Selamat Berpuasa

Salam Rabu

Salam Ramadhan hari ke empat..

dekat sebulan juga blog ni tak berupdate

biasala..sayangkan blog tinggal-tinggalkan..

ermmm…apa mau makan buka nanti?

persoalan yang sama hari-hari..

nak masak memang tak sempat lah..saya balik 530 macam biasa sebab pagi tak bole commit nak thumb-in pukul 8 atau 730..nanti merah memanjang dek kerana nak kejar balik awal

sempat tu sempat juga la buat air, goreng ikan masin, goreng telur dadar, masak sayur tumis. 1 jenis je la..tu pun kira ok la kan..

okla..masa dah time..

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa untuk semua rakan…moga ibadah kita diterimaNya…

p/s: buat ibadah takmo menunjuk-nunjuk ye..tak baik..nanti pahala tak dapat, dosa riak pula dapat. ingatan untuk diri sendiri juga.

Advertisements

Semoga diberi kesempatan bertemunya….

image

Posted from WordPress for Android

Semoga diberi kesempatan bertemunya….

image

Posted from WordPress for Android

Khamis 23 Ramadahan..

Salam Khamis semua…

banyaknya benda nak cerita especially pasal puasa dan raya..tapi…sendu lah..sebab tak ada masa nak update. Baru nak klik blog dah kena sergah dengan bos..masa nak raya ni lah mcm2 pulak kes kecemasan (ewah macamlah awak tu doktor ye)

hanya sempat BW je kat blog2 kwn2 semua…nak tinggal komen pun mcm tak lepas2…sabooo je la…

oklah..nanti petang2 sikit insyaallah setel keje ni saya update pasal raya ye…ok babai….

Menu Iftar?

image

Wakakakakaka….
Jgn terkujat adik kakak sekalian..
Ni bukan menu iftar yg sebenar…
Saja nk kasi fresh skit pagi jumaat ni…
Kalaulah dihidang depan mata kita..agak agak apa reaksi kita ye?
Kalau saya*………… Uwekkkkkkkkkk

Dah dah..jom kerja..
Peace….

P.s.: pic from wassap

Posted from WordPress for Android

Bisik Bisik

image

Hihihi…betul kan…
Tak paham apa motip iklan nak bisik bisik kan..
Tapi takpe lah..unik tu yg menjadikan YuTa ni laku sgt3 kan…
Okeyla..gotta go….selamat berbuka posa dgn barang ‘bisikbisik’ hhhaha

p/s: pic credit to google

Posted from WordPress for Android

Dah 6 Ramadhan

Salam Isnin penuh keceriaan semua..

Takde apa nak share sangat sebenarnya. Malas sangat rasanya. Nak share gambar makanan macam tak proper pulak sebab orang tengah puasa kan. Kalau tak puasa pun takkan boleh makan sewenang-wenangnya kan kat office ke kat rumah ke.

Harap-harap hari ni lebih baik dari semalam, dan hari Jumaat lepas to be exact. Jumaat lepas saya masuk angin 1 badan..cirit -birit (CB) dan muntah-muntah macam pregnant pulak gayanya sampai tuan beso pun panik..siap cakap kat Ziyyad (padahal budak tu tak pandai bercakap lagi pun)..” eh Bang Chik (tu nickname Ziyyad sekarang ni di rumah), dalam perut mama ada baby lagi Bang ChikĀ  ?”..chittt..baby la sangat..sebab baru je lepas habis P hari Selasa tu elok-elok je sebelum 1 Ramadhan. Kat office jgn cakaplah..bertabah aje dengan angin satu badan pastu dengan ngantuknya..muntah-muntah plus CB..sangat berat rasanya kepala. Dah la balik tu nak singgah PARAM punyalah azab nak cari parking last-last i give up and balik terus dengan harapan nak masak. Ye memang saya masak tapiii masak sayur cendawan tiram tumis dengan goreng ikan tenggiri 2 ketul je..cita-cita nak buat tenggiri sweet sour lebur terus sebab pukul 645 ptg saya dah flat depan tv golek-golek dengan Bang Chik…fuh..panjang ceritanya ni..kesimpulannya…memang dugaan Allah..dan silap sendiri sebab gatal makan asam pedan ikan merah leftover berbuka Khamis tu untuk sahur..lauk tu dah tercemar rasanya. Terus serik nak makan lauk leftover lepas tu…

Hari ni..taknak masak (sabo je la) sebab ada miting petang ni..sure habis lambat. Beli lauk kat kafe je. Muktamad. Sahur esok goreng bilis dengan cili bawang je. Janji bukan lauk leftover *serik beno*

Okaylah..selamat berpuasa di hari ke 6 ..semoga dikuatkan mental dan fizikal menghadapinya…

p/s: camne boleh terlupa birthday adikku Lia ni…nampak beno dah tua nya..sorri ye Lia..

Previous Older Entries