‘ Graduation Day’ Tadika Perintis Wawasan 30 November 2013

Salam semua…

Dah bulan Disember..penghujung tahun. Ni nak cerita pasal kisah perjalanan hidup anak-anak saya Wafiy dan Damia bulan November hari tu..tertangguh saje…sebab rasa banyak nak cerita pasal kisah ni. Ambil masa yang lama nanti (perghhh..ni pun dah masuk 5 kali save draft..adoyai)

Perisitiwa tahunan ini terjadi pada 30 November 2013 hari Sabtu. Tempat kejadian adalah tempat biasa iaitu Kelab Komuniti Cyberjaya, sebelah Majlis Perbandaran Sepang dekat Tasik Cyberjaya tu. Jauh dihujung tanjung tuu..sampai agak lambat jugak. Kalau ikutkan program, pukul 7.45 pagi dah kena ada kat dewan sebab kanak-kanak nak kena mekap bagai. Sekali tu kami sampai jam 8 lebih..biasalah anak dah 3 kan. Sorang nak kencing sorang nak berak sorang nak makan..tu kira cepat jugak la tu. Wafiy tu sepanjang perjalanan dok membebel “habisla abang kena marah dengan Kak Husna (koreografer K-Pop dia merangkap anak Pengetua)”..arghhhh stress la jugak mak ko ni..nampak je kereta parents kawan-kawan depa sepanjang perjalanan tu teruslah lambai-lambai macam kan dah lama tak jumpa jer budak-budak ni…layan je la.

Camera 360

tetamu...

tetamu yang garang hahaha

Sampai je, lepas daftar dan ambil goodies bag Wafiy dan Damia dah kena ‘kuarantin’. Ohya tahun-tahun lepasa ada breakfast ala buffet tapi tahun ni tak de sebab kalau ada buffet lagi lambaaattt la parents nak setel makan..ye lah masa tu la nak mingle around dengan parents yang kadang-kadang tak pernah jumpa pun. Kali ni breakfast segera je..semua bubuh dalam goodies bag tu. Ada 4 jenis kuih dan 1 air kota, 1 mineral water. Dan ada buku program juga.

buku program cover

Damia masuk bilik mekap, Wafiy kena berlatih baca doa dan Alfatihah. Sebab dia jadi tukang buka majlis. Nampak la nervousnya. Kesian juga anak saya ni, kecik-kecik dah kena buat benda ni. Masa saya seumur dia, hmmm baca doa tu yang tahu doa makan jer la agaknya. Teacher Ainun yang ajar Al-Hira’ (mengaji) guide dia. Terharu sangat tengok dia boleh hafal doa. Thanks Teacher Ainun!!!

Camera 360

Camera 360 mia n fren pentas Camera 360 Camera 360

Parents masuk dewan dengan tetamu yang lain lebih kurang pukul 8.30 gitu. Saya ni biasalah, paparazi la konon. Dok mengambik gambar aksi Wafiy dengan Damia kat luar. Ziyyad..saya serah kat papa uruskan. Tak sampai 15 minit dalam dewan, papa kata Ziyyad dah tertidur..alololo good boy sangat. Masa tu ada tayangan video pasal pencapaian budak-budak dan ada la carta pai bagai. Rasa sedikit bangga masa Ustaz Zulfan mention nama Wafiy sebagai seorang budak yang pandai baca quran dan solat. Siap tanya mana mak bapak Wafiy…Malu pun ada sebab ustaz kata beruntung mak bapak wafiy dapat anak mcm wafiy. Padahal..mak bapak dia ni tak la perfect bab-bab keibubapaan ni. Pastu berderet-deret wassap dalam grup Mums TPW cakap congrats dan usik nak jadikan Wafiy menantu..alolololo…serammmmm tetiba.

buku 3

Sebelum acara bermula, masa budak-budak tu bersiap-siap, juga ada tayangan video tentang child early education. Memang banyak fakta menarik yang saya sendiri tak tahu. Tema tayangan video adalah Dysleksia, satu penyakit kanak-kanak berkaitan perkembangan mental (lebih kurang). Rupanya kebanyakan orang-orang ternama di dunia, orang Barat kebanyakannya adalah pengidap penyakit Dysleksia. Contohnya Alexander Graham Bell, JFK dan banyak lagi. Mari kita cari fakta kat google bagi memudahkan pemahaman.

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu “DYN” bermakna susah, dan “LEXIA” bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.

Ciri-ciri penghidapnya:

  1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘d’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.
  5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca-punca Disleksia

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Rawatan

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.

Sumber: wikipedia

Okay, jom layan cerita graduation and concert pulak….sorry lah korang panjang pulak ‘ilmu’ kali ini.

