Urusan hari cuti….

edited:

Imigresen Pasport tak buka hari sabtu hari tu sebab adaProgram 6P..ala ..pemutihan PATI tu…pergi lagi next week la insyaallah

Salam jumaat semua…

Dah malam bru bole update blog. Yelah bizi dgn hal peribadi. Cuti pun mcm tak cuti je rasanya. Terkejar-kejar ke sana sini.

Semalam, hari melayan nafsu buas anak-anak dua org tu. Tengok wayang, makan eskrem, beli buku….Toys UR Us tak ketinggalan. Camne ek nak elakkan dari nafsu melampau anak-anak beli mainan? Sapa ada petua ke pemuda ke pls share ye….bukan apa, rasa melampau la anak2 saya ni…tak sudah dgn toys.

image

Wafiy posing kaki jongket tu, tak tau la apa motifnya….

Hari ni pulak, pagi kemas umah laundry semua. Tengahari sikit gerak ke Imigresen Putrajaya utk buat pasport budak 2 org ni. Alhamdulillah trip ke Singapore bulan dpn sempena birthday wafiy yg ke 5 akan terlaksana…cheewah. Harap2 jadi la. Flight, hotel n ticket USS dah siap.

Tup tup pasport tak boleh buat lagi skrg sbb surat beranak wafiy yg original tak ada. Hilang dh lama dah since pindah umah dulu. Dari rumah dah rasa cuak psl benda ni. Tapi doa byk2 kot la tak perlu surat beranak ori. Yg copy mmg ada. Nmpknya doa tak dimakbulkan lah. Kecewa la jugak sbb lambat lagi boleh buat pasport. Alang-alang dah sampai, kita amik gambar dulu la ye….nanti datang lagi tak payah sibuk amik gambar

image

Sorang 4 keping kena RM20..okla tu.

image

Macam mama….

image

Macam…Mama jugak kot heheheh

memandangkan pasport tak boleh buat, saya pegi JPN pulak untuk dapatkan cabutan sijil beranak wafiy yang baru. Alang-alang kan. Nanti tak susah lagi…nasib baik kena RM5 je. Tapi…memang tak larat tunggu giliran sbb ramai sgt manusia…tapi sebab saya pun keje kerajaan, saya faham la keadaan tu.

Esok pagi selepas subuh nak ke Imigresen sekali lagi. Once and for all. Cheeewahhhh…ohya. Kata kawan saya Imigresen buka esok. Harap betul lah kata dia…..*doa banyak banyak malam ni….

Okla masa dah time…JOM TIDO…..

Posted from WordPress for mySamsung Tab

Advertisements

mari cuti…

Selamat Hari Rabu yang paling berbahagia..

kenapa pulak ‘paling berbahagia’? hehe *gelak jahat dulu…

sebab hari ni sangat free from any meetings..since semua boss takde, mcm yg saya cakap semalam. Kalau tidak, my Wednesday adalah sangat hectic. sapa keje federal government sure tahu rutin mesyuarat Hari Rabu kan?

Saya rasa so unproductive this week, yelah, buat paperwork pun kena tunggu boss approve. Setakat surat menyurat tu boleh juga saya dan PSU-PSU saya usahakan. Sementelah pulak, kontraktor banyak nyer cuti time hujung-hujung tahun camni. So, we are free from gangguan makhluk tersebut..yay!!! Oleh sebab itu, saya pun apply la cuti rehat esok dan lusa. Sebab, serius rasa lemau kat office. Lagipun, PSU-PSU saya tiga orang tu dah amik turn cuti baru-baru ni. Saya je yang mcm bagus jer terpacak kat sini *konon……

plan esok dan lusa: melayan nafsu anak-anak la pulak. nak tgk Alvin and The Chipmunks, The Muppets etc etc..padahal orang lain dah berzaman tengok….plus kemas umah since dah macam tongkang pecah rumah tu.

oh ya nak share resepi mudah utk korang. biasalah saya memang suka masak yang mudah-mudah je. Malam tadi wafiy berselera nak makan. Semua benda frozen dalam freezer tu dia tanya..sosej, nuggets, daging burger. Tetiba dia nampak ayam. Ayam belum masak tu. Terus dia kata “mama, along nak makan ayam goreng KFC” . Mama yang pemalas ni apa lagi. “jom pegi KFC depan”. Anak yang bijak cakap “takmau KFC kedai Atok, nak KFC mama masak” *KFC Kedai Atok=KFC lerrr…

mama dah mula nak marah. tapi..datang idea malas. ok la..amik tepung, amik serbuk kari, pecahkan telur 2 biji, basuh ayam. Panaskan minyak…tadaaaaa….siap…..

ayam goreng KFC homemade
hasilnya, alhamdulillah. Saya pun tak sangka saya berbakat dalam bab memalaskan diri hehehehe..bukan nak puji diri sendiri tapi mmg rasa nak dekat-dekat ayam KFC tu la…
 
nak resepi?
 
