It’s my birthday!!!

image

Very true..agree with that quote. Repost from insta Radiusite.

Alhamdulillah..bangun dengan umur baru. Dengan azam yang berkobar-kobar. Syukur atas kurniaanMu. Sentiasa beringat, sesenang-senang manusia, masih ada yang lebih senang dari itu dan sesusah-susah manusia, ada juga yang lebih susah dari itu. Wallahua’lam..itu semua rahsia Allah.

Thanks for the warm wishes. Glad to have so many wonderful person surrounding me!!!

Advertisements

Alhamdulillah… 8 tahun sudah

ALHAMDULILLAH

 

Salam Isnin..

Syukur di atas kurniaan ini..

Hari ini genap 8 tahun usia ikatan perkahwinan kami…

Life has treated me well, and keep on giving the best to us, so i could not ask for more, Ya Allah..

Harapan ini agar ikatan ini diberkati sentiasa, seiring dengan redha dan berkat Ilahi. Kekal dalam landasan yang sepatutnya.

Ya Allah, jadikanlah kami dan keluarga kami insan yang soleh!!!

AMIN…

 

Raya 2013

Raya 2013

Ziyyad si botak yang cheeky…

Salam Jumaat…hari ni cuaca macam biasa mendung je. Dah tiba musim hujan kan…november rain katanya πŸ™‚

Saja nak share pic Ziyyad dah botak ni. Ahad lepas balik rumah mak mintak tolong adik lelaki saya tu botakkan. Adik saya tu memang hairstylist untuk kami sekeluarga kiranya..mesin rambut siap kelengkapan semua ada..jimattt duit…tapi kalau tak sempat balik umah mak, kedai jugak la tempatnya..

Sejak botak ni dan dah ada 3 batang gigi, ziyyad ni dah suka pulak jelir-jelir lidah. Kelakor sangat sebab byk kali snap gambar aksi jelir lidah tu tetap ada. Maybe dia rasa pelik ada gigi dalam mulut dia. Comel je tengok dia camtu..

image

image

image

image

image

image

image

Sebijik muka papa kan…hahaha tak kisahla memang anak papa pun kan…

Itu je la nak share…sorrylah gambar semua recycle from FB dan Instagram. Ulang tayang jap hihihi

P/s: petang ni kena amik wafiy kat Kelab komuniti Cyberjaya..ada rehearsal konsert tadika dia..apalaaa dia buat sekarang?

Jadual Aktiviti Cuti Sekolah Wafiy

Salam Khamis berbatik-batik hahaha…

Tajuk memang kemainnnnn kan. Macamlah anak kita ada cuti sekolah. Padahal anak kita memang tak ada cuti sebab duduk daycare tadika kan..mana ada cuti. Tapi disebabkan tadika wafiy dan damia ada juga budak sekolah rendah yang transit waktu petang, so pengurusan tadika memang akan adakan aktiviti masa cuti sekolah untuk isi masa lapang kanak-kanak transit tu..takla bosan sangat makan tido je waktu cuti sekolah tu sebab waktu cuti sekolah budak transit akan duduk daycare whole day.

So memandangkan wafiy pun dah besar dan dah boleh join aktiviti cuti sekolah budak transit tahun ni, mama dan papa decided to enrol him to those activities:

1. Kem Solat Anak Cemerlang, 3 hingga 6 Disember

image

2. Little Scientiest, 9 hingga 12 Disember

image

image

image

Selain daripada program tu, 21 Dis ada hari sukan untuk tadika pulak. Fuh..bizinya anak mama πŸ™‚

Bestnya tadika wafiy dan damia ni, adalah pengurusan yang sentiasa peka dengan keperluan dan perubahan anak-anak. Selain daripada keupayaan teachers untuk bagi anak- anak pandai hahahaha perasan la sangat mama ni anaknye dah pandai.

Kedua-dua program tu ada bayaran, macam biasa la nothing free in this world kan. Tapi affordable lah utk parents. Untuk anak-anak kan…apa salahnya kan.

