sawang di sini ..bila nak kemaskan eh

salam Selasa semua

esok dah masuk bulan kedua 2012. cepatnya masa berlalu. (nak nak kalau kita berjimba-jimba melagha tak ingat dunia, kan..ehehehehe. tu saya la tu)

dah naik sawang dah rupanya blog ni. ingatkan masa bercuti hari tu rumah je yg dah bersawang bagai. rupanya rumah ‘maya’ saya ni pun dah berhabuk laa.sampai susah giler nak update hehehe..

banyak benda nak cerita ni ha. tapi, biasalah. kalau kat rumah, masa cuti, kita rasa mcm banyak je masa terluang. rupanya banyak masa terluang=banyak kerja rumah kena buat wei. kalah suri rumahtangga sepenuh masa. nak update cerita pasal percutian ke Singapore hari tu pun rasanya mcm home work masa nak SPM. (ni pun Damia sibuk nak main game kat lappy, padahal Galaxy Tab tu ada jer tu ha.sabo je la)

okla..gotta go now. nanti ada masa saya cerita pasal Singapore tu, tapi x tau la bila rajinnyer. nak upload gambar kat FB dari cik Nikon tu pun malas aihhhh….

have a nice Tuesday everyone!!!

half way there!

Salam Sabtu semua..
Sana sini saya dgr org balik kg,jalan jammed.maklumlah cuti panjang sempena CNY ni kan.
Insyaallah,kami akan bercuti ke Singapore.Malam esok flight kami.Naik Airasia aje.
Baju budak 2 org dah siap packed.Mengalami kesukaran nak mengagak brp byk diapers nak bwk.Utk Mia aje.tu pun mlm je.Tapi to be save bwk maksimum la.
Baju lagi 2 org ni belum pack.pagi esoklah.Duit blm tukar,blablabla…
Hopefully semuanya OK lah!!
To all of you,Happy Holiday!!!

Posted with WordPress for BlackBerry.

kena beli lipstick baru (tautau je kan)

Salam Jumaat..

hari yang amat ditunggu-tunggu oleh semua org yg bekerja..terutama yang bekerja makan gaji just like me..

trip ke Singapore tinggal 2 hari je lagi…insyaallah Ahad malam tu kami dah terbang ke sana. Moga Allah permudahkan urusan kami nanti.

hari ni, bangun pagi jer hujan lebat guruh petir berdentum dentam. kata jiran saya hujan since pkl 2 pagi tu, nampak beno saya ni tidur mati kan. masa nak bersiap-siap, lupa nak pakai lipstick. camtu la selalunya. mmg saya ni selebet dan huduh, tak pandai mekap pun. sampai office, adegan drama bermula. masa nak pakai lipstick, korek-korek beg mekap, walaweh sentap dadaku melihat ketiga-tiga lisptick yang saya ada dah PUNAH..PATAH…melekat lekit sana-sini..grrrr…..tau dah. mesti Damia punya kerja malam tadi ni..adoilaaaaa…dah tu, pakai la jugak walau dah sememeh memeh tu…mmg payah la kan.

nak kena beli baru ni. mcm tau-tau je saya ada niat nak beli Cliniquebaru sebatang dua..hmmm kot tak berkenan kang, rembat jer la apa pun. janji ada. hehehe..

okla,gotta go. kat bawah ni pic hasil keboringan malam tadi sebelum tido. guna apps BB free je ni ha. Picture Ultimate apa entah. Have a nice long lunch hour today!!!!

baju lama, penampilan baru

jumpa lagi kita..

hari ni saya happy. selain dapat belikan kek utk Wafiy kat sekolah, happy sebab dah dapat ini:

