akan datang…

mood rajin sudah datang

Salam Khamis..

fuh..dah hujung-hujung minggu barulah terasa rajin menjelma

rajin masak dan rajin update blog..

untung jugak semalam menjenguk ke blog Kak Nani Rostam maknye si cantik Hanis Zalikha tu..biasanya jenguk-jenguk manja tanpa apa-apa niat nak mencuba resepi sebab memang tak terikut resepi-resepi dia tu semuanya kebabom best-best belaka, tak mampu nak buat. Semalam resepi dia bagi pasal Sambal TUTUK…memang saya tak pernah dengar masakan tu (cheh..masakla sangat…tumbuk je punnn) tapi kan nampak sangat menarik untuk dicuba..dan senang yang penting tu…so malam tadi apalagi…ke dapur kita……….

 

sup sawi dengan fishball

sup ni, Damia cekau je dgn tangan nak amik fishball kegemaran dia tu..ish kurang kesopanan pulak anak dara saya ni..memula tu dia menyeringai jugak sebab sup tu panas, pastu dah kebal dah tangan dia. nasib la mak bapak dia makan bekas tangan dia …..

ikan gelama goreng ni ingatkan 2 ekor cukup utk kami 3 beranak (Wafiy tak layan ikan), rupanya tak cukup..memang pemakan ikan lah kami ni…siap gigit-gigit ekor hujung-hujung tu si Damia..kesian anak saya…

perghhh…ni la Sambal TUTUK nyer..amacam tergoda tak? tersiut-siut kami laki bini makan dengan sup sayur panas tu..memang membuka selera lah…

nak resepi Sambal TUTUK ni mudah jer…sila ke blog Kak Nani Rostam yang jelita dan awet muda tu yer…..thanks Kak Nani…(macam kenal je kan..)..korang pun cuba lah…memang sedap sangat lawankan dengan ikan goreng panas-panas garing atau ikan masin goreng dan sup  sayur hijau….ni malam nak repeat lagi coz ada baki sikit lagi lepas indirectly sound suami..’jgn makan pedas-pedas sangat pa, awak tu batuk’ hahaha padahal niat nak simpan utk malam ni…sabo je la kan….

berjaya=gembira la!!!

amboiiii..gembira sampai melalak-lalak kat Twitter dan FB akak ni..orang lain masak jugak, selalu masak, tak la kecoh mcm akak ni…

biasalah, orang jarang memasak memang berlagak sikit…

alkisahnya, cecita nak masak Puding Karamel dah jadi kenyataan…

so..gembira lah!!!

bahan-bahannya, so simple

bahan setelah diblend

p/s: malam tadi masa makan panas-panas *punya tak menyabo kan* rasa macam manis melenting sampai geli geleman tekak saya sampai ke subuh, tup-tup bila dah simpan dalam fridge dan bawa ke opis kasi kawan-kawan makan, tetiba dah tak jadi manis..magic betul.. *tu bukan magic, memang la cam tu..dan sejuk memang lah tak manis, dah diri tak pandai masak….hehehehehe*……. Komen chef kat opis ni, wahhhh sedapppp…heehhehe perahsan la pulak!!! u all cuba tau, senang jer buat puding ni!!!!  resepi saya cilok dari MyResipi jer..in case korang nak cuba, ni la resepi yang dicilok:

RESEPI: PUDING KARAMEL

Bahan-bahan

  • Telur (saiz besar) 7 biji
  • Susu Isian Pekat Manis 1 tin (510ml)- saya guna separuh tin jer, kalau tak mesti manis sangat-sangat
  • Gula Pasir 3 sudu besar
  • Garam 1 sudu kecil
  • Tepung Kastard 2 sudu besar
  • Air 1 cawan (lebih kurang 150~175ml)
  • Loyang bersaiz diameter 15~20cm

Cara membuatnya

  1. Letak gula pasir dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil agar gula mencair. Apabila gula telah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi permukaan dasar loyang. Tutup api apabila gula cair telah mula berwarna sedikit kekuningan. Ingat, jangan sampai warnanya menjadi benar-benar kuning atau perang. Cukup sedikit kuning sahaja, kerana proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik. Kalau sekarang sudah perang, nanti proses mengukus akan menyebabkan gula cair bertukar menjadi sangat gelap atau hitam dan berasa pahit!
  2. Masukkan telur, air, garam, tepung kastard, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.
  3. Tuang ramuan yang telah diblender dengan menggunakan penapis (saya guna penapis teh) ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.
  4. Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit.
  5. Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper.
  6. Lebih enak jika dihidangkan sejuk (simpan dalam fridge dululah).

Selamat Mencuba!!!!

sakit hati betul lah macam ni

huwaaaa….ini entry melepas perasaan..kira macam mengadu domba jugak.. (tak puas mengadu dengan kakak dan anak buah, terus nak melalak kat sini…huwaaaa…cakap dengan suami pun dia tak peduli)

semalam punyalah semangat nak memasak..macam-macam resepi dah dalam tangan..semalam plan nak buat Puding Roti Marble Coklat resepi diambik dari http://hanamemories.blogspot.com/2011/03/puding-roti-marble-coklat.html..punyalah bersemangat sampai keluar opis on-the-dot 5.30..siap sms suami cakap minta tolong amik anak-anak, saya nak singgah beli barang dapur nak masak special (hekeleh sekali tak jadi..huwaaaaa lagiiiii)….

