Aku dalam keserabutan…

entahlah, memang aku serabut sangat since semalam. kerja makin melambak-lambak, buat satu, datang tiga, siap satu, menunggu berapa banyak pun tak tahu. hai nasib badan. pastu dengan pressure pasal KUP punya cerita, lagilah menyerabutkan aku. hari ni ada dua miting, satu appoinment klinik utk Wafiy. hayo…what shud i do?

datang opis jer kulihat meja yang berselerak..

kena-bom-daa.jpg

lagi la hatiku meronta2..rasa nak lari jer….

kaki-echah.jpg

tapi nak ke mana, this is where i belongs….

pasrah jer la..sure i must do something..or MANY things…

yang penting, enjoy..

Advertisements

Inikah saya?

tertarik dengan ceramah sempena HAri Kualiti MOT yang disampaikan oleh Dr.H.M Tuah Iskandar Al-Haj, aku pun cuba surf web nak tengok kajian mengenai bulan dan sikap yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

p/s: nak komen tapi tunggu dulu…

Cerita Lama..

control-tower-klia-kecik-jer.jpg

Sebenarnya benda yang aku nak kisahkan ni dah lama berlalu. Tiba-tiba kau teringat nak cerita sebab ternampak gambar yang agak best ni…

Begini, pada 29 Januari 2008 lepas aku turut serta dalam lawatan kerja Dr. TKSU(O) ke KLIA dan kawasan operasi radar KLIA. Ada dalam lebih kurang 20 orang ahli lawatan (tak bleh sebut rombongan, sebab ini KERJA tau..), termasuk aku, bos kecik, team admin, team ICU, EPU, JPA, DCA dan Dr. TKSU sendiri. Memang aku pernah naik control tower DCA kat KLIa ni, tapi tu pun masa baru report duty kat MOt 3 years back la. Seronok sebab dapat ilmu baru..dapat tengok mcmana flight yang kita naik tu diatur operasinya oleh pakar-pakar ATC (air traffic controller) yg cun2 dan segak2 tuh..tapi aku memang salute spring kat ATCs ni sebab kerja diorang memang kritikal..diorang ni kira mcm polis traffik yang mengatur keadaan lalulintas..english memang power beb..berabuk speaking dgn pilot2 nu..siap dah hafal code2 penerbangan segala..hui bukan calang2 orang yg dapat ingat SEMUA kod2 tau..alpha, delta. tah apa benda lagi la. dan waktu kerja diorang adalah 24-7 tapi ada shift la…memang respek abis la dengan depa ni…

pas tu kitorang pegi Bukit Mayan, area di mana radar kawalan operasi KLIA ditempatkan. Kalau u all perasan, ada radar warna merah putih bergerak2 on your right side kat atas bukit di tepi roundabout nak ke terminal..tu la dia radar yg transmit data ke control tower. Sori photo not available coz camera kaput la masa tu. radar ni nampak je cikai tapi harganya cecah puluhan juta dan nak maintain 1 batang ariel dia pun dah makan juta2. satu radar ada 52 batang ariel tuh…..memang very technical. kalau nak citer kat sini sure tak paham.

Apapun, it was a great visit..and i love new things especially new things to learn…no wonder orang kata ‘jauh perjalanan luas pemandangan’..and there’s no harm to learn new things everyday..terpulang pada penilaian dan pembawaan seseorang on how we can learn kan……

I’m not crazy (i’m just a little unwell…)

My nerves all stumbled down..my mind didn’t function as usual..for the past 4 days. My happy-to-be holiday suddenly gone with the headache i got that night. forget about the kenduri, forget about the family gathering and also the best shopping spree i wanted to (as per my previous entry here). i’m having a demam urat..which i cannot simply decribe the pain. All that i need was SLEEP, SLEEP and SLEEP…and the holiday just burnt like that.

Thank Allah, today i feel GOOD, feel better and slowly the mood comes again. All in all, the pain pinched me to realize how valuable everything that we have…..

emm…..so ironic….

In the holiday mood….

