Salam Ramadhan 1436H

Salam Isnin…

Dah masuk 5 Ramadhan hari ni kan. Cepatnya Ramadhan nak berlalu..

Amacam puasa semua? Okay ke tak okay. Buka puasa tiap hari mengunjungi Param ke? Setakat ni kami masih berbuka puasa seadanya. Homemade sahaja. Malas nak bersesak kat Param. Sahur pun makan apa yang ada je. Makan pun bukan beria kan. Sambil pejam mata gitu…

Ni lauk berbuka hari pertama… siakap masak 3 rasa, kangkung goreng belacan, nugget khas untuk wafiy dan karipap untuk damia. Karipap dan nugget tu opkos beli frozen dan goreng saje..dalam bekas kecik tu ikan bilis goreng cili bawang sahur punya baki..jangan membazir..

image

Lauk berbuka hari kedua..ayam masak lemak permintaan wafiy dan damia, ayam goreng kunyit dan roti lapis daging ayam dengan cheese..

image

Buka puasa hari ketiga, alhamdulillah makan ramai-ramai kat rumah abah. Gambar tak sempat disnap sebab semua sibuk menyusun atur makanan yang berbagai. Ikan bakar cecah asam, bubur lambuk, gulai lemak rebung dengan ikan tenggiri, bubur kacang dengan durian, kuih-muih sedara mara bagi, air sampai 4 jenis. Standard la dah adik beradik ramai hehehe…walaupun saya tak berpuasa, buat-buat muka letih je la hahaha..letih ooo shopping dengan 4 orang anak…kelamkabut betul

Hari keempat, masih berbuka kat rumah abah. Yang special, sambal ikan kering pari..nyumss…selain lauk-lauk biasa yang lain. Plus butir nangka, sejenis manisan pencuci mulut kami buat sama-sama. Durian pun ada…adoiiii senak perut makan..

image

Ziyyad..macam puasa sangat dia duduk tengah-tengah tu kan…

Apapun lauk kita semasa berbuka, di mana pun kita makan pada hari itu, bersyukurlah dengan nikmat Allah..

Selamat berpuasa semua!!!!

Hari keempat,

Posted from WordPress for Android

Updates!!!

Salam Ahad semua..

Diam tak diam dah nak masuk bulan Ramadhan. Maknanya dah lama la jugak tak de apa-apa update di sini..

Dah rasa diri ni tua dan tak bersemangat nak membebel macam dulu-dulu. Haha..ckp pasal tua, ada sorang kawan saya cukup tak suka kalau cakap pasal tua. Katanya we must feel young forever..jgn biarkan tua menghantui kita. Saya setuju jugak tapi kena tambah sikit..jangan nak rasa muda je sepanjang masa..fikir enjoy je. Kena beringat gak pasal tua ni..dan mati tak kira umur berapa kan..

Okla..kata nak update kan..ntahla apa yg nak ditulis ni bole kot dikatakan update. Sekarang ni tengah minggu exam. Minggu lepas demam hantar assignment. Minggu depan ni bermula lagi la second wave of exam and ada 2 lagi assignment group kena submit. Okla tu…slow and steady. Lepas exam 17 jun tu terusla kami cuti semester sampai september. Yay!!!! Saya suka cuti lama-lama…byk plan dah dilistkan ni. Yang paling best, puasa ni saya jadi suri rumah sepenuh masa. Alhamdulillah…kena masak hari- hari tu nampak gayanya. Nak beli kat param tu rasa mcm dah tak berbaloi. Nal boikot terus tak bole la kan. Sikit-sikit bole la beli dari param.

Okla..setakat tu je la update kali ni. Nanti sambung lagi ye…

Selamat menyambut ramadhan al mubarak..bak kata anak sulung saya:

image

Semoga amal ibadat kita diterimaNya!!!

Posted from WordPress for Android

Kembali lagi di tahun 2015

Salam semua
Bertemu di alam maya sekali lagi setelah hampir setengah tahun blog ini menyepi.

Terpanggil mencoret di sini ketika sedang study untuk exam esok petang. Ya..saya kini seorang pelajar (tua) sepenuh masa. Tajaan kerajaan malaysia yang baik budi. Terima kasih daun keladi..kalau ada rezeki boleh sambung PHD. (Sekarang masih gigih exam untuk master)

Dengan baby kecik baru lahir pada 29 November 2014..saya diduga untuk membuat pilihan untuk terus (study) atau rehat seketika. Alhamdulillah..anak keempat penyeri keluarga melengkapkan 2 putera 2 puteri. (Nanti kita cerita pasal baby girl baru next time ye)

Sedang study..keluar belon atas kepala…keluar quote: hidup ini penuh dengan pilihan. Kadang lebih dari 2 cabang. Whether you take it or leave it. Ketika saya berkira-kira nak sambung baca buku atau nak naik ke tilam empuk tidur bersama baby. Ketika itu tetiba semangat membara…u must pursue your dream..not to leave it.