amacam, cantik tak? tu…batu batu kat bunga tu.¬†baju-baju tu batik terengganu, beli masa kursus bulan 9 kat terengganu hari tu. dah pakai 2 kali baru nak touch up hahaha..cuma letak batu batu liplap tu je. kosnyer RM190 jer termasuk upah kerani kat office ni. dia kata saja suka-suka nak hilangkan boring kat rumah. kira murah la tu. hari tu saya tanya kat terengganu, kos letak batu camni 1 baju je dah RM85 ke atas ikut jenis batu. kalaulah saya ni berbakat dalam bab-bab camni, alangkahhh bagusnyaa kan kan

~~~ tak sabar nak pakai Khamis depan..hihihi

birthday party kat umah mak abah

edited: Tadi baru hantar 2 biji kek dan donut kat taska Wafiy. kesian pulak kat dia tak potong kek dgn kwn2 sekolah walaupun dia kata dia tak nak. bila hantar tadi¬† nampak gembira je dia. saya tak boleh tunggu lama sbb nak balik office cepat. petang ni masa minum petang teachers akan buat patry skit utk dia. harapnya ada la gambar diupload kat FB, boleh saya cilok hehehe…

Salam Khamis..

malam tadi seperti yang dirancangkan, kami berduyun-duyun ke rumah mak buat party kecil-kecilan utk wafiy. lagipun mmg nak jumpa mak dengan abah pun. beli satay dengan kek jer. kek biasa-biasa je janji halal. tema Angry Bird. air mak sponsor hehehe. ada bubur jagung jugak. mak buat. mcm tau-tau je menantu dia suka makan bubur jagung.

ada family Along, Angah jer. Kak Lang pun ada. Kak uda tak balik. Kak Ndak jauh sgt nun di SP nuu. Pijah pun takde. Din (adik) takde.belom balik kerja. Budak pompuan tu asik la tanya Pak Endek (nama glemer Din) mana..dia memang tak boleh hilang Pak Endek dia. Kitorang gerak balik Dengkil pukul 9.39 sampai umah 10.20..budak 2 orang dalam kete dah tido..nasib baik….

konfius, sapa yg birthday ni eh

itu je la birthday party Wafiy…yg penting dia enjoy jumpa family semua especially cousins yg sangat melasak tu. ada ke main bola dalam rumah kat living hall. ntah, abah tak kisah pun budak-budak tu main kat situ. since i was a kid, Along main bola kat situ je la…org dtg pun selamba badak jer diorang tunjuk skill menyepak bola kat situ..adoila..tapi, that’s the uniqueness of Rumah Abah, i must say. No rule for the kids …ahahahaha bagusssss sgttttttttttttttttttt..

ok la gotta go now…Have a nice Thursday…ingat, kita jaga mood, bukan mood jaga kita *juga ingatan utk saya*

friends are treasure!!!

tak kira tak kira..nak upload gak gambar ni…

 

me and my BFF..

Lia, kenal tak sapa ni?

..iye, kak lin la ni. dia ada meeting kat KSM tadi. selalu dah jumpa dia. dia consultant skrg ni, based kat JB..selalu jugak dia singgah opis ni..

my roommate kat UiTM Kedah tahun 1997 hingga 2000 dulu. sekepala dan gila-gila walaupun orang Pantai Timur. teman karok lagu yg bukan-bukan..headbanging. breakdance semua boleh.

so, kawan-kawan kalau datang Putrajaya silalah contact saya dan boleh la jumpa (dan saya akan upload gambar anda hahahahahaa…)

*** Putrajaya dah hujan ni..gelap semacam jer..alhamdulillah. sejuk sikit.

dia dah 5 tahun..alhamdulillah

Salam Rabu…

hari ni mcm biasa, kelam kabut selalu melanda. tak boleh nak salahkan sesiapa, yang buruk dari saya jua..

hari ni jugak, 18 Januari 2012 adalah ulangtahun kelahiran ke 5 anak sulung saya, Muhammad Amirul Wafiy a.k.a Along Wafiy tu. yay!!!

tak buat birthday party pun lagi. cuma sambut kat sekolah dia aje hari ni..agaknyer camna la keadaannya tu. nanti harap-harap teachers upload la gambar kat FB. hari ni kan weekdays so susah sikit nak plan macam-macam. Cuma hantar gudies bags yg 70 bijik tu ke sekolah, saja nak kasi dia gembira dengan kawan-kawan dia. ada gak offer dia nak bwk kek ke sekolah, pelik laa dia tak nak. yg dia nak, nak buat party kat rumah sendiri panggil kawan-kawan, nama Hannan anak CikPuanHaLia pun asik disebut jer. maybe dia ingat kat rumah boleh main puas-puas..dia kan suka ajak kwn-kwn dtg rumah tolong punggah stor yg tunggang langgang tu..sabo je la. saya pun tak kisah anak jiran dtg rumah, dah nama budak-budak tentula nak main je kan.

kat bawh ni gambar-gambar proses pembungkusan gudies bag yang tak seberapa ittew..letak mamee, jelly, coco jelly, london choc roll..tu je yg sempat..

hihihi…birthday boy tu kan, sampai nangis-nangis nak tolong mama dia packing. kena marah suruh tido pun tak mau…..nasibla awak, org lain birthday kena cium, awak, kena marah hehehe..marah-marah sayang

perasaan saya, rasa tak percaya saya ada anak dah sebesar Wafiy dan secerdik wafiy. Walaupun manja sangat mengalahkan baby, i think it’s normal for anak sulung lelaki. cuma saya cuba tak ‘spoil-brat’ kan dia..nanti susahkan orang lain dan diri sendiri bila dah besar.

harapan saya, semoga Wafiy menjadi anak yang soleh..yang baik-baik ajela. semoga Allah merahmati hidup dia, dan sentiasa di bawah lindungan kasih sayang Allah. Semoga dia jadi lebih baik dari mama-papa dia dalam kehidupan dunia dan insyallah di akhirat sana. harapan saya tak lah setinggi mana, takut kecewa kalau tak kesampaian. cuma apa yang boleh saya bagi, apa seadanya untuk hidup dia sebelum boleh berdikari. dah dah nak nangis dah ni *huhuhuhu*

ni kad dari Mak Joy dia (kakak ketiga saya)..MMS ajer. Tapi amat bermakna ingatan tu…thanks dear kakak…

ohya, malam ni nak ke rumah mak. nak makan-makan skit kat sana. nasib baik dekat…terima kasih ye kepada rakan-rakan yg wish happy birthday kat wafiy..hanya Allah yang mampu membalas doa kalian itu!!!!!!

Previous Older Entries