Kungfu Panda 2..it’s awesome, u all!!

hari ini adalah Isnin yang paling manic for me..terkejar dan dikejar haahha. but now dah lega sikit, sebab keje dah settle..tinggal preparation for the perolehan kursus kat Kuala Terengganu starting tomorrow til Friday..

owh ya..i’ll be away tomorrow..demi KPI dan SKT Unit saya…kena buat kursus..gementar la jgk nak bagi talk ni..2 sessions lagi tu..apa pun redah je la..semua slides dah prepared, just wish me luck la yea 🙂

skrg nak citer pasal keterujaan Damia dan Wafiy menonton muvie. Muvie apa tu? tak payah teka semua org dah tahu skrg ni Kungfu Panda 2 sedang mengamuk di pawagam, kan..apa tak nya. 2 kali saya buking tiket, 2 kali kena curik hokey..geramnyer…last2 kami buking kat IOI Puchong pulak..nasib dapat..but dapat seat tak best la..tapi demi anak-anak (chewah..) kami redah jer la…

layan gambo dulu ye..sori BB i mmg blur skit…malas nak bwk kamera!!

mama pun nak posing!!

time papa pulak nak berposing

ni lunch kat A&W before muvie starthmm...

 

hmm...

damia dan wafiy mmg enjoyed the movie that evening…sblm ni tgk Rio, Rapunzel dan Shrek mmg budak2 ni tak buat hal. khusyuk beb!! wafiy siap dah bagi list lepas ni nak tgk Cars, Transformers, and the list goes on..haiii letih melayannyer…
 
kalau sapa2 nak tahu, Kungfu Panda 2 ni mmg enjoy sgt2 dan aksi2 dia mmg best..even damia pun boleh gelak walaupun tak faham apa benda (bahasa inggeris kan) tapi hanya dgn aksi dan mimik muka dah boleh deliver the messages well….2 thumbs up for Kungfu Panda 2…aksi Tigress (suara Angelina Jolie yg sexy tu) dan Jack Black utk Po (panda yang terror tapi a bit silly) memang menambat hati kanak2..opsss dan jugak mak bapak kanak2 (pasal saya tgk panggung tu penuh dgn orang dewasa!!)
 
so, sapa2 yang tak tgk lagi dan plan nak tgk..silakan berkunjung ke pawagam berhampiran anda…..memang tak rugi..berbaloi baloi!!!!!!
Advertisements

prihatin terhadap apa yg kita makan…

sekarang ni, duduk Malaysia yang agama rasminya Islam pun susah nak makan makanan halal..ingatkan pegi China jer yg susah nak dapat makanan halal nyer..rupanya kat malaysia skrg ni nak makan apa pun tak boleh dengan senang hati..kena selidik betul2 rupanya…

baca blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ni everyday bikin hati jadi was2 nak makan kat tempat2 yang dulu saya suka sangat pergi…kat bawah ni saya copy paste kan salah satu post kat blog PPIM ni (nak baca semua post baik korang tgk blog tu sendiri hokey :p)

Untuk makluman semua.

MINTAK TOLONG SEMUA KAWAN-KAWAN BACA NI SAMPAI HABIS

Kes macam ni bukan kes baru. Memang betul cakap Cina tu! daging ayam dan lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape. Jika sebarang proses tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah. Berdasarkan pengalaman saya dalam industri memproses makanan, boleh dikatakan semua product dari oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal.

Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi manakala pork product yg lain seperti lard (minyak babi),pork fat(lemak babi), ham (ini asal nama hamburger) dan bacon (hirisan nipis daging babi yg biasa serve during breakfast), pork instestine(perut babi) dll tidak apa bagi Muslim .

Saya pernah bekerja di Shangri-laHotelKL, di situ terdapat satu BUTCHER Dept….
1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai k ulit sausage. Semua ingredients untuk sausage diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still contain pork. 2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll,chicken roll, meatloft, pastrami dan salami. Benda ni semua boleh didapati di supermarket dan digunakan secara meluas sebagai toping PIZZA3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg disusun lawa-lawa pada buffet table seperti Terrine dan Pate pun ada lemak babi.
Patut lah bila kes JE timbul rupanya berjuta-juta babi ada kat Malaysia .Purata satu hari babi dikeluarkan dari ladang ternakan beratus ribu.Yang peliknya takan beratus ribu babi ini dilantak oleh orang Cina saja. Mungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang lain, lepas tu bagi orang Melayu makan. Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu orang Melayu. *frwdkan.. kepada rakan dan saudara seagama anda.  
 

korang yang prihatin dan nak tahu isu-isu terkini dan perkembangan semasa hari ini bab makanan halal ni bolehlah lawat blog PPIM di sini …boleh dapatkan info2 berguna..

