…quick update…

hai semua
dah lama tak update blog ni
banyak cerita sebenarnya
tapi masa tak mengizinkan..
ada citer tak best psl keje, ada citer best pasal kawan, ada citer best pasal besday parties, ada citer best pasal member dpt baby..ah mcm2 citer la tapi berderet-deret tunggu turn..hopefully saya tak lupa…

ok lah…nak buat satu paper lagi..sebelum pegi Labuan tomorrow night..

Advertisements

…hari ini, syukur padamu Ya Allah…

15 Mac 2009

Nur Damia Maisara buat pertama kalinya melihat dunia yang selama ini berada di luar pandangannya di dalam rahim saya sebagai ibunya.
Walaupun saya kepanikan sewaktu melahirkannya secara normal (buat pertama kalinya, kerana wafiy dilahirkan secara c-sect), alhamdulillah sakitnya tidaklah sekuat mana. Saya sangat bersyukur, sebab anak kecil ini sangatlah comel dan sempurna sifatnya. Disamping itu, saya sangat berbangga sebab berjaya juga melahirkan anak secara normal selepas beberapa mimpi ngeri yang selalu buat saya terfikir ‘bolehkah saya bersalin secara normal ni..’ sebab takut luka lama berdarah kembali 🙂

Memang dari awal kandungan, saya dapat rasa bahawa bayi ini adalah seorang perempuan, sebabnya, saya jadi lebih rajin dan sukakan benda yang cantik. Dan alhamdulillah, Allah makbulkan keinginan saya untuk menimang cahayamata perempuan buat pelengkap keluarga saya ini.

hari pertamanya..

Dan saya sangat bersyukur, untuk sekian kalinya, kerana Damia ini memang tidak menyusahkan saya, baik dalam tempoh pantang, atau selepas kena suntikan wajib. Maksud saya, Damia ni memang tahan lasak. Tidak menangis ketika dicucuk dengan vaksin, dan tidak pulak demam selepas beberapa kali suntikan. Sungguh tahan lasak, kan. Dan satu lagi, syukur Ya Allah walaupun Damia tidak menyusu badan mulai bulan ke 2 sehingga hari ini, tidak pernah dia dapat penyakit seperti selsema, batuk dan sebagainya. Sehingga ke hari ini, baru 2 kali dia kena selsema, itu pun berjangkit daripada pembantu rumah kami.

15 Mac 2010

Pagi-pagi lagi, selepas solat subuh, saya tenung muka Damia yang suci bersih yang sedang lena dibuai mimpi. Dalam cahaya kelam subuh, saya rasakan kasih sayang saya meresap jauh ke segenap urat saraf tubuhnya yang mungil itu. Hmm kalaulah boleh saya gerakkan Damia masa itu juga, saya akan gerakkan dan bisikkan bahawa betapa kasihnya saya kepadamu, permata hati mama. Saya cium pipi montelnya, dia terjaga sambil senyum memanggil ‘ma..ma..’. Terus saya angkat Damia dan letakkan ke pangkuan. Alahai, harumny bau mulutmu anak, kalaulah mama dapat mencium bau ini untuk selama-lamanya………

masa ni dah 6 bulan

Hari ini juga, saya berdoa buat sekian kalinya. Ya Allah. kau panjangkan umurku dan umur anak-anakku termasuk Damia. Supaya sempat kami melalui nikmat perjalanan hidup ini bersama-sama. Sekiranya kau takdirkan aku pergi dahulu, aku harap masa itu anak-anakku sudah boleh berdiri dengan kaki sendiri. Supaya tidak menyusahkan orang lain, dan supaya merekan tidak kehilangan punca dan arah. Dan sekiranya Kau mahu ambil nyawa anak-anakku sebelum aku menutup mata, kau ambillah mereka dalam keadaan yang baik dan dalam iman (walaupun aku pasti hdupku akan merana selepas itu..). Dan juga tidak lupa, kurniakanlah kejayaan buat anak-anakku di dunia dan di akhirat….dan tunjukkan kami jalan yang benar..tutupkan hati kami daripada jalan yang salah..

buah hati mama

Nur Damia Maisara, seperti makna namamu yang kami beri, Cahaya Keberkatan dan Kesenangan…jadilah bunga yang mewangi yang akan memberkati dan menyenangkan hati sesiapa sahaja disekelilingmu..semoga kasih sayang kita kekal selamanya…….

Sesungguhnya sayangku ini adalah selamanya……………

…damia dipaksa gunting rambut (oleh pengawas)……

hwahwahwaaaa.
sedih sungguh damia..
sebab kena paksa potong rambut
oleh pengawas rumah yang tidak ditauliahkan…
sebab pengawas tu rimas sangat tengok rambut adik yang terlampau…
dah sebab adik tak berdisplin menjaga tatacara rias rambutnya..
ha, amik kau damia…

masa dah memang gawattt.....

huh tgk tu..ayak mata dah belemuih kat muka

sekarang, baru lah berdisplin, kan Damia 🙂

…betapa susah menjadi ‘orang harapan’…

baru balik dari Seminar Pengurusan Strategik 2010…
terus terkejut dari ‘lena’..
bahawa SKT 2010 unit saya adalah totally under my control, and ARE my responsibility to ensure we achieve that.
boss harapkan saya, saya nak harapkan siapa?
(pandai-pandailah salina…sort things out ASAP)

gambar yg serius ittew akan saya upload nanti..
memang panasssss bila berdebat dgn division lagi nak-nak dgn BP pak itam tu 🙂
nasib baik boss besar dan boss sedang amatlah memahami…

banyaknya benda nak kena atur balik..
aduhai, dah jadi ketua unit ni, way of thinking saya dah mula beransur ubah
jadi keras hati sikit…
campur EQ sikit…
campur emphaty sikit…
campur hardwork…..
mudah-mudahan Allah bantu kita semua dalam perjalanan ini…