Random (again..)

Kalau dah tajuk RANDOM tu..faham-faham sendiri lah bahawasanya minda dan otak ni sedang bercelaru

malas dah nak fikir-fikir tema post..main lambak je la ye idea tu..

# hari ni saya gigih bekerja walhal kedua-dua officer dan bossess cuti..bukan apa. Saya sedar diri, dah nak beranak ni takpayah la cuti-cuti beria, kang tengah-tengah malam kot nak beranak, takde la tinggalkan opis begitu sahaja..at least kerja dah tak tinggal banyak kat orang..

# kenapalah ada orang yang (pada saya, pada orang lain tak tau) suka sangat menguji kesabaran dan ketenangan orang lain. Telefon atau singgah pejabat kita semata-mata nak buat/ cakap sesuatu yang menyakitkan hati dan mencemarkan mood orang sekeliling. Tak tau la orang lain, but for me, i am genuinely will know that person’s intention everytime he/ she did that. Sorry, i am not too stupid to read your mind (Kata peminat siri Criminal Mind kan….hhehehe). Heh..sangat sangat sangat annoying tau perilaku macam tu. Kalau kita tak suka orang ganggu mood kita, please don’t do that to the others. Tahu hukum karma kan? So, jaga jalan masing-masing baik-baik okay (Self reminder too..)

# Mat Salleh (orang putih) memang sangat berterus terang, kan..takpe lah..i’ll learn slowly to not to kecik hati, anyway

# ada 30 hari lagi untuk melahirkan baby yang ditunggu-tunggu ni..AHAH….but the fact is it will be EARLIER than that…based on my experience. So, sekarang adalah masa berjaga-jaga ye…Beg baju mak dan anak dah ada dalam kereta. Dah tak ada barang-barang yang tercicir lagi..insyaallah…Cumaaa…amatlah teruja mak ni nak beli beli beli baju baby lagi..semuanya cute..pantang nampak nak beli…sabo je la

# tengah fikir-fikir nak amibik cuti maternity awal 2 minggu lah..sedang timbangtara. Sebab, kat rumah memang tak larat beno rupanya. Nak berjalan pun payah. Tapiii tetiba kat office kemain GAGAH pulak berjalan ke sana sini..tak reti duduk diam pulak…haisyhhhh..entahlah…tak faham

# Esok Awal Muharram.tahun lepas birthday saya betul-betul jatuh pada 1 Muharram, dan anniversary kami sehari sebelum tu. Tahun ni Awal Muharram lebih awal dari birthday dan anniversary saya. Alhamdulillah, insyaallah berjumpa lagi tahun baru…

dah tu aje la..cukuplah RANDOM kali ni…

Advertisements

RaNDOm..

Salam Isnin

Hari ni ramai yang bercuti rasanya..sempena Deepavali dan Awal Muharram. Plus cuti sekolah yang dah bermula.

Untuk saya, it’s such a relief. Akhir-akhir ni memang ada rasa ‘mandom’ skit nak kerja..sindrom nak beranak agaknya. At least, adanya cuti ‘lompat-lompat’ tengah minggu ni menceriakan jugak la hati dan menyemangatkan lagi diri ini…mudah-mudahan..

#out of topic, thing to ponder:

Tentang Prinsip Hidup dan Bertimbangrasa.

Pernah tak anda melalui keadaan di mana pergaduhan dan kemalangan di jalanraya yang berpunca daripada misunderstanding dan miscommunication yang kecik sangat? Contohnya, driver kereta depan (A) tak bagi signal tetapi terus membelok masuk ke kiri/ kanan, dan driver di belakang (B) terus langgar kereta depan? Walhal sebagai seorang driver yang dah biasa dengan keadaan jalanraya dan tabiat pemanduan rakyat Malaysia, B dah boleh agak pun dari cara kereta depan tu dia nak turn left/ right tetapi A tak bagi signal aje…Dan isunya di sini B mati-mati pertahankan prinsip dia yang A yang totally salah sebab tak bagi signal blablabla..akhirnya pergaduhan mungkin terjadi di situ. Kalau kena gayanya, kena buku dengan ruas, alamat bertumbuk la A dan B. Atau lebih teruk dari itu.

