…ntah…

salam..
banyak benda nak cerita
tapi..

takde mood lah….

Advertisements

…mari jumpa mr dentist…

for the past few weeks, wafiy always complaining about his rotten tooth, which is true. no doubt about the complaints, because they’re real. “ma, abg cakit igi…takmo oshok igi”…was the most popular complaints…

and i was like ‘ermm..so clever ha this boy. takmo gosok gigi lah tu’..and keep on ignoring his complaints (i was trying to not overpamper him, for his own good). But, his papa, being the most gentle father on earth, really care about this problem. And decided to bring him to Mr Dentist. Which is i’m not going to because i think Wafiy will not love the session later.

But, after long discussing and some more “ma, abg cakit igi…takmo oshok igi” complaints, on 26th we finally brought him to Dr Jeya’s..
At first, i thought Wafiy will ‘play some drama’ at the clinic, but NO IT WAS NOT..please forgive mama, Wafiy, for under estimating your behaviour…the session was so calm..and i can’t say more..just see the pics below..

uii..so steady ha this boy..kata dr jeya

mama, i cudn't smile at all..hehehee

so, Wafiy is happy now with the tooth…no more complaint..and mama really amazed by you, Wafiy…

…mari kita cuba yang ni…

salam
masa mula-mula receive emel ni, saya macam rasa nak tergelak
dan nak delete sahaja
tapi, saya tak jadi delete
sebab ini ilmu rumahtangga
tak salah untuk kita cuba sama-sama
tapi..hanya utk yg dah berkahwin sahaja okehhh

Bila kita sudah lama berkahwin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Di bawah ini ada beberapa tips untuk menggoda pasangan. Harap-harap anda akan berjaya.

1. Cuit-cuit

Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja,cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasastresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda ganggu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untukmenambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.

2. Kenyit-kenyit.

Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata.Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik sidia dengan cara ini. Respons dia juga tentu menggembirakan hati anda.

3. Ops, maaf terpegang.

Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil tangannya, bukan ambil barang itu.Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang, tak sengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.

Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu,pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya.Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikit tetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’
5. Tersentuh tangan.

Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.
6. Urut mengurut.

Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda.Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual..
7. Usik melalui telefon.

Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor.. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda.. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya , anda pula dimarahinya.

8. Suapkan makanan.

Bukan anak sahaja makan nak kena suap.. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.
9. Betul-betulkan rambut.

Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut sidia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemudian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah,romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang.

Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata,cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.
11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan.

Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan.Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalau terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops… tuala terlepas

Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….

13. Jeling-jeling

Kalau tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya.Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula pada anda.
14. Gesel-gesel

Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus.Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini jugaboleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…

15. Cubit-cubit

Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga.

Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.
17. Ciuman di dahi

Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah,mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.
18. Sembur wangian pada bilik.

Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini,setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.
19. Tolong betulkan baju

Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk..Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar,takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri,ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.

Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar sidia.
Selamat mencuba.

…damia mengganas (lagi)…

betul kata orang tua2
kadang2 baby girl lebih lasak dari baby boy
ini terjadi pada damia..
dia memang lebih sangat lah lasaknya daripada abangnya wafiy..

hah
amacam..
percaya tak? 🙂

…trip ke Cameron Highlands yang memenatkan…

18.12.2009

pagi-pagi buta kami dah gerak ke CH..
dengan senang hatinya
tanpa memikirkan something bad will happen..

apa yg bad sangat tu kawan2..
ialah..



massive traffic jam all along the way up there..
berapa massive??
hmm..7 hours..itu 11 km jer jarak dia..
(malas nak snap gambar sebagai buktinya….biarlah Allah jadi saksi hehehe :-))

geram sangat
badan letih sengal sana sini
jauh2 datang, sempat singgah 3 tempat jer
(yg paling sakit hati, sempat shopping barang 2 rat jer..)

takpe..
saya janji..
next time kami akan ke sana lagi…
tunggu…………….

kesian wafiy...dapatlah tgk rerama seketul dua


…request from wafiy…

beria tajuk ni..
bukan sebab apa
saya kagum dengan budak2 zaman sekarang
pandai je bab2 gajet nih..

apa citer ni?
mcm ni, last friday wafiy asik merengek kat papa dia
nak kete remote..itu oklah i faham budak lelaki..
tapi yg saya tak tahan tu
dia boleh request nak kete remote yg kat NIlai 3 tu..

apa??NILAI 3?
saya pelik, camana dia tahu Nilai 3 tu ada kete remote? kat kedai depan umah pun ada but he insist nak g Nilai 3 jugak
(mula2 marah juga tapi saya kan kreatif dan inovatif…alang2 dah ada request nak ke Nilai 3 tu..apalagi. ikutkan aja. saya dah sediakan Plan B…hahahahaaa..apalagi..shopping lah…hmm apsal lah saya marahkan Wafiy tadi. patutnya say thanks to him..hahahaaa..)

jadi petang semalam papa terpaksa bawak kami pegi Nilai 3. (Papa jangan marah ok, ini request anak terunamu. Mama ikut aje)..

dan hasilnya..ni lah idaman hati wafiy:

pstt..thanks kete chumil. sebab kamu, suami saya dengan relanya bawa saya shopping hari ni..

alang-alang menyeluk pekasam, dah alang2 ke NIlai 3 ni, baik saya rembat apa yg patut kan..
nilah hasil rembatan yg diilhamkan oleh wafiy juga…

carpet disney's little einsteins

it comprises wafiy, damia, papa and mama...hehehe

dan muka yg penuh kepuasan

…damia mengganas…

salam
dah lama tak update on Damia
sebab mamanya malas..
(ambik gambar banyak2 pastu peram 🙂 heheehee)

Damia dah pandai memanjat tangga..
dah sampai anak tangga ke 3 (mcm carta lagu pulak)
kalau dibiarkan mau sampai atas agaknya..
uishhh bahaya..kena pasang safety gate nih..
pastu pantang nampak ada dinding atau benda yg boleh dia hold on, dia akan usaha dengan gigih..
sofa dengan kabinet tv umah saya ni mmg dah khatam dia tawaf everyday..
ngeri jugak, takut terlentang *dah penah pun sebenarnya*
tapi takpe mia..learn from mistakes ok..hidup ini mmg penuh dugaan 🙂
ada satu kali tu mia gigih nak panjat tangga..mama diamkan je.just wanna see how far she can go….hahaha sampai anak tangga ke 4 dia dah sibuk membebel ‘ma..ma..ma…’ *mintak tolonglah tu*…

alhamdulillah..my Damia membesar dengan sihat dan normal….

Previous Older Entries