Salam Ramadhan 1436H

Salam Isnin…

Dah masuk 5 Ramadhan hari ni kan. Cepatnya Ramadhan nak berlalu..

Amacam puasa semua? Okay ke tak okay. Buka puasa tiap hari mengunjungi Param ke? Setakat ni kami masih berbuka puasa seadanya. Homemade sahaja. Malas nak bersesak kat Param. Sahur pun makan apa yang ada je. Makan pun bukan beria kan. Sambil pejam mata gitu…

Ni lauk berbuka hari pertama… siakap masak 3 rasa, kangkung goreng belacan, nugget khas untuk wafiy dan karipap untuk damia. Karipap dan nugget tu opkos beli frozen dan goreng saje..dalam bekas kecik tu ikan bilis goreng cili bawang sahur punya baki..jangan membazir..

image

Lauk berbuka hari kedua..ayam masak lemak permintaan wafiy dan damia, ayam goreng kunyit dan roti lapis daging ayam dengan cheese..

image

Buka puasa hari ketiga, alhamdulillah makan ramai-ramai kat rumah abah. Gambar tak sempat disnap sebab semua sibuk menyusun atur makanan yang berbagai. Ikan bakar cecah asam, bubur lambuk, gulai lemak rebung dengan ikan tenggiri, bubur kacang dengan durian, kuih-muih sedara mara bagi, air sampai 4 jenis. Standard la dah adik beradik ramai hehehe…walaupun saya tak berpuasa, buat-buat muka letih je la hahaha..letih ooo shopping dengan 4 orang anak…kelamkabut betul

Hari keempat, masih berbuka kat rumah abah. Yang special, sambal ikan kering pari..nyumss…selain lauk-lauk biasa yang lain. Plus butir nangka, sejenis manisan pencuci mulut kami buat sama-sama. Durian pun ada…adoiiii senak perut makan..

image

Ziyyad..macam puasa sangat dia duduk tengah-tengah tu kan…

Apapun lauk kita semasa berbuka, di mana pun kita makan pada hari itu, bersyukurlah dengan nikmat Allah..

Selamat berpuasa semua!!!!

Hari keempat,

Posted from WordPress for Android

1 Comment (+add yours?)

  1. shahsulong
    Jun 23, 2015 @ 08:26:07

    wahh… sedapnya makan durian.. mengidam nih!

    Reply

Leave a comment