Tag bertajuk ‘1’…..

aku ada keje sbnrnya tapi MALAS nak buat..dah demotivated dgn perangai officer kat M*F tu..kalau siapkan cepat, nanti adalah another request yg menyusul..(which is perlu SEGERA semuanya)…

baiklah cik echah..aku jawab tag kau ni…aku memang tak bz hahahaha

1 minit yang lalu, apa anda buat

buka excel dan buka buku bajet MOT 2008 dan buat sikit2 keje…haha jahat giler kan aku ni

1 hari yang lalu, apa anda buat

At this time, 1 hari yg lalu aku sdg berbincang dgn my boss kecik dan kwn2 seunit kat dlm bilik yuss….

1 orang yang terakhir menelefon kamu

pegawai M*F yang asik becakap “hanya MOT je yg belum htr tau..” (damn…)

1 makanan yang baru dibeli

sbnrnya byk yg aku beli sbb ada bazaar kat D8..salah satu daripadanya biskut cornflakes….sedapnyaaa (cah, kalau nak mai ler turun)

1 barang yang baru hilang

pen hitam pilot ..mungkin tertinggal kat bilik kawan kot…

1 cerita yang baru ditonton

malam tadi aku tgk citer best kat CH122- Flower in the pockets..best giler citer ni..kisah ayah tunggal membesarkan 2 org anak lelaki yg sdg lasak…it so amazing how the characters being expanded..btl2 menyentuh hati…(sblm tu saya tgk citer ‘after this our exile’ lakonan aaron kwok..pasal ayah dan anak lelaki gak..sedih gak…)

1 perkara yang baru digosipkan

hal kawan seopis yang agak sengal…

1 kata yang ingin diluahkan

semoga wafiy sihat sentiasa

1 buku yang baru dibaca

aku rasa lebih dari 1 buku yg aku baca..tapi utk menjawab soklan ni…buku anggaran perbelanjaan persekutuan 2008…buku fevret aku all the time hahahaa

1 penyakit yang sering datang

pelupa mcm mak nenek dan suka nak tangguh kerja hahahaa

1 keinginan

nak shopping dan shopping til drop hahahaa

okla..aku nak tag sapa ek….ada org tak suka ditag…dan most of my best fren dah kena tag..takpelah..aku nak tag:

  • mama naylie (buat jgn tak buat…)
  • fififudin (saje je, nak suruh kau hidupkan blog tu)
  • uun (lately ni kau rajin update blog kan..jadi apa kata jwb tag aku ni)

mangsa tambahan:

Advertisements

i’ve been tagged by cik echah comel

sebenarnya smlm lagi aku dah plan nak jawab tag ni tapi smlm dan mlm tadi agak b.z skit jadi hari ni je la kau jwb..tak pe kan chah…..

1. Nama timang-timangan (kenapa timang-timangan ha???kelakar la plak)

  • family: kakak, mak tam, kak sali, chena (ni masa aku kecik2 abah aku panggil aku)
  • friends: sally, sal, ina, cik sal

2. Anda seorang yang: lurus dan selalu bersangka betul/baik padahal selalu je org tipu aku….suka memendam perasaan, tak pandai meluahkan perasaan, self-motivated, tak pandai menunjukkan rasa sayang pd seseorang@ sesuatu benda padahal aku syg sgt kat org@ benda tu, jarang marah tapi mulut agak laser kalau dah marah tahap gunung berapi tu…dan sangat suka kat kanak-kanak tak kira siapa kanak-kanak tu

3. Insan teristimewa: tentulah suamiku, wafiy anakku, abah, mak, dan semua family aku

4. Makanan dan minuman fevret: mee kungfu, ikan siakap kukus (hehehe), nasi ayam, jus mangga gelas besar kat satu gerai di serdang, teh ais, sirap bandung

5. Fevret color: biru, pink, coklat, putih

6. fevret song: semua lagu aku boleh suka..tapi skrg ni tgk syok dgn lagu ‘teardrops on my guitar- taylor swift’, ‘everyhing- michael buble’ dan ‘Sampai Syurga- Faizal Tahir’

7. Siapa yg selalu buat anda gelak: hahaha, diri sendiri, kawan2 yg gila2, anakku yg suka buat aksi lawaknya….dan spongebob

