Cucur Kurma

Salam 21 Ramadhan semua…..

Semalam, plan asal nak singgah PARAM..tapi lupa pulak semalam ada Pasar Tani pulak..so memang jalan jammed gile la kat area pasar tu. Malas nak singgah, buat peluh ketiak je cari parking, terus balik rumah. Pastu gelabah nak makan apa untuk iftar nanti.

Nasib baik ada stok kerang, bayam dan lauk-lauk basah sikit dalam peti ais. Sampai rumah pukul 6.15, terus solat dan mulakan tugas mcam lipas kudung. Ala, masak senang-senang je pun. Bayam tumis lada hitam, kerang rebus, sambal telur ala jawa faveret tuan beso. Pastu tetiba teringin makan Cucur Kurma selepas mengskodeng blog sapa ntah petang semalam. Kebetulan kurma memang la banyak sangat, alhamdulillah murah rezeki orang bagi. Bermacam jenis. Lagipun, rasa dah bosan pulak makan kurma begitu saja. So, try la buat Cucur Kurma. Resepi sebenanr tak tahu. Resepi cuba-cuba, ni la dia (kot-kot korang nak cuba sementara stok kurma masih ada kat rumah tu kan):

CUCUR KURMA (untuk dapatkan 20 betul cucur)

Bahan-bahannya:

10 biji buah kurma dibelah 2 dan buang bijinya

6 sudu besar tepung gandum

4 sudu besar tepung beras

secubit garam

1/2 sudu kecil baking powder

Air paip secukupnya

Minyak masak untuk menggoreng secukupnya

Cara-cara:

1. Bancuh tepung gandum dan tepung beras bersama garam dan air. Agak-agak kepekatannya untuk menyaluti kurma nanti. Jgn cair sangat. Nanti lembik pulak cucur.

2. Panaskan minyak masak, bila dah panas, celupkan sepotong kurma dalam bancuhan tepung dan goreng macam biasa. Bila dah kekuningan dan nampak rangup sedikit tepi-tepi cucur tu, bolehla angkat dan hidangkan.

Senang je kan…sedap pun sedap. Rasa manis kurma tu balance dengan tepung tu. Kira tak manis sangat la.

Damia suka sangat cucur ni (Damia lagi..nampak beno Damia budak kuat makan kan)..sampaikan masa saya solat, papa dia kata, dia curi-curi panjat meja makan dan buka tudung saji ambik sampai 3 ketul cucur ni..adoilaaa Damia…sampai gitu sekali ko nak nyorokkan ‘keburuklantakan’ mu itu ye….

ok la sesapa sudi nak cuba, cuba la selagi stok kurma masih ada..hehehehee

4 Comments (+add yours?)

  1. lia
    Aug 10, 2012 @ 11:11:30

    Ermmmm…first time nampak ni. Boleh la try nanti..buat ngan kurma madu mesti lagi sedap kan. Btw kak, u pernah dengar cucur durian?? laaaaagi sedaps. Serius..tak tipu punya 🙂

    Reply

  2. mamawafiy
    Aug 10, 2012 @ 11:43:37

    try la lia..senang je dan cepat jugak. cucur durian tu akk pernah buat..wow tu terbaek tuuu..gebu dan kembang je….sedappp..huwawaaa dah teringin cucur durian pulak 🙂

    Reply

  3. aishahkay
    Aug 10, 2012 @ 11:59:14

    aku la yang selalu buat cucur kurma…
    dan post kat twitter… itu resipi nenek ku…
    ish ish… semua resipi aku jer ni. eh.
    tapi kalu ko ada tengok kat blog orang lain… tak tau la… 😛

    Reply

Leave a comment