untuk ingatan juga, wajib bagi setiap muslim mencari makanan halal. nak2 lagi kita di negara beragama rasmi Islam ini. So, kalau rasa2 was2 tu tak payah la makan kat certain kedai yang kita rasa tak pasti tu. Bak kata salah satu post dalam blog PPIM ni, tak mati kita kalau tak makan makanan tak halal tu…dan susah2 sgt sampai nak makan kek Secret Recipe pun dah was2..toksah makan kek..makan nasi lemak je hahahhaa lawak la pulak…

apapun, kita ada hak untuk menentukan makanan apa yang hendak kita makan. We are what we eat, kata pepatah orang putih (pepatah yang baik boleh ikut, perangai buruk jgn ikut, okey adik2 hehehe). secebis makanan boleh menjadi satu molekul dalam darah daging..so fikir-fikirkan lah..harap2 kita tak termakan benda haram dalam mengejar arus kemodenan masa kini…semoga Allah sentiasa bersama kita, insyaallah!!!!

notakaki: ada rasa mcm ustazah pulak hari ni, wehhhhhh..layann jer la ye…

(updated) GARANGNYER………..

okeh..tarik nafas panjang2..sabo banyak2 sebelum menulis…

kat opis saya ni, mmg tak semua officer dapat parking kat basement. sebab ramai sangat gred 41 above kat opis ni. kira saya bertuah dapat parking kat basement ni..alhamdulillah. tapi…yang tak sedapnyer, ada petak parking dikhaskan siap tulis jawatan pon tak guna pasal ada jer mangkok hayon nak memblock petak saya HARI-HARI…haishhhhhhh gerammmmm jerrr tau..saya tak kisah org nak block tapi pandai2 la. jgn la owner blom masuk awak dah block. tu aniaya namanya. dan kalau tak block pun, dia park kat ruang belakang petak parking yang akan menyusahkan saya nak bawak keluar kete masa nak balik nnt…selalu amik masa 15 minit jgk nak keluarkan kete..ada opismate tegur :tu la akak bwk kete beso sangat (kete laki saya la tu..since laki saya bwk kete saya skrg ni): tapi persoalannya SALAH SAYA KE KALAU SAYA NAK BAWAK KETE BESO? hatta saya nak bawak LORI KONTENA pun boleh sebab saya punya parking tu.yang hang sibuk block kete saya tu apsal? aishhhh boleh gaduh macam ni…

jadi, sblom saya bergaduh (cheewahhh hebat ke ko nak bergaduh2 ni?) saya amik keputusan….block kete org lain..ehhhh takde la lawak jer..saya nak minta guard clamp 2 bijik kete bodoh tu jap lagi..hahahahaha puas hati saya…sebab saya dah bagi peluan almost 6 months to them to be good to me but since diorang pun buat donno…siap la kamu yer…………….

so, garang tak saya?

update: 6 bijik kete tak bertimbangrasa telah diclamp dengan jayanya hari ni..kita tgk ptg nanti camne..baru dpt tgk muka tuan punye keter tu camner okeh!!

happy..syukur

sangat bersyukur kerana Allah permudahkan urusan,

dan lapangkan kerja dan meja untuk hari ini..

rasa tenang je nak tinggalkan meja kerja kalau ruang kosong lebih banyak daripada tinggalkan meja kerja penuh dengan piles of paperworks..

dan gembiranya hari ni sebab Unit saya dah cukup korum 🙂

yeah yeah yeah..time to explode the happy feeling inside…jom berjimba 🙂

hijack!!

bersiaran dari Bilik Komputer Kementerian Kewangan…hijack sekejap hak milik Kerajaan hahahaha…

ada Taklimat GPIS hari ni? apa GPIS tu< Government Procurement Information System>..

haru haru..pasal MOT masih zero entry lagi..malunyer la…

takpe pasni kita kerah tenaga upload data ye PSU2 ku….

doa pelindung mudarat..insyaallah

doa pelindung mudarat

 
Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

 

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

 

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

 

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

 

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

 

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

 

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

 

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

 

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.  

 

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

 

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

 

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

 

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

 

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

 

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
 
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya’Allah.
 
notakaki: saya dapat emel ni daripada kakak saya yg rajin emel kat saya hari2 tu…dan saja share kat sini mudah-mudahan ada manfaat…insyaallah..

share tips of mengajar anak solat from Wardina…

dipetik dari emel kiriman kakak saya yg tak jemu share benda2 baik hari2..ini kisah Wardina Safiyyah Fadlullah melatih anak perempuannya, Amna Nafeesa berumur 7 tahun untuk bersolat..alhamdulillah dipermudahkan baginya, saya berharap Allah permudahkan pula urusan kita mengajar anak-anak bersolat…

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

 

gambar selingan.....

 

adik pun tak mau kalah...........

Previous Older Entries