8. Sikap yg buat anda stress: tidak menghormati org lain, suka memandang rendah pd sesuatu, berburuk sangka dan bangga diri tak bertempat

9. 3 benda yg selalu ada dlm handbag:

  • handphone
  • purse
  • kad klinik

10. kali terakhir anda beriya-iya menangis: sebulan lps sbb kesian tgk wafiy tak boleh tido mlm-kena asthma

11. perkara paling lucu/ memalukan dlm hidup anda: tegur orang yang salah dgn selambanya hahahaaaaa…tapi skrg org tu dh jadi kawan la plak

12. tag 6 orang rakan anda (best part ni…).

  • nurul fadhilah a.k.a uun

hari ni

sgt letih hari ni…dahla aku cuti 3 hari last week…datang opis je pg ni..ada lagi waran sekatan yang nak kena buat pecahan ikut aktiviti plak..ape2 je la MOF ni..dah siap tu ada plak org it dtg ketuk pintu nak tukar desktop dgn laptop baru (yg tgh aku guna ni ha..). sbnrnya dah lama tender awarded utk polisi penggantian desktop ke laptop utk officer kat MOt ni…utk kemudahan semasa outstation kata Unit IT…tapi proses penggantian agak lama, baru dapat la ni…

leceh jgk pakai laptop ni..skrin jadi kecik yg amat. sakit mata aku. dah la aku rabun. pastu nak key in number punyalah payah, yelah sebab laptop ni tak dibekalkan dgn number keyboard..dahla keje aku mengira je…terpaksa la seminggu dua ni bersusah payah menekan number yg bersepah ni sementara tunggu benda alah tu…

tapi, still happy jgk sbb laptop ni cute..tapi aku rasa agak payah nak bwk balik hari2 . kat umah pun dah ada (papa punya). nak pasang hari2 kat opis pun amik masa jgk kalau balik hari2..

ok la..itu jer nak citer…sambung lain kali..bos dah datang daaaa…

jimatkan segala-galanya demi negara…….

skrg ni semua rakyat malaysia tak senang duduk….dan ada  yang terlebih extreme tu..sampai tertido sambil bwk moto mcm mamat ni…sebabnya gara2 minyak naik 0.70 sen dan ekoran tu..perbelanjaan negara kena dikurangkan/dijimatkan 10% tahun ni….semua kena jimat…mcm kat office aku ni lagi la haru..mcm2 perubahan drastik yg terjadi, contohnya:

  • nak print draft paper ke, surat ke, baucer ke kena guna recycled paper (paper yg dah diprint kat atasnya tapi tak jadi guna);
  • miting kat luar tak bleh buat..sebaliknya buat kat office jer;
  • kursus induksi officer baru takbleh buat kat hotel….
  • nak kuar bilik kena matikan lampu…
  • dsb….

dan yg paling teruk lagi aku kena sediakan waran sekatan utk belanja mengurus 2008 OA 20000 dan OA 30000 dalam masa 2 hari…damn betul…..tak pasal2 aku kena marah dgn agensi dan jabatan2…nak putus telinga ku kena bebel dgn diorang..tapi nak wat camne..’saya yang menurut pemerintah perintah’ kan..so just do it la…..

dan yang pasti walaupun perbelanjaan mengurus kena potong 10%, belanja pembangunan still keep going on…dan hasilnya..kepalaku pening dengan excel dan …damn….i hate those yellow papers rite now…

 

apapun..semua kertas kuning kena settle by today..plus KT utk Treasury on penyelenggaraan…kalau tak cuti aku esok kena freeze..ohoho..tanak..TANAK….

ok..bagi aku masa nak settle semua okeh….

