop office ni adalah sangat menjengkelkan. lebih tepat lain line internet opis ni cam hapa ntah..semua laman sosial even nak baca sokkabar pon di blocknya..apahal lah..bukannya saya memanjang online ke chatting ke hapa. TApi takpelah..redha lah sebab ni semua duit rakyat kan so toksah lah membazir duit rakyat (eh habis tu kita bukan rakyat kah..grrr)

    • sekarang jerebu memang tengah menggila kan..even family day cum mesyuarat pengurusan strategik kitorang kat Gambang sana tu pun kena jerebu. ingatkan tak sampai ke sana. rupanya sampai. sangatlah tak enjoynya family day tu. nasib baik telematch dan acara main air kat waterpark dia tak terjejas sebab buat a day after the nasty haze datang (hari ahad start jerebu kat gambang). Kalau buatnya tak jadi main air, Damia dan WAfiy adalah 2 orang pertama yang menggelupurrrr…..so nanti lah update cerita main air tu yer (eceh..padahal kat FB dan Insta dah puas melalak post gambar bagai kan)

    • disebabkan jerebu tu jugak lah handphone saya tertinggal kat rumah sekarang ni..sangat tensionnnnnnn tau pagi pagi tadi tgk dalam henbeg dah tak ada henfon. dah la nak byr duit barang oder online. mana nak cekau no akaun seller tu kalau tak dalam henfon..tambah tension lagi pagi buta ada meeting dengan orang luar (kontraktor. agensi) so memang wajiblah diorang akan call tanya macam-macam…grrrrrr memang sangattttt angin. Tapi memandangkan itu adalah salah diri sendiri, kasi anak main game atau tgk youtube kat henfon sebelum kerja pastu say babai without checking.memanglah salah sendiri..so pujuk je la hati yg tgh membara ni. Salah saya sendiri kan. Think positive. Takkan pasal henfon nak biarkan emosi menguasai diri kan…nasib baik meeting went smooth..lega…so agenda lunch hour hari ini adalah balik ke rumah (tak sukanya tengahari buta ni nak drive plus cuaca jerebu skrg ni kan)..amik henfon yang so smart tu. Nasib baik rumah dekat..syukurrrrr..alang-alang balik rumah tu, kita singgah kedai beli groceries dan lauk pauk basah sebab stok dah habis kat rumah…tengok tu..ada hikmah kan henfon teringgal pagi tadi (tu ayat pemanis mulut tuan beso masa saya call dia pagi tadi)..kalau singgak kedai balik nanti memang tak sempat…

    • oklah..itu je nak bebel..puas hati dah..terpaksa bebel sini sebab henfon tak ada hahahahaa…loser beno rasanya tak de henfon ye?

Advertisements

Kenangan….

Salam Selasa…
Alhamdulillah ziyyad dah recover. Not fully but progressively..biasalah budak nak besar. Patutnya pergi klinik check up 6 months hari ni tapi terpaksa tangguh ke esok sebab petang ni Menteri baru nak jumpa..layannnn
image

image

Alkisahnya hari ni.nak share gambar family saya 41 tahun dahulu. Ini kakak saya no 2 share kat FB dia..sangat memori sebab gambar ni tergantung selama ni kat living hall umah abah

image

Ohya masa tu ada 2 org je anak mak abah kita…Along yg berdiri tu. Which is mcm wafiy saya tengok. Dan Angah adalah budak pompuan atas riba wanita tercantik tu (mak saya). Saya tengok macam Damia lah Angah ni..biasalah anak sedara mmg ada iras sikit kan..Muka saya macam abah, kan..biasalah anak abah hehehe..

Terus saya terfikir…nanti raya tahun ni nak kumpul adik beradik semua (yg sekarang dah jadi 11 orang) amik gambar macam ni sama-sama…sebab selalunya tak dapat amik gambar full semua adik beradik ada. Tahun ni mesti amik supaya dapat gantung gambar tu nanti kat rumah masing-masing..insyaallah.

Because i love my family so much…and i’m sure you all do so…

Okla gotta go now…take care ye semua…

Posted from WordPress for Android

Hadiah Ziyyad sempena 6 bulan….

Salam selasa..
Hari ni saya cuti kecemasan…since semalam sbnrnya…jaga ziyyad…ziyyad kena campak pulak sempena umur genap 6 bulan…kesian sgt tgk ziyyad…

image

Snbrnya since sabtu tu dah naik rashes..masa tu kami gi Nilai beli kain baju raya. Ingatkan rashes biasa dan Ziyyad pun taklah demam. Balik umah abah ahad tu dia mula demam sikit tp mlm dah kebah. Tu yg tak jangka dia kena campak…

image

Semalam..pg mcm biasa gi opis lps hntr Ziyyad ke taska since dia x demam..tp hati sy x sedap dok teringat kt dia aje sampai x selera nk bekfes (elehhhh konon…)..minum white coffee je pastu jumpa bos kecik ckp nk balik bwk ank ke klinik…oh btw my bigboss dah dekat seminggu takde sbb mom dia nazak kt Singapore…pagi tadi dia sms bgtau mom dia dah meninggal…so dia cuti til next week..eh apsal citer psl boss pulak ni….ok ok sambung citer ziyyad…bwk dia gi klinik marisa walaupun klinik ni bkn panel papa sbb klinik ni pakar kulit. Hati berdebar dan brdoa jgnlah ziyyad kena campak…masa tunggu tu ada 1 bdk umur 5vthn kuar dgn bapaknya penuh 1 bdn cacar air yg ada gelembung2 tu.. Alamak..lagilah saspen. .

Masuk je jumpa doktor marisa yg lemah lembut dan cantik tu, teruslah citer kat dia simptom2 ziyyad..hmmmmm sahlah campak tp bkn yg gelembung2 tu..measles katanya. Doktor kata virus ni tempoh pengeramannya 2 minggu means that since 2 minggu lps virus dah ada kat Ziyyad cuma virus x membiak lagi so skrg baru nmpk kesannya…mama pun dok fikir2 bilalah kena ni..tp tu x penting dah..yg penting now kena jaga ziyyad btl2…so dptlah 4 jenis ubat utk mandi dan sapu..calamine lotion tu wajib kan utk campak…

image

Alhamdulillah ziyyad senang mkn ubat gatal tu..dan mkn pon selera. Saya buat puree nasi utk dia hari ni..selera je mkn sampai licin..alah..bkn byk pon bg dia..3 sudu kecik sekali mkn…ni gmbr sebelum mkn

image

Selepas makan…burpp..alhamdulillah

image

Since mama dia ni kepochi kat FB la Insta la psl ziyyad kena campak ni..so ramai kwn2 doakan kesihatan ziyyad…saya sgt2 hargai doa semua…may the same goes to you all..insyaallah…

Okla gotta go now…tata..

Ps: baru teringat wafiy kena campak juga masa umur 6 bln lebih. Damia so far x prrnah kena so mama kena standby 2 weeks from now kot2 damia pulak kena..hope sgt2 tak la

Ps2: ziyyad dah 7.1 kg at 6 months 4 days..alhamdulillah…

Posted from WordPress for Android