Selamat Hari Raya…

Salam semua…

just nak share ini;

hanya gambar pengganti diri

Saya dengan rasa rendah hati memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan bahasa dan perkataan yang menyentuh hati rakan2 semua di alam maya ini…

Semoga Aidilfitri membawa kebahagiaan dan makna untuk kita semua..

Kepada rakan2 yang tahu di mana letaknya teratak kecik saya, silalah berkunjung tapi lepas raya ke 3 la ye….jemputlah…jgn malu2 yer..yg tak tahu kalau nak dtg jugak amatlah dialu-alukan…

Last but not least, berhati-hati di jalanraya..jangan jadikan jalanraya tempat perlumbaan. Keluarga di kampung tetap menunggu tak kira lambat atau cepat…biar lambat asal selamat…

Ikhlas;

Salina

Ramadhan 26: cuti bermula…

Salam Jumaat 26 Ramadhan..kejap je dah nak raya kan…
As stated in my earlier post, hari ni saya dah mula cuti. Coz taska anak2 dah tutup. Takpela kasi can depa raya..
Ni baru sudah kemas2 umah skit..damia dan wafiy pulak once dah kemas, punggah balik..what laa…sabo je la..
Dah penat memunggah, mintak susu pulak. Mia lately suka minum Milo Sejuk tu..teacher kata kat skolah pun sama..layan jerla….
Okla u all, kpd yg masih bekerja, stay cool okeh. Yg dah cuti tu, slmt bercuti!!

Posted with WordPress for BlackBerry.

Kad Raya dan Hamper

Entry kedua hari ni..
Alhamdulillah keje almost done..
Citer psl kad raya ni ha..kata nak bls semua..tp memandangkan pos malaysia dah tutup kedai.makanya pembalasan disambung after raya, boley ke? Sorry la sapa2 yg bg kad tu yer (termasuk presiden KTMB)..

Kad2 ni nmpknya tinggal je la kat opis..bwk balik nnt berabuk jer. At least blh guna utk deko jamuan raya opis nanti…

hamper from KTMB..bukan kontraktor okeh

Posted with WordPress for BlackBerry.

TT {kenang mereka yg tiada}

Salam Khamis

hari ni mood dah mixed up..mood raya dah datang plus bergelut nak kena settle all the jobs by today..since esok saya dah mula cuti..

ada apa dgn tajuk di atas?

saja nak ingatkan diri sendiri, dalam keghairahan membuat persiapan hari raya, kenangkanlah jugak insan2 yang tak mampu diluar sana..masih ramai yg tak mampu nak shopping sakan mcm saya utk Hari Raya ni..ada yg tak ganti2 baju pun selama 2 tahun…ada yg tak kisah pun ada cookies raya ke tidak..yg penting survival hidup perlu diteruskan, bagi mereka. SYukur Allah beri kemudahan dan rezeki kepada kita kali ini. Tahun depan tak tentu lagi, kan.

Kadang2 bila tgh sakan shopping dan rasa tak best sbb apa yg dihajati tak de depan mata, mula la mulut membebel. Nanti encik abang kata: mama, syukurlah apa yg ada. papa dulu nak shopping mcm ni setahun sekali payah. yelah, dah jadi anak yatim since 4 tahun. adik beradik pulak berderet. so, bersyukur la. kalau dah tak ada yg awak nak tu, redha jer la. tak mati pun kalau tak ada :

okla kawan2…syukurilah nikmat yang diberi. Ada rezeki lebih, tak salah berkongsi dengan orang lain. Sebab, setiap sen duit kita Allah memang dah janji ada hak orang lain…

sebelum berpisah, tengoklah kasut raya saya (kasut raya edisi bersyukur..hahahaha)

amacam..gempak tak?