Lepas tayangan video, Wafiy naik pentas baca doa. Tak sempat nak ambik gambar ke video ke sebab tengah pegang Ziyyad yang tidur tu. Papa sempat ambil gambar guna DSLR gedabak dia tu plus video kat videocam..amboii gigih laki saya angkut gajet ye…hahaha..so gambar dengan video tu saya syak akan upload berkurun lagi kot🙂

Lepas baca doa, Wafiy join persembahan nasyid Demi Matahari a.k.a terjemahan Surah As-Syam (alaa..surah untuk solat Dhuha tu). Iman bff Wafiy sangat cerdik, baca Ayat As-Syam sekali terjemahan…adoiiii cair aunty tengok iman dengan lesung pipit tu nak oiiii..Damia pun join nasyid tapi jadi prop, pakai costume bunga matahari…jadilahhhh kan Damia…opening tuuu

wafiy matahari2

wafiy matahari

Then, penyampaian sijil untuk 6 years old students. Kena pakai jubah dan mortar board bagai. Masa tu ada rasa terharu la sikit kenangkan alahaiii dah besar anak aku..makna kita pun dah tua la tu..tsk tsk…besarnya tanggungjawab dan amanah nak besarkan dia nanti…lepas bagi sijil tu ada nyanyian We Are Graduate. Sangat cute tengok budak-budak tu menyanyi sambil menari, macam penguin pun ada si Wafiy bila buat aksi…

with best fren Shahmi

with best fren Shahmi

Wafiy dan Firdaus

Wafiy, Firdaus, Ilhan

Wafiy, Shahmi, Iman the 3 stooges

Wafiy, Shahmi, Iman the 3 stooges

Wafiy, Firdaus dan Ilhan

Wafiy, Firdaus dan Ilhan

Camera 360

wafiy pentas 3

wafiy amik scroll

Camera 360

Pastu, adalah masa bergembira kanak-kanak. kira yang tensi tadi adalah sesi untuk bagi sijil dan baca doalah bagi Wafiy n the geng. Ada beberapa persembahan, ikut kelas 3 years old, 4 years old, 5 years old dan 6 years old. Ada 1001 macam karenah la..budak-budak kan..cikgu cakap camtu, dia buat camni. aduhai..kalau lah saya jadi cikgu diorang, mau menyinga je lah sepanjang masa. Memang salute sungguh-sungguh kat semua cikgu kat TPW. Termasuk anak-anak Pengetua, Husna dan Nabila yang jadi koreografer tarian K-Pop diorang. Salute sebab boleh handle perangai anal-anak semua. Bukan senang kan nak bagi anak-anak behave, yang kita ada anak 3 ni pun dah tahap jerit-jerit tarzan, apatah lagi dah berpuluh orang tu.aduhai memang saya surrender lah.

K-Pop Group..bff

K-Pop Group..bff

mia matahari

Persembahan semua memang best belaka, kagum pulak sebab tak percaya budak-budak tu boleh buat. Kat rumah ada la practice tapi tu pun rahsia katanya…sorok-sorok dalam bilik especially persembahan K-pop Wafiy tu memang sangat dirahsiakan. Kakak Husna kata nak suprise kan mama papa, katanya laaa..

Lepas persembahan ada acara penyampaian anugerah. Tahun ni wafiy tak dapat apa-apa anugerah. Takpe lah, maybe sebab past 2 years dah dapat 2 tahun berturut-turut. Takkan balik-balik Wafiy sorang jer yang nak dapat anugerah kan. Nak-nak anugerah Kaizen dan determination tu, takkan lah every year nak kaizen kan..bagi peluang budak lain yang semuanya bagus-bagus jugak. Itu lagi bagus.

wafiy scroll

frame1

frame all

kenangan itu..

kenangan itu..

cilok from insta Husna

cilok from insta Husna

Penghujung acara, semua budak dan teachers naik pentas, nyanyi lagu Terima Kasih Cikgu Upin-Ipin Najwa Latiff tu. Masa ni saya rasa terharu sangat sebab tengok anak-anak membesar dan berubah dari tak pandai membaca jadi pandai membaca. Dari tak pandai mengaji dan pandai mengaji. Dari tak pandai solat jadi pandai solat. Wafiy dah naik AL-Quran pun.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua cikgu, tak tahu nak cakap apa lagi. Semoga Allah membalas jasa anda semua wahai cikgu-cikgu yang baik hati. Semua semua kebaikan yang dicurahkan menjadi amal ibadat dan dapat pahala melimpah kali ganda. Tambah sedih sebab tahun ni tahun akhir Wafiy kat TPW. Dah 3 tahun dia kat TPW. Macam-macam kenangan ada. Tapi takpelah, Wafiy will still keep intouch with the school and teachers sebab dia mengaji Al-Hira’ setiap malam Khamis dan Jumaat. So, selagi tak khatam AL-Quran, dia akan ke TPW juga 2 kali seminggu kan.

Okay tu je lah (panjangnyaaaaaa) cerita saya…sekian.. <penatt jariiii>

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: