…lagu-lagu feveret masakini…

orang lain dah lama tahu lagu ni
saya yang ketinggalan..
saya sangat suka lagu-lagu ni
of course lagu siti nurhaliza lah..
hahaha….layan lirik jer lah ye.
malas nak upload youtube..

Cinta Ini – Siti Nurhaliza

Betapa Engkau Menyintai
Agungkan Aku Bagai Seorang Puteri
Selalu Kau Puja Diriku Ini
Melayang Aku Tak Memijak Bumi

Namun Terkadang Ku Rasakan
Apakah Sikapmu Tak Berlebihan
Aku Wanita Tak Sempurna
Bukan Sekilaunya Batu Permata

Marilah Bersama Jalani Cinta Kita Apa Adanya
Saling Mengerti Dan Sudi Menerima
Kita Manusia Biasa
Marilah Menjaga Kesucian Cinta Rahmat Yang Kuasa
Saling Berpadu Hati Untuk Berdua
Dalam Dakapan Mesra

Nikmati Suka Berbagi Duka
Seiring Denganmu Aku Bahagia
Genggam Jemari Dan Berjanji
Setia Selamanya Sampai Akhir Nanti

Ku Percaya Ada Cinta
Lagu: Audi Mok
Lirik: Habsah Hassan

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya…pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Tidak sia-sia aku diuji..
Ada hikmah yang pasti..

Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

hah..jiwang tak saya 🙂

…aku terkilan…

semalam saya bengang..
hari ini ada sikit lagi..
mula-mula i’ve decided no to put any words about that, here
but, saya kena luahkan jugak
kalau tak nanti bernanah kat dalam, susah saya..

macam ni..
(hem, macam mana nak mula pun saya tak tahu, hati ini masih terkedu..)

ntah lah..nak cerita tapi tak ada mood dan tak tau nak cerita macam mana..
yang pasti, saya sangat geram
niat saya melaksanakan kerja dengan suci hati dan tulus demi negara tercinta ni dah dilemahkan oleh perkara yang tak sepatutnya berlaku langsung..

1. apakah salah saya menjadi orang yang menandatangani surat jemputan mesyuarat?

2. adakah tugas saya menjadi urusetia kepada satu Jawatankuasa itu sama kalau nak dibandingkan dengan Ahli-ahli Jawatankuasa tersebut?

3. adakah saya sebagai urusetia cabuk ini, ada hak untuk bersuara di dalam mesyuarat berkenaan compared to the Ahli-ahli yang lain?

4. adakah menjadi kesalahan saya, sebagai seorang urusetia cabuk, sekiranya sesuatu keputusan yang diambil tidak kena dengan prosedur? kalau nak dibandingkan dengan ahli-ahli yang lain yang lebih senior dan arif daripada saya?

5. dan, kenapa pihak yang secara terang-terangan telah melakukan kesalahan mengarahkan suatu pihak lain menjalankan kerja tanpa kebenaran dasar, dilepaskan begitu sahaja, tanpa ada sebarang pertanyaan pun kepada mereka?

above all..saya sangat bengang dan rasa saya telah diperlakukan dengan TIDAK ADIL sekali…
tapi bagi saya, kalau dah itu keputusannya, saya serahkan pada ALLAH saja lah. DIA yang Maha Adil. Sebab saya percaya, kalau hari ini kita sakitkan hati orang, atau buat tak baik kat orang, nanti lambat laun kita pun dapat balasan yang sama.

itu aje lah………….FULLSTOP

…S.I.B.U.K…

salam..
saya sangat sibuk buat masa ini

rindu nak jenguk blog kawan-kawan semua
nantilah..
bila masa mengizinkan..
(bila lah tu)..

okeh..GTG..

…oh my, i’m running out of time…

it’s so great if we have so many times to do so many things in a day..
(so that we can think, act and behave wisely..)

so many things to do, yet..
so little time counting on..

…whoa, inilah kerja kamu berdua masa mama tak ada ye…

huh..
kelakar skit tengok gambar-gambar blur ni:

“>

whoa..ada bakat menjadi PI (private investigator) nampak…huisshh tak boleh dibiarkan nih…

…azam 2010…

salam…
sebelum ini, azam-azam tahun baru saya adalah untuk menjadi insan yang lebih sempurna dari sebelumnya, yang dapat memberi sumbangan kepada bangsa, negara dan agama..
pendek kata azam yang baik-baik belaka lah..

tahun 2010 ni
azam saya ialah untuk MENJAGA ALAM SEKITAR sebaik-baiknya
sebab saya sedar, bumi ini dah terlalu tua dan terlalu ‘vulnerable’..dah rosak oleh tangan-tangan kita yang tak tahu menjaganya dengan baik.

tahu tak?
raging planet dan bencana alam yang tak masuk akal sekarang ini adalah berpunca daripada kita juga?
banjir kat tempat yang tak pernah-pernah banjir, turun salji kat tempat yang tak sepatutnya, gempa bumi yang dahsyat, changing climate yang untolerable..semua tu menakutkan saya..
membuatkan saya terfikir..
apalah yang saya dah buat untuk saya tinggalkan untuk generasi anak-anak saya kelak..

jadi, resolusi saya tahun 2010 ini:

1. tak mau gunakan plastik apabila shopping. In fact, banyak pasaraya dah tak beri plastik beg bila kita beli barang kat sana. TESCO dah tak bagi plastik beg setiap hari sabtu, kalau tak salah saya, yang mana saya sokong 100%. Kat IKEA pun, kalau nak plastik beg kena bayar kan. Jadi, saya dah mula guna shopping bag yang saya dapat masa saya beli barang kemas kat TOMEI hari tu. Besar giler beg tu sampai semua barang boleh masuk. (Rak buku tak boleh masuk lah, of course);

2. Tak mau guna polisterin masa saya tapau makanan kat cafe. Saya akan bawa mangkuk plastik sendiri. Semua orang tau apa efek polisterin kan. Jadi, saya akan mula esok. (Sebenarnya nak mula hari ini tapi saya dah banyak makan semut, lupa nak bawa bekas makanan yang saya dah siapkan malam tadi). Saya tak kiasah apa orang kat cafe tu nak cemuh saya (kalau ada la, kalau tak ada alhamdulillah).

3. Nak pastikan semua bulb lampu saya adalah yg menjimatkan tenaga elektrik and bring minimum harm to the earth. Saya memang dah guna satu bulb lampu ni, memang bagus. Jimat elektrik, jimat tenaga, jimat wang. Tak payah beritahu brand nyer lah. Nanti kata promote pulak. Tapi this is very important jugak. Tenaga bukannya senang nak didapati. Perlukan kos berjuta-juta untuk generate power kat stesen janakuasa. Kerajaan dah tak ada idle money untuk wujudkan stesen janakuasa baru.

4. Saya nak sahut seruan Kerajaan, by recycling waste papers, cans and plastics. Tengok newspaper kat rumah saya melambak-lambak. Kesian pulak, dah tu rumah pun jadi bersepah-sepah. Baik saya recycle. Tin tu, saya dah suruh maid saya kumpulkan. Sekarang dah ada 2 plastik besar. Nanti dah ada banyak boleh hantar kat recycle centre.

5. Nak jimatkan penggunaan air, sama macam nak jimatkan penggunaan elektrik tadi tu. Saya dah cakap dengan maid, saya ni bukan kedekut, tapi saya nak jimatkan air supaya orang lain somewhere, some times dapat gunakan air sama macam kita hari ni di sini.

6. Peralatan rumah seperti aircond ke, peti sejuk ke, kalau boleh saya akan beli yang jimatkan elektrik dan tidak berbahaya pada bumi. Ada satu brand, memang go green lah. Sekarang iklannya kat TV tengah hangat. Alah, yg Anne dgn hubby dia tu tanam pokok tu. Saya dah ada aircond dengan peti sejuk tu. Alhamdulillah.

itulah dia resolusi saya untuk tahun 2010 ni. Harap-harap saya kuat semangat dan tidak hangat-hangat tahi ayam (uwekkkk..)

pics adalah ehsan google

…sedih dengan nasib sendiri…

sebenarnya saya amat malas untuk menulis lately.
tapi, pagi tadi saya dapat emel daripada my friend lia.
emel yg amat menyentapkan minda dan jiwa seorang nasionalis seperti saya (ye memang saya nasionalis).
berkenaan teks ucapan Mufti PErak masa beliau mengadap Sultan Perak, berhubung isu kedaulatan agama islam yang diinjak-injak oleh rakyat malaysia sendiri, dan juga isu kedaulatan institusi beraja di negara kita.

ini ulasan saya:

Itulah…dah mcm2 kes berlaku. Agama islam dipijak sesuka hati. Yg terkini, nak guna kalimah Allah pula utk org kristian. Apa nak jadi lah Malaysia ni. Dahla hak bumiputera dan melayu diancam, ini pulak Perlembagaan nak diacah2. Pokok pangkalnya kita melayu tak bersatu dan tak sensitive. Bangsa lain sensitive even isu bahasa inggeris kat sekolah pun depa dah bising. Kita, org bangsa lain dapat kerakyatan senang2 pun kita tak kisah.

Jadi, dinasihatkan supaya kita bersatu. Dan jaga-menjaga antara satu sama lain sebangsa seagama kita. Kalau ada duit lebih, beri pada mana2 surau/masjid atau rumah anak yatim. Jgn berkira sangat. Rezeki Allah yg tentukan. kita tak tau sumbangan kecil kita satu hari nanti akan boleh buat keajaiban pada org lain yg benar2 memerlukan.

Kukuhkan juga institusi kekeluargaan kita. Jgn sampai mak bapak merempat sebab anak tak mau bela mereka masa tua. Jaga mereka mcmana mereka jaga kita semasa kecil. Bila kita buat ni, secara tak langsung merangsang anak2 kita dan generasi akan dtg untuk berfikir betapa pentingnya institusi kekeluargaan. Jgn jadi mcm orang barat, mak bapak pun depa tak kenal. Apatah lagi datuk-nenek-makcik-pakcik. Itu yg anasir jahat senang nak bertapak dalam diri.

Dan yg paling penting, jaga agama dan pendirian kita. Amalkan ajaran agama sehabis baik (bukan Pengakap je yg buat sehabis baik tau). Jauh mana pun kita pergi, tinggi mana pun kita terbang, kutub mana pun kita berada, agama jgn lupa, dan AMALkan. Ada org ingat agama, tapi tak amalkan, memang tak ke mana lah ingatan tu. Kalau tak ada ilmu, ia boleh dicari, tapi kalau tak ada agama, apa jadi? Boleh cari ke? Tak boleh. Cuba hayati lirik lagu Iman Mutiara oleh Raihan…iman dan agama tak dapat dijualbeli, dan juga tak boleh diwarisi.
Jadi, sendiri kena jaga lah.

Oklah..sudah itu sahaja pendapat saya. Saya bab-bab ni memang emosional sikit. Yang buruk datang dari saya, yg baik dari Allah swt juga…

p/s: saya sengaja masukkan post ini hari ni di sini supaya saya tidak lupa…..