Mudah-mudahan anak saya akan dapat manfaat dari program-program ni. Untuk kehidupan dan masa hadapan dia. Hanya ini yang boleh saya buat, nak ajar memang tak berbakat. Harap kat teachers ajelah.

Okla gotta go now..take care!!

Dah lepas ujian..legaaa

Salam Selasa….

Ni sebenarnya nak update pasal Ujian Diagnostik Wafiy sabtu lepas. Sebab mamanya over nervous kan..padahal anaknya rileks je kan. Malam sebelum hari kejadian mmg mama tak lena tidur. Ntah apa-apa ntah. Tapi…itu pengalaman seorang ibu yang tak dapat dibeli di mana-mana.

Sabtu, 6.30 pagi wafiy dah gerakkan mama (mama dah bangun sebenarnya..kata tak lena kan) terus dia mandi kat bilik bawah sebab mama solat kat bilik bawah. Habis mama solat, nampak wafiy solat juga kat belakang mama…alhamdulillah. Wafiy pilih baju sendiri, siap nak pakai kemeja kotak-kotak. Layankan jer. Pastu request nak breakfast roti canai. Lepas mandi dan siapkan ziyyad dan damia, dalam pukul 7.30 keluar rumah.

Lepas breakfast kat kedai depan sekolah, dalam pukul 8 dah terpacak kat sekolah. Ramai kawan-kawan wafiy dah ada dengan parents masing-masing. Muka masing-masing cuak (makbapak yang over okay)..

image

image

image

Dalam pukul 8.15 nama pelajar dipanggil untuk masuk kat kelas ujian. Masa ni memang rasa nervous sebab tunggu nama tak panggil-panggil. Akhirnyaaaaaa….muncul jugak. Masing-masing masuk kelas tertentu ikut cikgu yang bertugas. Wafiy memang confident je jalan tanpa toleh kat kami. mm adoyaiii anakkk…

Sambil anak-anak ambil ujian, ada taklimat untuk parents. Penerangan tentang KSSR la..PBS la…dengar memang dengar tapi masuk telinga kiri, sangkut jap je kat otak sebelum keluar kat telinga kanan. Mana nak konsentrate, dok ingat kat anak je kan. (Padahal anak tu okay je pun).

Tak sampai 15 minit dengar taklimat Damia dah bosan. Dia ajak ke keluar dari dewan dan jalan-jalan. Tup tup nampak satu pondok comel..dalam ada tempat duduk dan rak buku cerita..so dia nak lepak situ…elok jugak kan sambil tu boleh dia baca buku..jumpa pulak kawan dia kanm..eloklah duduk diam kat situ. NILAM Corner nama tempat tu..kira macam tempat aktiviti baca buku mcm zaman kita sekolah rendah dulu tu..

image

Dalam pukul 10.30 tu ujian baru habis. Berduyun-duyun budak keluar macam dah habis exam SPM je gaya masing-masing. Makbapak yang cuak ni tadi tak sabo- sabo terpa anak masing-masing dengan 1 pertanyaan sama: senang tak? Wafiy selamba je jawab…alaaaa senang je mama..1+1 la…5+5 laa..ok la tu..penat je mama cuak tau..

Itu je la kisahnya…(ni pun amik masa 2 hari nak karang hihihi)

Jalan-jalan yang tak dirancang

Salam Jumaat…hujan lagi petang ni..siap petir dan guruh..November Rain katanya πŸ™‚

Sejuk-sejuk ni kan, otak saya ni jadi bengap sikit. Dah la lunch hour tadi miting tak sudah-sudah. Last-last tak ke mana..duk bayar bil kat Anjung sebelah ni jap sambil beli toiletteries kat Watson tempat shopping kegemaran πŸ™‚