Bahan-bahan:
 
5 ketul ayam potong sedang (ikut suka hati part pejal ke tulang, saya suka part tulang)- basuh bersih dan toskan
2 biji telur ayam
5 sudu besar terpun gandum Cap Wau (tak tau la brand ada kesan ke..ala belasah je brand apa)
garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk kari Baba’s
minyak masak secukupnya untuk menggoreng
 
Cara-cara:
 
1. Sediakan 2 mangkuk berlainan. Pukul telur agak-agak dalam 1 minit dalam 1 mangkuk dan tuang tepung gandum dalam 1 mangkuk lagi.
 
2. Campurkan serbuk kari dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung tadi. Kacau rata.
 
3. Panaskan minyak. Sila guna api kecik ajer.
 
4. Masukkan potongan ayam ke dalam mangkuk berisi telur yg telah dipukul. pastu angkat dan masukkan dalam mangkuk campuran tepung tadi.
 
5. Golekkan ayam biar rata dan melekat dengan tepung betul-betul. Kemudian goreng mcm biasa. Kalau boleh guna api kecik jer takut nanti tak masak ayam tu..
 
6. Dah siap…….
 
Amacam, mudah kan? saya memang suka benda mudah-mudah ni hehehe….so korang kalau nak cuba boleh la cuba. Penyediaan tak sampai 30 minit pun….
 
okla….selamat bekerja semua…dan selamat bercuti hehehehe

balik kampung dan makan durian….

Salam Selasa

wah..hari ni ceria je sebab semua bigboss takde..cuti panjang ke overseas katanya…takpe kasi can la kat diorang nak shopping musim winter ni

nak share cerita pasal balik kampung Sg Besar weekend lepas. Sempena kenduri tunang bestfriend encik abang. Kami bertolak balik lewat sikit pasal Damia buat perangai. Dia batuk teruk malam Sabtu tu..kahak tak keluar. Pastu tak lena tidur. Siangnya (Sabtu) dia bantai tido jer..bangun balik pukul 12 lebih..pukul 1 kitorang gerak balik. Memang menempah traffic jam yang luar biasa la jawabnya. Sebab orang ramai guna jalan lama instead of highway nak ke utara.

memang bumper to bumper la…

sampai wafiy pun tak larat nak main games kat dlm kereta…dah pening agaknya. terus lena…zzzzzzzzz

sampai Sg Besar seminit sebelum Maghrib…memang naik kematu punggung dibuatnya. Tambah pulak dengan hujan rintik-rintik sepanjang perjalanan. Nasib baik dua orang budak tidur dengan jayanya, bangun bila sampai kampung hehehe…

one of the reasons why i love kampung Sg Besar adalah sebab kat keliling rumah ada bendang (sawah padi)..saujana mata memandang. Rumah arwah PIL kat tengah-tengah bendang..angin memang kuat dan best. Tak pyh pakai kipas pun sejuk je. Tido pun lena hehehe..

sekarang musim padi menguning. dalam masa sebulan lagi bolehlah tuai. Tapi kat area Sekinchan dan Tanjung Karang dah ada bednang yang kering kontang, maknanya dah potong padi. Orang jawa kata ‘panen’. Best sangat jalan-jalan petang-petang kat bendang..angin sepoi-sepoi bahasa…wafiy dan mia pulak jakun kalau nampak mesin padi masa musim ‘panen’. Sanggup tak tido semata-mata nak tengok mesin padi tu ‘beraksi’. Kali ni balik tak dapat tengok 😦

Ahad petang tu, saya merempit dengan encik suami tengok bendang arwah PIL kat seberang jalan…so beautiful..ingat nak ambil gambar me and the sunset, tapi sayang kamera tak bawa pulak…

kat belakang tu rumah ‘bibik’ a.k.a makcik encik suami..budak-budak yg tengah main bola kat laman tengok semacam jer kat ‘wak ina’ yang jakun ambik gambar ni ha….caissssss.

