Dah lepas ujian..legaaa

Salam Selasa….

Ni sebenarnya nak update pasal Ujian Diagnostik Wafiy sabtu lepas. Sebab mamanya over nervous kan..padahal anaknya rileks je kan. Malam sebelum hari kejadian mmg mama tak lena tidur. Ntah apa-apa ntah. Tapi…itu pengalaman seorang ibu yang tak dapat dibeli di mana-mana.

Sabtu, 6.30 pagi wafiy dah gerakkan mama (mama dah bangun sebenarnya..kata tak lena kan) terus dia mandi kat bilik bawah sebab mama solat kat bilik bawah. Habis mama solat, nampak wafiy solat juga kat belakang mama…alhamdulillah. Wafiy pilih baju sendiri, siap nak pakai kemeja kotak-kotak. Layankan jer. Pastu request nak breakfast roti canai. Lepas mandi dan siapkan ziyyad dan damia, dalam pukul 7.30 keluar rumah.

Lepas breakfast kat kedai depan sekolah, dalam pukul 8 dah terpacak kat sekolah. Ramai kawan-kawan wafiy dah ada dengan parents masing-masing. Muka masing-masing cuak (makbapak yang over okay)..

image

image

image

Dalam pukul 8.15 nama pelajar dipanggil untuk masuk kat kelas ujian. Masa ni memang rasa nervous sebab tunggu nama tak panggil-panggil. Akhirnyaaaaaa….muncul jugak. Masing-masing masuk kelas tertentu ikut cikgu yang bertugas. Wafiy memang confident je jalan tanpa toleh kat kami. mm adoyaiii anakkk…

Sambil anak-anak ambil ujian, ada taklimat untuk parents. Penerangan tentang KSSR la..PBS la…dengar memang dengar tapi masuk telinga kiri, sangkut jap je kat otak sebelum keluar kat telinga kanan. Mana nak konsentrate, dok ingat kat anak je kan. (Padahal anak tu okay je pun).

Tak sampai 15 minit dengar taklimat Damia dah bosan. Dia ajak ke keluar dari dewan dan jalan-jalan. Tup tup nampak satu pondok comel..dalam ada tempat duduk dan rak buku cerita..so dia nak lepak situ…elok jugak kan sambil tu boleh dia baca buku..jumpa pulak kawan dia kanm..eloklah duduk diam kat situ. NILAM Corner nama tempat tu..kira macam tempat aktiviti baca buku mcm zaman kita sekolah rendah dulu tu..

image

Dalam pukul 10.30 tu ujian baru habis. Berduyun-duyun budak keluar macam dah habis exam SPM je gaya masing-masing. Makbapak yang cuak ni tadi tak sabo- sabo terpa anak masing-masing dengan 1 pertanyaan sama: senang tak? Wafiy selamba je jawab…alaaaa senang je mama..1+1 la…5+5 laa..ok la tu..penat je mama cuak tau..

Itu je la kisahnya…(ni pun amik masa 2 hari nak karang hihihi)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: