bila tak boleh bercerita

Salam Rabu semua..

niat di hati nak cerita pasal birthday cum anniversary party Isnin lepas, tapi hari ni sangat tak menang tangan…

dengan kepala serabut fikir psl Wafiy…dia selsema skit pagi tadi pastu nangis masa nak mandi…kesian sgt tgk dia…

arghhhhh…sabo je la. jap lagi sharp pukul 6 cabootttttttttttt>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Advertisements

hari shopping paling havoc……

Salam Jumaat

fuh..hari ni sesak sungguh Alamanda..penuh dengan org gomen jer..SEMUA kedai berkaitan wanita (baju, aksesori, kedai mekap, kedai kasut, kedai handbeg) ya allah penuh dgn manusia berghairah utk menghabiskan duit yg baru dapat. Tambah sakit hati, semua kedai makan penuh giler..sampai tak de ruang nak berjalan. Tengok tu, punya banyak rahmat Allah beri untuk kita kat Malaysia ni. Syukur alhamdulillah Ya Allah. Yang saya tak puas hati, misi ke Alamanda kali ni tak berjaya langsung!!!!hinsssssss geramnyerrrr…apsal time harijadi saya jer mulalah Year End Sale? kenapa kenapa?

saya ni tujuan ke Alamanda tadi …nak shopping jugak hehehee..nak beli beberapa barang peribadi yg dah habis, nak redeem beberapa voucher Parkson, Carlo Rino, Clinique dan lain-lain (wah mcm byk jer….)..tapiii fuhhh memang tak sempat nak redeem satu pun. sebab semua kedai berkenaan penuh yg amat dgn manusia. mcm ulat. lelaki mmg takde sebab tgh solat Jumaat kan. tau je la kalau pompuan shopping, semua nak ditengok dipegang. sama la mcm saya. sudahnyer, masuk jer Carlo Rino, tak sampai 3 minit dah keluar balik, mintak nafas…serius sesak dlm kedai tu. pastu gi Tomei..pun sama. keluar balik. Pendek cerita, dalam 7 buah kedai..semuanyer tak de apa yg saya beli. Serius jimat shopping kali ni. Nak beli present utk suamiku pun tak de hati der. Nanti la esok masih ada kan. Yang penting ingatan dan kasih sayang.

hmm…so esok adalah percubaan shopping kali kedua. Tak tau berjaya ke tak. Sebab kalau cuti lagilah manusia macam ulat jadian kat shopping mall. Tapi esok pagi papa ada ajak pergi WetWorld Rembau..ala yang ada kolam air panas tu. Beria janji dgn wafiy dan mia. Tengoklah mcmana. Kot2 balik mandi manda tu kitorg akan singgah mana-mana shopping complex. (Alamanda je la, kat lain tentu tak la..)

kepada semua, happy weekend.dan Selamat Menyambut Maal Hijrah (erkk harijadi saya la tu jatuh pada hari tu)…semoga tahun baru islam ini membawa seribu satu pengertian kepada kita semua, insyaallah. Mari sama-sama berhijrah ke arah sesuatu yang lebih baik..

sebagai penutup, dipersembahkan gambar-gambar anak-anak kesayangan saya masa tgk Happy Feet 2 Isnin lepas (tak sah entry tak de gambo, kan kan…)

my love...

 tu masa tgh baik2..cuba kalau tgh gaduh…
 

sorang kiri sorang kanan

p/s: kepada yg belum tonton Happy Feet 2, saya sgt syorkan anda tgk la filem ni..best woooo..sangat best. nak2 3D…pastu lagu2 dia semua best..sarat dgn mesej baik utk kita…tengokla sendiri. anda pasti puas hati!!!!
 

Graduation and Concert Day TPW 2011

Salam Khamis…

akhirnya ada gak masa nak update pasal kisah hari graduasi dan concert day Tadika Perintis Wawasan tahun 2011 yang wafiy join 2 tahun berturut-turut..rasanya sana-sini semua Tadika tangah hangat dengan peristiwa ni, sebab tgk kat blog kwn2 dan status update kat FB/ Twitter cakap benda ni..

kejadian pada 20 November (Ahad) lepas. tempat di MAEPS sajer..ala yg tempat MAHA every year tu. Tapi, wafiy tak grad lagi ***hehehe sebab baru nak masuk 5 tahun umur dia. semua students kena join sbb ada persembahan utk setiap kelas. ada rehearsal siap, mcm org dewasa je gayanya. rehearsal hari Sabtu nyer. Mak bapak yang bercita-cita tinggi macam kami ni mmg sangat teruja nak tgk anak2 kesayangan beraksi…sampai sanggup tunggu masa rehearsal tu padahal teacher kata tak payah tunggu…sabor je teachers..pasal budak2 ni sesetengahnya kalau ada parents lagi buat perangai mengada2…termasuk wafiy hehehe..

seronok betul tgk ragam dan aksi kanak2 yang semuanya cerdik2 dan keletah dalam gaya tersendiri. tak sangka zaman cepat betul berubah, kanak2 pun dah semakin advance. gaya persembahan dah mcm org dewasa. tak kira costume dan pakaian diorg lagi. Wafiy join 3 slot. memula Lion King (yang dia jadi hero sebab teacher dia kata dia hensem..ni kwn wafiy yg cakap..sabo jela..), pastu joget Lolli polli (ntah apa lagu K-Pop tu…tapi layan laa) and joget Little Tea Pot (eh lupalaa tajuk penuh dia..)..boleh tahan jgk anak bujang saya ni merambu…dan it is so amazing how the techers can handle these little kids untuk ingat semua steps sekali dengan aksi dan lagu tu..alahai…baru sedar akan pengorbanan dan kegigihan seorang guru *insaf kejap*. kalau mama nye yang diberi tugas tu, mmg hancuss budak2 tu..kena marah bagai. kena ingat tu, bukan mudah menjadi seorang guru, apatah lagu guru sekolah tadika.

dalam banyak2 persembahan wafiy tu, ada satu scene dalam Lion King tu kan, wafiy kena gelak dengan semua parents pasal dia bersin 2 kali masa perform..aii mama dah cuak, jgnla anak aku buat perangai bukak mask ke hapa ke…sikiiittt lagi dia nak tonyoh hidung dgn tapak tangan..tapi nasib baik wafiy behave, cuma usik skittt je idung dia…*nasibbbbb baikk*. lepas persembahan mama kawan dia kata aikkk hero bersin daaa……

makan duluuu

 

kakak mia pun join makan

 

performing Lion King

 

amboi..ehemmmm

 
 

persembahan penutup...bersepahhhh

acara kemuncak dia adalah penyampaian scroll kepada students 6 tahun dan jugak award untuk 3 kategori yang dah lupa hahahaha sabo jela..salah satu  award adalah Kaizen. Nak dijadikan cerita, antara salah seorang students penerima awards tu terselitlah nama wafiy. wah mama dan papa tak lah harap sgt anak dapat award sebab tahu mcmana perangai dia. cuma adala teacher cakap wafiy pandai iqra’ dan pandai baca. dah stage K4 reading English dan Malay (K4 tu stage dalam silibus tadika smart reader rasanya). kira ok la..dalam nakal2 tu ada gak la hasilnya wafiy oiii…bangga memang la bangga…fuhhh kembang hidung papanya..
 

jejari gumuks mcm..erkkk papa

 

comel macam....papa jugak hehehe

 secara keseluruhannya, hari konsert tu sangat enjoy. selain dapat tengok bakat terpendam anak2 yang tak disangk akan terjadi, kitorg parents dapat jgk tukar2 opinion dgn management tadika, dan dapat get in touch dgn the dedicated teachers. Dapat jugak info dan statistik kemajuan dan prestasi anak2 sendiri selain daripada repot kad diorg. damia ternganga la tgk budak2 sebaya dia perform atas pentas. Papa siap cakap :takpe kakak, thn depan kakak pun boleh dance camtu. sebab thn dpn kakak skolah dgn along kan: terus damia tarik muka (dia masih takdpt terima kenyataan bahawa kitorg nak tranfer sekolah dia dari tadika sekrg ke tadika yg up sikit hehehe. takpe la pujuk pelan2. *erkk kalau tak mau gak hangus laaa duit deposit ratus2 tu nak oiii..janganlaaaaa***
 
kami jgak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada pengurusan dan juga teacers yg mengajar dan mendidik wafiy selama ni. nak bagi hadiah besar2 tak de bajet hehehe…cukuplah apa yg ada jer ye cikgu :p
 
p/s: Harimau Muda telah tewas kepada Syria malam tadi..takpe..kalah kita sokong menang apatah lagi, kan..cheersss!!!

Harimau Muda: Tiada Yang Mustahil

 

pic credit to Google

 

Salam Selasa sekali lagi

Ini entry penuh dengan semangat keharimau-malaya-an. So kepada sesiapa yang rasa tak nak layan semangat saya ini, saya harap bersabar sikit kalau masih terus nak menyambung pembacaan di sini.

Entry hasil kemenangan Harimau Muda di SEA GAMES KE 26 malam tadi. Entry berbaur Ultra Malaya. Entry ada rasa ala-ala bangga walaupun saya tak berhak untuk rasa demikian. Sebab yang bermati-matian pulun kejar-ligan-rembat bola bulat dalam padang seluas saujana mata memandang tu adalah bukan saya. Fuh..nak main bola? memang saya kaki bangku. Tengok padang saujana mata memandang tu pun dah rasa berbalam-balam jer, ni kan pulak nak berlari selama at least 90 mins tu..adoyai….tak berbakat dan tak berupaya akak!!!

Tapi yang pasti, tukang jerit-jerkah tu memang kegemaran saya. Nak dijadikan cerita, saya ni memang dari kecik dibesarkan dgn bola sepak. Kenapa?elehh..biasalah orang kampung..apa lagi nak buat. aci free jer, tak kira kita gegurl ke boy ke, asal ada benda bulat je mau rembat jer. masa tu tak kira offside ke hapa. terjah jer.janji puas hati dapat benda bulat tu. pastu nak pulak Selangor adalah champion Piala Malaysia masa era saya membesar. FUhh…signature adalah REDGIANT19 aje kat mana-mana buku latihan. Mcm hebat lah sangat. (pemain selangor pakai jersey 19 tu..sapa pandai, cer teka sikit..i malu nak sebut).

berbalik pada Harimau Muda kita. honestly saya bangga dan happy for their capabilities. They’ve shown us and the whole world that they deserved to win the match. Prestasi sangat baik dan menunjukkan peningkatan sewajarnya. Ingat lagi masa zaman dulu, pemain bola Malaysia (tak semua) suka tunggu bola kat kaki sendiri baru nak rembat. Harimau Muda ni, tak. Diorang lincah kejar bola, tak kira jauh ke dekat. Macam tu la kita semua suka dan harapkan. Kiranya, era bolasepak Malaysia dah berubah. Iyelah, sapa lagi nak ubah sesuatu tu kalau bukan generasi muda masa kini, kan.

Satu lagi, saya juga bangga Harimau Muda ada semangat dan kekuatan mental yang sangat luar biasa bagusnya. Saya berani cakap, even senior player Indonesia pun tak boleh challenge kekuatan mental adik-adik macho semua tu. Nak sebut nama satu-satu pun tak dapat sebab SEMUA bagus. it is worth investment buat sesi latihan jauh2 kat oversea. Kan orang bijak pandai ada kata, jauh perjalanan luas pemandangan. Jadi budak-budak ni kalau selalu didedahkan dengan dunia luar, insyaallah akan matang cepat pemikiran. So, kepada Kementerian Belia dan Sukan, i strongly feel that bajet u all next year untuk program peningkatan keupayaan prestasi sukan akan dipertingkatkan proportionately dengan u all punya achievement, insyaallah.

Jadi, Harimau Muda sekalian, eventho i rasa u all tak baca blog ni, just want to let u all know that you’ve done a good job, so you deserved the victory. Keep up the good works. Kalau nak pump up you all punya performance, this is the perfect time. sementara masih muda dan berkeupayaan. Don’t give up and just remember, nothing impossible in this beautiful and wonderful world!!!

Thanks for give us the feels of being proud uf our own nation. Thanks a LOT, to the team including the macho coach- Mr Ong Kim Swee and the rest of you. Thanks again!!!

YUNA dan Malaysia BOLEH

Salam Selasa semua
 
hari ni amat kelam kabut..maklumlah semalam cuti mengejut. tapi bangun ttp awal walaupun tido lambat gara2 menunggu lagu Negaraku dimainkan masa gold medal presentation kpd skuad Harimau Muda kita tengah malam tadi. sebab i missed the earlier Negaraku..rasa terkilan sangat. masa tu saya rasa lagu Negaraku adalah lagu yg sangat sedap dan sungguh eksklusif.
 
tangan dah gatal nak memblog psl kemenangan malam tadi. tapi masa tak mengizinkan. tetiba terdengan lagu Yuna yang sangat melankolik dan best sangat ni..i just love this song. so awesome. Yuna memang sangat berbakat dan unik. Lagu ni dapat anugerah Lagu Terbaik untuk Anugerah Industri Muzik baru-baru ni. tak hairanlah sebab mmg sedap lagu ni.
 
 
Penakut – Yuna
 
Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Ulang Chorus
Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Semoga Yuna terus sukses di masa hadapan. Malaysia memang BOLEH!!!!!!!!

sejuk sejuk sedap

dah petang ni..lemau pulak rasanya

tambah pulak dgn hujan diselubungi kegelapan..

belek2 henpon ada gambar makanan…(aiiiii…..penting sgt makanan tu yer sampai nak diblogkan)

sedap..cendol special

perghhhh…sejukkkkk sedappppp
 
asikrim vanila diapit toasted bread OT
ni menu permintaan orang kena eczema teruk….hahaha ala2 vege la konon. exactly not me la. me belasah jer. saya punya nasi lemak special sambal sotong. tak sempat amik gambar dah kena ngapppp…..
 
…ni masa lunch semalam. murah rezeki, hari kedua dalam minggu ni orang belanja lunch..mekacih echah…love u so much>>
 
 

specially dedicated to The Harimau Muda of Malaya

Salam Jumaat

perghh..dah lunch baru baru boleh menunaikan janji..

as my tweets last night, saya janji kalau Harimau Muda dapat tewaskan Garuda untuk Perlawanan Kumpulan A Sea Games 2011 malam tadi, saya akan buat 1 entry special untuk this victory..masa tu saje2 je lawan tweet dgn Farah, my ex-UiTM fellow…mcm2 la janji2 kami..ada yg nak belanja staff mkn durian laa..ada yang nak shake hands dgn org indon la..dan Puan Lia kita ni janji nak pakai baju kuning-hitam hari ni..tgk2 di tweet pagi tadi wallawehhh cantik sangat dia pakai jubah hitam dan tudung kuning..saya ada gak janji nak belanja kawan makan, janji nak cari jersey Harimau Malaya, janji nak buat entry yang special utk Harimau Muda..

so far,

  • janji nak belanja kawan makan: DONE
  • janji nak cari jersey Harimau Malaya: NOT DONE YET. TUNGGU HABIS OFFICE HOUR
  • janji nak post special entry: HALF DONE …oyeahhhhhh

 

ok..let’s move on.

i think last night match is so emotional, same as whenever Dato Lee Chong Wei met Taufik Hidayat and other Indons’ players. I just understand that this is due to the untolerable and uncivilised manners of the other part of the participant, which will happen all the time, all around the globes. Senang cerita, asal Malaysia lawan mereka, mereka akan ada semangat dan taktik kotor semacam, which make me feel uncomfortable. Nak maki lebih-lebih nanti malu dengan diri sendiri (cheh, bersopan la konon..malam tadi ada gak tweet yg terbabas dari landasan)

logo yang so aummmmmmmmmmmmm

Sebenarnya, i always hope that the other participant will behave well and show their respects tak kira la game apa dan di mana tempat game tu berjalan. Sebab setiap perlawanan ada kalah dan menang, like life which is full of ups and downs. So just accept the kalah dan menang. Just remember that, kalau menang takkan dapat dunia, kalau kalah lagi lah, kan..so, next time i hope the respective participant will slowly accept the games spirit and not to feel so down when they lose.

Young Tiger Shahrul Azwari yg score

last but not least, i still feel very proud of our young  tigers who never stop to believe that nothing is impossible in the world. I AM TRULY AND HAPPILY PROUD OF YOU ALL, YOUNG TIGERS…..WISHING YOU ALL THE BEST FOR THE NEXT GAMES….JANGAN JATUH SEBAB LEMAH SEMANGAT…JATUH SEBAB SUDAH PUAS BERJUANG!!!!

**All pics are from Google

Previous Older Entries