Thoughtful Thursday: Sebuah Kisah Tentang Seorang Ibu…

 

BODOHKAH IBUKU ANDAI TIADA IJAZAH,MASTER @ PHD…..

Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.

Tiba giliran Naqiyudin, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.

Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!

“Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan… Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi.”

Pendedahan Naqiyudin itu disambut dengan ‘Oooohh’ dan ‘Aaahhh’ oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.

“Tapi dulu… Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!”

Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin itu.

“Ibu saya… Uhm… Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni… Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih…”

Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin itu.

“Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin di hadapan tu!”

Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.

“Takde apa cikgu. Maaf cikgu.”

Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.

“Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?”

Cikgu Yong mengangguk.

“Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?”

Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin.

“Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau… Heh.”

Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin sudah menyerang balas dahulu.

“Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.

Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!

Kau ada…??”

Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.

Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.

***

Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu ‘bodoh’ tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu ‘bodoh’ sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup ‘mati’ hanya kerana mahu melihat anaknya terus ‘hidup.’

Meskipon si ibu itu tampak ‘bodoh’ pada pandangan mata manusia, ‘bodoh’ pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!….

P/s: ini kisah yang saya dapat dari group Whatsapp persatuan ibu ibu tadika anak-anak saya..sangat sedih dan menyentuh hati..hargailah dan sayangilah ibu dan bapa kita walaupun mereka tak pandai atau belajar tinggi macam kita..kita wujud dan hidup kerana pengorbanan suci mereka…

Advertisements

Aksi menyeramkan

Takdela seram mana pun sebenarnya..tajuk kemain gempak kan..

Ni haaa….

image

Seram bagi mama sebab dia buat aksi gitu kat tangga tu…kalaulaaa…kalaulaaa terhantuk ke tergolek ke…nangis mama..gambar ni papa dia sempat snap masa kejadian tu. Muka tak boleh blah macam terkejut sangat..iyelah terkejut sebab tertangkap buat kerja ‘haram’…

Sejak dua menjak ni..ziyyad dah mula pandai panjat tangga..senyap senyap je..memula masa mama intai dia kat ruang tamu..tetiba tak sampai 2 minit dah kat atas tangga…tinggi tuu…ada sekali tu tengok tengok dia dah kat dalam bilik air bawah sedang sedap tepuk tepuk air..rasa mcm tercabut jantung mama time tu…

image

Macam gaya pumping pun ada kan…kemain…pumping kat tangga…(tolongaaa abaikan persekitaran rumah saya yang memang bersepah tuuuuu)

Apapun mama bersyukur sebab ziyyad akhirnya ada tunjuk tanda nak berjalan..walaupun gigi sebatang pun takde sedangkan umur dah masuk 11 bulan..takpe la ziyyad..take your own sweet time!!! Cuma lepas ni kena extra careful and more alert jaga mamat sorang ni..

image

Saja letak gambar atas tu..kejadian malam bila ntah masa dinner kat Ice Room Nilai..kemain berbakat ye ziyyad menyelongkar wristlet mama…hahahaha

P/S: november akan datang lagi…hujan pun dah mula turun hari-hari. Alhamdulillah….Banyaknye cerita nak direpekkan kat sini tapi..masa tak de la..nanti lah ye

Pembentangan Bajet 2014

Salam Jumaat

Hari ini…dalam sejarah..sebab ianya adalah hari pembentangan Bajet 2014 oleh YAB Perdana Menteri kita..

bajet 2013

<<<<< gambar dari laman web rasmi Bajet 2014 Kementerian Kewangan>>>

Bagi penjawat awam macam saya, perlu dengar dan ambil tahu..sebenarnya rakyat semua kena tahu lah pasal bajet ni..jangan jadi sombong sangat..tak tahu dan tak nak ambil tahu tapi the best and worst part nanti tetiba nak throw komen yang tak membina. So saya rasa semua kita jom ambil masa sikit dengarkan atau tengok ucapan PM ni nanti..banyak faedahnya. Jangan cakap penjawat awam je yang dapat faedah..semua rakyat sebenarnya ada bahagian masing-masing.

Nak tengok kat mana? Sekarang zaman teknologi kan, kat mana-mana pun kita berada dah boleh akses ucapan PM kita ni nanti.. Smartphone, gajet canggih, semua boleh akses..tak payah ajarlah camana kan..semua orang tahu (bak kata penyanyi Rem)

Yang official : pergi ke laman web Perbendaharaan Malaysia (Kementerian Kewangan) di http://www.treasury.gov.my

Di situ ada terpapar pilihan media apa yang kita ingin lihat..streaming video ke, audio ke..TV1 ke TV3 ke…semua ada…dan Laporan Bajet penuh akan keluar lepas PM habis berucap..