 

WW {suasana aidilfitri opis}

sesi photoshoot di opisku

 

unofficial posing today

Ramadhan 23 {raya cookies & malas masak}

Salam Ramadhan Ke 23..alhamdulillah hari Selasa dimulakan dengan hujan rahmat mencurah-curah sekitar Dengkil/ Putrajaya..lain2 tempat pun sama rasanya…

 

tahun ni saya kurang mengorder cookies raya sbb tahun lepas banyak pembaziran berlaku..even dah bagi mak dan umah kakak ipar pun masih ada baki tak makan kat rumah..ke sebab orang tak dtg rumah saya huhuhu…

tahun ni just order tart nenas, almond london, choc rocher, choc chip cookies dan biskut nestum..cukupla untuk bagi mak dan kakak ipar. Kerepek dan kekacang dah beli kat Sg. Besar hari tu….(padahal kat Banting pun melambak kerepek kan kan). So, all in all bajet cookies raya memang kurang tahun ni. Tapi tak tau la pulak kot2 dah nak dekat raya sok saya memborong lagi 🙂

choc rocher kesukaan Mia

 

choc chips cookies sedapp..dah telan malam tadi

 

cerita bab masak untuk iftar pulak, adohai malas sangat dah hujung2 ni..tak tahu kenapa..maybe sbb lately asik balik lambat jer…so penat sangat samapi jer kat umah..semalam beli aje lauk kat cafe kat opis ni…pastu bila dah hidang nampak mcm tak cukup sayur pulak..so tumis pucuk manis ala kadar jer..nasib baik encik abang suka sayur ni..layan la jugak..

sayur orang pemalas hehe

 

ni pulak lauk yang beli kat cafe:

lauk kegemaran saya...

hari ni saya iftar kat luar….mintak2 sempat balik umah sebelum isyak.

p/s: baju kurung Mia dah bertambah 3 pasang lagi..teacher dia tempahkan sepasang..tq teacher…2 pasang lagi tailor baru siapkan..sedondon dgn mama hehehe…semalam beli lagi dress utk dia..wafiy..masih tak cukup shirt lagi..

Ramadhan 22 {malasnya nak sahur…}

Salam Isnin..

dah masuk hari ke 22 Ramadhan sudah..insyaallah Aidilifitri akan menjelang tak lama lagi (aduyai..permohonan cutiku lepas ke tak ni memandangkan baaanyaakk sgt projek NKRA-KTM* akan launch kejap lagi)

ohya..saya tak pasti orang lain camna, but for me dah hujung2 Ramadhan ni feel nak bangun sahur tu dah mcm merudum jer…sebab kalau bangun pun just minum air kosong @ horlicks jer…sebenarnya  minggu pertama Ramadhan jer saya makan nasi dan kadang2 roti..masuk minggu kedua dah mula minum air jer..hehe sebab tidur lebih penting 🙂 — teruknyaaaa

encik abang pun sekarang bangun sahaur makan roti dengan minum Horlicks jer..semalam dia lepak kedai mamak lepas iftar dgn exclassmates dia kat Puchong..so sahur mmg takdela….

hmm..masa ni la jgk mcm2 cookies nak dibuat..tgk blog kwn2 yg pandai masak tu buat saya gerammm jer..nak2 tgk choc chip cookies kat blog makcikmanggis kita tu…sedap jer nampaknya..nanti la wiken ni try buat…

okla..got to go…macam biasa..puasa ke tak puasa ke..kerja tetap kerja..lagi2 ‘pemerintah’ di sini semuanya tak puasa…kerja kerja kerja la nampaknya!!

Selamat Berpuasa di hari ke 22..semoga hari ini lebih baik dari semalam..dan semoga hari ini perkara  yang baik2 jer berlaku pada kita. kiranya ada perkara buruk berlaku, anggaplah ianya ujian semata2 dari Allah s.w.t…

p/s: pencarian si baju raya sedondon warna biru masih diteruskan…..adoilaa apa ke susah beno masa ni nak cari bendalah ni?

Previous Older Entries