jumpa dia….

Salam Khamis semua…

ehemm..motif entry ini adalah nak share kegembiraan dapat jumpa kawan lama..kira adik angkat la (ye ke gitu mrsharis- Lia)….iyelah, nama je duk 1 negeri..tapi nak jumpa asik ada je halangan…hari ni dia ada mesyuarat kat sini..so kitorg plan nak jumpa since susah beno nak dpt peluang tu. alang2 dah boss tak ada minggu ni, apa salahnya kita hiburkan hati kat Alamanda ni kankan..bukan senang nak dpt camni..hehehehe

Lia ni kawan seUiTM dulu…dulu dia la teman berjalan hujung minggu..since umah saya jauh, dia lagi lah jauh..so cuti pendek kami tak balik kampung..merayapla dgn sorg lagi kawan tuuu..hehehehehheeeee….(jahat je gelak ni)..lia, masih kau ingat kejadian2 tersebut….kdg2 rasa bersalah gak sbb ajar benda2 bukan2 kat u all berdua yg suci  tu hehehe..

okla..pendekkan cerita..kami sempat lunch sama2 je kat Alamanda tadi..chitchat sikit2 jer…..seronok share citer family dan kerja..masing2 dah ada anak2 kan…banyak la benda boleh share. Honestly, akak bangga dan gembira dgn Lia coz skrg Lia dah berjaya dan bahagia….semoga kebahagiaan dan kejayaanmu berpanjangan. Lia…insyaallah…

layan gambar2 (gambar first tu adalah dicilok dari FB Lia..thanks yer dik..)…bestla henpon canggihmu tu dik 🙂

yeahhhh..smileee

us!!!

Harap dapat jumpa lagi, Lia….insyaallah ada masa dan rezeki kita hang out lagi okeh!!!!!

p/s: saya dah tak pakai baju-batik-guni-beras hari ni…..yay!!(ini baju 8 tahun lepas..huawaaaa lama tuuuu kan Lia kan)

p/s/s: tgk gmbr2 di atas tu, makin kuat keinginanku nak Samsung SII hahahahaa…..

WW {ayam sweet sour}

AKhirnya…..

wafiy mau makan nasi di rumah, yay!!!!!!!!!!

gembiranya hati mama dan papa. yelah parents mana yg tak suka kalau anaknya berubah dari takmau makan nasi dah jadi mau makan nasi..

wafiy ni mmg tak makan nasi since kecik lagi. tak tau kenapa. maybe salah mamanya asik sumbat susu jer kalau dia lapar. so dah jadi tabiat membawa ke besar. tulah mama, nak senang dulu..susah kemudian. (menyesal…)

kat sekolah pulak, baru 4-5 bulan dia makan nasi, according to the teachers. tu pun sebab kena paksa dan maybe nampak kawan2 makan mcm sedap jer..tu pun makan skit jer..cikgu dia kata maybe parents tak makan nasi kat umah so that dia tak mau makan nasi..hahahaaha rasa mcm nak gelak jer masa teacher tu cakap camtu…mustahil org Malaysia tak makan nasi kan..iyelah..mmg kdg2 skip dinner..tapi takdelah sampai anak-anak tak nampak kami mkn nasi…LOL

tetapi, nak dijadikan cerita..wafiy mau pulak makan nasi kat rumah..mulanya kat kenduri kesyukuran abg ipar weekend lepas ni. dia request nasi dgn kari ayam. i’m like..WOW!!!betulke budak ni nak makan nasi, dgn kari yg agak pedas tu lagi..so saya sendukkan sikit jer nasi dan kuah kari ayam…tengok2 selera btl dia makan..siap minta tambah lagi..saya layan jer…hati dah girang hehehee…bila saya repot kat papanya..haruslah gembira encik itu..siap janji nak belikan basikal baru tu..haishhhhhh..kesilapan typikal org melayu mendidik anak~~~~~~~~~

ptg smlm pulak, masa amik dia dari school, dia tanya :mama ada pegi kedai beli kari tak?: i was like: wahhhhhh…beria kari nampak..betul ke nak mkn ni: tapi ada sikit keyakinan laaa…so i replied: aha..ada, mama masak nanti yer: wah berjanji bagai mamanya tuuuu hehehe..tapi dlm hati ada gusar jgk…sempat ke mau masak. ini dah pukul 7 nak oiiiii..tapi takpe..u turn balik pergi kedai beli bahan nak masak kari as requested..tapi hohohoho….kedai terdekat telah tutup. so balik rumah punggah kabinet..terjumpa paste kurma segera jenama Maggi..owh ya lupa ada beli baanyaakkkkk paste segera sebelum raya hari tu (dgn harapan ada org dtg then mau masak: hampehhhhhhhhhh…..last2 tak masak jugak..). godek2 skit2..terpaksa tunggu papa balik sebab santan tak ada pulak….satu hal nak terangkan santan jenama apa pulak..takpe, papa pun excited dgr anaknya mau makan nasi…so zasssssssssssss ke kedai jauh skit….

hasilnya:

Kurma Ayam Segera Maggi!!!

memang sedap eh masak guna paste2 ni hehehee ~dasar pemalas punya orang~

wafiy makan bertambah 2 kali..papanya erkkkk malu nak sebut……u can expect la kan….damia, mcm biasa..telur rebus mesti ada….

