Salam Ramadhan 1436H

Salam Isnin…

Dah masuk 5 Ramadhan hari ni kan. Cepatnya Ramadhan nak berlalu..

Amacam puasa semua? Okay ke tak okay. Buka puasa tiap hari mengunjungi Param ke? Setakat ni kami masih berbuka puasa seadanya. Homemade sahaja. Malas nak bersesak kat Param. Sahur pun makan apa yang ada je. Makan pun bukan beria kan. Sambil pejam mata gitu…

Ni lauk berbuka hari pertama… siakap masak 3 rasa, kangkung goreng belacan, nugget khas untuk wafiy dan karipap untuk damia. Karipap dan nugget tu opkos beli frozen dan goreng saje..dalam bekas kecik tu ikan bilis goreng cili bawang sahur punya baki..jangan membazir..

image

Lauk berbuka hari kedua..ayam masak lemak permintaan wafiy dan damia, ayam goreng kunyit dan roti lapis daging ayam dengan cheese..

image

Buka puasa hari ketiga, alhamdulillah makan ramai-ramai kat rumah abah. Gambar tak sempat disnap sebab semua sibuk menyusun atur makanan yang berbagai. Ikan bakar cecah asam, bubur lambuk, gulai lemak rebung dengan ikan tenggiri, bubur kacang dengan durian, kuih-muih sedara mara bagi, air sampai 4 jenis. Standard la dah adik beradik ramai hehehe…walaupun saya tak berpuasa, buat-buat muka letih je la hahaha..letih ooo shopping dengan 4 orang anak…kelamkabut betul

Hari keempat, masih berbuka kat rumah abah. Yang special, sambal ikan kering pari..nyumss…selain lauk-lauk biasa yang lain. Plus butir nangka, sejenis manisan pencuci mulut kami buat sama-sama. Durian pun ada…adoiiii senak perut makan..

image

Ziyyad..macam puasa sangat dia duduk tengah-tengah tu kan…

Apapun lauk kita semasa berbuka, di mana pun kita makan pada hari itu, bersyukurlah dengan nikmat Allah..

Selamat berpuasa semua!!!!

Hari keempat,

Posted from WordPress for Android

Updates!!!

Salam Ahad semua..

Diam tak diam dah nak masuk bulan Ramadhan. Maknanya dah lama la jugak tak de apa-apa update di sini..

Dah rasa diri ni tua dan tak bersemangat nak membebel macam dulu-dulu. Haha..ckp pasal tua, ada sorang kawan saya cukup tak suka kalau cakap pasal tua. Katanya we must feel young forever..jgn biarkan tua menghantui kita. Saya setuju jugak tapi kena tambah sikit..jangan nak rasa muda je sepanjang masa..fikir enjoy je. Kena beringat gak pasal tua ni..dan mati tak kira umur berapa kan..

Okla..kata nak update kan..ntahla apa yg nak ditulis ni bole kot dikatakan update. Sekarang ni tengah minggu exam. Minggu lepas demam hantar assignment. Minggu depan ni bermula lagi la second wave of exam and ada 2 lagi assignment group kena submit. Okla tu…slow and steady. Lepas exam 17 jun tu terusla kami cuti semester sampai september. Yay!!!! Saya suka cuti lama-lama…byk plan dah dilistkan ni. Yang paling best, puasa ni saya jadi suri rumah sepenuh masa. Alhamdulillah…kena masak hari- hari tu nampak gayanya. Nak beli kat param tu rasa mcm dah tak berbaloi. Nal boikot terus tak bole la kan. Sikit-sikit bole la beli dari param.

Okla..setakat tu je la update kali ni. Nanti sambung lagi ye…

Selamat menyambut ramadhan al mubarak..bak kata anak sulung saya:

image

Semoga amal ibadat kita diterimaNya!!!

Posted from WordPress for Android

Kembali lagi di tahun 2015

Salam semua
Bertemu di alam maya sekali lagi setelah hampir setengah tahun blog ini menyepi.

Terpanggil mencoret di sini ketika sedang study untuk exam esok petang. Ya..saya kini seorang pelajar (tua) sepenuh masa. Tajaan kerajaan malaysia yang baik budi. Terima kasih daun keladi..kalau ada rezeki boleh sambung PHD. (Sekarang masih gigih exam untuk master)

Dengan baby kecik baru lahir pada 29 November 2014..saya diduga untuk membuat pilihan untuk terus (study) atau rehat seketika. Alhamdulillah..anak keempat penyeri keluarga melengkapkan 2 putera 2 puteri. (Nanti kita cerita pasal baby girl baru next time ye)

Sedang study..keluar belon atas kepala…keluar quote: hidup ini penuh dengan pilihan. Kadang lebih dari 2 cabang. Whether you take it or leave it. Ketika saya berkira-kira nak sambung baca buku atau nak naik ke tilam empuk tidur bersama baby. Ketika itu tetiba semangat membara…u must pursue your dream..not to leave it.

Dear Allah..please give me strength…

Sehingga berjumpa lagi…salam..

Selawat Ke Atas Nabi SAW

maulidur rasulmaulidur rasul2

Image

2012 in review

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2012 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

4,329 films were submitted to the 2012 Cannes Film Festival. This blog had 18,000 views in 2012. If each view were a film, this blog would power 4 Film Festivals

Click here to see the complete report.

Pregnancy (and delivery) Checklist

Salam sejuk Isnin…

I only got 39 days roughly to go, to see this baby in my womb..

Most probably, earlier than that..based on my previous experience. Wafiy has been delivered 3 weeks earlier than the expected date. Damia- 2 weeks earlier. So better be cautious/ prepared from now on..

Speaking of preparation of the upcoming newborn..insyaallah it’s a boy again, I might say the physical preparation in only 85%. Mentally? Insyaallah..i will go through the process successfully once again…

The baby’s clothes etc etc has been done. Dah basuh dan lipat. Ada dalam lemari baru hehehehe…

Mom’s bag? Not fully packed..I know i MUST bring the bag everywhere in the car, but nantilah….ada a few tak terbeli lagi..

This weekend, insyaallah ke Mum’s Dream Bangi pulak…nak cari barang mama plus minyak telon baby…

Pray the best for me okay!!!! Thanks….

kisah rawak minggu ini

Salam Khamis

Sapa dah cuba roti Gardenia whole grain plastik warna purple tu?

Saya tergatal tangan beli yang tu, instead of yg biasa – whole grain kaler hijau..

Rasanya…hmmm tak sedap sgt. Ada mcm bijian kuaci ke hapa ntah kat roti tu..mengganggu pemakanan jugak la..

Tapi sebab dah beli, belasah la makan je dengan telur hahahaha jgn membazir kata Tuan Beso..

Sudahnya, until expired date semalam ada lagi setengah buku…adoiii..habuan sapa tu? Kalau kat rumah abah, boleh kasi kat kambing kesayangan abah dan wafiy..ni kat rumah sendiri..tah la..makanan tong sampah la agaknya..astaga…. 

Previous Older Entries