abah oh abah

umum sudah sedia maklum bahawa Hari Bapa (HB) disambut pada 15 Jun setiap tahun kan. jadi apa cerita aku sempena HB tahun ni? sbnrya aku memang jarang sambut HB ni sebab most of my growing time bukan kat umah sendiri…kalau ada sambut pun secara kebetulan je mungkin sbb aku balik bercuti atau sambutan HB diadvancedkan atas sbb tertentu…bagi aku sambut tak sambut sama je…yg penting aku tetap sygkan abah aku..walaupun aku selalunya tak cakap directly..biasala typical malay kan..susah nak show love…

jadi, tahun ni, minggu lepas sblm kami ke Kg Tunku, PJ melawat nenek sedara..aku sempat suprisekan abah dan papa..aku beli kek yg special tu..cantik giler..adik2 aku sampai tak tertahan2 nak mencilok buah2 segar kat atas kek..sib baik sempat aku snap gmbr awal2..kalo tak..tinggal lapik kek je gamaknya…

tapi, yg lebih mustahak daripada kek tu adalah kasih sayang aku utk abah yang dah bersusah payah membesarkan aku yg manja ni..satu momen yg menyentuh hati aku kalau diingat smpi skrg ialah bila abah berusaha belikan aku kasut sekolah jenama Spark (Bata)..zaman aku dulu kasut ni mahal tau..dan setiap tahun dia akan belikan peralatan menulis yg branded punya..sebab he knows i deserved the best…dia taknak aku sedih bila keep on comparing myself dgn my other classmates..dan sudah pastilah aku membalas semua jasa abah dgn memberikan results tg gempak2 supaya dia rasa berbaloi..alhamdulillah sebab Allah kurniakan aku semua ni..

sama juga dgn suami aku..he always wanted to give me the best (accordg to his perception which always led me the other way round)…cuma momentum masa tu agak singkat kalau nak banding dgn abah..but anyway..still comparative jgk…

to both of u..i love u forever..till the bits…tq for everything and every single thing..good or bad..

HAPPY FATHER’S DAY TO ALL FATHERS IN THE WORLD…..

 

ntah………

sebenarnya byk benda yg aku nak share tapi semuanya kelam kelibut, berserabut dlm kepala ni ha..

aku sebenarnya sedang merajuk dgn seseorang…amat kecil hati dgn perangai orang ni…siapa orang tu aku tak nak share…biarlah nanti esok lusa sejuk la hati aku ni….

mintak2 Allah berikan kelapangan pada aku….

okaylah..sedih dah ni..

jumpa lagi…

Resepi: Siakap Steam Ala Echah

since sahabat2 mama iaitu Rattna dan Mama Naylie dah minta supaya diperturunkan (ewah) resepi ni stlh mereka terliur melihat gambar yg aku paparkan mlm tadi….ni dia resepi yang aku ubahsuai dan juga termasuk tips cik echah kita……

Bahan-bahan

  • seekor ikan kerapu- saiz ikut suka korang ler…nak senang mtk org jual ikan tu bersihkan siap2
  • 5 ulas bawang merah kecil- dihiris halus..
  • 5 ulas bawang putih- dihiris halus
  • 3 inci halia muda- kalau nak lebih rasa pedas dan bau wangi lebih, lebihkan la halia..dan halia ni dihiris memanjang dan nipis2
  • 10 biji cili api- kalau nak lebih pedas, lebihkan cili..dan hiris halus
  • 3 biji limau nipis- perah airnya
  • asam boi yg putih dan besar skit..jgn yg keras, pilih asam boi yg lembut (betul tak echah?)
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit asam jawa utk lumurkan kat ikan masa basuh utk hilangkan hanyir

cara-cara buat:

  • masukkan ikan dalam bekas yg sesuai (seeloknya ikan tu dikelar dan jgn dipotong, biarkan sekor2)
  • taburkan bahan2 yg dihiris tadi kat atas ikan..kalau rajin selit2kan sikit bhn2 kat dlm perut ikan utk bagi bahan meresap cepat ke dalam ikan
  • campurkan air perahan limau nipis, asam boi, garam, gula dan air suam dalam satu bekas dan kacau rata..kalau suka kuah banyak letakla air suam byk2……
  • masukkan campuran tadi ke dalam mangkuk berisi ikan tadi
  • masukkan dalam microwave, suhu medium high dgn masa 25 minit..
  • kalau nak kukus guna pengukus biasa pun ok tapi disebabkan pengukus aku kecik dan tak muat nak letak ikan tu…guna microwave je la..kalau guna kukus biasa pun bleh..

taddada…siap dah Siakap Steam Ala Echah kita puan2 hehehee (gambar spt di post terdahulu)

So, selamat mencuba yeeeee…..

 

Previous Older Entries