membebel..

nak membebel kejap..

“dalam emel, mesyuarat start pkl 9 PAGI..

ni aku terpacak kat Bilik Mesyuarat pukul 9 PAGI tak ada orang

camni ke style kau bekerja?

buang masa aku lah tunggu situ sorang2 mcm patung cendana..

byk lagi kerja lain nak buat…”

Advertisements

TRANSFORMERS- DARK OF THE MOON

yeahh..

they are coming back, again..today..

 

we'll see ya this saturday!!

My Edible Garden lagii…

Salam Selasa…baru habis mesyuarat ni…

sebenarnya dah lupa part berapa 🙂

dan MALAS nak search balik older post…

ini perkembangan sayuran as at 24 Jun 2011 (maak aiii dah basiii)

mudah-mudahan berhasil!!

Blues Clues…

Salam Isnin

hari ini pagi2 dah ada miting bahagian..hmm sungguh menyayat hati miting tadi (amboi ayat kau kalau tak ada unsur auta tak sah ek). since boss dah buka jalan utk meluahkan perasaan (mungkin dia pun tahu ada yg tak puas hati)..so mcm2 citer kuar. biasalah, miting bahagian adalah medan untuk pengurusan mengetahui masalah kita kan..cakap jer la. ahhh lupakan pasl miting tu..mari layan gambar…2 keping jer cukuplah..

gambar lama..tapi sangat nostalgia

love this pic so much…

ok dah la layan blues Isnin kali ini…chowwww

A.H.A.D

salam ahad

hari ni alhamdulillah diberikan kelapangan utk memasak. coz tak keluar as usual. mak datang umah dengan zaid (anak buah yg mak jaga dari kecil). semalam kitorg amik mak. dah jemu duduk rumah dan bergaduh manja dgn abah agaknya…takpe la org tua mmg slalu camtu kan..kita pun esok agaknya camtu kan kan. wafiy dan damia sangat la teruja bila sebut mak nak tido umah kita. FYI semua cucu mak dan abah panggil mak dan abah sebagai “mak dan abah” jugak instead of “wan dan atuk”. ntahla dari mana bermula panggilan tu..takpe la, kata abah nampak muda skit hehehehe.

berbalik pada kisah masak tadi, saya masak sup ikan jenahak (alah..pakai sup bunjut adabi je..saya cuma tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia jer), sayur sawi tumis sotong,sambal belacan “blender” dan ikan kerisi goreng (lagiii). saya rasa inilah masakan terhebat saya di hari ahad 🙂 coz lengkap bersambal bagai..encik abang senyum saja…dia kata elok gak mak dtg selalu..dpt makan sedap2 (huh ingatan dan sindiran ke tu?)

skrg mak sedang rehat, zaid tgh main game, wafiy dan damia plus encik abang tido..hujan kan…saya mmg susah nak tido siang since ada budak berdua ni..jadi layan la apa yg ptut..ermmm mcm nak tgk KARAK kat Astrofirst tapi mcm serammm jer..nnt mlm nak masuk toilet pun takut..apa cer…takyah laa layan FB dan youtube jer la…kejap lagi bila semua askar dah bersedia kami nak terjah Nilai 3..mak nak beli tikar yg mcm tikar sarawak tu..fuh spesifiknya mak…takpe la..saya pun nak cuci mata sambil menyambar sekeping dua karpet hahaha…

okla kawan2 enjoy your weekend..esok nak mula kerja dan minggu yang memenatkan….goodluck!!!

damia demam…

kesiannnn...

saya cuti hari ni, semalam pun sama. sbb Damia demam..batuk teruk sampai kahak penuh kat dada..siap kena amik oksigen (nebuliser) kat klinik..ini kali kedua dia demam tahun ni..dan kali pertama kena amik nebuliser.heran jgk since bila la dia mewarisi asthma kedua-dua keluarga mama dan papanya nih 😦

kesian tgk Damia..melepek jer…yg paling letih tu dia asyik nak berkepit jer..tido pun nak atas dada..haiii tak lena tido dibuatnya..tapi takpe la kita dah dewasa tak tau mcmana kanak2 sakit kan…lagipun anak sendiri..layan jer la.

hari ni ok skit..demam dah lega..cuma batuk kahak yg banyak lagi..doakan Mia cepat sembuh yer….

 

kosong…

encik abang is away..starting from today until Friday..

rasa ngeri jugak pasal takut kelam kabut handle dua org budak tu sorang2…

tapi, saya kuatkan semangat..tak payah la feeling sangat. dah tua pun. bukan tak sedih berjauhan, tapi since this is my own life, i will try to manage my life as best as i can..kalau kita harapkan orang lain susahlah kan. umah mak abah mmg dekat, 30 minit jer perjalanan by car, tapi tak sanggup tinggalkan budak berdua tu kat sana. diorang sanggup je jaga, lagi suka ada sbb ada kawan. nanti mama nanges malam-malam (haha, kantoi!)

ok la..ni baru balik minum dengan encik abang sebelum beliau bertolak ke Cherating Beach Resort, Kuantan…sakit perut jugak ni..tapi redha je la….life’s like this!!!

Previous Older Entries