Selamat Hari Isnin

image

Ramai tak orang yang malas macam saya hari ni? hehehehe

Jomla motivasikan diri hari Isnin ni yer…nak-nak hari ni adalah penghujung bulan September..oh no..esok dah 1 Oktober yer..masa oh masa cepatnya kamu berlalu…ada lagi 3 bulan nak habis tahun 2013…

Fakta hari Isnin yang dah lama tahu tapi selama ni tak kaitkan dengan kehidupan Isnin saya yang kelam kabut

Hari Isnin adalah hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW (selawat dan salam atas Baginda)..

Jadi jangan malas-malas hari Isnin okay..no more Monday Blues….(alahai…boleh ke ni)

Copied from Facebook…

Advertisements

Whatsap dari teacher Ziyyad

image

Amboiii mentang lah zaman teknologi kan. Teacher taska pun mampu pakai smartphone uolssss 🙂

Teacher taska Ziyyad memang rajin whatsap gambar Ziyyad kat saya…. best jugak dapat tengok keletah anak masa tengah penat-penat kerja kan. Ada kawan pernah komen, eh takde kerja ke teacher tu dok whatsap bagai kat kau? Bagi saya simple je..I take it as positive as I can. Buat apa nak tak tentu arah pikir negatif. Tak baik tau ada prasangka pada orang lain. Bukan laah nak kata saya ni baik benar orangnya tapi entahlah..I think it is normal for human. Like good than bad. Saya fikir teacher tu memang ikhlas nak bagi saya share kerenah anak saya even tak depan mata. Good enough for a working mother like me..I believe. Eloklah jugak dia dok snap pic anak saya dari saya tak tau dia buat apa masa tu kan..hmmm u got what I mean tak? Maksudnya pada waktu itu sya tahu dia dok belek anak saya bukannya tinggalkan anak saya macam tu je kan…ni ha nak share gambar yg dia hantar

image

image

image

image

image

Bukan takat gambar je yg dia whatsap kan..jika ada keperluan ziyyad yang tak cukup pun dia akan cepat cepat whatsap..eloklah kan..mudah komunikasi dan nak sampaikan info. Harapnya saya dapat jaga good relationship ni sampai bila-bila lah. Bukan semasa saya perlukan pertolongan dia saja…

P/s: mood gembira hari ni sebab esok saya mula cuti panjang til next wednesday. Boss dah approve cuti..I nak jalan jalan utara nooooo….

WW: KL Bird’s Park 15092013

image

image

image

image

image

image

image

image

image

BEST!!!!

Selamat Hari Malaysia Ke 50 16 Sept 2013

This is my hope as Malaysian…

Here in my home, one love undivided..

Let us be united…

Coz..united we strong, divided we fall…

Selamat bercuti panjang sehingga Isnin depan, kawan-kawan semua….

Chekidaut….

Salam Khamis…esok Jumaat…weekend ni cuti sampai Isnin kan..suka suka suka sebab ada plan cuti-cuti..yeeehaaa

Sebenarnya nak cerita pasal check up Ziyyad 9 bulan hari Selasa baru ni..sebenarnya tarikh diberi 4 Sept tapiii sebab banyak makan semut dan tak setbkat kalendar telefon maka lupalah pada hari sebenar tu. Bak kata tuan beso..tu lah dok bergantung sgt kat smartphone tu gitu lah jadinya..nasib tak kena marah..

9 bulan tak ada kena cucuk. Normal check up saja mcm timbang berat, ukur tinggi dan ukur lilit kepala. Berat naik la of course sebab budak ni makan tak memilih..so far anak paling senang dari segi makan dan kerenah. Alhamdulillah. Berat dah jadi 8.1kg. Tinggi 70cm dan kepala 46cm. Sihat je tak de apa apa penyakit berbahaya. Fizikal pun okay.

image

image
image

image

Perkembangan psikomotor dan otot ok dan normal. Cuma mama ni risau sebab tak merangkak lagi..dan gigi sebatang pun tak ada. Tapi nurse kata itu normal sebab perkembangan baby ada berbeza dari seorang ke seorang. Bab tak merangkak lagi tu..nurse tu tanya : puan bagi baby masuk walker ke? saya jawab iye..pastu nurse kata hmmmm patutlah..most baby yg naik walker akan lebih cepat berdiri dari merangkak. Diorg akan merangkak tapi lambat ie selepas berjalan sebab kita paksa baby berdiri masa kita letak dalam walker secara tak sengaja..compared to biarkan baby bergolek di lantai..eh eh faham tak ayat ni..faham kannn…
image

