MHI (Misi Hari Ini)

Salam Jumaat..

sekarang ni sejak beranak 3, kerja rumah tunggang langgang sikit

weekdays tak sempat nk kemas rumah..buat apa yang sempat je

lipat kain memang tak la..

so..Misi Hari Ini: lunch hour balik rumah kemas rumah basuh kain lipat kain..

(esok balik kampung Sg Besar)

Sekian..enjoy your leisure time while you have it!!!!!

arghh..macam dah give up

Salam hormat pembaca semua (ecewah bajet retis sangat kan mak budak 3 orang ni..nak kena penampau kot)

saje je nak mencurah perasaan di sini..

baru lepas sesi pam susu kali kedua di opis. saya pam di dalam bilik sendiri sahaja. syukur ada bilik sorang-sorang. mau kena share dengan orang lain dan nak-nak pulak officer lelaki (yes memang itu situasi di pejabat kerajaan) memang nak tak nak kena pergi pum sumwhere else lah. semalam dapat 11 oz. kelmarin dapat 10 oz. selalunya dapat 9 oz sahaja. which is absolutely tak cukup untuk stok bekalan harian..harian je pun. memang tak pernah cukup. kesian kan ziyyad. setiap hari kena top up 2 kali minum susu formula.

macam-macam dah saya makan. minum air bergantang berkoyan. tapi takpe lah..usaha je jangan berhenti. doa memang doa hari-hari. kadang-kadang dah rasa diri ini macam mak gajah. asik makan minum je kat opis ni. memang pernah rasa give up dan nak beli stok susu formula banyak-banyak kasi puas hati tapi bila pandang lama-lama muka ziyyad lena kepuasan lepas bf malam-malam tu, memang semangat membara balik untuk bf dia sehingga ke titisan terakhir…

ya allah..permudahkan lah urusan ku untuk bf ziyyad imran ku.. berkatilah usahaku ya allah..dengarlah doaku ya allah…

Damia Is 4 Today

Alhamdulillah
Sudah 4 tahun puteri saya yg sorang ni
Syukur…mia membesar cukup sifat. Senang nak jaga dia ni..mudah juga waktu nak lahirkan dia. Dia anak pertama yg saya lahirkan secara normal..dapat juga saya rasa sakit contraction tu mcmana akhirnya. Damia juga anak yg pertama saya dpt breastfeed kan. Walaupun tak lama. Agak2 dalam 2 bulan saja.

Lately, sejak dapat adik Ziyyad ni dia jadi lasak. Lebih lasak dari wafiy. Kurang perhatian kata teacher dia. Tapi mama rasa perhatian dah terlebih mama bagi kat damia. Kdg2 tu kalau ziyyad tgh bf, mia pulak nak susu dan papa is not around, mama letak ziyyad dan terus buatkan susu. Sampai mcm tu sekali mama sayang damia. Tapi takpelah,mama fikir yg positif saja la. Dan doa semoga kelasakan mia tak lama. Sambil tu mama papa try to do something. Usaha dulu baru tawakal. Insyaallah…

Hari ini, mama dan papa hanya belikan kek dan buatkan goodies bag untuk party birthday mia dgn kwn2 kat tadika. Mungkin sekarang party sedang berjalan. Mama dan papa tak dapat join, maaf ye anak…minta2 teacher dan kakak husna akan snapkan beberapa keping gambar party dan tag mama di FB buat kenangan.

image

image

Tak ada harapan mama papa untuk damia. Hanya doa dan kasih sayang ini yg kami ada setiap saat untuk damia, abg wafiy dan adim ziyyad. Kami tak minta balasan dari anak2…cuma harap kasih sayang kita berpanjangan hingga ke syurga. Maafkan mama sebab tinggalkan kakak dekat sekolah sampai petang, kdg2 sampai malam. Mama tak mampu jaga sendiri anak2 mama 5 hari seminggu…harap kakak faham ye..

Itu saja coretan hati mama…

…..mood sedih sebab semalam damia cedera kat tadika. Mama rasa sgt2 bersalah……

WW: Adik dan Abang Long

image

image

image

MALASNYA

Salam Jumaat..

Apa? Dah jumaat dah ker..(serius tak percaya..) Cepatnya minggu ni nak berakhir. Ecewah..orang baru naik kerja lepas 3 bulan cuti direct memang camni kot..harap jangan menyampah ye..

