…damia dah meniarap tau…

hi kawan-kawan..
saya happy sangat dua tiga minggu kebelakangan ni..
sebab my little princess dikurniakan kesihatan yg amat baik..alhamdulillah syukur tak terhingga kepada Allah. Bagi saya, biarlah saya yang tak sihat asalkan permata-permata hati saya yang 2 orang tu sihat. (tapi yang paling menakutkan adalah apabila mereka terjangkit wabak daripada saya..so saya cuba elakkan direct contact dgn mereka di saat2 ini – saya sedang batuk dan selsema..tekak sangat gatal, minta2 hanya sakit batuk selsema biasa sahaja).

ramai yang kata wafiy dah debab lately..terima kasih kawan2. Dia memang dah sihat, alhamdulillah. Mungkin dia tak serasi dengan taska dulu tu. Dah duduk rumah sihatlah dia. Dan dah makin panjang akalnya pulak tu. Kalau buka tv, semua macam nama kartun dia listkan sampai kadang2 mama dia pun tak tahu. tak pe lah, kasi can. Mama faham, dulu mama pun masa budak2 mmg kuat tengok kartun.

oh ya berbalik pada tajuk asal karangan, damia sudah pandai meniarap. Baru je seminggu ni dia galak berlatih, sampai dalam buaian pun dah terbawa-bawa nak meniarap. Mengucap panjang saya dibuatnya. Kalaulah buaian tu jadi tak balance atau dia tertidur dlm keadaan meniarap, mau lemas juga Damia (mintak2 dijauhkan la). Mak saya kata budak baru pandai mmg camtu, jadi biarkan jer. Meh layan gambar2 baru Damia….

..uh...apsal lak tangan mia ni takmo lepas...

..uh...apsal lak tangan mia ni takmo lepas...

aha..dah dapat lepaskan tangan...lega..

aha..dah dapat lepaskan tangan...lega..

ishhh..jauhnya fish tuuu

ishhh..jauhnya fish tuuu

umm...dah tak larat la....rehat jap..

umm...dah tak larat la....rehat jap..

p/s: kualiti gambar tidak memuaskan…sebab pakai tepon cikai

ok lah…all in all, saya sangat teruja. Dan masih ternanti-nanti perkembangan Damia yang seterusnya. Masa merangkak, bertatih, tumbuh gigi dan sebagainya…Jadi, tunggu sajalah ye. The times will come…

…cerita pasal sedekah…

kawan-kawan (dan diriku sendiri)…..
sedekah itu memang amalan mulia..
membersihkan jiwa dan harta benda..
tapi dengan syarat, sedekah itu IKHLAS tau..

ada banyak pendapat orang kebanyakan macam kita ni pasal sedekah ni..
ada yang kata,
kalau orang tu dah kaya tak payah kita sedekah kat dia
baik tolong orang yg lebih susah dan memerlukan
mcm anak yatim ke..fakir miskin ke..
barulah sedekah tu bermanfaat…
orang kaya (atau yg berharta),
kalau kita bagi sedekah..
walaupun kita ikhlas sepenuh hati..
silap2 dia takmo terima..atau reject kata orang putih..
kan ke dah rugi..
kalau kita sedekah directly instead of bagi kat si kaya raya tu…
dah banyak menolong si miskin tadi..

emmmm…betulke ha kawan-kawa?

nota: entri ni adalah entri nak menyedapkan hati aku saja..takde kena mengena dengan kawan-kawan sekalian ye..

…kalau dah datang malas…

malas nak keje..
kalau sikap orang sekeliling saya ni kadang2 agak ‘merengsakan’..
nak minta tolong kita, tapi dia sendiri tak nak tolong kita
nak mohon sesuatu, kenalah furnish maklumat yang lengkap dekat pihak yang nak dipohon tu..
janganlah buat keje separuh jalan, macam posmen tukang hantar surat saja..
tak tau apa benda yang dihantar tapi nak suruh jgak kita tolong dia.
apa kebenda ni..
tu yang buatkan saya malas tau..

saya jadi malas..
kalau elok2 saya layan awak cakap..tapi awak buat derk jer
padahal awak yang call saya minta tolong
boleh aje kalau saya letak tepon tu (tak kira la dgn cara sopan santun atau kasar..sapa nak peduli sebab awak pun nak tak nak je cakap dgn saya),
tapi saya tak buat macam tu sebab saya fikir sebagai penjawat awam saya mesti bersikap baik sepanjang masa..
tapi, end up, saya dah jadi malas nak cakap dengan awak lain kali…

memang saya malas..
kalau bila saya nak buat keje (yg semestinya initiate dari pihak awak)..saya kena pulak cari maklumat terperinci berkali-kali..
sebab bila saya minta dengan awak, awak kata malas nak cari..
hish..entahlah…malas saya nak komen sikap awak ni tau..dan juga sikap pihak awak sekali..sama jer..agaknyer awak dan pihak awak tu memang ditakdirkan untuk punyai mind pattern yang sama..itu pasal awak dan pihak awak tu tak kisah langsung dengan sikap yang macam tu kan..