FYI, mmg ziyyad dah naik walker since 8 bulan walaupun saya ada cerita sebelum ni kat entry lepas lepas yg saya keberatan nak masukkan ziyyad dalam walker atas sebab-sebab keselamatan..tapi kami decided to put him in a walker sbb dia ni lasak sangat bergolek menyusur lantai sampai bwh meja makan dan dapur pun pernah dijelajahi echeh…dahla lantai kotor dgn habuk yang tak berkesudahan walaupun dah sapu dan mop berkali-kali. Kira tak selamat juga utk dia bergolek atas lantai. Satu lagi reason..dia ni kalau tak nmpk kelibat mama dia memang cengeng tak tentu arah..so adanya walker dapat saya buat kerja rumah sambil dia boleh tgk muka saya puas-puas :). Insyaallah tak ada apa kot..so far tak ada pula kejadian yg tak diingini berlaku.

image

Satu hal lagi yang menggembirakan saya adalah ziyyad suka makan apa saja yang saya masak. Sekarang saya jadi rajin masak sebab dia jenis pemakan. Dulu memang tak adanya saya nak penat-penat masak bubur lepas balik keje then gigih keluarkan blender pastu blend bubur pastu bubuh bubur dah diblend dalam mangkuk kecik-kecik untuk bekal ziyyad. Sebab dulu abang kakak ziyyad tak suka makan tau..sedih dan penat je kalau masak tak ada orang makan kan. Sekarang everyday ziyyad bawa bekal ke sekolah walaupun sekolah ada provide makanan 3 kali sehari (yelah bayar yuran rm400 kan..padanlah dgn harga)..sebab saya rasa seronok masak untuk ziyyad ni..

image

Oklah..tu je nak cerita…nak gi tgk orang hotel setting bilik untuk event esok…tatata..

Image

Balik Kampung Sungai Besar

…adalah perkara kedua anak-anak saya suka selepas duduk di hotel 🙂

Kampung, pada anak-anak saya adalah specifically merujuk Rumah Embah (nenek) di Parit 9 Barat, Sungai Besar. Walaupun ada 3 rumah in laws yang satu kampung dan berdekatan, tetap anak- anak saya tak nak iktiraf kampung sebab katanya kampung adalah rumah yang ada tangga tinggi dan ada rumah atas (2 tingkat..rumah papan semestinya). Rumah Mak Abah kat Kg Kelanang, Banting tu pun bukan kampung sebab tak de tangga tinggi hahaha..

Kadang-kadang risau juga kotla inlaws yang 3 tu kecik hati sebab anak-anak saya ni refuse tidur rumah diorang sebab bukan ‘kampung’ katanya. Harap mereka faham laaa perangai budak-budak memang camtu..budak-budak yang jakun kampung 🙂

image

Saya pun suka sebenarnya sebab kampung idaman saya adalah di sana (Sg Besar) sebab dulu-dulu saya selalu jakun dekat sawah padi..dan bila cakap sawah padi automatik refers to kedah negeri jelapang padi..sangatlah fail geografi ye sebab sebenarnya Selangor pun ada juga sawah padi saujana mata memandang.. alhamdulillah bertemu jodoh dgn orang ada kampung kat sawah padi sebelah rumah lagi…bestttnyaaaa suasana..nyaman dengan angin sepoi bahasa dan hamparan emas kehijauan..fuhhh..

image

image

Subhanallah…cantik kan pemandangan especially awan tu…membiru je. Abaikan pompuan comot baju raya recycle tu :). Ni kat sebelah rumah SIL saya je..memang luas dan cantik kan..itu belum masa bendang (sawah padi) menguning..lagi cantik tau..

