Aidilfitri 2012/ 1433H: Sneak Preview

Salam Aidilfitri semua..

hamboi..tajuk macam artis la pulak…takde orang heran la sneak-sneak ni..semua pun dah reveal cerita raya masing-masing dari raya pertama sampai ke sudah kan..saya je yang tak de mood nak update cerita pasal raya kali ni memang tak ambil gambar sangat..masing-masing sibuk berborak dan makan makan makan sampai senak :p

Kali ni, upload gambar hari first Aidilfitri 1433H..macam biasa kami berkampung di rumah mak malam raya tu sampai tengah malam, sampai orang takbir balik, baru balik Dengkil. Pagi tu siap-siap dan bersalam-salaman dengan tuan beso dan anak-anak..pastu amik gambar syok sendiri (pakai self timer jer)..tu yang memacam aksi keluar tu…ada yang memuncung, ada yang merajuk..adoiiii. Pastu gambar 2 ketul tu pun kena crop kan sebab tah macamana setting sampai nampak habis segala aksesori tak sepatutnya dalam gambaar :p

*first snap..mama dengan Damia jer yang nampak bersedia..*

* ini baru okay tapi Wafiy spoil la dengan muka kubis masam dia tu*

okla…dah petang-petang ni, banyak pulak halnya..esok-esok kalau rajin saya upload dan update gambar lagi yer….

SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR BATIN….DARI KAMI SEKELUARGA

Advertisements

layan mood…

Salam 27 Ramadhan..

lagi 3 atau 2 hari je dah nak raya…

persiapan saya biasa-biasa je, almaklumlah Mak Buyong..

anak-anak lebih diutamakan..nak-nak si Damia tu..baru beli kasut/ baju baru terus nak digayakan..adoyai…

sekarang mood kerja adalah merudum sangat-sangat..ramai kawan dah balik kampung beraya…saya ni tak kisah sgt pasal balik kampung tu, tapi malas sangat nak pergi kerja….kampung tu 30 minit je dah sampai hehehe..

layan je la aksi kanak-kanak tahan lasak ni..buat apa pun, mama sayanggggggggggggggggg sangatt

Kat Bukit Melawati hujung bulan Jun…

okla..jom jom kemas-kemas office, esok dah cuti..yahuuuuuuuuuuuuuuu

besday dan sedih menjelang aidilfitri

* nampak bebeno dah tak de mood nak kereje ini hari (dan esok…)..tu pasal ada entry tambahan ni pulak…

Hari Ahad lepas, 12 Ogos 2012 adalah ulangtahun kelahiran tuan beso (suami) yang sangat saya sayangi dan hormati…yang ke ehem ehem 32 tahun..iye, dia muda setahun dari saya….

tak ada celebration yang happening sesangat, sebab bulan puasa lagipun beliau memang seorang yang wasatiah..sambut-sambut besday ni memang tak pernah dibuatnya..kecuali besday saya dan anak-anak. Nak beli kan kek pun dia kata tak payah, nanti tak termakan. Almaklumlah, bulan puasa mana ada orang terhingin nak makan kek..lagi baik makan murtabak ke, satay ke, roti john ke…kan..Tapiii, mak saya masak special punya untuk majlis iftar Ahad tu, untuk menantu kesayangan dia (ni mak yang cakap tau)..masak lauk-lauk yang tuan beso suka..macam rendang ayam pedas, sambal sotong, pajeri terung dan abah lagi bagus, siap sediakan sebotol beso Coca Cola sejuk sebab dia tau menantu dia memang hantu Coca Cola sejuk..

Jujurnya, saya kesian tengok tuan beso every time besday dia. Sebab dia mesti akan terkenangkan arwah emak dan bapak yang dah lama tinggalkan dia. Memang sayu giler. Masa dia hadap juadah yang mak masak untuk dia iftar tu, dia termenung lama..saya tau, dia rindukan arwah emak dan bapak…*alamak sedih apasal saya pulak menangis ni**********

Saya tahu tak ada apa benda/ orang dalam dunia ni yang boleh gantikan arwah emak dan bapak, untuk dia dan adik beradik dia..sebab tu dia tak herankan hadiah ke ape benda ke dalam dunia ni masa besday dia..dia harap kalaulah masa boleh diputar, dia nak emak dan bapak dia ada disamping dia selama-lamanya…alamak i’m so sad la……(apatah lagi dia kan..)

Buat dia, suami saya dunia akhirat insyaallah, saya doakan dia panjang umur murah rezeki, diberi kesihatan yang baik, dilimpahi dan diberkati rahmat Allah dan sentiasa dilorongkan hati untuk membuat kebaikan dan dijauhkan dari malapetaka dan hasad dengki manusia. Amin…

Ohya sempena besday beliau dan juga sempena raya yang dah nak dekat ni, meh saya nak share kan salah satu nostalgia yang paaalinngggggg tuan beso sayangi sehingga kini, iaitu gambar Aidilfitri beliau bersama abang dan adik beliau semasa beliau berumur 5 tahun, masa tu bapak dah meninggalkan mereka adik-beradik..kira gambar ni masa tahun pertama mereka bergelar anak yatim..diorang beraya kat rumah paman (pakcik) sebelah bapak masa tu..so korang agak sedih tak sedih beraya dalam keadaan macam tu? Ni la gambar nyer:

* Tuan Beso adalah buda debab yang silang kaki tu..muka sebijik macam Wafiy kan

Okla…..jom kita kesat airmata……………….sobsobsobbbbbbbbbbbbbb

Salam Aidilfitri 1433H

Menjelang hari raya, mood kerja pun dah berkurangan kan..

