boring x tau nk buat apa

image

happy weekend everyone!

Posted from WordPress for mySamsung Tab

…esok cuti

Salam Selasa penuh keceriaan…pasai pa? pasai esok cuti umum yeahhhh…

Plan esok (insyaallah…)

1. bawak wafiy dan mia swimming kat P16;

2. pastu tengok wayang- Lion King 3D yeahhhhhh;

3. shoppping skit2…barang mekap dah habis..alahhhhh mekap basic2 jer…brand biasa2 jer. pastu nak cari microwave oven baru, since yg lama tu dah pandai pulak merajuk dgn kehadiran Cik Oven baru hadiah papa hari tu..

itu je la plannyer..selebihnya lepak umah jer la. malas nak gerak sbb cuaca tak menentu sekarang ni.

>>>>> random pics budak2 comot<<<<<<<<<

si muncung Damia..merajuk dgn wafiy

 

masa ni ceria coz kat fave spot dia

 

peace coz wafiy tak kacau dia

 

ni pulak gambar anak buah baru..Muhammad Anas Safiuddin…

 

style ulat gonggok by emak

 

……baru teringat, lately dah tak banyak gambar Wafiy yg saya ambil..sbb budak tu dah tak suka bergambar..kalau suruh posing nnt asik nak tutup muka jer…hmmmm kata papanya, anak bujang dia pemalu mcm dia..uwekkkkkkkk….

 

oklah…Selamat Bercuti…nak wish Happy Deepavali tapi rasanya takde kwn blog beragama Hindu pulak….

Happy Monday Sunshine!!!!!

Happy Monday Sunshine!!!

pagi ni rasa best sangat. buka pintu bilik terus nampak cahaya terang daripada curtain blind dalam bilik office..wallaweeehhhhhh macam nampak sinaran kegemilangan gitu…tak tahu kenapa i just love the morning sunshine today…..walaupun badan rasa sengal2 akibat berkenduri sampai pkl 12 lebih baru balik Dengkil…..

Pastu member baikku Miss Echah bagi pulak White Coffee Alicafe pagi2 tadi…wahhhhh rezeki….ada jeruk from Penang jugak..thanks dear…..bertambah meriah pagiku…

jom makan nasi lemak homade belen pagi semalam dengan Alicafe White Coffee!!!!!!

ohya….hoping that u all will find out your own happy sunshine too, today and forever!!!

jalan jalan lepas kenduri

image

salam sabtu
baru balik kenduri kawin sepupu encik abang kat kapar, klang.
best sbb dpt jmpa org kg sg besar. semua ada. wafiy dgn mia sibuk je tny btl ke nk jmpa kakak2 dia, rimas btl.

hari ni juga ada gudnews, anas the baby dah balik dari ward. kira dah sihat la tu. tak sabar nak gomol dia esok pagi.

tadi lps kenduri trus ke alamanda sekali lagi coz nk tukar kete flash and dash hero tu la. sekali x bole jln daaa..penat2 je beli mlm tadi. nasib baik blh tukar. kalau x jenuh la nak memujuk heroku tu

makan kat chicken rice shop sampai sendat perut rasa nk muntah. padahal kat umah kenduri tadi dah melantak nasi minyak. ni semua nk balas dendam tak dpt makan rasamas mlm tadi

selamat berhujung minggu my frens!

Posted from WordPress for mySamsung Tab

alahai anak omak

image

salam selasa semua
hari ni MC lagi
sakit mata makin teruk
makan x pantang kata mak saya

sebut psl mak, ni ha anak dara saya ni
beria je nak jadi mak orang
pagi lepas mandi buka almari baju dia trus pick dress flower girl. kaler putih suci tu membuatkan saya serba salah nk pakaikan dia..sure comot la dek mknan nnt
tpi since dia dah perasan cantik je posing dgn bju tu hmmmm mana boleh kata tidak kan?

pastu masa saya lipat kain dia nmpk key papa dia. alah yg saputangan besar tu..sibuk nk pakai kat kepala. rupanya dia tiru teacher dia yg suka pakai key masa kat taska. siap nk mandikan saya lagi pastu berlakon jadi org besar nk masak huawaaaaaaa mia mia.

apa2 je lah nak oiii

Posted from WordPress for mySamsung Tab

updated: Welcoming My Latest Family Member!!

update:

baby masih di wad since day 1 hingga day 5 ni..kesian di kena jaundice.

Nama baby: Muhammad Anas Safiuddin bin Muzil

 

Happy Monday people!!
Hari ni saya MC..sakit mata. Dapat byk hari tapi esok kena dtg keje. Ada mesyuarat.

Nak share pic anak buah terbaru saya. Baby boy, anak my adik Timah. Gambar ni semasa umur beliau errr 4 jam di dunia…cute je..berat 2.5kg. Kami pun usik Timah, masa pregnant perut kemain beso..rupanya baby kecik je. Ibu makan lebih hehehe…

Anyway, kelam kabut gak la nak menyambut baby ni. Pasal nenek sedara yg stay dgn abah meninggal hari sabtu 15 okt. Timah bersalin 16 Okt..Allah tu Adil kan. Dia ambik sorgN then ganti sorang lagi…alhamdulillah..

So skrg mak abah dah ada 14 cucu..tapi sure mereka x rasa tua coz semua cucu panggil mereka mak dan abah jgk hehehe..

Posted with WordPress for BlackBerry.

mengejutkan…

Salam Khamis..

tup tup dah hari Khamis kan..

rasanya baru je Isnin hari tu..

saya dah balik ke office hari ni..rasa rindu pulak nak blogwalking/ blogstalking…

hari ni dtg2 office jer..ada ‘hadiah’ dari Libresse menanti..dapat sample Libresse lagi buat kali kedua..thanks to the marketing!!!! mmg best Libresse..

dan agak shock bila dpt tau..post saya pasal Bajet 2012 kat sini pada 7 Okt adalah the most hottest view saya dapat..221 views. maybe bagi blogger lain dah tak heran angka ratus2 ni…tapi bagi saya it’s a good signal. Org ramai makin pandai guna teknologi IT untuk dptkan berita perkembangan negara..honestly i feel so happy. Entah, saya terlalu patriotik ke kot. Tapi..gembira tetap gembira. Walaupun maklumat dlm post tu tak seberapa, it’s worth writing. Memang tak ilmiah mana pun post tu tapi the point is ianya dapat membantu. maybe somebody tengah google nak tau sgt iye2 samada beliau akan dapat bonus ke, samada akan dapat naik gaji ke…at least it helps. Usually saya mmg tak rajin tgk statistik blog ni. Tapi sebab dah agak ama tinggal (lama ker?) sekali sekala kena semak stat jugak kan.

(Oklah..jgn la expect blog ni akan tulis mcm tu selalu ye…sebab this is an open blog…apa yg terlintas, itu yang saya tulis)

Have a nice Thursday people!!!!Keep on the good things and let us throw away the bad ones….

p/s: rasa ajaib dgn kuasa Allah. Mia demam for the past 3 days upon my departure to Langkawi. But, dengan izin Allah jua dia sembuh malam tadi lepas tidur bawah ketiak mama. Papa dia pun heran. Itulah, janji Allah memang benar belaka!!!

Previous Older Entries