Malam Ahad tu lepas Maghrib kami bertolak balik ke Dengkil pasal Isnin kami ada operasi kemas rumah besar-besaran..chewahhh ye ye je…padahal cuma sapu lantai, cuci kipas dan aircond, mop lantai bilik dan ruang tamu yang sekangkang kera tu jer sebenarnya. Dan campur laundry yang tak berkesudahan..bila dah penat-penat tu, tetiba encik suami bersuara ajak anak perempuan dia pekena durian musang king. Siap dah set tempat tu…sabo je la. Mia tu memang hantu durian..terus melonjak gembira. Layankan jer la..zassss jer siap-siap ala kadar terus ke SS2 PJ…sebelum tu jumpa besfriend dia yang baruuuuu bertunang tuu..masih darah manis pun nak makan durian yer…

muka budak perempuan kecik yang suka durian sangat-sangat..

perghhhh..mau tak sendawa pun bau durian..musang king tu..sedapppp..terbaekkk yo!! kami 4 orang semuanya RM48 campur manggis 3 kilo dan air kelapa pandan 2 bijik…budak perempuan tu makan sampai dua-dua belah tangan. mama tak sempat ssnap gambar..sebab sibuk makan hahahaha…

ishhhh nak makan pun ada paparazzi..hehehe..cinonit la sangat sampai tak nampak. Masa ni encik abang sedang memujuk anak bujang dia yg tak nak turun sebab dia tak makan durian….sabo je la lagi…

lepas santak perut dengan durian segala jenis, tidur malam tu masing-masing campak selimut hahahahaaaaa……….

Hong Kong lagi tak habis-habis

heran tak, hari ni jer dah 3 kali post entry kat sini..

kalau tak heran tak pe. diam-diam jer yer. kalau heran, hmmm nak bagitahu petang ni saya feeling nak rehat-rahat jer sebab penat dah keje mcm kuli batak minggu ni. Serius ni. Penat. Lemau. Letih.

meh layan gambar trip Hong Kong yang tak habis tayang hari tu (ewah..tayang tu….macam laku sangat)

Tapi sebelum tu nak cerita sikit. Saya pegi Hong Kong pasal ada training on Project Finance Modelling. Dengan training company Singapore. Ntahla letih nak relate kenapa training company Singapore tapi buat training kat Hong Kong. Kelas mula pukul 8.30 habis 6.30. Gile pack sampai nak menangis rasanya. Dahla fully guna Excel, mmg pening la tgk formulas semua. Almaklumlah saya kan buta IT. Yang tu bleh gagah lagi. Part trainer saiko tu mmg tak gagah langsung. ada ke kena mengadap muka dia jer sepanjang kelas tu. Nak intai henpon pun kena sergah. Apatah lagi nak baca email office. Memang saya jer la yang kena tegur sepanjang kelas tu. Dah la satu kelas 10 ketul orang jer. Memang kena tibai jer la. Ahhh..let gone be bygone la. Harapan saya tak jumpa lagi trainer saiko nama R****** tu. Saikooooooo…

Aktiviti berjalan adalah mulai pukul 7 ke atas. Nasib baik shopping mall semua tutup pukul 11 mlm. ada la ruang sikit nak mencelah shopping. Area hotel tu memang penuh dengan shopping mall dan designers’ boutique. Semua ada. Apa brand nak? Semua butik pergi..tapi cuci mata jer la. Sekarang tgh winter sale. So memang harga gila-gila punya lah.  Pastu pergi Disneyland HK, The Peak yang ada Madame Tussauds tu. Tapi sekarang tengah ramai orang sbb musim cuti kan. Standard la.

Malas nak cerita panjang-panjang (tetiba). Tengok gambar je la.

nak pegi Madame Tussauds tu kena pulak beratur macam nak dapat tiket konsert free pulak la. Kena naik tram untuk sampai ke puncak HK tu. Walaupun beli tiket ekspress dengan harga HKD 220 (lebih kurang RM95..satu HKD bersamaan RM0.429) tak la dapat naik tram secara ekspres pun. Manusia beratur dah mcm tayar basikal di lipat 8..haduihhh..sabo je la