mlm tadi sebelum tido wafiy dah tanya esok mama masak apa pulak.haissshhhhhhhh resah hati mama nak oiiiiiiiiiiiiiii hihihihi

okla..gotta go…saje je share cerita ni in case wafiy tanya bila dia first time makan masakan mama dia hahahahahaaaaa

Travelog: Balik Kampung

Salam Isnin…

hari ni terasa indah skit..tenang jer..maybe coz boss is not around..hehehee…

keje mcm biasa..tak boleh curi tulang punyer…

last weekend acara balik kg Sg Besar lagi..gembira encik abang..bulan raya ni jer 3 kali weekend adalah acara bersama family Sg Besar…kali ni ada open house dan kenduri kesyukuran meraikan abang ipar dan biras yang nak menunaikan Haji 2 Oktober nanti…

bosannyer weh naik kete lama-lama..walaupun cuma 2 jam lebih..bikin budak 2 org tu buat hal mcm2la….damia makan giant lollipop rembat from Esso (mahal tul regenyer..) sampai melekit2 satu kete…haishhhh menyesal pon ada belikan bendalah tu….ingatkan dia tak nak mkn..since rupa jer yg cantik..sekali dgn wafiy daaaa dia bergabung melekitkan kereta..huawaaaaa….

the scene!!!

pastu, sampai kat Parit 4 (wahida..ko tau kan tempat ni..) ada aksi motorcross edisi bendang la pulak,,jalan yg dlm bendang pun boleh jammed..encik abang kemain happynyer..sambil melintas tu dpt dia menyapa kawan2 kg nyer…mmg standard kat Sg Besar ni after ‘panen’ (menuai…) mmg bendang akan kosong, kering kontang mcm gurun..dan tuan bendang akan mulakan aktiviti ni…seronok jugak..rasa mcm kat obersea pulak 🙂 elok la tu..dapat tarik muda-mudi buat benda berpekdah..ada hadiah tauuu……jgn memain..

 

Hari Sabtu petang tu, lepas rehat2 kejap, kami shopping barang dapur kat pekan Sg Besar.. since every weekend asik tak dpt membeli brg keperluan rumah. Berjalan jer kejenya. Memang seronok sgt..mcm2 ada. Rambang mata betul. Sampai nyaris2 nak angkut satu perabot yg sgt cantik dan affordable. Kena sindir lah jugak dgn encik abang..siap proposed nnt beli HILUX or pickup utk balik kg…hampehhhhhh….kat FB pun dia asik sindir saya jer…nasib laaaa…..pompuan dan shopiing mmg adalah kwn rapat kan. elok la jgk daripada berkwan rapat dgn rokok..hehehehe mati kalau dia baca entry ni.

**** gambar shopping tiada due kesibukan melampau hehehe*****

Balik ke Dengkil, hari Ahad. Kami singgah makan satay kat Satayhut Tanjung Karang (mcm tak pernah jemu mau mkn satay..dahla open house mana2 pun pulun satay). sesapa yg pernah makan kat sini (mcm Mrsharis- Lia) mmg akan puas hati dgn ‘kebesaran’ satay dia. Dan terasa rempah ratus dia tu sebati dgn daging ayamnya. Selalu singgah sini since kawasan ni tgh2 di antara perjalanan kami. Harga satay secucuk utk info, saiz besar Rm1.30, saiz kecik (biasa) RM0.60..berbaloi2 makan sini. ada kolam ikan cantik. ada 4 ekor ikan keli giant dalam kolam tu. excited anak2 tgk ikan2 tu..makbapak pulak excited melantak 🙂

the preview..

so, pada sesapa yang selalu travel melalui jalan Tanjung Karang ni..kalau tak pernah makan kat sini, silalah singgah. Parking mmg agak susah mau dapat, siapa cepat dia dapat hehehe..(kalah JJCM ni..).

So, sekarang u all dah tau apa sebab saya suka balik kampung encik abang..(since ada yg bertanya kenapa saya tak kisah nak balik kampung encik abang selalu even PIL dah tak ada)….

happy weekend, everyone

malas nak cakap banyak2 hari ni…(sindrom malas cakap dah dtg)

happy weekend everybody..

babai minggu mendebarkan!!!

 

 

jangan gaduh-gaduh

 

there’s still a light in the end of the tunnel…..

TT {sejarah untuk teladan}

Saya jumpa buku ni library office masa nak tunggu mesyuarat mula pagi tadi.

Sangat terkesan dgn kata-kata ini. Memang menusuk la. Ini bukan hanya untuk pemimpin negara saja. Boleh jadi ditujukan untuk semua manusia di mukabumi Allah ni..kan ke kita ni semuanya khalifah Allah? jadi gunakan ayat di atas di dalam konteks pemimpin dalam diri kita masing-masing, sebagai ayah, ibu, ketua keluarga. ketua Unit dan apa-apa ketua lah. Jadi, harus kita semua sedar diri.

Mengingati sejarah bukan beerti kita kembali ke belakang, tetapi setidak-tidaknya sejarah mengajar kita supaya tidak jatuh di lopak yang sama berulang-ulang!!!!!

 

Previous Older Entries