Selamat Hari Lahir Abah

Terngiang-ngiang lagu ni sejak semalam. Semalam hari lahir abah yang ke 66.

Tanpa abah dan mak..siapalah saya hari ni.
Tak mungkin dapat melihat bulan dan matahari..
Tak mungkin dapat apa yang ada hari ini..

Ya Allah kau panjangkanlah usia abah dan mak supaya dapat aku berjasa kepada mereka.

Ya Allah berikanlah kesempatan kepadaku untuk membalas jasa mereka..walau tak diminta…

Posted from WordPress for Android

MH370…menanti penuh debaran

Salam Rabu..

Sebagaimana seluruh dunia maklum, kita telah kehilangan sebuah pesawat MH370 yang dijadualkan tiba di Beijing pada 8 Mac 2014.

Hilang tanpa kesan yang kukuh. Macam-macam persoalan mengundang. Namun, masih tiada sebarang jawapan sehingga kini. So sad…itu pesawat dari airline kebanggaan negara kita. So called Queen of The Sky oleh pembuatnya, Boeng.

Saya terasa tragedi ini sangat dekat dengan jiwa saya. Bukan sahaja kerana saya bekerja di Kementerian yang menguruskan hal ehwal pengangkutan..tetapi saya manusia biasa yang mudah berasa sedih atas kehilangan. Walaupun tak melibatkan ahli keluarga atau kenalan. Yang pasti, setiap kehilangan memang for sure menyedihkan.

Lupakan segala spekulasi. Berhenti mengandai sekiranya andaian tiada bukti kukuh. Doakan saja yang terbaik.

Dalam merasai kesedihan itu, perjalanan hidup tetap perlu diteruskan. Sepanjang minggu ini, business here is not as usual. Ada series of meetings with China’s counterpart on projek ETS. Saya agak terkesima bila di wassap oleh team member dari China regarding the safety of the flight from Guangzhou that he will be on board malam Ahad lepas. And what is really happening to the plane?

What should I react to that? Should I express my true feeling hence make him scared? Dengan emosi yang tak menentu, I chose to be positive. As I can.

image

As a muslim, I do believe in Allah The Almighty. I believe that everything happen with a reason. I believe that when Allah wants something to happen, it will happen. I believe in Kun Fayakun. But how can I make him understand? I said we also dont know yet. But we hope the plane is safe. And…dont afraid of taking any air trip..because tragedy does happen but not necessarily happen all the time!!!

image

People, keep holding on. Have a true faith in Allah The Almighty. Senjata orang mukmin adalah doa kan. Jadi..teruskan berdoa dengan sesungguh doa. Moga masih ada harapan untuk MH370. Life must go on….kalau kita tak boleh menjanji harapan, tak ada salahnya kalau kita berharap..insyaallah…

image

image

Nota: pics all are taken from Facebook.

Posted from WordPress for Android

It’s my birthday!!!

image

Very true..agree with that quote. Repost from insta Radiusite.

Alhamdulillah..bangun dengan umur baru. Dengan azam yang berkobar-kobar. Syukur atas kurniaanMu. Sentiasa beringat, sesenang-senang manusia, masih ada yang lebih senang dari itu dan sesusah-susah manusia, ada juga yang lebih susah dari itu. Wallahua’lam..itu semua rahsia Allah.

Thanks for the warm wishes. Glad to have so many wonderful person surrounding me!!!

Alhamdulillah… 8 tahun sudah

ALHAMDULILLAH

 

Salam Isnin..

Syukur di atas kurniaan ini..

Hari ini genap 8 tahun usia ikatan perkahwinan kami…

Life has treated me well, and keep on giving the best to us, so i could not ask for more, Ya Allah..

Harapan ini agar ikatan ini diberkati sentiasa, seiring dengan redha dan berkat Ilahi. Kekal dalam landasan yang sepatutnya.

Ya Allah, jadikanlah kami dan keluarga kami insan yang soleh!!!

AMIN…

 

Raya 2013

Raya 2013

Thoughtful Thursday: Sebuah Kisah Tentang Seorang Ibu…

 

BODOHKAH IBUKU ANDAI TIADA IJAZAH,MASTER @ PHD…..

Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.

Tiba giliran Naqiyudin, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.

Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!

“Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan… Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi.”

Pendedahan Naqiyudin itu disambut dengan ‘Oooohh’ dan ‘Aaahhh’ oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.

“Tapi dulu… Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!”

Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin itu.

“Ibu saya… Uhm… Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni… Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih…”

Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin itu.

“Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin di hadapan tu!”

Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.

“Takde apa cikgu. Maaf cikgu.”

Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.

“Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?”

Cikgu Yong mengangguk.

“Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?”

Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin.

“Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau… Heh.”

Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin sudah menyerang balas dahulu.

“Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.

Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!

Kau ada…??”

Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.

Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.

***

Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu ‘bodoh’ tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu ‘bodoh’ sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup ‘mati’ hanya kerana mahu melihat anaknya terus ‘hidup.’

Meskipon si ibu itu tampak ‘bodoh’ pada pandangan mata manusia, ‘bodoh’ pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!….

P/s: ini kisah yang saya dapat dari group Whatsapp persatuan ibu ibu tadika anak-anak saya..sangat sedih dan menyentuh hati..hargailah dan sayangilah ibu dan bapa kita walaupun mereka tak pandai atau belajar tinggi macam kita..kita wujud dan hidup kerana pengorbanan suci mereka…

Take A Break

Salam Jumaat…

jumaat

oh….

Jumaat untuk Muslim (ini tahu sangat)

Sabtu untuk Yahudi (selama ni tak tahu)

Ahad untuk Nasrani (selama ni pun tak tahu)

Hmmm…sekarang baru rasa serba salah beria-ria gembira nak menyambut hari Sabtu dan Ahad….adakah saya terlalu kebaratan?

arghh..macam dah give up

Salam hormat pembaca semua (ecewah bajet retis sangat kan mak budak 3 orang ni..nak kena penampau kot)

saje je nak mencurah perasaan di sini..

baru lepas sesi pam susu kali kedua di opis. saya pam di dalam bilik sendiri sahaja. syukur ada bilik sorang-sorang. mau kena share dengan orang lain dan nak-nak pulak officer lelaki (yes memang itu situasi di pejabat kerajaan) memang nak tak nak kena pergi pum sumwhere else lah. semalam dapat 11 oz. kelmarin dapat 10 oz. selalunya dapat 9 oz sahaja. which is absolutely tak cukup untuk stok bekalan harian..harian je pun. memang tak pernah cukup. kesian kan ziyyad. setiap hari kena top up 2 kali minum susu formula.

macam-macam dah saya makan. minum air bergantang berkoyan. tapi takpe lah..usaha je jangan berhenti. doa memang doa hari-hari. kadang-kadang dah rasa diri ini macam mak gajah. asik makan minum je kat opis ni. memang pernah rasa give up dan nak beli stok susu formula banyak-banyak kasi puas hati tapi bila pandang lama-lama muka ziyyad lena kepuasan lepas bf malam-malam tu, memang semangat membara balik untuk bf dia sehingga ke titisan terakhir…

ya allah..permudahkan lah urusan ku untuk bf ziyyad imran ku.. berkatilah usahaku ya allah..dengarlah doaku ya allah…

Previous Older Entries