Random (again..)

Kalau dah tajuk RANDOM tu..faham-faham sendiri lah bahawasanya minda dan otak ni sedang bercelaru

malas dah nak fikir-fikir tema post..main lambak je la ye idea tu..

# hari ni saya gigih bekerja walhal kedua-dua officer dan bossess cuti..bukan apa. Saya sedar diri, dah nak beranak ni takpayah la cuti-cuti beria, kang tengah-tengah malam kot nak beranak, takde la tinggalkan opis begitu sahaja..at least kerja dah tak tinggal banyak kat orang..

# kenapalah ada orang yang (pada saya, pada orang lain tak tau) suka sangat menguji kesabaran dan ketenangan orang lain. Telefon atau singgah pejabat kita semata-mata nak buat/ cakap sesuatu yang menyakitkan hati dan mencemarkan mood orang sekeliling. Tak tau la orang lain, but for me, i am genuinely will know that person’s intention everytime he/ she did that. Sorry, i am not too stupid to read your mind (Kata peminat siri Criminal Mind kan….hhehehe). Heh..sangat sangat sangat annoying tau perilaku macam tu. Kalau kita tak suka orang ganggu mood kita, please don’t do that to the others. Tahu hukum karma kan? So, jaga jalan masing-masing baik-baik okay (Self reminder too..)

# Mat Salleh (orang putih) memang sangat berterus terang, kan..takpe lah..i’ll learn slowly to not to kecik hati, anyway

# ada 30 hari lagi untuk melahirkan baby yang ditunggu-tunggu ni..AHAH….but the fact is it will be EARLIER than that…based on my experience. So, sekarang adalah masa berjaga-jaga ye…Beg baju mak dan anak dah ada dalam kereta. Dah tak ada barang-barang yang tercicir lagi..insyaallah…Cumaaa…amatlah teruja mak ni nak beli beli beli baju baby lagi..semuanya cute..pantang nampak nak beli…sabo je la

# tengah fikir-fikir nak amibik cuti maternity awal 2 minggu lah..sedang timbangtara. Sebab, kat rumah memang tak larat beno rupanya. Nak berjalan pun payah. Tapiii tetiba kat office kemain GAGAH pulak berjalan ke sana sini..tak reti duduk diam pulak…haisyhhhh..entahlah…tak faham

# Esok Awal Muharram.tahun lepas birthday saya betul-betul jatuh pada 1 Muharram, dan anniversary kami sehari sebelum tu. Tahun ni Awal Muharram lebih awal dari birthday dan anniversary saya. Alhamdulillah, insyaallah berjumpa lagi tahun baru…

dah tu aje la..cukuplah RANDOM kali ni…

Because of Love

Love is the lead of my life…

Because of love, i’m still here doing what i love (my job)

Because of love, i’m still here surviving the other’s life (my babies- in my womb and in my surrounding life, my family)

Because of love, i’ll be able to forgive and forget (mistakes and wrongdoings)

Because of love, i’ll be able to enjoy every lil bit of my life..

There’s so many reason to love, and be loved..we just need to love. That’s all..

HAPPY FRIDAY EVERYONE…LIVE LIFE TO THE FULLEST!!!!

Bajet 2013 Sudah Dibentangkan

Salam Isnin…

28 Oktober 2012, terjawab sudah semua teka-teki oleh penganalisis kewangan samada yang rasmi atau tak rasmi macam saya ni..alhamdulillah Bajet kali ini banyak pihak yang kata Bajet Mesra Rakyat dan Bajet Menyeluruh.

Tapi biasalah, negara kita kan ada orang Pro Kerajaan dan Anti Kerajaan. So banyak la suara-suara sumbang kedengaran bila macam-macam benefit dah diumumkan oleh Kerajaan ni. Ntahla saya pun tak tak mahu komen dah pasal benda (suara sumbang) ni..nanti cakap lebih-lebih/ komen pun dari elok-elok nak nasihat, jadi gaduh pulak, Tak mau la macam tu, pasal politik kita berpecah belah.

Senang cakap macam ni la, apa yang baik tu kita terima dengan hati terbuka, buka mata dan minda luas-luas. Bukannya buka mulut nak komen negatif banyak-banyak atau buka ruang cari pasal kat sana-sini. Ada jugak kawan-kawan saya yang saya tengok kat FB dia asik la tak puas hati dengan apa saja yang Kerajaan beri. Saya heran la orang macam ni, apa lagi la yang diorang nak. Orang kasi hidup yang lebih ok, nak merasa pulak hidup yang tak ok, agaknya la saya agak-agak je.

Bagi saya senang je, saya hidup, keluar dari perut emak saya dengan kesenangan yang diberikan oleh Kerajaan sekarang, jadi saya nak mati dengan Kerajaan sekarang jugak. Itu aje.

Out of topic, i fall in love with the kaler baju Dato’ Seri Najib hari pembentangan Bajet 2013 ni, sweet je green dia..nanti raya tahun depan bolehla jadikan kaler baju raya kami sefamily eh eh tetiba….

Ehem, tajuk bukan main ala-ala pengalisis kewangan..padahalnya membebel je. Korang kalau nak tau initipati Bajet 2013, boleh google je, zaman dah canggih kan sekarang..kat bawah ni catatan golongan marhaen macam saya hehehe korang sure tak boleh baca punya..

Yang penting, syukur dengan apa adanya……dan yang penting Janji Ditepati okeh…

kadang-kadang…

Salam Rabu semua

hmm sambil-sambil update KPI boss, sambil-sambil tu tertengok update FB kawan-kawan..hehehe tapi kat tepon usang ni je la..sebab kat harta benda opis ni (laptop) semua bentuk social media dah diblock kan..nice kan? tak de la saya mengular aje *iyolah tuuu*

pastu kan, mula la berangan-angan..seperti:

1. nak pakai henbeg LV Neverfull yang beribu-ribu tu sebijik beg sahaja;

2. nak pakai henfon baru yang canggih-canggih macam you all semua ada;

aikkk..2 je wishlist awak? ye..itu je la setakat ni..

dalam 2 tu pun, memang payah nak dipertimbangkan..

sebab, banyak benda kadang-kadang kita tak perlu sangat pun. cuma nafsu mengatasi akal pemikiran.

contohnya, henbeg LV tu, perlu ke orang keje gomen cabuk macam saya ni nak usung ke sana sini? sampai hati ke nak ‘melukakan’ dan ‘mengusangkan’ henbeg ekslusif tu? Nanti orang ingat saya ni pakai LV fake pulak, iyelah takat keje gomen……..

tu la..kadang-kadang, setiap benda yang kita nak kan atau wishlist kan, pada pendapat saya, kena kita muhasabah dulu betul-betul, perlu ke tidak perlu..memang kadang-kadang mampu nak dapatkan, tapi berbaloikah dan sesuaikah dengan hidup kita?

tepuk dada, tanyalah diri masing-masing………………………………..

p/s: sekadar renungan sahaja…tak ada kena mengena dengan orang lain, kecuali diri saya sendiri….

bulan Rejab tiba lagi..alhamdulillah

Assalamualaikum..

Sempena Bulan Rejab yang akan bermula esok, nak share artikel di ambil dari sini: dakwah.org

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

p/s: mari niat untuk beribadah spt di atas, kalau dapat laksanakan syukur alhamdulillah..kalau tak dapat, insyaallah tahun depan cuba lagi

bosan dengan mereka. jgn jadi mcm mereka

 

TT: I Won’t Give Up

“I Won’t Give Up”

When I look into your eyes
It’s like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
There’s so much they hold
And just like them old stars
I see that you’ve come so far
To be right where you are
How old is your soul?

I won’t give up on us
Even if the skies get rough
I’m giving you all my love
I’m still looking up

And when you’re needing your space
To do some navigating
I’ll be here patiently waiting
To see what you find

‘Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We’ve got a lot to learn
God knows we’re worth it
No, I won’t give up

I don’t wanna be someone who walks away so easily
I’m here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got yeah, we got a lot at stake
And in the end, you’re still my friend at least we did intend
For us to work we didn’t break, we didn’t burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I’ve got, and what I’m not
And who I am

I won’t give up on us
Even if the skies get rough
I’m giving you all my love
I’m still looking up
Still looking up.

I won’t give up on us (no I’m not giving up)
God knows I’m tough enough (I am tough, I am loved)
We’ve got a lot to learn (we’re alive, we are loved)
God knows we’re worth it (and we’re worth it)

I won’t give up on us
Even if the skies get rough
I’m giving you all my love
I’m still looking up

Sang By: Jason Mraz.

p/s: i you find those lyrics are interesting, and got no idea of how to sang along with, you can find this beautiful song at Youtube…i just can’t copy the video here…don’t know why…

~_~

being me..

so undescribeable. the office jobs, the house chores, plus minus internal unexplainable needs to achieve something in some particular time. I think most of working moms out there are just the same!!!

so, all these while I’ve learned that:

to achieve goals :

be realistic towards achieving them; i may not finish a whole bunch of job/ house chores, instead, i am possible to finish a job or two in a time.  I’m not super-everything!!!!!!!

+ melayan mood tak puas hati nak kejar semua duedate plus kerja rumah. nothing else matter. it’s just something wrong with me.

++ sekarang tiba-tiba lagu fave Paradise by Coldplay berkumandang kat fave radio – RedFM..

+++ selsema pulak dah berkembang dengan jayanya. get well soon utk diri sendiri.

++++ layan kan jer mood ini

Jumaat ini…

Salam Jumaat

Pagi ni seperti biasa dapat emel dari AKRAB (ala-ala kaunselor) di pejabat saya..

nak share dengan you all yang gojes…

semoga kita lebih bersyukur dan mengungkap TERIMA KASIH..

Protected: semua pun salah…

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Previous Older Entries