Ohya..nak share gambar-gambarΒ  masa jalan-jalan kat A Famosa last weekend. Saja nak buat kenangan utk Ziyyad sempena 11 bulan hehehe. Sebenarnya since hari Rabu lepas papa dah tanya saya weekend ni nak gi mana? Suami saya ni memang kaki jalan. Alhamdulillah. Cakapla nak gi mana memang 99% akan dia bawak. Jauh ke dekat ke..insyaallah laa..nak nak kalau jalan-jalan sambil makan..mmg la dia suka sangat. Saya tak tau nak gi mana sebab memang tak ada plan nak ke mana pun. Tapi memang dah lama berniat nak bwk anak-anak ke Legoland. Tapi kalau nak ke Legoland on the spot terjah je camtu memang tak berbaloilah. Kena plan elok-elok ( chittt sebenonya kami ni mana ada plan-plan pun kalau nak berjalan!)

Fikir punya fikir..yang paling dekat dan senang adalah Melaka. Wafiy pulak dok sebut nak naik gajah. So..ke A Famosa lagi la nampaknya. Perjalanan tak lama pun. Sejam je kalau highway tak jammed. Sabtu tu jammed sikit coz ada eksiden. Tapi okla kami bertolak pukul 10 sampai A Famosa pukul 12 lebih.

image

image

Sampai tu terus makan dulu kat kedai Rimbun Corner kira-kira 1 km dari A Famosa Resort. Keluar tol Alor Gajah tu lepas roundabout dan traffic light nampak kedai ni sebelah kanan. Dulu pernah makan sini. Memanh sedap lauk-lauk dia esp asam pedas dan lauk kampung. Roti canai dia mmg faveret wafiy dan damia. Gerak ke A Famosa Resort..sampai Safari Wonderland pukul 2 camtu. Ramainya manusia.maklumlah raya deepavali kan hihihi..beli tiket pun kejar-kejar sebab nak tgk Wild Wild West Show pukul 2.15. Tiket tu siap pakej lunch sekali tau. Kanak-kanak 3 tahub ke atas kena RM35. Dewasa RM49. Berbaloi la sebab ada 5 shows termasuk Tiger Feeding dan Elephant Show dan pengembaraan safari naik trak yang mmg mencabar betul sebab kita dapat tgk haiwan liar secara bebas dalam habitatnya..serammmm tgk lion dan tiger mengaum dan menghampiri trak kita naik tu…wafiy dan damia suka jem Ziyyad hmm takde perasaan cuma suka panggil gajah tu ‘dik..dik..’…hahaha lawak..

image

Ni masa Wild Wild West Show..alaaa…drama sebabak cowboy and cowgirl..tembak tembak laa naik kuda laa..

image

Nampak tak kami sayup-sayup di celah daun tu..gajah tu sangat besar tau. Seram gak. Kami naik dalam 5 minit je tapi dada debuk debak jugak padahal kali kedua naik ni. Dulu naik dgn damia je. Ziyyad tak ada lagi masa tu. Kali ni naik dgn damia, wafiy dan ziyyad. Kesian gajah tu, minta nyawa dia kot..sebenarnya tak bole snap gambar tapi degil kan. Tu yg halus bebeno. Staff ada snap pic kita. Sekeping gambar RM18. Naik gajah RM10. Layan jer la.

image

Pastu..damia nak naik pony pulak..wafiy pun sekali..sorang RM6. Gambar sendiri amik sebab kejap je pun. Naik tak sampai 5 minit..

image

image

image

Masing-masing adalah cuak hahaha..layannnn

image

image

Yang paling cuak adalah ziyyad…saja je saya dekatkan dia dengan pony tu. Jinak je pun..tapiii mamat tu nangessss hahaahha…mama jahattt

image

Lepas naik pony dengan gajah tu, kitorang naik bot ke Monkey Island. Banyak monyet comel-comel tapi seram sebab jinak sangat….