Me and Audrey Hepburn

perasan jadi heroin disamping Jet Li

The President

Marilyn Monroe

memang sejuk kat atas puncak tu. Nampak gemerlapan kota metropolis HK dari atas dengan skycrapers yang canggih. Plus ada rumah banglo atas bukit harga HKD15 juta tu..mewah nyer la. Kat atas tu memang tak boleh lama-lama sebab sejuk sangat. Pakai coat pun rasa sejuk sampai ke tulang hitam. Ada fotografer yang tawarkan servis ambik gambar kita kat atas tu. Tapi mahal sangat lah. Malas nak feeling macam orang kaya bazirkan duit :p

Pastu gi Disneyland pulak. TIket adalah RM399 combo price. Kira ada fast lane jugak la. Tapiiii manusia mmg ramai giler lah. Orang Malaysia memang bersepah sana-sini. Tapi heran kenapa ek orang Malaysia sombong kalau kat oversea? Dah banyak kali kena mcam ni tau. Kita senyum pun buat tak nampak jer. Tu belum yang cakap mat saleh slang kalah mat saleh tu. Mana la pegi Budi Bahasa Budaya Kita tu yer? Tinggalkan kat airport agaknyer :p
 

pertama kali masuk Disneyland ni memang lah saya jakun. Yelah, tak pernah masuk kan. Mak budak pun jakun, budak-budak apa lagi kan. Masa ni teringatkan anak-anak di Malaysia. Kalaulah mereka ada sama…tapi sabar je la. Kasi kumpul duit banyak2 baru pergi baru best. Nak pergi USS je nanti.

Pertama kali naik Space Mountain, dia punya indoor roller coaster memang rasa mcm nak terkeluar isi perut semua. Serius ngeri dan gayat okay. Sebabnya dah la dlam tu gelap, tetiba je menjunam ke kiri kanan tak hingat lajunya. Tak sempat nak menjerit sebab tetiba lidah kelu….kelakar la pulak.

memang banyak amik gambar jer sebab semua figure cantik-cantik belaka..

teringat kata-kata seorang kawan, kalau nak tahu betapa beruntungnya kita duduk kat Malaysia ni, pergilah mengembara ke negara lain. Insyaallah rasa sayang kepada Malaysia dan bersyukur dengan apa yang kita ada tu akan bercambah dengan sendirinya. Betul sangat tu…..

Thanks My Office!!!

~~~~ tengah kekenyangan lepas acara makan-makan kat office~~~

Ini acara rutin Bahagian kami, meraikan hari jadi kakitangan ramai-ramai. Kali ni raikan harijadi utk mereka di bulan November dan Disember. Termasuklah diri saya hehehehe~~~~

enjoy the piccas!! to my officemate and bosses (macam la depa baca blog saya)..thanks you all!!! love you all!!!

hadiah tanda ingatan dan silaturrahim

 

yang diraikan....smile!!!

 

menyelit pun jadi lah

 

the delicious cakes

semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki dan kurniakan kesihatan yang baik untuk kita semua ye!!!!

Renungan Hari Ini

Salam Jumaat semua…

want to share Renungan Hari Ini:

pandangan saya:

setuju sangat dengan ayat-ayat di atas. Sibuk dalam kehidupan samada kerja ke, rumahtangga ke adalah normal kerana itu adalah lumrah kehidupan. Kalau tak sibuk banyak, sibuk sikit. Itu yang membuatkan hidup kita penuh dengan rencah. Saya insaf sebab selalu sangat merungut pasal sibuk. Dah, lepas ni tak nak merungut-rungut sangat pasal sibuk ni. Apalah hidup tanpa kesibukan samada yang terpaksa atau dibuat-buat, kan?

cerita lain:

Pagi tadi on the way pergi kerja, dengar lagu Penerang Hati – 6ixth Sense dengan Saujana..kumpulan nasyid tu. Rasa nyaman jer dengar lagu macam tu nak-nak hari Jumaat ni..kira ikut tema la tu…layan lirik lagu jap ye

 Mencinta Mu tenangkan jiwa
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku 

Oh takkan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

 Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

 Jangan pernah kau menjauh
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

 Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

 Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

 Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Have a wonderful and blessed Friday……

 

SBPA

malas nak cerita panjang-panjang pasal Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ni..sebab semua orang boleh gugel je kan..dan tak semua orang minat nak cerita pasal hal ehwal gomen, saya rasa.

just for my record, this is what i’ve done today…

moga-moga dipermudahkan

harap-harap apa pun pilihan kita, moga Allah tunjukkan jalan yang benar………

Previous Older Entries