Ok, di sini, pendapat saya, kadangkala prinsip tak boleh dipegang sangat. Cuba guna kewarasan dan timbangrasa sikit, terutamanya di jalanraya yang melibatkan nyawa. Kat mana-mana pun sebenarnya timbangrasa tu sangat perlu. Janganlah nak rasa ‘gedebe’ sangat nak pertahankan ego mentang-mentanglah seseorang dah buat salah tu, kita tak boleh nak bertolak ansur dengan orang tu. Cuba fikirkan, kalau B pun bawak kereta dengan niat yang baik-baik, bukan niat nak cari gaduh dengan sesiapa, insyaallah semua OK. Pasal si A yang tak reti bagi signal tu, itu serahkan kepada dia untuk berfikir lain kali. Mungkin pendapat saya ni sangatlah typical..dan mengharapkan semua orang di dunia ni baik-baik sahaja niatnya, tapi ..itu tak mustahilkan. Nak ubah dunia, kenalah ubah hati, diri dan pemikiran sendiri dahulu kan..

# Pemerhatian saya tentang gaya pemanduan rakyat Malaysia semasa di Shah Alam semalam….tiada kena mengena dengan anda semua hehehe. Sikit lagi nak bergaduh mamat 2 orang tu..sebabnya, seorang mamat tak bagi jalan kat seorang mamat lagi masa nak keluar Giant Stadium tu..kalau eksiden semalam kan susah semua..apa salahnya seorang tu bagi je mamat seorang lagi tu jalan..akhirnya semua pun dapat keluarkan? Dari korang memekak buat pasal tu, ada faedah?

Because of Love

Love is the lead of my life…

Because of love, i’m still here doing what i love (my job)

Because of love, i’m still here surviving the other’s life (my babies- in my womb and in my surrounding life, my family)

Because of love, i’ll be able to forgive and forget (mistakes and wrongdoings)

Because of love, i’ll be able to enjoy every lil bit of my life..

There’s so many reason to love, and be loved..we just need to love. That’s all..

HAPPY FRIDAY EVERYONE…LIVE LIFE TO THE FULLEST!!!!

Pregnancy (and delivery) Checklist

Salam sejuk Isnin…

I only got 39 days roughly to go, to see this baby in my womb..

Most probably, earlier than that..based on my previous experience. Wafiy has been delivered 3 weeks earlier than the expected date. Damia- 2 weeks earlier. So better be cautious/ prepared from now on..

Speaking of preparation of the upcoming newborn..insyaallah it’s a boy again, I might say the physical preparation in only 85%. Mentally? Insyaallah..i will go through the process successfully once again…

The baby’s clothes etc etc has been done. Dah basuh dan lipat. Ada dalam lemari baru hehehehe…

Mom’s bag? Not fully packed..I know i MUST bring the bag everywhere in the car, but nantilah….ada a few tak terbeli lagi..

This weekend, insyaallah ke Mum’s Dream Bangi pulak…nak cari barang mama plus minyak telon baby…

Pray the best for me okay!!!! Thanks….

Selamat Menjadi Perantau…

Kepada kakak saya Kak Ndak dan family nya…

Hari ni diorang fly ke Qatar, abg ipar saya cari rezeki kat sana. Abg ipar dah pergi dulu bulan 6 hari tu. Ni baru amik family dia ikut sekali.

Saya faham perasaan Kak Ndak dan anak-anak dia tu. Macamana nak survive dekat tempat orang yang amat asing dengan budaya kita. Tapi saya harap mereka boleh survive lah..persediaan dah di buat..tawakkal je la kan. Siap masuk kelas English lagi tu..dengan hero-hero 4 orang tu sekali. Sebab semua hero nak kena sekolah kat sana.

* Gambar cilok dari FB adik bongsu, Kaka. Dalam gambar, abg ipar dan Hakimie (angah) tak ada..Yang ada Naqiuddin (Along), Thaqif (bongsu), dan Naufal (Alang)

Sedih sebab tak dapat hantar ke airport, tapi dah jumpa malam semalam dan raya haji pun dah jumpa..cukuplah. Kami pun dah biasa berjauhan ececehhhh…

Semoga selamat sampai, ada rezeki dan panjang umur insyaallah bertemu lagi…