Dear Allah..please give me strength…

Sehingga berjumpa lagi…salam..

Selamat Hari Lahir Abah

Terngiang-ngiang lagu ni sejak semalam. Semalam hari lahir abah yang ke 66.

Tanpa abah dan mak..siapalah saya hari ni.
Tak mungkin dapat melihat bulan dan matahari..
Tak mungkin dapat apa yang ada hari ini..

Ya Allah kau panjangkanlah usia abah dan mak supaya dapat aku berjasa kepada mereka.

Ya Allah berikanlah kesempatan kepadaku untuk membalas jasa mereka..walau tak diminta…

Posted from WordPress for Android

Selamat Berpuasa

Salam Rabu

Salam Ramadhan hari ke empat..

dekat sebulan juga blog ni tak berupdate

biasala..sayangkan blog tinggal-tinggalkan..

ermmm…apa mau makan buka nanti?

persoalan yang sama hari-hari..

nak masak memang tak sempat lah..saya balik 530 macam biasa sebab pagi tak bole commit nak thumb-in pukul 8 atau 730..nanti merah memanjang dek kerana nak kejar balik awal

sempat tu sempat juga la buat air, goreng ikan masin, goreng telur dadar, masak sayur tumis. 1 jenis je la..tu pun kira ok la kan..

okla..masa dah time..

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa untuk semua rakan…moga ibadah kita diterimaNya…

p/s: buat ibadah takmo menunjuk-nunjuk ye..tak baik..nanti pahala tak dapat, dosa riak pula dapat. ingatan untuk diri sendiri juga.

take 5

Salam Selasa

hapa la..dah nak 5.30 baru nak take 5 ye..jadi la tu, dari takde masa langsung kan

teringin nak coffee, ala Old TOwn 3 in 1 tu je.tapiii MALAS nak amik air panas kat pantry. Nak cilok air panas bilik bos (bukan la dalam bilik bos..kat bilik PA bos la) yang 10 langkah tu je pun MALAS. Baguslah. Malas tak dapat la nampaknya. Ok lupakan coffee.

Alhamdulillah, hopefully kes kontraktor dengan bank dia tu dah ok, Penat la asik nak back up je. Kita ni tersepit, tak siapa peduli. Hari-hari tunggu depan pintu. Call dekat seribu kali. Siap pakai nombor berbeza dalam 1 hari tu. Lawak juga tapi silap besar la dia (kontraktor). Saya ni jenis manusia senang ingat nombor. Apa-apa nombor lah. Jadinya, nampak kesemua nombor tu baik di screen hp atau di screen telefon opis tu, saya abaikan jer. In total, kira-kira 7 jenis nombor telefon yang berbeza lah dia try. Sorry, wrong person :) Sudahnya manager bank call saya, saya angkat je la. Tadi dah bincang elok-elok, dah bagi peringatan kat kontraktor tu. Harap solution yang diberikan tu berhasil lah.

Ok nak balik awal. Saje je. Balas dendam..hahahahaha

Tu je..babai

penaakulan budak-budak…

Salam Isnin..

Saje je lah nak share kisah anak bujang sulung saya di sini..

Semalam, lepas solat, dalam bilik bawah. Wafiy tengah godek iPod dia. Sibuk minta mama on wifi kat henpon mama coz dia nak download youtube kat iPod dia.

Wafiy: Mama, abg long dah hafal password apple mama kat iPod ni…(muka kembanggg)

Mama: oh ye? apa? cuba sebut? (nak test…)

Wafiy: ******#### kan…. (muka selamba)

Mama: owh…yup..betul (tak kagum pun sebab dah dekat 1000 kali dia tenyeh kot)

Wafiy: mama, nak tahu tak..abg long tak bagi tau sapa2 pun tau password mama tu..

Mama: oh memang la..tapi kenapa abg long tak bagi tau (saje nak test..)

Wafiy: sebab ada nama mama dan papa (senyummm..)

Mama: (Dalam hati..aikkkk apa kaitan nama mama dengan papa tu? rasanya semua org tau nama mama dgn papa kan?)

Wafiy (sambung lagi..mcm tahu2 je apa dlm hati mama) : kan nama samaran seseorang tu hanya org yg rapat je tahu kan mama? tu yang abg tak bgtau orang lain…

ADOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII…..no comment..terlebih penaakulan budak ni ^-^

Previous Older Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.