nak-nak Mak Buyong macam diri ini..

memandangkan ada rakan-rakan yang dah mula bercuti hari ini, entry ini adalah untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua..mohon maaf zahir batin sekiranya ada terkasar bahasa dan tulisan-tulisan di sini, selama ini, mana tahu dalam diam ada yang terluka. Rambut sama hitam, hati lain-lain kan….maaf dipinta sekiranya ada ye…

kepada rakan-rakan yang tahu rumah saya tu, dipersilakan lah datang menjamah hidangan raya apa yang ada. Tapi kalau nak makan special, call lah dulu ye…

itu aje la untuk kali ini…Selamat bercuti semua dan berhati-hati di jalanraya…moga Aidilfitri memberi cahaya kegembiraan kepada semua

bikin panas je

Salam 24 Ramadhan

hari ni memang tak ada mood nak keje

mesin TAMS (perakam kehadiran) rosak

aircond 1 building office tak ada..sampai sekarang bilik saya masih hangat membara…tension tau..dah la puasa, mengandung pulak tu..cakap dengan bos pun terkipas-kipas..lantak la situ

pastu lepas mesyuarat kat tingkat 7 tadi, boleh pulak pintu terkunci automatically…nak keluar memang tak dapat..hangin 1 badan. Dalam 10 minit jugak tunggu budak maintenance datang betulkan….sabo je la…..nak turun tangga, memang tak la kan. dengan perut boyot ni ha?

so tak de mood nak masak apa-apa petang ni..beli di PARAM je nampaknya…harap-harap PARAM masih ada dan orang dah tak ramai…

bosan-bosan ni, nak menatap wajah-wajah kesayanganku ni lah 🙂

Inspector Damia

Ben 10 Wafiy

udah la tu……buat keje (walaupun dalam kepanasan membara)

mood raya dah datang..mood keje?

ke laut la…apa lagi

kalau tidak takkan la ada 2 entry dalam satu hari ni..hehehe

tadi lunch break sempat melayan mood raya..beli tudung je..

fuh, ramai giler manusia giler bershopping kat Ariani Bangi tadi..maklumlah ada sale raya plus orang gomen dah dapat bonus..sampai bersenggol senggolan..cuma tak sempat cubit cubitan je kat makcik yang siku perut saya tadi…choiii betul….sakit tau..

ehem..dalam sakit-sakit tu….dapat gak la 2 helai..tu pun dalam sejam gak mencelah-celah di ketiak manusia lain

boleh tahan la sale..tak la gila-gila sangat..berkenan dengan 1 tudung chiffon tu..sangattttt cantik..3 layer..tapi harga mak kauuu…..lepas less discount RM250 tu….telan air liur je la. Dapatla kad member kaler pink tu..jadi laaaa…

yang purple untuk mak, yang orange untuk saya hehehe

p/s: balik ni sah kena perli dengan tuan beso…sakan shopping..sebab terserempak dengan member opis dia kat Ariani tadi…

 

Cucur Kurma

Salam 21 Ramadhan semua…..

Semalam, plan asal nak singgah PARAM..tapi lupa pulak semalam ada Pasar Tani pulak..so memang jalan jammed gile la kat area pasar tu. Malas nak singgah, buat peluh ketiak je cari parking, terus balik rumah. Pastu gelabah nak makan apa untuk iftar nanti.

Nasib baik ada stok kerang, bayam dan lauk-lauk basah sikit dalam peti ais. Sampai rumah pukul 6.15, terus solat dan mulakan tugas mcam lipas kudung. Ala, masak senang-senang je pun. Bayam tumis lada hitam, kerang rebus, sambal telur ala jawa faveret tuan beso. Pastu tetiba teringin makan Cucur Kurma selepas mengskodeng blog sapa ntah petang semalam. Kebetulan kurma memang la banyak sangat, alhamdulillah murah rezeki orang bagi. Bermacam jenis. Lagipun, rasa dah bosan pulak makan kurma begitu saja. So, try la buat Cucur Kurma. Resepi sebenanr tak tahu. Resepi cuba-cuba, ni la dia (kot-kot korang nak cuba sementara stok kurma masih ada kat rumah tu kan):

CUCUR KURMA (untuk dapatkan 20 betul cucur)

Bahan-bahannya:

10 biji buah kurma dibelah 2 dan buang bijinya

6 sudu besar tepung gandum

4 sudu besar tepung beras

secubit garam

1/2 sudu kecil baking powder

Air paip secukupnya

Minyak masak untuk menggoreng secukupnya

Cara-cara:

1. Bancuh tepung gandum dan tepung beras bersama garam dan air. Agak-agak kepekatannya untuk menyaluti kurma nanti. Jgn cair sangat. Nanti lembik pulak cucur.

2. Panaskan minyak masak, bila dah panas, celupkan sepotong kurma dalam bancuhan tepung dan goreng macam biasa. Bila dah kekuningan dan nampak rangup sedikit tepi-tepi cucur tu, bolehla angkat dan hidangkan.

Senang je kan…sedap pun sedap. Rasa manis kurma tu balance dengan tepung tu. Kira tak manis sangat la.

Damia suka sangat cucur ni (Damia lagi..nampak beno Damia budak kuat makan kan)..sampaikan masa saya solat, papa dia kata, dia curi-curi panjat meja makan dan buka tudung saji ambik sampai 3 ketul cucur ni..adoilaaa Damia…sampai gitu sekali ko nak nyorokkan ‘keburuklantakan’ mu itu ye….

ok la sesapa sudi nak cuba, cuba la selagi stok kurma masih ada..hehehehee

Previous Older Entries