Damia: Sebelum dan Selepas

Salam 11 Ramadhan..

hari ni malas nak bebel banyak-banyak

just nak share  gambar Damia sebelum dan selepas ditebas rambutnya 🙂

oleh makciknya a.k.a Mama Idah (kakak kedua saya)..

sebelum..adalah sangat selebet kan..gambar dengan Chinonet kucing Mak Joy kakak ketiga saya

selepas..kelakar pulak muka dia after potong rambut tu

macam minah Vietnam pun ada..hahahahaha

okla…selamat menempuh hari ke 11 berpuasa dan beribadah….

Advertisements

percubaan pertama…

Salam 10 Ramadhan..dah masuk first 10 days Ramadhan kan. Cepat je masa berlalu..Moga kita terus diberi kekuatan untuk menjalankan ibadah di bulan mulia ini.

ini entry orang jakun buat cookies raya sendiri…idea nak buat Choc Chip Cookies ni saya dapat dari Geng Kak Nam saya tu. Ceritanya, ada sorang Kak Nam ni memang dah pakar buat Choc Chip ni. Katanya senang jer..saya pun macam eh..betul ke senang ni? Sebab saya ni memang bukan jenis masak-masak cookies punya tangan. Tapi dia beria-ria kata senang sangat. Ingatkan memula tu nak oder je Choc Chip ni dengan adik cantik manisku Lia since cookies dia nampak menyelerakan dan i’m sure sedap.

Tup-tup Jumat lepas lunch hour kami serbu Carrefour, atas hasutan Kak Nam yang pandai tu. Beli bahan-bahan buat cookies tu. Wah..dalam hati ada debar la jugak, kotnya tak jadi cookies saya tu nanti, malunya dengan tuan beso. Memang bahan-bahan dia simple je dan mudah didapati..ececehhhh…

So, sabtu tu mula la projek Choc Chip Cookies. Dalam plan, Sabtu tu nak buat Biskut Dahlia a.k.a Samperit resepi tradisi mak saya..tak jadi la nampaknya. Next Weekend la, insyaallah. Punyalah payah berperang dengan askar kecik 2 orang tu nak buat cookies pada hari kejadian..Damia makan tepung gandum mcm makan gula, wafiy pecahkan telur atas jeans dia, pastu Damia makan Hershey’s choc chip pulak, pastu wafiy tumpahkan esen vanila. Fuhhhh…jenuhh jadi naga kejap hari tu. (Tuan Beso takde, buatkan tinted kete kat Bangi).

Akhirnya, setelah berjaya menundukkan serangan askar-askar, ni la hasil yang tak seberapa (buruk beno rupanya):

Komen Damia: Mmmmmm..sedap mama..mcm kat kedai ‘wangi’ Alamanda (Famous Amos)..ayarkkkk..perasan dah mama dik oiii

Komen Wafiy: wahhh…..biskut kita jadi la mama (wah wah bila pulak jadi biskut ‘kita’ tu Wafiy? Dia makan 3 ketul je pastu stop. Iskkk dia memang bukan jenis pemakan.

Komen Tuan Beso: Manis terlebih la mama..maybe kena kurangkan gula sikit (baeklaaaaaahhhhh)

Komen mak dan adik beradik (bawak dalam 100+ pcs utk mak): Sedap la..boleh buat lagi (alamak ni kena buat lagi la ni sebab yg saya bagi tu dah tinggal sikit jer..kena baham anak-anak buah)

Komen Zahrah (anak Along): mm sedaplah biskut raya yang Mak Itam bagi (siap post kat status FB dia pulak..malunyaaaaaa laaa)

Okla, lepas ni nak buat lagi cookies ni. Kena buat banyak adunan supaya tak habis sebelum hari raya..hehehehehe

p/s: jakun kan entry ni, Lia? Maklumlah, first time buat dan alhamdulillah jadi.

