WW: Mia oh Mia

Advertisements

Me at 29 weeks

image

Now dah 31 weeks 4 days… Perut kejap kecik kejap besar… Debar nk tgu masa bersalin… Moga dipermudahkan… Eh eh kwn saya Aishah tu x preggy tau..dia penyeri gmbr je tau hehehe

Vanilla Muffin Kenny Rogers..arghhh

Salam Khamis

Pagi-pagi, sejuk-sejuk ni memang cari pasal la kan kalau asik belek gambar makanan…

Teringin pulak Vanilla Muffin KR bila belek gambar ni. actually dah lama kejadian makan ni, dekat 2 bulan ada kot. Ni set baru cuba, biasa makan yg quarter chicken tu je. ini konon nak diet laaa…hahahahahaha..ada chicken ball (sedappp), mac n cheese tu mmg sedap la kan…

ok dahhhhh….tu je pun…

Ketam Masala

Salam Selasa

gara-gara terbaca entry Wahida pasal resepi Ketam Kari Kering dia tu..fuhhh terus balik kerja semalam saya terjah kedai beli ketam..memang saya dari dulu mengidam ketam masak cili ala-ala crabby fatty kedai cina tu..last week gi makan kat Restoran Hj Sharin Low tapi silap order menu la..gatal-gatal mulut order Softshell Crab Deep Fried With Salted Egg..amik sekor je RM25. Sekali tu dah sampai order, makan seketul je dah tak boleh telan sebab rasa hanyir telur itik tu kuat sangat..kesiannnn kan…

So, semalam tu niat di hati nak beli banyak la ketam tu..tetiba tinggal 2 ekor je pulak. Tapi besarla..kena potong untuk memudahkan masak. Upload gambar kat FB, ada kawan sekolah minta resepi. Alamak tetiba mcm rasa malu sebab resepi tu saya main hentam je..ikut rasa mulut sendiri dan pemerhatian.

Tapi, not bad la..saya campur bahan-bahan resepi dari Wahida dan tambah kurangkan sikit ikut sedap tekak..

Kalau sesapa nak cuba resepi yang simple, ni dia resepi saya:

KETAM MASALA

Bahan-bahan:

2 ekor ketam saiz besar (sekarang memang musim ketam tengah gemuk kan). Letak garam kunyit, gaul rata.

6 ulas bawang merah kecik- tumbuk hancur

4 ulas bawang putih- tumbuk hancur

1 inci halia- tumbuk hancur

2 sudu makan cili blender (saya guna Cili Giling Puteri tu je)

2 sudu makan sos cili (brand apa pun boleh, saya pakai Maggi)

2 sudu makan serbuk kari ayam Baba’s (brand apa pun boleh)

1 kuntum bunga lawang

Garam dan gula secukup rasa (saya tak pakai serbuk perasa)

Daun sup untuk hiasan (sikit je)

Sebiji telur ayam dipukul rata

Minyak masak untuk menggoreng ketam secukupnya

Cara masak:

1. Ketam yang dah siap gaul garam kunyit tu gorengkan kejap agak-agak 5 minit. Jgn garing sangat nanti kecut jadinya tak sedap.

2. Angkat ketam, ketepikan. Keluarkan minyak gorengan ketam tu, tinggalkan sikit dalam kuali yg sama.

3. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hancur. Pastu masukkan bunga lawang.

4. Agak-agak bahan tu dah naik bau dan kekuningan, masukkan cili giling dan sos cili.

5. Tumis sampai naik minyak. Pastu masukkan serbuk kari yg dah dibancuh dgn air masak. Jgn cair sangat.

6. Kalau suka berkuah, tambahkan air masak sikit. Kalau tak, biarkan kuah tu mendidih baru masukkan ketam yang dah digoreng tadi.

7. Perasakan dengan garam dan gula. Agak-agak la ye ikut tekak masing-masing.

8. Masukkan telur ayam yang dah dipukul tadi. Kacau cepat-cepat, kalau boleh kecikkan api. Takut hangit nanti..

9. Dah siap untuk dihidangkan. Tabur daun bawang yang dihiris halus.

p/s: Kalau tak nak bubuh cili sos, boleh jugak. Tapi kena bubuh air asam jawa sikit ye…

So, cuba la ye kawan-kawan…

babai..tq Wahida for the recipe…..

kisah rawak minggu ini

Salam Khamis

Sapa dah cuba roti Gardenia whole grain plastik warna purple tu?

Saya tergatal tangan beli yang tu, instead of yg biasa – whole grain kaler hijau..

Rasanya…hmmm tak sedap sgt. Ada mcm bijian kuaci ke hapa ntah kat roti tu..mengganggu pemakanan jugak la..

Tapi sebab dah beli, belasah la makan je dengan telur hahahaha jgn membazir kata Tuan Beso..

Sudahnya, until expired date semalam ada lagi setengah buku…adoiii..habuan sapa tu? Kalau kat rumah abah, boleh kasi kat kambing kesayangan abah dan wafiy..ni kat rumah sendiri..tah la..makanan tong sampah la agaknya..astaga…. 

Apa Saja Untukmu….

Salam Isnin..

hujan di Putrajaya dan Dengkil….sejuk je pagi ni…

Baru 3 hari makan supplement Shaklee..beli yang trial pack je..utk sebulan punya supply, since semua supplement tak berkesan untuk atasi masalah anemia/ low Hb saya yang keterlaluan ni..ubat KK tak jalan, Obimin tak jalan, Iberet tak jalan..cuba la yang ni pula, walaupun hanya ada lebih kurang 2 bulan je lagi nak bersalin..

Ada rasa perubahan jugak, badan rasa cergas je nak-nak masa bangun pagi tu, pastu hmmmm rasa cergas la..tak tau la kata tuan beso, kadang-kadang benda ni ‘in your mind only’. Maksudnya saiko dalam fikiran sendiri sebab dah beria nak cuba Shaklee ni. Tapi, memang ada perbezaan la. Alhamdulillah…

Saya akan teruskan perjuangan ini..insyaallah….

kalau ada sesiapa berminat nak try atau nak tengok-tengok info/ testimoni about this product, please visit http://www.genkimomma.net

credit to Aishah @Echah my friend for the info…

p/s: tak ambil lagi ujian BSP (ujian darah untuk kencing manis yang 4 kali sehari tu…)..tak ada kekuatan dan kelapangan untuk ulang-alik ke klinik 4 kali sehari, 2 jam sekali..

kisah melayan tekak

Salam Rabu

Petang semalam ada request dari Tuan Beso nak makan Mee Bandung. Siap sms petang tu dia akan singgah kedai beli mee dan bahan-bahan. Hehe suspen je, jangan la ingat saya ni pandai sangat masak. Sebenarnya ni kira Mee Bandung segera la sebab saya pakai instant paste aje. Beli dari kawan, orang Umbai. Sedap jugak bila dah jadi tu (cheittt sebenarnya memang instant paste tu dah sedap kan)…

Kuah tak pedas sangat, Wafiy dan Damia pun boleh habis sepinggan tu…

Pastu, jamu tekak dengan eskrem pulak….lantakla Mak Buyong…Tuan Beso belikan 4 kon Cornetto untuk kami sorang satu. Esok-esok kena gi check up, sure gula naik..ahhhh gasakkkkkkkk…..

ok la tu je…babai…

Previous Older Entries