Rasa macam baru je Isnin..baru je tergigil-gigil masuk petak parking sendiri yang hamat payah nak dimasuki tu…(last-last pergi hijack parking PSU sendiri yang pergi DPA..sebab parking saya mmg tak boleh nak dimasuki)

Kerja dah start terus gear 5 kot…what do you expect kan. Sedap cuti, sedap la masuk kerja balik dan catch up banyak benda. Sampai boss sendiri cakap “u have a lotsa thing to cacth up”..takpe boss..saya memang kepochi kan, so jgn risau. Setiap hari since Isnin hari tu memang saya mengkepochi dan melepek kat bilik PSU2 saya sahaja..sambil catch up things, sambil gossiping hahahaha…

Seronok oooo jumpa member2 ..sembang2 borak2 gelak2 *macam opis ni saya punya daa*

Tapi…….

Malasnya nak type entry kelahiran Ziyyad hari tu..bukan untuk apa, untuk rujukan masa hadapan kotlah kita beranak lagi kan. Saya ni mudah lupa. Apa taknya, Damia tu baru 3 tahun 9 bulan masa Ziyyad nak keluar, tapi memang tak ingat langsung experience lahirkan dan jaga Damia dalam pantang..apakah semut sudah bersarang dalam otak? hahahahaha maybe..

Oklah…kata MALAS kan..so itu je la ceritanya..nanti2 saya takMALAS saya update ok *orang tak kisah kot*…

Babai..selamat berweekend..terimalah gambar terkini saya di ambil di MAC Alamanda lunch tadi…beli lipstick dengan compact powder je..tapiiiii habis segala make up base la, apa la saya belasah try hahaha…lantakkkk

mama MAC

Update Ziyyad 3 bulan

Salam Selasa

Dah nak lunch dah pun. Sekejap je masa berlalu. Tapi dah rasa rindu nak gomol budak mokmok ziyyad

Semalam checkup 3 bulan Ziyyad. Pergi petang sbb petang tak ramai orang. Kesian Ziyyad tak dapat tido. Nasib baik dia tak meragam.

Update perkembangan Ziyyad:

Berat naik ke 6.1kg dari 5.4kg. Alhamdulillah baby kali ni berat badan naik je. Mcm wafiy dulu memanjang line kuning. Tandanya underweight kan. Klinik kerajaan pakai sistem ni. Klinik swasta tak tau pulak guna ke tidak sistem ni. Minta2 berat Ziyyad naik selamanya tk mau la kurus2…hopefully susu bdan mama ada sampai ziyyad umur 6 bulan la..

Panjang naik juga dari 55cm ke 59cm. Tak la seketot wafiy..eh eh sikit2 compare dgn wafiy je..kesian wafiy..iyela nak compare dgn damia tak sama jantina kan…

Ukurlilit kepala pun bertambah dari 40cm ke 41cm.tambah besar kepala hahaha….

Kena cucuk kat peha. Nasib baik tak nangis dan demam.

Harapan mama, ziyyad sentiasa sihat dan membesar dgn normal. Dan mama berdoa sungguh2 supaya susu badan mama tak kering at least sampai ziyyad 6 bulan…insyaallah…

image

image

Hari ini….

image

image

image

Salam Isnin kawan-kawan

Hari ini secara rasmi tamatnya cuti bersalin saya 3 bulan yang indah permai. Bermaksud bermulalah episod hidup seorang mama anak 3 yang berkerja ini..sobsob..Sedih je yelah nak tinggal anak-anak 5 hari seminggu kan..
Pagi tadi dah hantar Ziyyad..sebenarnya seminggu lepas dah mula hantar Ziyyad ke taska. Saja nak kasi familiar dgn suasana taska. Kesian jugak tgk baby yang ditatang bagai bulan purnama selama ini diserah ke tangan orang lain tapi sebagai mama saya kena kuatkan hati dan semangat. Saya ada amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Untuk negara demi agama dan bangsa. Insyaallah saya akan selalu kuat dan tabah. Doakan saya ye..terima kasih in advance.

Rutin harian kat pejabat pagi-pagi mengadap boss tercinta (mana anak2 tak muka mcm cina). Dekat sejam bersembang hal kerja yang tertinggal, syukur my boss sangat okay dan supportive. Terus minta kebenaran nak keluar after lunch bawa Ziyyad ke klinik utk cucuk 3 bulan. Nanti saya update perkembangan Ziyyad ye..untuk rujukan dn.kenangan di hari muka.

Now nak settle kerja yang mana boleh settle. Breakfast mcm biasa skip lagi bila di pejabat ni..faham je la. Kdg sampai sejuk air.

Okla….sampai jumpa lagi…semangat semangattttttt