Jadi, sebagai rakyat yang cerdik akal dan mahu meningkatkan pengetahuan, jomlah sama-sama dengar, lihat dan hayati ucapan Bajet 2014 ni start jam 4 petang ni..dah tak lama dah tu..yang kat office boleh je dengar-dengar sambil buat kerja..kalau yang ada tv kat pantry tu pandai-pandai la tengok ye…saya rasa boss semua tak kisah kot if u all nak tengok tv masa ni..bukannya hari-hari kan..minta izin dulu apa-apa pun. My boss, from top to toe (ahaks..new term) dah berlepas ke Parlimen nuu..harap mereka selamat sampai…

Akhir kata, set in mind: JANGAN TANYA APA NEGARA TELAH BERI KEPADA KITA, TANYA APA YANG KITA DAH BERI KEPADA NEGARA!!! Ini negara kita, rumah kita, kalau sayangkan rumah kita, jangan berkira sangat. Insyaallah kita akan berlapang dada….

p/s: selain teruja nak tahu pasal inti ucapan Bajet 2014, saya juga teruja nak tengok kaler baju melayu PM nanti..biasanya PM suka warna yang saya suka juga ahaks..tetiba kan…

Warna warni Aidiladha 1434H

Alhamdulillah dapat meraikan raya korban a.k.a Aidiladha tahun ni dengan family tercinta di kampung…

image

Tu kat atas tu bukan lembu korban. Tu lembu abah bela selain kambing ayam dan lain lain ternakan. Abah saya memang berbakat bela belaan ni, termasuk manusia macam kami adik beradik hahaha…patutla sihat je adik beradik kami ramai ramai ni…serasi kata orang tua hahaha…seronok balik rumah abah ni..semua jenis pokok pokok dan haiwan kecuali B je tak de…

Raya aidiladha macam biasa lah…masak masak sambil makan tak henti-henti…sorang masak seploh orang makan hahahaa bilalah nak penuh hidangan camtu kan..tapi kitorang dah biasa mcam tu..adik beradik sedozen kan…

image

Ayam masak merah spesel by mak dan adik bongsu…

image

Lemang mak siti..beli lah tuuu

image

Ni pulak juadah buka puasa sehari sebelum aidiladha..hari Arafah..alhamdulillah dapat berpuasa..saya niatkan sekiranya dikira sebagai ibadah, ianya disedekahkan utk mak abah saya..moga kami dapat menjejak kami ke Baitullah secepat mungkin..pasal makanan tu..tu adalah jeruk asam belimbing buluh dengan cili api homemade emak buat..cicah ikan masin goreng…perghh takyah ayam ikan bagai dah selerooo…plus pisang goreng kaklang buatkan..sedapnyaaaa…

image

Damia asik melasak je kat umah abah..tak padan pakai baju kurung..tahan betul dia sampai ke petang macam tu. Padahal tak ke mana pun..sepupu sepupu je datang rumah..layan tetamu lah konon…ziyyad pulak keletihan main dgn pakcik makciknya sampai tertido..asal amik gambo je tido..asal tido je amik gambo hahaha…wafiy memang tak dapat dikawal..apatah lagi nak amik gambo…habis ayam kambing lembu dihambatnya..sabo je la abah dan abg ijam abg iparku tuan punya haiwan..

Balik umah sendiri rabu tu..masing masing mati kutu..esp ziyyad..terpinga pinga sebab takde orang nak angkat dia..mak dia kejam..takde nak angkat angkat der…lama lama dah dia dapat terima kenyataan…nasib baik..

Itu je la cerita raya kami….

Macam tau tau je kan

image

Memang semua orang dah tau pun kan..yang orang keje gomen dah dapat gaji Oktober hari ni..iyelah sekarang semua maklumat kerajaan dah dihujung jari dan telinga kita..apa nak dikata…

Tengok tu…mencanak-canak promo sales sana sini kan…menggoda betul. Mana lah saya tak tergoda kan kan kan (lahaiii alasan je tu cik kak..awak tu kalau tak membeli memang tak sah)

Tapi..beringat ye kawan kawan keje yomen termasuk diri ini sendiri…gaji November lambattttt lagi so berjimat cermat sikit ye…hehehehe…

Baju raya haji punya cerita…

Salam rabu..

Baju raya haji dah sampai…

image

 

Cantik tak cantik tu masing-masing punya mata lah kan.. yg penting saya suka purple so purple adalah cantik sgt di mata saya. Baju ni kurung pahang cotton ready made beli online aje..bisnes member uitm saya so saya support lah..dh byk pasang saya beli dgn dia ni. Harga sangat berbaloi dan free postage. Mudah berurusan dengan dia..kata kawan kan…kalau ada yang berminat sila ke page FB Melati Cotton Boutique. Insyaallah anda berpuas hati (saya x dpt apa apa komisen tau dok promote ni..tolong bisnes kawan je)

Ni pulak baju raya jgk tapiii belum siap…

image

Kain sari pure dari Hyderabad, India ni saya kirim last month kawan opis saya gi kursus di sana. 6 meter..tau je la kain sari memang panjang giler. Harga murah juga. RM 85 je. Saya tempah baju kurung moden plus dapat baju kurung Damia 2 pasang..

Itu je la nak cerita..daaaaa..tatatatata

Selamat berhujung minggu

image

Salam…
Hari ni dan semalam saya kursus pengurusan dokumen dan rahsia Kerajaan di shah alam saja..
So..mari girangkan hati yang pedih ni (akibat kena berkursus di hujung minggu)..redhakan aku Ya Allah..

So..happy sunday peeps 🙂

Previous Older Entries