Ngeri sampai termimpi-mimpi

Salam Rabu…

Alkisahnya…suatu malam. Kawan saya wassap gambar ni kat grup opis..

image

Eiiii…ngeri ngeri…sekali tengok macam betul ular kan. Kali kedua tengok jeling-jeling je sebab saya memang alergik dan phobia dengan cik U ni..isyyy simpang malaikat 44. Janganlah bertemu si dia. Lepas tu mula la kwn-kwn grup tu sembang-sembang pasal kisah diri masing-masing dgn cik U ni. Saya kat rumah dah geli geleman. Ada juga orang berminat nak tempah dan yg paling tak tahan, nak makan kek bentuk cik U ni kan. Takde ke haiwan comel yang lain yang bokeh direplikakan. Tapi memang ada kan manusia yang obses dengan ular?

Lepas sembang-sembang kat wassap malam tadi, masa nak tido tu dok terbayang lah aksi cik U ni. Mengada dok bayangkan sampai terbawa dalam tidur. Saya mimpi ada cik U besar kat kaki saya. Bila cerita kat papa dia gelakkan je. Katanya kalau bujang mimpi cik U kira okaylah kan..nak kena pinang katanya. Tapi memandangkan saya dah beranak pinak, agak tak relevan la kalau nak kena pinang tu kan. Saya memang rasa cik U tu mcm real je kat kaki saya. Eiiiiiii tolonglahh jgn dtg betul-betul ok..siap saya check kat toilet bowl kot ada cik U dok menumpang kat situ. Sebabnya minggu lepas kawan saya ni jugak ada share pics ni kat grup

image

image

Eiiiii dahlaa taknak tengok dan fikir dah pasal cik U ni…..

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Wafiy Dah 7 Tahun…

Salam semua…
18 Januari 2014 lepas..birthday ke 7 wafiy. Ya Allah dah besar anak mamapapa..terima kasih Allah pinjamkan seorang anak buat penyeri hidup kami sekeluarga. Terima kasih juga Allah kerana beri kesempatan untuk membesarkan dia (walaupun ada sedikit ups and downs di situ).

image

Kebetulan, cuti Thaipusam hari Jumaat lepas tu kami balik kampung papa di Sg. Besar. Jadi celebrate kecil-kecilan di rumah warisan Embah la kita. Plan nak beli kek di kampung aje..ikutkan wafiy dia nak kek gambo Iron Man. Sorry son, not this time hahaha..

image

 

Buat BBQ, panggil sedara mara jiran dan kawan-kawan papa.

image

image

image

image

Wafiy selesema masa hari kejadian sebab sejuk kat kampung. So orang kena tunggu dia dekat sejam gak nak potong kek sebab dia terrtidurrrrr kat kerusi malas…sabo je la.

image

image

Kami beli 2 biji kek sebab damia pun nak kek juga katanya nak potong sama abang. Layan jer la damia oii..

image

image

Semoga Wafiy membesar jadi anak soleh yang dapat berjasa kepada diri sendiri, agama, bangsa dan negara. Kalau tak berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran pun, mama harap wafiy berjaya dalam kehidupan. Semoga jadi abang long yang bertanggungjawab kepada adik Damia dan Ziyyad nanti. Bila mama papa dah tak ada, boleh jadi tempat mengadu adik-adik. Amin…

image

image

image

image

Nota: Banyak gambar wafiy kali ni kan…harap bersabar…ini kan harijadi dia hihihi

Posted from WordPress for Android

{Wordful Wednesday}: About Raising A Child As A Human

image

NOTA: Saya dapat artikel ini dari kawan FB saya. Rasa nak share di sini sebagai rujukan. Terus saya muhasabah diri sendiri bagaimana selama ini saya melayan kehendak anak-anak saya. Kadang-kadang memang geram bila anak tak faham apabila kita tak bagi dia nak beli sesuatu benda. Bukan sebab tak mampu tapi sebab taknak jadi dia anak manja yang semua benda dalam dunia dia boleh dapat. Takut sangat anak-anak jadi ‘spoil brat’ yang akhirnya akan menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Mungkin kita sebagai mak bapak kena lebih tegas dan keraskan hati sikit when it comes to bab mendidik anak kan… wallahua’lam…

Posted from WordPress for Android

{Wordful Wednesday}: Kisah Benar Ibu Bapa OCD

Salam Rabu…entah mengapa saya asik ingat hari ni hari Khamis..since petang semalam dah berlegar-legar dalam kepala esok Khamis..esok Khamis…

Akibatnya……

Terjadilah kisah benar ini..di pagi ini…

Ohya, makna OCD tu adalah seperti kata Wikipedia:

Obsessive–compulsive disorder (OCD) is an anxiety disorder characterized by intrusive thoughts that produce uneasiness, apprehension, fear, or worry; by repetitive behaviors aimed at reducing the associated anxiety; or by a combination of such obsessions and compulsions. Symptoms of the disorder include excessive washing or cleaning; repeated checking; extreme hoarding; preoccupation with sexual, violent or religious thoughts; relationship-related obsessions; aversion to particular numbers; and nervous rituals, such as opening and closing a door a certain number of times before entering or leaving a room. These symptoms can be alienating and time-consuming, and often cause severe emotional and financial distress. The acts of those who have OCD may appear paranoid and potentially psychotic. However, OCD sufferers generally recognize their obsessions and compulsions as irrational and may become further distressed by this realization.

Untuk keterangan lanjut, silalah wiki yea..malas nak cerita panjang sebab ini bukan cerita utama 🙂

Cerita utamanya adalah, subuh tadi papa dah sediakan beg sekolah pagi dan sekolah petang wafiy. Dia buat kerja dalam bilik wafiy so mama tak nampak pekerjaan itu..hahaha.. Papa memang the most OCD person in the house, so memang dia dah check timetable sekolah pagi dan petang dan dah susun buku teks dan buku aktiviti untuk kedua-dua sesi persekolahan. Siap dah isi air masak dalam kedua-dua tumbler.

On the other OCD part (or person- saya lah tu) boleh pulak rajin nak tengok timetable dan beg wafiy pukul 5 pagi sedangkan sebelum tidur malam tadi, papa dah pesan, dia dah susun beg wafiy, tapi mama dah mamai masa tu so, iye kan aje laaa..dan the worst part about mama susun semula buku wafiy tu adalah…..jeng jeng..mama tengok timetable hari KHAMIS….konfiden je cakap dalam hati..eh apasal buku semua salah ni yang papa masukkan..hahahahahahha sekarang rasa nak lempang muka sendiri..pasal kena buat kerja 2 kali. Kemain rajin mama subuh-subuh buta pergi susun balik semua buku ikut timetable Khamis. Siap lipat dan masukkan baju Pendidikan Jasmani (PJ) okayyyy……gigih yang tak bermakna..adoiiii

Nasib baik kesilapan dapat dikesan sebelum mandikan wafiy, mama cakap, mama dah masukkan baju PJ dalam beg abanglong tau. Siap tunjuk kat poket depan beg…Then wafiy terpinga-pinga cakap eh..mama..PJ hari Selasa dan Khamis la..esokk tuu..Mama terus panik. Papa pulak tambahkan panik, dia cakap..laaaa papa dah susun elok-elok dah buku-buku wafiy malam tadi mama oiii…erkkkk rasa hijau juga muka masa tu. Terus seret dua-dua beg dan bawak naik atas bilik wafiy..dan bermulalah kerja buat kali kedua..hahahahahahhaaaaaa

Itulah penangan cuti tengah-tengah minggu kan…dan dapat pulak perangai OCD macam ni, asik tak percaya kerja orang, asik nak double check je kan…nasib baik dapat dikesan awal..kalau tidak kesian wafiy nanti kan…

Macam ni la first time parent…

Selawat Ke Atas Nabi SAW

maulidur rasulmaulidur rasul2

Image

Semua Ibu Bapa Wajib Tahu…

Perkongsian untuk ibu-bapa sekalian:

Tahun 2014 ada Penambahbaikan dari  PBS yang akan bertukar kepada KSSR.

