take 5

Salam Selasa

hapa la..dah nak 5.30 baru nak take 5 ye..jadi la tu, dari takde masa langsung kan

teringin nak coffee, ala Old TOwn 3 in 1 tu je.tapiii MALAS nak amik air panas kat pantry. Nak cilok air panas bilik bos (bukan la dalam bilik bos..kat bilik PA bos la) yang 10 langkah tu je pun MALAS. Baguslah. Malas tak dapat la nampaknya. Ok lupakan coffee.

Alhamdulillah, hopefully kes kontraktor dengan bank dia tu dah ok, Penat la asik nak back up je. Kita ni tersepit, tak siapa peduli. Hari-hari tunggu depan pintu. Call dekat seribu kali. Siap pakai nombor berbeza dalam 1 hari tu. Lawak juga tapi silap besar la dia (kontraktor). Saya ni jenis manusia senang ingat nombor. Apa-apa nombor lah. Jadinya, nampak kesemua nombor tu baik di screen hp atau di screen telefon opis tu, saya abaikan jer. In total, kira-kira 7 jenis nombor telefon yang berbeza lah dia try. Sorry, wrong person 🙂 Sudahnya manager bank call saya, saya angkat je la. Tadi dah bincang elok-elok, dah bagi peringatan kat kontraktor tu. Harap solution yang diberikan tu berhasil lah.

Ok nak balik awal. Saje je. Balas dendam..hahahahaha

Tu je..babai

Advertisements