Salam Ahad semua..
Diam tak diam dah nak masuk bulan Ramadhan. Maknanya dah lama la jugak tak de apa-apa update di sini..
Dah rasa diri ni tua dan tak bersemangat nak membebel macam dulu-dulu. Haha..ckp pasal tua, ada sorang kawan saya cukup tak suka kalau cakap pasal tua. Katanya we must feel young forever..jgn biarkan tua menghantui kita. Saya setuju jugak tapi kena tambah sikit..jangan nak rasa muda je sepanjang masa..fikir enjoy je. Kena beringat gak pasal tua ni..dan mati tak kira umur berapa kan..
Okla..kata nak update kan..ntahla apa yg nak ditulis ni bole kot dikatakan update. Sekarang ni tengah minggu exam. Minggu lepas demam hantar assignment. Minggu depan ni bermula lagi la second wave of exam and ada 2 lagi assignment group kena submit. Okla tu…slow and steady. Lepas exam 17 jun tu terusla kami cuti semester sampai september. Yay!!!! Saya suka cuti lama-lama…byk plan dah dilistkan ni. Yang paling best, puasa ni saya jadi suri rumah sepenuh masa. Alhamdulillah…kena masak hari- hari tu nampak gayanya. Nak beli kat param tu rasa mcm dah tak berbaloi. Nal boikot terus tak bole la kan. Sikit-sikit bole la beli dari param.
Okla..setakat tu je la update kali ni. Nanti sambung lagi ye…
Selamat menyambut ramadhan al mubarak..bak kata anak sulung saya:
Semoga amal ibadat kita diterimaNya!!!
Posted from WordPress for Android
Jun 15, 2015 @ 10:38:36
selamat menyambut Ramadhan kak sally.. moga Allah mudahkan semua urusan ya..
Jun 15, 2015 @ 11:20:14
Same goes to u ida…have a blessed ramadhan
Jun 15, 2015 @ 15:24:33
insya Allah =)