Happy Chinese New Year Say Xin Nian Kuai Le to your near and dear ones with these bright and beautiful ecards.[ 22 cards ]

Nampak tanglung bergantung di sana sini..auntie sebelah umah dgn uncle depan umah pun dah siap gantung tanglung siap buah nenas lagi kat balcony..wafiy dah dapat mengepau angpau daripada big boss aku..buah limau dah berpuluh-puluh biji masuk dalam perut aku (lepas tu kuar balik..lawas la katakan…ekkk)..dan yang paling tak bestnya big boss dah pun selamat bercuti mulai Isnin (4.2.08) hingga 20.2.2008..wah..bestnya CNY kali ni yea big boss kusayang..

Esok mula la holiday….boring jugak kalau cuti lama2 ni…oh ya malam ni dah nak gerak ke Sg. Besar, balik kampung papa la plakk. Boring la..asik makan tido jalan makan tido jalan…takpe..kali ni nak ubah tradisi, aku nak shopping banyak2 biar papa pikir 1000 kali kalau dia ajak balik kampung hehehe…

Anyway…GOng Xi Fa Cai..to Mr Lam, my beloved Laoshi, Mei Fang, uncle, auntie dan paling tak lupa Big Boss. Buat kawan-kawan semua: Happy holiday….

Wishing You Prosperity! Send this ethnic ecard to your loved ones to wish them on New Year.

::Life is A RollerCoaster::

Bila lihat orang tua disekeliling aku yang berada dalam keadaan daif..aku amat terharu dan secara automatik aku terus menghisab macam mana la nasib aku nanti bila dah tua. Adakah aku akan terbiar di jalanan atau aku akan selesa (mengikut kemampuan dan pengertian aku). Adakah aku akan terus disayangi oleh orang yang pernah menyayangi aku atau aku akan ditinggalkan di rumah orang tua? Nauzubillah, kadang-kadang aku tak sanggup nak fikir sampi ke situ. Tapi mana la kita nak jangka perkara-perkara membabitkan masa depan kita kan, only Allah knows.

Di KLIA, aku selalu nampak warga emas bekerja sebagai tukang sapu. Aku kesian sangat dengan diorang, sampai aku pernah terfikir diorang ni tak ada ahli keluarga atau senang cerita, anak la..takkan anak diorang sanggup tengok mak bapak diorang yang dah tak larat tu buat kerja macam tu. Apa fungsi anak sebagai anak yang sepatutnya diharapkan dapat menjaga makbapak di penghujung usia? Kalau makbapak boleh jaga kita masa kita kecik, kenapa tak boleh kita gembirakan mereka di penghujung usia? Tapi, siapalah aku nak tanyakan semua soalan tu, sebab aku pun sedar, nasib aku sapa2 pun tak tau, sebab life is a rollercoaster. Kejap di atas, kejap di bawah…

cuma sekarang ni apa yang boleh aku usahakan ialah jaga anak aku sebaik mungkin, beri dia kasih sayang ikhlas dan sewajarnya dengan harapan dia akan kenang jasa, pengorbanan dan keikhlasan papa dan mama dia ni. Supaya umur tua aku tak disia-siakan dan hidup dalam keharmonian..

PEACE…

Update me, please…

senyum-lebarnya.jpg

Dah lama tak update..mcm bz sangat aku ni. Masa ada tapi bukan masa nak update, masa nak jenguk je ada la. Agaknya kalau ada skala penunjuk sapa yang paling lama tak update blog, aku la orangnya. Tapi, well, aku tak sempat ok. baru nak tulis tajuk dah boss datang. Terbantut idea yang ciput ni. Tak pela..sebenarnya takde perkara penting pun buat masa ni..yang ada hanyalah perkara biasa aja. Kadang-kadang rasa poyo pulak tulis begitubegini dalam blog..macam dah tak de rahsia pulak..macam bagus je..tapi sebenarnya apa yang aku tulis ni adalah ikhlas dari hati, luahan perasaan yang tak dapat nak diluahkan secara terus macam kat blog ni.

 Apapun…nanti la kita cerita lagi kalau ada cerita best ek..

 

bye…