image

image

Beli kacang tanah sepeket RM5 utk bagi monkey..mak aiiii mahal beno tuuu..tapi layan jer la..sambil masuk mulut sendiri sikit hahaha..rgk wafiy tu..takut takut berani tuu…

image

image

image

Tetiba ada sheeps gemuks pulak kat monkey island ni…confuse jap..sheeps ni kejar orang tau..takottttt. habis sepeket kacang dicampak dek damia gara-gara sheeps tu kejar dia..sabo je la

image

Pastu naik safari trak pulak. Dah pukul 5 masa tu…ingatkan dah tak boleh naik tapi staff tu kata boleh lagi so kitorg naik je la. Dengan 1 family cina. Kira tak penuh la trak tu. Memang adventure betul naik trak tu..sakit badan habis..main redah je hutan bukit bukau segala..nampaklah haiwan liar berkeliaran..seramm tgk harimau memanjat pokok…gambar tak ada sebab sibuk tahan mulut yang menjerit tak henti-henti hahahahaaa..

Dalan 540 ty dah habis safari trak..kitorang gerak balik sebab memang dah tutup pun safari wonderland tu..tutup pukul 5. Badan dah penat tapi macam lapar. Keluar tu nampak gerai durian tepi jalan..apalagii minah hantu durian tu suruh papa berhenti…nak makan durian katanya…layan la jugak…amik sebiji musang king..habis dalam masa 15 minit hihihi..

image

Sedapnyaaa duriannn…macam tak cukup sebiji tapi kenangkan cuaca dah gelap dan macam nak ujan..batalkan niat nak menambah lagi..gerak terus balik dengkil. Masuk je highway, 3 kanak-kanak tido. Amannnn je mama nak tido gak hihi tapi tidur ayam je sebab kesian papa nak drive sorang. Dah la hujan pulak. Nasib baik tak jammed. Sampai dengkil dah maghrib…alhamdulillah selamat..

Malam tu semua tidur tak bergerak-gerak. Penat mengembala haiwan katanya :). Mama sakit tangan dan bahu sebab dukung ziyyad lama sangat kot. Tapi takpelah..sikit je..apa sangat nk dibandingkan dengan kegembiraan anak-anak kan. Memang priceless tgk diorang enjoy the moment growing with the nature!!!!!

Makan-makan di opis

Amboi..macam dah tak de kerja je kan saya ni..siap boleh makan-makan masa kerja. Saya rasa semua opis pun akan ada masa-masa timeout macam nak buat birthday party staff ke, potluck sambutan perayaan ke dan mcm-mcm acara nk meraikan betul tak?

Opis saya ni best. Setiap bulan akan ada makan-makan meraikan staff punya birthday, kelahiran baby atau persaraan sekiranya ada lah. Kelab kami aktif la jugak dalam hal-hal kebajikan staff mcm ni. Kadang-kadang delayed la jugak due to bizi dengan mesyuarat tapi akan buat jugak wakaupun lambat.

Bulan lepas ada makan-makan meraikan persaraan CC dan besday staff..kena pakai baju batik Bahagian sebab kebetulan hari Khamis

image

image

image

Pastu kan…kitorang ada geng makan di pantry..hahahaha. geng ni akan bwk lauk konsep potluck hari-hari utk lunch sebab dah bosan makan lauk kafe busuk bawah tu. Kena turn saya..adoiii berpeluh gak fikir nak masak apa. Fikir punya fikir..masak yang senang je kikiki..tomyam je la..lebur je..

image

Sebelah tomyam tu sambal jawa kawan saya bawak. Rasa tomyam saya tu biasa je…tak sedap sgt cukuplah nak tahan lapar πŸ™‚

Kira dalam 2 minggu jugak kitorg bwk potluck macam ni utk lunch. Siap bawak beras dari rumah lagi utk masak kat office. Siap gilir-gilir bawak beras kalau dah malas masak lauk….dasar pemalassss. Tapi seronok makan mcm ni..rebut-rebut lauk tu adalah nikmat dunia..

Oklah..tu je nak share hari ni…jomlah pikir nak masak apa pulak malam ni…

Previous Older Entries