Jalan-jalan yang tak dirancang

Salam Jumaat…hujan lagi petang ni..siap petir dan guruh..November Rain katanya🙂

Sejuk-sejuk ni kan, otak saya ni jadi bengap sikit. Dah la lunch hour tadi miting tak sudah-sudah. Last-last tak ke mana..duk bayar bil kat Anjung sebelah ni jap sambil beli toiletteries kat Watson tempat shopping kegemaran🙂

Ohya..nak share gambar-gambar  masa jalan-jalan kat A Famosa last weekend. Saja nak buat kenangan utk Ziyyad sempena 11 bulan hehehe. Sebenarnya since hari Rabu lepas papa dah tanya saya weekend ni nak gi mana? Suami saya ni memang kaki jalan. Alhamdulillah. Cakapla nak gi mana memang 99% akan dia bawak. Jauh ke dekat ke..insyaallah laa..nak nak kalau jalan-jalan sambil makan..mmg la dia suka sangat. Saya tak tau nak gi mana sebab memang tak ada plan nak ke mana pun. Tapi memang dah lama berniat nak bwk anak-anak ke Legoland. Tapi kalau nak ke Legoland on the spot terjah je camtu memang tak berbaloilah. Kena plan elok-elok ( chittt sebenonya kami ni mana ada plan-plan pun kalau nak berjalan!)

Fikir punya fikir..yang paling dekat dan senang adalah Melaka. Wafiy pulak dok sebut nak naik gajah. So..ke A Famosa lagi la nampaknya. Perjalanan tak lama pun. Sejam je kalau highway tak jammed. Sabtu tu jammed sikit coz ada eksiden. Tapi okla kami bertolak pukul 10 sampai A Famosa pukul 12 lebih.

image

image

Sampai tu terus makan dulu kat kedai Rimbun Corner kira-kira 1 km dari A Famosa Resort. Keluar tol Alor Gajah tu lepas roundabout dan traffic light nampak kedai ni sebelah kanan. Dulu pernah makan sini. Memanh sedap lauk-lauk dia esp asam pedas dan lauk kampung. Roti canai dia mmg faveret wafiy dan damia. Gerak ke A Famosa Resort..sampai Safari Wonderland pukul 2 camtu. Ramainya manusia.maklumlah raya deepavali kan hihihi..beli tiket pun kejar-kejar sebab nak tgk Wild Wild West Show pukul 2.15. Tiket tu siap pakej lunch sekali tau. Kanak-kanak 3 tahub ke atas kena RM35. Dewasa RM49. Berbaloi la sebab ada 5 shows termasuk Tiger Feeding dan Elephant Show dan pengembaraan safari naik trak yang mmg mencabar betul sebab kita dapat tgk haiwan liar secara bebas dalam habitatnya..serammmm tgk lion dan tiger mengaum dan menghampiri trak kita naik tu…wafiy dan damia suka jem Ziyyad hmm takde perasaan cuma suka panggil gajah tu ‘dik..dik..’…hahaha lawak..

image

Ni masa Wild Wild West Show..alaaa…drama sebabak cowboy and cowgirl..tembak tembak laa naik kuda laa..

image

Nampak tak kami sayup-sayup di celah daun tu..gajah tu sangat besar tau. Seram gak. Kami naik dalam 5 minit je tapi dada debuk debak jugak padahal kali kedua naik ni. Dulu naik dgn damia je. Ziyyad tak ada lagi masa tu. Kali ni naik dgn damia, wafiy dan ziyyad. Kesian gajah tu, minta nyawa dia kot..sebenarnya tak bole snap gambar tapi degil kan. Tu yg halus bebeno. Staff ada snap pic kita. Sekeping gambar RM18. Naik gajah RM10. Layan jer la.

image

Pastu..damia nak naik pony pulak..wafiy pun sekali..sorang RM6. Gambar sendiri amik sebab kejap je pun. Naik tak sampai 5 minit..

image

image

image

Masing-masing adalah cuak hahaha..layannnn

image

image

Yang paling cuak adalah ziyyad…saja je saya dekatkan dia dengan pony tu. Jinak je pun..tapiii mamat tu nangessss hahaahha…mama jahattt

image

Lepas naik pony dengan gajah tu, kitorang naik bot ke Monkey Island. Banyak monyet comel-comel tapi seram sebab jinak sangat….

image

image

Beli kacang tanah sepeket RM5 utk bagi monkey..mak aiiii mahal beno tuuu..tapi layan jer la..sambil masuk mulut sendiri sikit hahaha..rgk wafiy tu..takut takut berani tuu…

image

image

image

Tetiba ada sheeps gemuks pulak kat monkey island ni…confuse jap..sheeps ni kejar orang tau..takottttt. habis sepeket kacang dicampak dek damia gara-gara sheeps tu kejar dia..sabo je la

image

Pastu naik safari trak pulak. Dah pukul 5 masa tu…ingatkan dah tak boleh naik tapi staff tu kata boleh lagi so kitorg naik je la. Dengan 1 family cina. Kira tak penuh la trak tu. Memang adventure betul naik trak tu..sakit badan habis..main redah je hutan bukit bukau segala..nampaklah haiwan liar berkeliaran..seramm tgk harimau memanjat pokok…gambar tak ada sebab sibuk tahan mulut yang menjerit tak henti-henti hahahahaaa..

Dalan 540 ty dah habis safari trak..kitorang gerak balik sebab memang dah tutup pun safari wonderland tu..tutup pukul 5. Badan dah penat tapi macam lapar. Keluar tu nampak gerai durian tepi jalan..apalagii minah hantu durian tu suruh papa berhenti…nak makan durian katanya…layan la jugak…amik sebiji musang king..habis dalam masa 15 minit hihihi..

image

Sedapnyaaa duriannn…macam tak cukup sebiji tapi kenangkan cuaca dah gelap dan macam nak ujan..batalkan niat nak menambah lagi..gerak terus balik dengkil. Masuk je highway, 3 kanak-kanak tido. Amannnn je mama nak tido gak hihi tapi tidur ayam je sebab kesian papa nak drive sorang. Dah la hujan pulak. Nasib baik tak jammed. Sampai dengkil dah maghrib…alhamdulillah selamat..

Malam tu semua tidur tak bergerak-gerak. Penat mengembala haiwan katanya🙂. Mama sakit tangan dan bahu sebab dukung ziyyad lama sangat kot. Tapi takpelah..sikit je..apa sangat nk dibandingkan dengan kegembiraan anak-anak kan. Memang priceless tgk diorang enjoy the moment growing with the nature!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: