Random (again)

Salam Selasa..

Mari ber’random’ a.k.a entry lambak sekejap

1. kena cari baju batik paling meletops untuk digayakan pada APC 2012 MOT hari Khamis nanti..batik tuuu yang bercinta sikit lah

2. sedang try and error cari formula milk (FM) untuk Ziyyad Imran since rezeki BF adalah merudum..kesian kat Ziyyad…so far dah cuba NAN dan Dutch Baby…NAN ok since abang akak dia minum NAN since birth..tapi harga sikit mahal dan susah nak cari kat kedai. DUtch Baby pun okay tapi ZIyyad macam tak selera nak minum..mcm tau-tau je susu murah ye Ziyyad..plus selalu tersedak dan termuntah. maybe serdak susu tu pekat sikit. tengah riki-riki ni…moga-moga dapat yang terbaik.

3. tengah struggle utk siapkan repot audit perolehan..menunggu maklumbalas dari JAbatan adalah menjengkelkan..baik cakap dengan budak sekolah dari cakap dengan diorang…sabar banyak-banyak

….. dah tu je la..tadi niat nak take 5. ni dah take 10 pulak hihihi…….

Batik Purple

image

Salam khamis semua.. Hari ni org keje gomen pakai batik kan.. Bercintanya lah nak iron batik ni… Dah tu kena iron 2 pasang batik..1 utk tuan beso tu. Nasib baik tuan beso punya kemeja aje..tu pun jenuh jugak..dasar pemalassss

Motif upload gambar ni ialah..nak cakap tak puas hati dengan tailor yg jahit baju ni. Nampak tak bahu baju jatuh tu..tension je bila tailor jenis memandai mandai concern jahit baju kita sampai hbis kain..maksudnya tak ikut ukuran kita pun but dia habis kn kain. Katanya sayang dan tak nak bazirkan kain. Problemnya dah macam orang2 bila saya pakai baju ni….

Moralnya…nak cari tailor yang best bukan senang. Lepas ni memang takde la nak hantar kain kat awak ye akak tailor oii..dah kena blacklist.. Okeh dah cukup membebel petang ni.daaaa…cukup-cukup la buat dosa hehehehe

Akhirnya…

Dapat kalkulator baru yg besar bagak
Sebelum ni ada juga tapi asik kena cilok dgn org.kdg2 bos amik x pulang..sabo je la. Nk minta balik mmg lah segan…bayangkanz susahnya nak kira projek bilion2 pakai kalkulator haluih ni…

image

Sekarang dah dapat yang ni

image

Nak tulis nama besor2 kat belakang tu supaya tak hilang lagi..hahhhha

Aku terhibur….

image

Hahahaha
Ni adik lelaki saya punya kerja lah ni
Ada ke patut anak cina mana ntah dia kata ziyyad..eh btw mmg ada rupa ziyyad pun kan..
Soo cute…terhibur kejap diri ini….