Maklumat yang telah diterima seperti berikut :
1. DSK ( dokumen standard kurikulum ) disatukan dengan DSP ( dokumen standard prestasi ). Maka terhasillah DSKP ( Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran ).
2. Penggunaan BAND ditukarkan kepada TAHAP PENGUASAAN . Lebih detail dan mudah untuk guru merekod pencapaian murid.
3. Tiada ujian SETARA di peringkat daerah ataupun negeri.
4. Ujian pertengahan & akhir tahun boleh dilaksanakan di sekolah masing-masing sebagai ujian sumatif utk ukur pncapaian murid.
5. Ujian-ujian lain diperingkat sekolah seperti ujian bulanan tidak perlu dijalankan. ( terpulang pada pihak sekolah ).
6. Guru tidak perlu fikirkan tentang EVIDENS & DESKRIPTOR kerana DSP telah dimansuhkan. Jadi, Menurut pengasas PBS, DR. Khodori, sepatutnya Deskriptor datang selepas evidens, bukan evidens datang selepas deskriptor.
7. Paling mengujakan, guru tidak perlu lagi ONLINE untuk rekod PBS murid, hanya guna sistem OFFLINE dalam bentuk excel dan digunakan sbg rujukan guru sahaja untuk melaporkan perkembangan murid kepada ibu bapa .
8. Tak perlu lagi fail showcase utk simpan evidens terbaik murid.

B ) Subjek Baru  KSSR akan Diperkenalkan iaitu
1. Sejarah ganti Kajian Tempatan
2. Rekabentuk Teknologi
3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

C ) 2 Bab Tambahan bagi Subjek Matematik
1. Penambahan Bagi Bab Koordinat  (Salah Satu Bab Sekolah Menengah)
2. Penambahan Bagi Bab Nisbah Dan Kadaran (Salah Satu bab Sekolah Menengah)

Selain daripada itu,Pelajar tahun 4 dan Tingkatan 2  (2014) juga merupakan perintis pertama kepada pengenalan Soalan “Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)” seperti yang telah diwar-warkan sebelum ni.
Difahamkan pada tahun 2016 40% soalan yang akan ditanya adalah berkaitan KBAT.
Format Baru Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Info ni sangat PENTING.

Ianya akan menjadi tanda aras awal dimana anak kita akan berada 10 tahun akan datang.

Tahukah anda Soalan UPSR dan SPM akan berbentuk Pemikiran Aras Tinggi menjelang tahun 2016.

Ianya lebih dikenali sebagai “Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skill (HOTs)”

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) harus diterapkan bermula sekarang. Bersediahkah anda?

Luangkan MASA 5 MINIT untuk beri peluang untuk anda faham dengan apa yang berlaku dalam dunia pendidikan kita sekarang..

JENIS SOALAN DALAM MATEMATIK terbahagi kepada 2. Rutin & Bukan rutin

# A # RUTIN

Aras Rendah

** Tidak memerlukan murid untuk menggunakan kemahiran berfikir pada aras tinggi.

CONTOH 1:

Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga

RM1.70. Berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Maria?

# B# BUKAN RUTIN

Aras Tinggi

1) Memerlukan tahap pemikiran pada aras tinggi.

2) Penyelesaian mungkin memerlukan lebih daripada 1 cara bagi membuat keputusan dan memilih operasi matematik.

CONTOH 2:

Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70. Dia memberikan RM4.00 kepada jurujual. Berapakah bilangan syiling yang diterima oleh Maria sekiranya jurujual itu memberikannya beberapa syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen? Terangkan jawapan anda.

Zaman akan datang sangat-sangat mencabar.

Semua ibu bapa, jumlah “A” bukan lagi perkara yang penting.Yang penting bagaimana anak

anda mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah.

Tak lama lagi GAYA soalan ditanya untuk pelajar Tahun 1,2,3,4,5,dan 6 akan berubah sama sekali.

#1# Soalan LOTs (Lower Order Thinking Skills)

*Zaman dulu Soalannya mungkin seperti dibawah :

Bundarkan 726 kepada ratus yang terdekat?

anak anda mungkin boleh faham dengan pantas..

Bagaimana pula dengan soalan seperti dibawah ini?

#2# Soalan HOTs (Higher Order Thinking Skills)

Apakah nombor yang boleh dibundarkan kepada 700?

Cuba anda fikir dan berikan jawapan dengan pantas

Banyak jawapan bukan? timbul rasa ragu? dan perlukan berhenti untuk berfikir sekejap bukan?

Ini masih lagi dikira soalan tahap rendah.

Sebagai ibubapa..apa tindakan kita untuk membantu anak2..?
5 Ciri “Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi” (KBAT) (Higher Order Thinking Skill-HOTs):
Yang Mempunyai Anak pada Tahun 2014 WAJIB Tahu….
Darjah 4 pada Tahun 2014 ?
Darjah 5 pada Tahun 2014 ?
Darjah 6 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 1 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 2 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 3 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 4 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 5 pada Tahun 2014 ?

Sila baca dibawah…………
a) Sepertimana yang diwar-warkan tempoh hari Soalan berbentuk KBAT akan mula diajar pada sesi TAHUN 2014 ini.

b) PERSOALANYA SEJAUH MANA semua Ibubapa Sudah TAHU tentang PENAMBAHAN ini ?
c) Berikut disenaraikan 5 CIRI ” HOTs ”

#1# SKOP YANG LUAS :
❒ Pengetahuan Asas sebagai keperluan

#2# FAKTA :
❒Tidak Spesifik & merentasi matapelajaran

#3# BERMAKNA :
❒Boleh ditafsir dan Mencabar

#4#STIMULUS :
❒ Situasi baru
❒ Bukan lazim bagi murid
❒ Memberi maklumat secukupnya kepada pelajar

#5# RESPON MURID
❒ Kepelbagaian
❒ Boleh melibatkan lebih daripada 1 jawapan

MASIH TAK BEBERAPA FAHAM?
Lihat contoh-contoh Yang disediakan
CONTOH 1 : (Soalan Biasa ~ LOTs)
Berapakan Nilai bagi 695 jika dibundarkan kepada ratus yang terhampir? .
Komen
– Jawapan Bagi soalan ini adalah 700
– Ada 1 jawapan sahaja
– Soalan juga secara terus tanpa perlu banyak berfikir
CONTOH 2 : (Soalan ARAS TINNGI ~ HOTs)
Apakah nombor yang apabila dibundarkan kepada ratus yang hampir adalah 700 ?
Komen
– Jawapan mungkin adalah : 699,672, 681 , 633 dan banyak lagi
– Yang penting pelajar tahu konsep asas “ratus terhampir”
– Jawapan boleh jadi lebih daripada 1
– membantu pelajar lebih berfikir dalam situasi sebenar setiap masalah dalam kehidupan sebenarnya ada banyak cara penyelesaian
Info trkini perubahan dlm sistem pndidikn kita..

Nota: saya share daripada grup mums sekolah anak saya..info ini datang dari seorang ibu yang juga seorang guru. Memang mencabarlah untuk anak-anak kita sekarang ni, tak macam kita dulu 1+1 jadi 2, sekarang tidak lagi. Ada pro and cons..biasala benda baru. Tapi secara keseluruhannya saya rasa bagus juga perubahan ni sebab saya perhatikan anak-anak zaman sekarang dah tak macam kita. Bila tanya certain soalan, jawapan yand diterima sometimes tak terjangkau akalku. Mungkin kalau masih teruskan dgn sistem lama, anak-anak zaman skrg akan jadi bosan. Apa pun, saya doakan anak-anak kita akan dapat kebaikan dari perubahan ini. Sekurang-kurangnya kalau tak cemerlang di sekolah, mereka akan cemerlang dalam kehidupan. Amin …

Posted from WordPress for Android

Mana nak mula?

Salam Khamis

image

Tak tau nak mula mana cerita ni…excited to share the story yet don’t have enough resources to start the story…

Kemon..kata tahun baru, azam baru kan..bersemangatlah!!!!!!

Memandangkan saya tak bersedia lagi….nanti-nantilah saya share ye…

P/s: sembang macam bagus je kan..padahal tak ada apa yang hebat nak share kan…..

Posted from WordPress for Android