sekali tu kan..tragis betullah..dalam dok membelek-belek resepi sambil berbangga kibarkan kertas resepi tu kat kedai kan, dalam dok membelek-belek seratus kali kotak SERBUK AGAR-AGAR yang diingini…rupanya…salah beli serbuk agar-agar…arghhhhhhhhhhhhhhhhhh orang nak guna kaler ORI, pegi beli kaler HIJAU……arghhhhhhhhhhhhh….

kesilapan disedari masa dah sampai rumah masa dengan senang hatinya nak masukkan air dalam periuk..tetiba aik apsal plak kaler HIJAU agar-agar ni..sishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh geramnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

rasa nak mengamuk dan-dan tu jugak…nasib baik kakak datang dengan anak buah hantar lauk-pauk lazat emak masakkan (sampai camtu sekali pemalasnya in perempuan…..), terus daku mengadu cerita sedih…ingatkan nak kirim sikit puding kat abah dengan mak..sekali tu nan ado..hadoiiiiii…..tension…..

gambor serbuk agar-agar yang silap tu memang tak ada la..dah dihumbankan dalam lobang sinki serta merta bagi menutup kemaluan…hahahaha…suami memang dah jengah-jengah ke dapur 2-3 kali..apa lagi kena jeling la (tak pasal-pasal pulak kena jeling, bukan salah dia pun…maaf lah emo terlebih la)…

kesimpulannya, memang tak puas hati la tak dapat makan puding tu…sobsobsob…gambar minta izin kak hana, saya cilok kejap yer..tqvm

makan bubur kacang durian pun dah kenyang sampai pagii……………….( merempan tak sudah-sudah)

p/s: masih tak puas hati tak dpt makan puding, petang ni nak buat Puding Karamel pulak..bahan semua dah ada..jgn saya terbeli esen pisang instead of esen vanilla sudahhhhhhhhhhhhhhhhhhh….

jangan tiru macam saya

Salam Isnin

half day sudah gone..what about the next half day? Mesyuarat back-to-back dah habis..nasib baik tak dragged ke lunch hour.

kenapa pulak tajuk macam tu? iyelah, saya kan pemalas sangat sejak akhir-akhir ni, jadi sila jangan tiru macam saya ye ibu-ibu sekalian.

selain tu, jangan tiru macam saya jugak, pakai bendalah ni masa pregnant, unless korang memang jenis diva lah kan…

………

 

………………………..

nampak cam kasut biasa je kan..

 

…..sekali 3 inches heels daaa

apa nak buat, kasut pregnant Modermum tu boleh pulak tertinggal kat kete satu lagi. Belasah je la kasut apa yang ada..sebab ada meetings. Kalau tak ada meeting memang tak pakai dah kasut heels 3 inches ni. Buatnya terpelecok tak ke naya jemah oiii….Ada kasut lain tapi laaggiiii tak boleh pakai…

ramai orang marah tadi bila nampak saya pakai heels ni (yang tau saya pregnant la..yg tak tahu tu nak buat camna kan..diorang tgk biasa je la). minta maaf la akak-akak prihatin..saya terpaksa ye..thanks for your concerns..

ahem…kena cepat-cepat sambar kasut pregnant sepasang lagi kasi buat spare kat office ni..hehehehe

p/s: dah 13 minggu pregnant, tapi saya rasa perut ni tak besar-besar..perasan saya kah?

jumaat dan malas lagi

Salam Jumaat

YAY!!

akhirnya, tiba gak Jumaat nan INDAH lagi PERMAI….

pasal esok lusa boleh jadi ular sawa melingkar pagi-petang kat katil *dasar pemalas kan….tak sudah…….

dah petang-petang gini, apa sangatlah nak buat, kan selain menghitung waktu nak ke angka 5.30 kan kan kan.. *korang tak ke? ke saya sorang je? arghhhhh..sorang pon sorang lah..lantak situ.

jadinya mari isi masa lapang (lapang lasangat sampai boss intai-intai pun buat-buat sibuk) dengan menampal sekeping gambar makanan buat pelengkap entry hari ini…

++++++++++

+++++++

++++

tadaaa…

Ayam Goreng Gondol serupa tak goreng..kahkahkah….(amboii gelakkan diri sendiri nampak)

tapiii..inilah menu kegemaran Wafiy dan Mia tau..buat masa ini. Cam faham-faham je mak dia sekarang memang MALAS tahap ular sawa kenyang…

(tak payah expect ada kawan nak tanya resepi lah..setakat ayam goreng KFC pun orang boleh invent resepi sendiri, ni kan pulak ayam goreng togel ni ha…buat kena gelak je dengan orang)

so, kengkawan semua..selamat berhujung minggu…jaga diri, sekarang musim jerebu (putrajaya, area sekitarnya dan Klang dengar ceritanya teruk jugak). Kalau tak de tujuan tu tak payahlah nak keluar rumah..especially kids. Nanti kena batuk selesema pulak. Tapiii…shopping dalam shopping mall bleh la kot..(ehehehehe motif sangat berat sebelah….)

tak ada motif

Salam Khamis

cepatlah Jumaat…dah tak sabar nak berweekend

letih la rasa dengan rutin kerja sekarang ni..mengantuk tak sudah-sudah. Sesiapa ada jual/ tau mana-mana supplement boleh hilangkan mengantuk silalah advice ye..

tak de motif entry hari ni sebenarnya. nak cerita pasal kerja hadoila jemu nanti. cerita merapu nanti tak pasal-pasal buat dosa, kan. Dah la dosa sedia ada tak tertanggung ni..

oklah..letak gambar masakan pertama minggu ni..*what? pemalasnya wahai perempuan*

Paprik Udang Tom Yam Paste Adabi

 

Previous Older Entries