Anak-anak pun suka berkubang kat bendang bila musim potong padi (panen kata orang jawa) sampai maghrib tak mau masuk rumah. Papa diaorang sibuk ajar anak bujang kail ikan sepat dan haruan guna buluh kecil tapi menakjubkan sangat sebab mengena je selalunya…

Satu lagi reason kenapa anak-anak suka kampung..sebab kampung ada ayam itik dan..kucing comels…

image

Habis kena gomol kucing siam tu..ada 2 ekor. Yang ni betina namanya Nomei…yang jantan nama Noneng…comel sangat..tapi kitorg tak boleh bela sebab ada orang asthma :p so kat kampung je la bole main kucing…

Ziyyad pon kalau balik kampung akan tidur dengan lena sebab biliknya menghadap bendang dan angin memang sentiasa bertiup..x payah guna ekon bagai 🙂

image

image

image

Tapi…perkara tak best..adalah masa nak balik dari kampung ke rumah semula…papa siap janji kat anak-anak nanti kita balik kampung lagi sebab anak-anak akan tarik muka masa kita packing nak balik rumah tu…so anak-anak gembira la…kalau tak memang taknak balik.

Perjalanan balik tu biasa lah.kami akan singgah JJCM cendol lah…nasi ambeng lah..satay la..soto la…mee udang banjir lah..bestnya papa layan jer nafsu naga mama dia ni 🙂 Korang kalau tak tau mana nak JJCM tu silalah panjangkan langkah ke area Kuala Selangor-Sabak Bernam…sure anda berpuas hati 🙂

Okla tu saje coretan karangan Balik Kampung saya hehehe…terima kasih sudi layan entry saya ni 🙂

Ziyyad 9 Bulan

Salam Khamis sambil berbaju batik ( utk yg keje gomen la)

Semalam ziyyad dah 9 bulan tepat. Tak sangka dah nak setahun dah baby mama..lagi 3 bulan setahun la. Tapiii…rasanya macam lambat pulak growth ziyyad ni compared to abang dan kakaknya. Ni masih tak ada gigi lagi walaupun dah mengganas menggigit orang macam dah ada gigi je. Duduk pon belum boleh sendiri. Kalau orang tolong pegang boleh la 🙂 . Baru je dok angkat angkat bontot gaya nak merangkak tapi dah dekat 2 bulan camtu je tak de merangkak pon. Berat badan tak check yang latest sebab belum gi klinik untuk check up. Masa dia batuk last month ada gi klinik mama mintak Dr Marissa timbang berat dia..baru 7.8kg je. Alhamdulillah berat okay kata doktor.

20130809_164447

Bab bab mengagah orang terkekeh ketawa tu biasalah boleh je..skrg jadi super manja pantang namapk mama je nak minta dukung. Yg peliknyabpapa ada depan mata dia selamba je. Mama ni kdang kdang balik kerja kena selit selit celah pintu nyorok nyorok nak masuk rumah jgn dia nampak ( kalau papa amik dia balik sekolah la) kalau nampak mama sure nangis meraung kalau tak diambik.

 

image

image

image

Dari segi makan, ziyyad ni jenis kalau nampak orang makan memang muka macam nak terkam je makanan orang. Pastu suap je apa apa semua dia bedal. Tak macam abang dan kakaknya. Baru baru ni saya try buat bubur nasi letak labu lemak kaler oren tu dengan stok ayam belen buat nasi ayam last weekend plus sikit daun sup..fuhh selera sungguh dia makan. Tak macam bubur yang lain sebelum ni. Ye la labu kan manis kira sedap la kat tekak baby. Kat tekak mama laaaagi sedappppp :). Sekarang saya buat makanan dia lebih untuk bawa ke taska hari hari sebab suka tengok dia makan berselera. Taska memang ada provide makanan everyday tapi ntahlah rasa gembira nak bekalkan makanan setiap hari utk ziyyad. Bekalkan 2 bekas tupperware kecik tu everyday. Malam makan sekali lagi. Kira 3 kali makan sehari cukupla tu kan. Hopefully mama ni bersemangat nak sediakan makanan utk ziyyad camni lah sampai bila bila 🙂

image

Hmmm sebenarnya risau lah tengok baby sebaya ziyyad dah pandai duduk dah ada gigi bagai macam Harraz comel anak Lia dan ada sorang anak kawan saya tu dah pandai duduk. Nanti next week checkup 9 bulan nak tanyalah kat doktor..normal ke tidak ni? Macam wafiy tak merangkak terus berjalan doktor kata ada kes camtu so oklah. Hopefully ziyyad ni oklah. Lain baby lainlah caranya kan .. ( cittt bunyik cam loser je hahaha)

image

image

Oklah..just nak share kegembiraan seorang mama bila anak membesar dengan karenah tersendirinya. Alhamdulillah…

Ok got to go….babai..nnt kita cerita lagi..

Previous Older Entries