hmm..entahlah..
dalam malas-malas pun…
saya kena juga ikhlaskan hati saya ni…
demi awak dan pihak awak tu lah…

awak dan pihak awak..
doakanlah MALAS saya ni tak lama..
supaya saya dah tak MALAs nak layan awak dan pihak awak pada masa akan datang ye..

…untuk rekod sahaja…

salam…
sungguh lama tidak update, sebabnya tak de masa..
tu lah, dah kata awak tu tak konsisten, jgn ngengada nak berblog..nak jugak, tgk lah apa dah jadi…
kesian kat blog, asik ditinggal-tinggalkan..
ntah lah, sebab aku rasa blog ni just utk rekod sahaja..rekod benda2 yg tlh berlaku ke atas diriku..bukan nak impress org pun..
(sbnrnya aku tgh giler soping online, bukak internet jer terus ke online soping, nak update blog yg amat malas)

cerita pasal online soping, memula agak tidak percaya. ye la buatnya kita dah book brg dan dah bank in duit..tetiba brg tak sampai2..tak ke rugi. tapi aku cuba beli brg yg murah2 dulu..nak test la tuh. dan hasilnya ok..one thing yg buat org addicted to online shopping is (aku rasa lah)…the feel of getting something special..mcm dpt gift la..ye la brg dpt dlm bungkusan kan, compared to kalau kita beli direct, which is kita dapat on the spot di dalam plastik beg, (kalau kat shopping mall yg standard dpt paper beg laa)..lain rasanya..mcm dpt hadiah dr someone (walhal kita sendiri byr ok)…aku tahu ramai member yg dah biasa online shopping ni, cuma aku yg ‘jaki’ skit hehehe

oh ye berbalik pada kisah ‘utk rekod sahaja’ kali ini, ada beberapa perkara yg aku nak rekodkan:

1. aku dah pindah umah baru pada 27 Jun 2009 (Sabtu)..leganya tak terhingga sbb at last dah dpt a place to call my own home. tapi penatnya mmg penat la, nak mengemas bagai. Mmg ada maid tapi baby mia kecik lagi, aku soh dia jaga mia dan wafiy saja lah sepanjang tempoh kemas2 dan pindah2 tu…aku yg kemas2 (hehehe..tapi maid aku ni degil, masa aku g keje dia kemas gak umah, dia serabut kot tgk umah mcm tongkang pecah). My family ada lah dtg menolong tapi wiken jer lah. Diorg pun ada komitmen lain kan. Tk boleh nak mintak tlg lebih2 kan. sekarang umah dah neat and tidy (kalau wafiy tak buat sepah la…). We are happy…thank u Allah for this blessing…

2. Damia dah makin pandai..pandai borak, pandai meniarap, pandai gelak dan bagi aku dia makin comel…(hehe takpe kan perasan sikit). So far alhamdulillah dia tak pernah selsema@demam@batuk..sihat saja…mudah2an begitu lah selamanya. Nak compare dgn abg dia (wafiy lah), mmg mcm langit dgn bumi, dulu wafiy asik la selsema saje dna dia ada asthma since umur 6 bulan, ye la dulu dok taska..setiap penyakit yg ada kat bebudak taska sure kena kat dia. Damia ni dok umah jer. Pastu wafiy merasa breastmilk hanya 2 MINGGU sahaja…damia sempat lah 2 BULAN…hahaha apa punya mama lah aku ni kan….i don’t want to comment further on this matter…sebab: entah lah

3. Keje, mcm biasa. Yg ni tak siap lagi, dah dtg yg tu…nak buat mcmana, ikutkan jer lah. Nak berenti keje kang, sapa nak kasi aku duit. Sebulan 2 tahan lah aku tak berbelanja, kalau setahun 2..bengkok suami aku. Selagi terdaya, aku akan buat kerja yg diamanahkan dgn sebaik mungkin.

tu je la ‘untuk rekod sahaja’ kali ini…banyak benda nak rekodkan tapi nanti lah…akan ku update lagi dari semasa ke semasa…