p/s: mood buat biskut raya dah ‘on’..sama naik dengan mood lagu raya yang dah dipasang di radio sekarang

p/s: pagi tadi Geng Kak Nam bersidang kat tingkap, cerita pasal ‘kejayaan’ buat cookies ni…lawak betul. Kecoh je kan.

menu berbuka a.k.a sahur

Salam 7 Ramadhan..dah seminggu puasa alhamdulillah…so far macamana korang punya cerita berbuka dan bersahur? masa BW malam tadi, wahhhhhh macam-macam jenis makanan menarik kawan-kawan upload…bagus jugak, dapat idea nak makan apa nanti masa buka/ sahur, kan..tak la buntu sangat….

semalam berbuka kitorang makan char koey teow (tak jadi……) permintaan Wafiy…macam la dia puasa nak request macam-macam. pastu buat sandwich goreng. rupanya sangat buruk, tu yg malas nak upload, rasanya boleh la tahan..hehehehehe. Air laici kordial tu je..ingatkan nak buat jus tembikai tapi sebab tak sempat, tembikai tu makan gitu aje la…

saya ni dah la tak biasa masak sikit-sikit sebab adik beradik ramai, so biasa masak big portion (eleh..sebenarnya bukan selalu masak punnnn kannnn)..jadi..lebihan char koey teow tak jadi tersebut telah direcycle untuk sahur pulak..sebab tak nak membazir…lagi pun tekak dah tak selera makan nasi pagi-pagi (kata tuan beso la).

bezanya, sahur tadi saya potongkan cili api tuang kicap, sebab char koey teow tu tak pedas langsung. ok la makan pedas-pedas masa sahur terbuka selera sikit…plus goreng telur mata kerbau sorang sebijik (kemain upload gambar cili potong kicap..macam orang tak tahu buat je)

ni gambar budak berdua tu masa shopping malam tadi- Alamanda aje, dalam pukul 9 baru gerak. kantoi tak pegi terawikh kan. sekarang memang tak larat nak terawikh. insyaallah weekend pergi la. geram je tengok poster Upin Ipin tu..Wafiy siap tanya, mama, Kak Ros dengan Opah tak de ke mama? Saya kelentong dia, Kak Ros dengan Opah tengah buat biskut raya..hahahahahaha nasib laaa…Wafiy tu masih tak boleh lepas botol susu la..risau jugak sebab dah masuk 6 tahun..sesiapa ada petua tak untuk budak bertuah ni lepaskan botol susu dia tu ek? silalah kongsi dengan saya…

ok la got to go….nanti sembang lagi…Selamat Berpuasa semua!!!!

Biskut Raya Pertama

Salam 6 Ramadhan

dah nak seminggu dah puasa..

dan tempahan cookies raya saya dah mencecah RM300..adohai time mengoder memang x ingat dunia..bila bab nak bayar ada sedikit cemas di situ..mintak tuan beso top up la nampaknya

hari ni lambat sikit update blog ni sebab pagi-petang mesyuarat, pastu lunch hour ada date dengan tuan beso..ahem..sweet memory betul hari ni (arghhhhh gatallllllllllllllllllllllllllllllll)..ni baru dapat update sebelum balik..

oh ya..dengan bangganya memperkenalkan first biskut raya (eh biskut ke ek) utk tahun ni..siap dah dirasa pun malam tadi..suku balang pulak tu..Cik Bepang Versi Moden..sedapppp sangat..satu balang ni RM30

ini pulak masakan sahur tadi…goreng ayam crispy Ayamas dengan bendalah ni lah..jadilah janji ada lauk panas buat penambah selera subuh-subuh tu…

ok la nak balik kejar PARAM ni hahahahahaaa…selamat berbuka semua!!!!

cuci mata (kurang pahala)

hari ni agak bosan..maybe sebab boss takde hehehe

jomla cari semangat sikit..dengan menatap gambar makanan….

tumis cendawan tiram

masakan super simple berbuka semalam..di samping bawal sweet sour (beli), ayam goreng rempah (beli jugak)..aikkk membeli gak akhirnya….

pencuci mulut: pai durian (Rotiboi mari), Almond and Corn Bun (Rotiboi jugak), Mariami Kurma (beli lagiiiii)

ni pulak menu sahur (menu la sangattttttttt kan…..)

yang penting, sekarang perut saya krok krek krok krek, maybe penangan sambal belacan pedas hazab pagi tadi..kurang belacan kot…masa melantak kemain suap laju-laju tak ingat dunia…mintak-mintak bertahanla sampai berbuka karang..

pasni nak tawaf blog korang nk tengok gambar lauk-pauk korang masak/ beli pulak….

Kurma dan Ramadhan

Salam 5 Ramadhan

Nak cakap pasal kurma, bukan bulan Ramadhan pun kurma ada dijual di mana-mana, kan. Kat Alamanda ni, memang ada satu kiosk jual berjenis-jenis kurma, dari berjenis-jenis gred dan range harga yang berbeza-beza ikut jenis.

Ada kawan saya tu memang jenis suka makan kurma, tak bulan Ramadhan pun dia tetap simpan stok kurma kat rumah. Makan hari-hari untuk kesihatan, katanya. Selain ikut sunnah Nabi, kurma jugak ada banyak khasiat saintifiknya. Memberi tenaga, dan untuk orang mengandung boleh menyihatkan kandungan dan memperbanyakkan susu badan.

Saya ni, sebenarnya bukanla peminat tegar kurma kalau nak ikutkan. Makan pun sebab bila orang balik umrah bagi, bukannya gila-gila sangat kat kurma. Bulan Ramadhan pun, makan kurma sebab nak ikut sunnah Nabi (terukkan…). Sebab kurma ni rata-rata manis sangat bagi saya (wah kalau minum teh tarik manis-manis tu boleh lalu pulak kan).

Bila tiba Ramadhan pun, tak pernah beli kurma. Ada kurma sebab orang bagi. Tapi, Ramadhan kali ini, gigih saya mencari kurma sebab entahla tetiba rasa teringin sangat  nak makan. Semalam, lunch hour kami Geng Kak Nam terjah Alamanda saja-saja nak cari barang sikit. Saya nak cari kacang bendi untuk Art Class Wafiy. Selain nak beli kurma kat kiosk tu la. Yang Kak Nam lagi 2 orang tu saja nak ikut hehehehe…last-last depa pun terjebak dengan nafsu shopping Ramadhan ish ish……

Sudahnya, tak jadi beli kurma kat kiosk sebab masa tak cukup nak pilih bagai. Rembat je Yusoff Taiyoob kat dalam Carrefour tu..

Saya beli 2 jenis je. Mariami Prima RM10.95 dan Chocodate RM9.95. Mariami tu 100gm kalau taksilap. Chocodate tu 90gm ada 10 biji. Saya tak tahu pulak Yusoff Taiyoob ada jual kurma dalam convi pack macam tu…ingatkan ada dalam kotak je….

Rasa kurma Mariami tu sama je..sederhana besar, moist dan tak kering sangat. Tak ada tangkai. Sedap dan lembut…..

Chocodate tu, macam saya kata dalam FB saya malam tadi, sangattttt manis menyentap. Iyelah, kurma disalut coklat susu pastu dalamnya ada badam..memanglah manis. Damia habis sebiji. Saya pun makan sebiji. Makan sikit-sikit boleh la kot. Banyak-banyak nanti kencing manis pulak…

Ok la..itu aje nak cerita. Jangan lupa simpan stok kurma kat rumah tau..sebab banyak khasiatnya. Selain daripada dapat pahala ikut sunnah Nabi.

 

Sekadar Berkongsi Amalan Ramadhan

 

Pesanan daripada Ustazah..

mari sama-sama imarahkan Ramadhan dengan amalan yang disarankan…

apa yang mampu kita buat, tak mampu tu, tanamkan azam untuk melaksanakan satu hari nanti..insyaallah dipermudahkan…

Previous Older Entries